SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, May 8, 2008

CINTA TIGA SEGI lagu banduan??

Adakah anda pernah mendengar lagu yang bertajuk CINTA 3 SEGI? Lagu ini dikatakan berhantu kerana ada cerita dan sejarah disebalik penciptaan lagu ini. Khabar angin yang berjaya menembusi halwa telinga aku kononnya lagu ini dicipta oleh seorang banduan bernama Hazwan Wafiy Abu Hassan tetapi berita ini disangkal oleh rakan-rakannya kerana setahu mereka Hazwan Wafiy Abu Hassan mati bukannya disebabkan hukuman gantung tetapi mati akibat sakit jantung.

so, apa yang aku dapat simpulkan kat sini Hazwan Wafiy Abu Hassan bukan pencipta lagu tersebut. Ada pula yang menceritakan pada aku lagu ini berkisarkan mengenai kekecewaan seorang lelaki yang seminggu sahaja lagi hendak mendirikan rumah tangga tiba-tiba aweknya buat hal dengan memutuskan hubungan dengannya dan aweknya itu tanpa rasa bersalah telah kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya dahulu. Ini telah menimbulkan kemarahan lelaki tersebut, tanpa menghiraukan hukum agama lelaki tersebut telah bertindak untuk membunuh kedua-duanya termasuklah bakal isterinya.

setelah sedar akan kesalahannya membunuh lelaki tersebut telah menyerah diri kepada Polis dan beliau telah dikenakan hukuman gantung sampai mati akibat membunuh. sebelum tiba saat beliau digantung beliau telah membuat permintaan terakhir iaitu untuk merakamkan nyanyian beliau dengan dibantu oleh rakan-rakannya. lagu tersebut diberikan nama CINTA TIGA SEGI dan beliau meminta rakan-rakannya untuk sebarkan lagu ini kepada umum.

Tarikh dan masa lagu ini dicipta tak pula diberitahu. lagu ini pula telah direkod kembali oleh kumpulan STRATEGY dengan versi rock kapak tanpa mengubah originaliti lagu asalnya. Percaya atau tidak terpulang kepada pendapat masing-masing. yang penting bagi aku lagu ini telah mengembalikan ingatan aku pada irama rock 80an yang tak pernah lekang dalam ingatan aku.


lagu ini terdapat dalam dua versi iaitu versi original(rakam live) dan versi yang direkod semula dimasukkan elemen-elemen drum, bass dan gitar elektrik..

10 comments:

Unknown said...

hahaha.. aku x penah percaya.. banyak cerita yg aku dengar dan baca.. serta sudah heboh di surat-surat khabar.. Salah satu surat khabar tempatan mengatakan ini lagu yg dicipta oleh seorang pencipta lagu di singapura, dan lagu ni telah top beberapa tahun disana.. cuma malaysia terlambat.. hehehehe... ape2 pun kebenaranya, aku x pasti.. dan jgn percaya dgn kata-kata orang 2 prinsip aku, bagi aku semua ni karut.. ;)

speedrider said...

bro, dengar cerita sebuah band singapura akan memuatkan lagu ni memandangkan pencipta lagu ni ialah adik ipar vocalist band tersebut dan aku telah berjumpa sendiri dengan vocalist ni dan dia pun cerita dengan panjang lebar tentang lagu ni dan dari dia pulak dia kata cerita banduan tu semua tu mengarut. Takper, saya yang betul atau tak, kita tunggu jer album tu kluar.

Anonymous said...

tumpang lalu...
ade satu je aku nak ckp pasal lagu.AKU MUAK.hari2,laki pompuan,pakai lagu nih buat ringtone.Dan ini menunjukkan,org melayu kite nih,tak habes2 laaa dengan tema cinta.dan aku dh tgk videonye,takkan banduan boley pakai personal jewelery.takpe2.tipu laaa selagi boley tipu.yg penting,bile aku denga je lagu tuh,perut aku raser masok angin....

Anonymous said...

Hei Dear BESIHITAM . Orang comment tak reti nak reply ke ? Buat rugi kitorang je yang bodoh leave comment kat sini . Tak appreciate langsung . POYO .

Unknown said...

Lagu ini dicipta oleh Ayie..orang singapura

5689 said...

zzzzz2018.11.5
yeezy boots 350
bottega veneta
moncler jacket
ralph lauren polo
stussy
off white jordan
nike air max
canada goose outlet
ralph lauren polo
true religion

yanmaneee said...

hermes birkin
michael kors handbags
nike foamposite
moncler jackets
kate spade handbags
balenciaga
yeezy boost 350
off white
christian louboutin outlet
yeezys

neesa said...

high quality designer replica replica wholesale handbags high quality replica handbags

sismithe said...

hop over to this website click to find out more go to this site like it why not check here weblink

Anonymous said...

replica bags delhi replica hermes j7h30e9b25 replica bags canada replica bags online fake gucci j4v06f1b74 guccireplica bags neverfull replica bags turkey click here for more l9b06h8o25 7a replica bags wholesale