SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Monday, August 2, 2010

LIRIK: AS SAHAR-TANJUNG PUTERI(khas untuk org Johor)

Tambak Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

KORUS:
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

VOKILLFEST (KEBANGKITAN METAL DIRASAI)

Tanggal 1 Ogos 2010 merupakan detik yg amat bermakna buat penggemar muzik metal Malaysia kerana pada tarikh tersebut merupakan tarikh dimana suku sakat Metaller dari seluruh pelusuk Tanah Melayu berkumpul untuk melepaskan kemarahan yg selama ini terpendam didalam sanubari mereka..hahaha..berfalsampah pulak aku.. setelah sekian lama telinga tidak dibasahi dengan jeritan serta pekikan vokal2 growl dari band metal tempatan semalam mencatat sejarah bagi mereka..

telinga yg selama ini capang menjadi lebih mencapang daripada hari biasa, kepala yg selama ini keras (keras kepala) tiba2 menjadi lembut akibat mendengar dan menghangguk-hanggukkan kepala di GIG VOKILL FEST yg telah diadakan di One cafe pada 1 ogos 2010..

aku yg kebetulan lalu dijalan tersebut cuba memberhentikan kenderaan untuk merasai kemeriahan yg mat mat metal lain rasa..DAHSYATTT!!! boleh dikatakan seluruh kawasan One Cafe penuh dibanjiri lelaki2 berpakaian hitam gelap ini..ape yg aku mampu buat hanyalah bersalam-salaman kepada mereka yg mengenali aku..

hajat ingin menjadi tikus pada hari itu tidak menjadi kerana kawalan ketat daripada pihak penganjur membuatkan aku berasa kekecutan disaluran vena kava aku nih..hahaha..tak mampu nak beli tiket..duit tarak..

X banyak yg dapat aku kupas kerana aku x masuk kedalam..so,harap2 pihak penganjur dapat menjemput aku pasni..kekeke..ape2 pun kebangkitan metal sudah pasti memberi perkhabaran yg gembira buat awang2 THRASHER, MAT ROCK dan MAT METALL!!! HAIL N KILL!!