SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, June 12, 2014

KAU KEMANA ROCKER-ROCKER SEMUA??? SENYAP JER

Assalamualaikum..

Salam sejahtera kepada semua penggemar muzik rock dan metal tanah air. Masihkah lagi diresapi semangat rock? dan masihkah lagi ditemani gaya hidup seorang rocker zaman 80an dulu dulu?hehehe.. Aku saja bertanya demikian kerana aku dah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan.. Jawapan tetap sama seperti 10 tahun lalu.. Rock terus rock beb..rock sampai mampus!!! begitulah jawapannya..

Rocker semua pasti dapat merasai suasana seperti sekarang.. semangat-semangat sudah semakin hari semakin pudar.. jarang sekali kita lihat di dada2 akhbar tentang kemunculan band2 rock baru mahupun band2 rock lama yang bergabung..meskipun bergabung tak lama mesti bubar semula.. sama jer mana2 pun..baik nusantara mahupun rock2 barat sekarang.. anak2 muda dah kurang minat dengan gaya dan penampilan rocker ni..busuk hancing kusut..begitulah apa yang bermain difikiran mereka..

Usaha untuk mengembalikan semangat rock ni dah hampir ke penamat..dah tak menarik minat anak2 muda sekarang..aku takdelah pulak cakap rock tu bagus sangat..cuma aku tersinggung sedikit kerana ini adalah muzik aku membesar..aku dibesarkan dengan muzik2 keras seperti ini..walaupun lagu2 berunsur nasihat dinyanyikan dengan penuh jeritan dan memekikkan telinga bagi aku itulah yang dikatakan keseriusan.. kau kalau betul nak tegur orang..mesti dengan nada serius kan? so,aku boleh terima nasihat secara jeritan bergelora macam tu..takde pulak pecah gegendang telinga aku nih..

Bukanlah aku seorang yang terasa, malah ramai lagi yang namanya besar2 dipersada dunia muzik tanah air..yang dulunya begitu popular disanjung masyarakat dengan alunan suara merdu gemersik mencengkam dada..tapi dulu la brader..sekarang semua dah takde pilihan..nak mengharapkan duit nyanyi? dulu boleh la brader..sekarang ni semua nyanyi kat youtube jer dah boleh cari makan.. habis tu mana rocker2 semua? takkan x pandai cari makan kot? dunia ni luas brader..gunalah inisiatif baru.. cipta lagu2 power..baru la semangat rockers2 seantero malaya semua kembali..bab kata JIJO(khir Rahman dalam cerita rock ooo) ROCKERS BERSATU...pokemon punyer rockers.

Mana pergi AMUK,XPDC,SPIDER? dulu boleh kata setiap tahun ada album baru..setiap album ada 10 lagu..semua lagu meletup plak tu..tak macam sekarang..1 lagu jer dah boleh tapau 3 4 tahun.. mana lagi untung?? budak2 sekarang la brader..lu punya produk dulu macamana? 10 album 100 lagu beb.. yang untung sape? syarikat rakaman la brader..sampai sekarang dapat royalti..Lu apa criter brader?? menangis la dengar suara keluar kat radio..seposen pun tak dapat..

Metallica Beraya

aku ada jugak terpikir nak bikin dokumentari pasal muzik rock kat malaysia ni..kelengkapan baru cukup beb..setelah sekian lama aku merancang..sekarang dah boleh start dah kot..tapi,alamak..otak dah karat la brader..dah lupa dah pasal muzik2 ni..lu tengok sendiri la dah berapa lama gua tak update blog nih..hahaha..tengokk..gua pun dah berubah cara cakap..semangat rock dah meresap kot?hahaha..

Aku nak cerita panjang sangat pun dah malas..cuma aku nak seru mana2 yang berminat nak berkongsi idea untuk bersama2 melaksanakan impian dan hasrat aku ni..nak wat dokumentari pendek pasal dunia muzik rock kat malaysia ni.. tak kira la rock ke metal janji benda ni berjaya..


ok la..nanti aku sambung semula..aku sikit2 akan kumpul dana..harap rocker semua boleh bekerjasama la..kekeke..apa2 pun..hidup mesti diteruskan..rock2 jugak..solat jangan lupa yer brader.. Assalamualaikum


Abu Huzaifah
Penulis pengkaji Hikayat Rok Nusantara