SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Tuesday, March 31, 2009

APRIL FOOLLL!!!! (sedarlah ..)

April Fool Buat Renungan & pedoman kita semua

Assalamualaikum

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. buat teman-teman gua yang selalu meng april fool kan gua ketika gua tak sedar. ini sedikit renungan untuk kita bersama..

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebarat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan
Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di
dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.. Tentera-tentera
Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat
kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.