SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Wednesday, February 27, 2013

RIMBA BARA Line Up: AMY MAT PIAH (Temporary Vokalis)

Amy Mat Piah. 

Insan yang tidak pernah berputus asa untuk menyatukan kumpulan Rimba Bara walau apa jua rintangan datang melanda. Masih menyimpan hasrat untuk menjadi vokalis utama Rimba Bara walaupun bakat yang ada tak seberapa.

"Semenjak saya digugurkan dari group Rimba Bara, hati saya membara."

ROCK OO OST - TIKA (Lirik dan MTV)




RIMBA BARA - TIKA
Lagu: Jamil Ahmad dan Mamat Khalid
Lirik: Loloq


Cahaya didalam cermin
 Memukau hingga memaksa
 Ku cari kedasar diri 
Cintaku yang hilang
Rupanya ku salah sangka 
Kasihmu tak pernah sepi 
Kerana terlalu hampir 
Ku leka hadirmu 

Chorus: Sentiasa disisi ku 
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah 
Berganjak dari jalan ku 
Selagi bumi berputar 
Tekadku terus berjuang Wohoo.. 

[Ulang Chorus] x2 [besihitam webzine] Wohoo.. Wohoo.. Wohoo.. 
Disisiku Merestui ambisiku 
Hohohohoho.. 
Takkan berubah 
Berganjak dari jalan ku 
Jalan ku Jalan.. ku..

JANGAN LUPA SUPPORT PADA 28 FEBRUARY 2013..ROCK SAMPAI MAMPUS!!!



RIMBA BARA Line Up: ZUL KAPAN (Vokalis)

Zul Kapan. Seorang bekas vokalis kumpulan Malaikat Maut yang berhijrah ke kumpulan Rimba Bara.
Pengembaraan Rimba Bara bertambah sukar apabila Zul Kapan menyertai semula Malaikat Maut untuk menjadi artis rakaman di bawah Luncai Emas.
Apakah kesudahan Rimba Bara? Nantikan filem Rock Oo! Di pawagam 28 Februari 2013!

RIMBA BARA Line Up: BLACK (Drummer)





Black merupakan seorang drummer dari kumpulan Rimba Bara yang sengau. Beliau masih aktif dalam memperjuangkan minatnya terhadap muzik rock walaupun Rimba Bara mengalami krisis ketiadaan vokalis utama. Bagaimanakah Black menempuhi cabaran untuk menaikkan semula nama Rimba Bara?

RIMBA BARA Line Up: JIJOE (Bassist)

Seorang pemain bass yang berkaliber dan juga merupakan tulang belakang kumpulan Rimba Bara.

Sedutan kata-kata Jijoe di dalam filem Rock Oo:

"Aku boleh gigit lah tali bass ni! Kalau aku nak lah kan..an..an?"

RIMBA BARA LINE UP: SLASH HAJI TAPAH(GITARIS)

Slash Haji Tapah.

Gitaris baru Kumpulan Rimba Bara yang sama namanya seperti salah seorang ahli band rock kapak unggul Guns n Roses. Mempunyai teman wanita tetapi gitar tetap menjadi cinta utama Slash.

ROCK OO..adakah anda semua sudah bersedia??