
ISRAEL BANGSA TERKUTUK!!





AVALERA, SEPULTURA/SOULFLY



X-JAPAN lambang kemegahan scene metal Jepun(band ala2 Motley Crue/Twisted Sister)
Pada sesi temuramah ni hari itu merupakan hari Jumaat dan juga merupakan bulan Ramadhan dimana umat Islam berpuasa..untuk si Sam ni dapat pakai kain pelikat..hahah..yang pakai Bandana tu Arian 13 daripada kumpulan SERINGAI..dan yang sorang lagi tu peminat metal jer..
babak yang paling aku suka dimana Sam diajar untuk mengambil wuduk.hahah..kaki jer basuh muka tak basuh..chaiitt..."cejuknyer air kolah ni..waaa.."
aku betul2 tak sangka yang metallica pernah buat tour kat indon..fuhhh..tahun 1993 diorang dah pun didedahkan dengan Metallica..malaysia?XPDC kan ade..hahah..Konsert Metallica paling rare!!
Jangan terkejut Sepultura pun turut beraksi kat indon..Max Cavalera terkejut dengan sambutan umat islam terhadap Sepultura
selepas konsert Metallica kerajaan Indonesia telah mengharamkan konsert2 Metal terutama artis luar negara kerana banyak mengakibatkan kerosakan dan mewujudkan Budaya pemberontakan dikalangan rakyat indonesia..
ni sekolah muzik yang mengajar muzik Metal di China..cikgu dia memang sempoi.
pak arab ni amat meminati IRON MAIDEN..hahaha..bukan pakcik maidin k..

Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. lepas tu mereka sebulat suara telah menukar nama daripada THE LEFTHANDED kpd Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil bersempena dengan nama pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan gigi..eh silap.. guna tangan kidal.hehehe..
Sebelum mereka merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip(SWEET CHARITY) dan Rahim Maarof(THE WHITESTEEL).
Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.
Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.
Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.
Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.
Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telah meninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.
pada tahun 2003 LEFTHANDED telah bersatu kembali dengan aggota asalnya sehinggalah kini..biarpun mereka jarang mengadakan konsert tetapi mereka masih lagi aktif dlm bidang muzik dengan kerjaya masing2..HAILL!! lefthanded!!
ahli kumpulan yg pernah menyertai LEFTHANDED:
KOLEKSI GAMBAR LEFTHANDED sekitar 80an dan 90an
ZURIARTS




