SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, May 8, 2008

CINTA TIGA SEGI lagu banduan??

Adakah anda pernah mendengar lagu yang bertajuk CINTA 3 SEGI? Lagu ini dikatakan berhantu kerana ada cerita dan sejarah disebalik penciptaan lagu ini. Khabar angin yang berjaya menembusi halwa telinga aku kononnya lagu ini dicipta oleh seorang banduan bernama Hazwan Wafiy Abu Hassan tetapi berita ini disangkal oleh rakan-rakannya kerana setahu mereka Hazwan Wafiy Abu Hassan mati bukannya disebabkan hukuman gantung tetapi mati akibat sakit jantung.

so, apa yang aku dapat simpulkan kat sini Hazwan Wafiy Abu Hassan bukan pencipta lagu tersebut. Ada pula yang menceritakan pada aku lagu ini berkisarkan mengenai kekecewaan seorang lelaki yang seminggu sahaja lagi hendak mendirikan rumah tangga tiba-tiba aweknya buat hal dengan memutuskan hubungan dengannya dan aweknya itu tanpa rasa bersalah telah kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya dahulu. Ini telah menimbulkan kemarahan lelaki tersebut, tanpa menghiraukan hukum agama lelaki tersebut telah bertindak untuk membunuh kedua-duanya termasuklah bakal isterinya.

setelah sedar akan kesalahannya membunuh lelaki tersebut telah menyerah diri kepada Polis dan beliau telah dikenakan hukuman gantung sampai mati akibat membunuh. sebelum tiba saat beliau digantung beliau telah membuat permintaan terakhir iaitu untuk merakamkan nyanyian beliau dengan dibantu oleh rakan-rakannya. lagu tersebut diberikan nama CINTA TIGA SEGI dan beliau meminta rakan-rakannya untuk sebarkan lagu ini kepada umum.

Tarikh dan masa lagu ini dicipta tak pula diberitahu. lagu ini pula telah direkod kembali oleh kumpulan STRATEGY dengan versi rock kapak tanpa mengubah originaliti lagu asalnya. Percaya atau tidak terpulang kepada pendapat masing-masing. yang penting bagi aku lagu ini telah mengembalikan ingatan aku pada irama rock 80an yang tak pernah lekang dalam ingatan aku.


lagu ini terdapat dalam dua versi iaitu versi original(rakam live) dan versi yang direkod semula dimasukkan elemen-elemen drum, bass dan gitar elektrik..