SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, November 13, 2008

METAL GLOBAL sebuah dokumentary metal unik!





Tak sah rasanya sebagai peminat metal hanya layan lagu dan kumpulan kegemaran tanpa mengikuti asal usul band tersebut serta mengetahui cabang-cabang muzik metal itu sendiri. Hari ini aku akan membawa anda semua menyingkap sebuah dokumentari mengenai metal yang diberi tajuk GLOBAL METAL.





GLOBAL METAL ni telah dihasilkan oleh seorang penggila muzik metal iaitu SAM DANN yang berasal dari kanada. Beliau merupakan pengarah filem dokumentari ini bersama sahabatnya SCOT MCFAYDEN.. sebelum ni SAM DANN telah menghasilkan dokumentari Metal: A Headbangers pada tahun 2005 yang telah memenangi anugerah Bergen International Film Festival pada October 17th 2007..
pada asalnya aku nak cerita mengenai dokumentari Metal: A Headbangers tapi oleh kerana GLOBAL METAL ni paling baru dan yang paling menarik minat aku so, aku akan ceritakan mengenai dokumentari ni dulu Metal: A Headbangers akan muncul kemudian.harap sabar ye kawan2..

aku lihat saje pada tagline 7 countries 3 continents 1 trib
e sudah cukup untuk memerangkap aku untuk terus menyingkap dokumentari ini dari awal samapilah akhir..
si Sam Dann ni seorang ahli anthropologist yang begitu meminati muzik metal dari kecik sampai la besar, boleh dikatakan dirinya membesar dengan muzik ini sepanjang masa dimana jua beliau berada sehingga tergerak nak membuat dokumentari metal ni. pada aslnya beliau ingin mengetahui budaya manusia didunia ni tapi oleh kerana kepintaran beliau,beliau telah memanipulasikan ideanya kepada mencari band-band metal serata dunia..

Lokasi pertamanya ialah Brazil. memandangkan Beliau ama
t meminati SEPULTURA so, Brazil menjadi sasaran utamanya.

Brazil
Rio De Janeiro, and Sao Paulo

sudah pasti band yang paling berpengaruh disana adalah band SEPULTURA yang berjaya ditemuramah olehnya ialah Max Cavalera..Fuhh!! cayalah Max..
MAX CAVALERA, SEPULTURA/SOULFLY












OLD SEPULTURA gambar masa album Morbid Vision tak salah aku



"sepultura is our big triumph, our flag of brazilian heavy metal"


Antara band lain yang ditemuramah ialah:


Rafael Bittencourt(ANGRA)
Carlos Lopes(Dorsal Atlantica)
Adrian Smith n Dave Murray (Iron Maiden)


seterusnya mereka mengorak langkah ke benua Asia kali ni Jepun jadi mangsa mereka hahah..mari kita lihat scene metal Jepun nih..
aku amat tertarik dengan kostum Metal mereka lagi-lagi band X-Japan..fuhh!! kalau bab mekap-mekap nih serahkan la pada diorang nih..diorang ni banyak pengaruh dengan band KISS sebab KISS dianggap sebagai salah satu hiburan mereka ala2 kabuki..hehehe..
mari lihat gambar2 nih..

KISS yang menjadi kegilaan remaja Jepun.



Marty Friedman Ex-MEGADETH tanpa disedari terus menetap di Jepun sampai sekarang


X-JAPAN lambang kemegahan scene metal Jepun(band ala2 Motley Crue/Twisted Sister)

KISS= teater KABUKI
LARS ULRICH(METALLICA) memberi sedikit ulasan

jauh beza orang putih dgn org asia nih..

antara band yang ditemuramah:

Tom Araya Slayer
Kerry King Slayer
Lars Ulrich Metallica
Marty Friedman Megadeth/Cacophony
Yoshiki X-Japan
Mirai Kawashima Sigh


Kita beralih pula kenegara seterusnya iaitu INDIA


Tak banyak yang dapat diceritakan mengenai scene metal negara ini..dengan negara yang begitu miskin dan populasi penduduk yang padat India juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan band2 metal.




Atul Sharma pengendali Metalindia.net

Sam Dann dapat cenderamata istimewa dari india metal fan..tasbih tuu..hahah




Kita terbang pula ke Jakarta Indonesia.

pada mulanya aku terkejut bila negara jiran kita ni menjadi salah satu lokasi mereka untuk mencari budaya-budaya mat metal nih..cemburu mesti ada..ye la Malaysia pun apa kurangnya..banyak jugak band-band yang berpengaruh..tapi apa2 pun mengikut populasi penduduk dan fan metal, Malaysia jauh ketinggalan.. Pada sesi temuramah ni hari itu merupakan hari Jumaat dan juga merupakan bulan Ramadhan dimana umat Islam berpuasa..untuk si Sam ni dapat pakai kain pelikat..hahah..yang pakai Bandana tu Arian 13 daripada kumpulan SERINGAI..dan yang sorang lagi tu peminat metal jer..


babak yang paling aku suka dimana Sam diajar untuk mengambil wuduk.hahah..kaki jer basuh muka tak basuh..chaiitt..."cejuknyer air kolah ni..waaa.."

aku betul2 tak sangka yang metallica pernah buat tour kat indon..fuhhh..tahun 1993 diorang dah pun didedahkan dengan Metallica..malaysia?XPDC kan ade..hahah..Konsert Metallica paling rare!!

Jangan terkejut Sepultura pun turut beraksi kat indon..Max Cavalera terkejut dengan sambutan umat islam terhadap Sepultura




SIKSAKUBUR bukan SIKSABUR


selepas konsert Metallica kerajaan Indonesia telah mengharamkan konsert2 Metal terutama artis luar negara kerana banyak mengakibatkan kerosakan dan mewujudkan Budaya pemberontakan dikalangan rakyat indonesia..


satu temuramah yang membangkitkan semangat aku..terutama menegakkan panji2 islam!!haill!!


Seterusnya kita terbang ke negara CHINA..

tak banyak cerita mengenai scene metal China..band yang ada hanya Tang Dynasty dan Ritual Day..sekali tengok diorang main muzik metal, memang mengagumkan..bayangkan alat muzik tradisional mereka boleh digabungkan dgan muzik metal..cayalahh!!






ni sekolah muzik yang mengajar muzik Metal di China..cikgu dia memang sempoi.


band yang ditemuramah

Kaiser Kuo Tang Dynasty
Nong Yong Ritual Day



lokasi seterusnya ialah di Jurusalem ISRAEL

seuah negara yang amat meminati band SLAYER..kira Slayer ni pengaruh utama diorang laa..
walaupun macam tu metal-metal diorang pun tetap ada gambus..hahah.x percaya?beli la sendiri dan tengok diorang macamane..
bangga Kerry King ila tgok logo Slayer ada di merata-rata tempat..hahaha






Terakhir skali kita diabawa ke DUBAI..

banyak jugak band2 yang ditemuramah..mungkin bagi kita tak terkenal tapi kat sana diorang la menjadi pujaan dan penggerak pengaruh scene disana..
pak arab ni amat meminati IRON MAIDEN..hahaha..bukan pakcik maidin k..



keseluruhan documentary ini betul-betul memuaskan hati aku..banyak sumber yang aku dapat melalui documentary seperti ini..bukan sahaja mengenai budaya malahan mengenai cara hidup dan agama diorang.berapa jauhkah mereka terpengaruh dengan muzik metal ini?adakah ianya menjadi cara hidup mereka ataupun sebagai pegangan mereka..kita mempunyai Iman untuk mentafsirkan perkara seegini.Jadikan Metal sebagai salah satu medan untuk luahkan tekanan dan elakkan ianya menjadi pegangan..HAILL!!

**kepada sesiapa yang teringin untuk memiliki DVD ni sila kontek aku..

10 comments:

deaf_angel said...

wooo nampak cam best..
siap ada x jepan ye...woo

satu hari nanti, nak carik documentary ni

am chamberlain said...

hahaha...aku ada sume docu dia ni.tgh tggu yg latest....hahahaha




lu patut berterima kasih pada gua BH.hahahahhahaha

Geng Metal said...

fuhh mmg kelas le brooo ... kena carik ni

GUA said...

deaf
-baik lu cari deaf..kalo nak cntac aku

am
-trima kasih am..jasamu akan kukenang!!! yeahhh

geng metal
-tak rugi lu carik..sadis wooo.hahahah

coffeeHolic said...

hehe aku akan pastikan aku jumpa dvd yang ni kalini

Naz said...

aku dh tgk ngn abu.
hahahaha

gayour said...

encik besihitam patut buat dokumentari cam ni pasal band2 metal negara kita. bleh jadi bahan sejarah dan rujukan. kena buat research betul2 la. heh!

hail and kill!

Syamsulfaiz said...

En BESIHITAM, macamana gua nak sambar dokumentari ni? Bole beli dari lu ke? Kasi contact email.

Cheers

-Arlong-
Cryptic Malediction
see(http://www.metal-archives.com/band.php?id=28466)

crazecousa said...

bro..aku bminat ngan dokumentary ni..kat mana nak cari..hehe donload ke

rockmetaller said...

brader..gua nk sgt dvd ni..yg metal tu gua ade..tp yg ni mmg tk jpe btl..huhuh..brape rm..kasik tau saja k...reply kt blog koi...