SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Saturday, November 8, 2008

RAMBUT PANJANG BARU ROCK!!

Hari ni aku nak ketengahkan isu rambut panjang dikalangan mat2 rock kita dan mat2 metal kita.kenapa imej berambut panjang ni penting? dan kenapa digilai mat2 rock n metal tak terkecuali mat2 bunga dan segala jenis mat laa termasuk la mat ganja nih..huh!!banyak tol yang melibatkan diri dengan rambut panjang nih..
NI MASE RAMBUT AKU TENGAH SUBUR MELATA


Sudah jadi kemestian bagi peminat2 muzik metal n rock menggayakan diri dengan rambut panjang nih. kalo rambut tak panjang toksah nak belagak rock la, kata seorang rocker yang amat menggilai ustaz Akhil Hayy..Eh! rock ke mamat tu?hahaha..lantak dia la janji dia rambut panjang.

Huii!! panjang betul rambut mamat tu! mane? tu hah yang dok mencangkung kat bawah jambatan tu..mesti dia rocker kan bang. Erkk..tu mat gian laa.abis la rosak imej aku sebagai seorang rocker.huhu.. tu la serba sedikit mengenai penggunaan rambut panjang nih..hehe..

kalo nak cerita pasal rambut ni mase skolah dulu dah menjadi isu ni. lagi2 aku yg gila muzik metal nih, tak metal la kalo rambut pendek semua rocker rambut panjang takkan aku rambut pendek lak, tak lengkap la pakej seorang rocker sejati. akibat degil punyer pasal tak semena-mena kepala aku kene toreh dengan pengetua, langsung botak licin..huhuhu..aku dendam kalo ade org men rambut aku nih untuk melampiaskan nafsu amarah aku ni siap la aku lekat gula2 hack kat cermin kereta ko!!hahahah!! Pelajar hendaklah sentiasa berambut KEMAS dan RAPI.

Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan RAMBUT PANJANG (mencecah kolar baju, menutupi telinga dan menceca
h kening) dan BEREKOR. Semua pelajar (lelaki dan perempuan adalah dilarang BERFESYEN RAMBUT YANG KETERLALUAN dan MEWARNAKAN RAMBUT. PELAJAR YANG DIDAPATI INGKAR, BOLEH DIKENAKAN AMARAN ATAU DENDA TIDAK MELEBIHI RM50.00 (KESALAHAN PERTAMA) ATAU DIHADAPKAN KEPADA PIHAK BERKUASA TATATERTIB PELAJAR BAGI KESALAHAN BERULANG

sampai habis sekolah baru la aku bebas. mak ayah dah bagi lesen so, aku pe lagi kasi baja itu kepala la bagi rambut tumbuh subur..mase tu aku mula la cari2 geng2 yang sekepala dan ajak bela rambut buat band rock. ehh..mak aku marah la simpan rambut panjang..okeh!! kalo macam tu ko blah!!takyah join band ni-kata aku pade rakan yg tak nak bela rambut.hahaha..senang jer aku..sampai la aku dewasa n terpaksa potong pendek cos nak sambung belajar kat iTM. DAMN!!! aku terpaksa akur perintah kerajaan..huhuhu..
aku masih menyimpan lagi sekarang tapi dah tak nak panjang dah..merajuk kot?tak tau la pulak rambut pandai merajuk.ermm..tu la serba sedikit kisah rambut aku yang mendapat tentangan hebat oleh orang2 sekeliling.tak tau la depa ni dengki ka cemburu dengan kehebatan aku menternak rambut.hehehe..

Erkk..sebenarnya aku nak kupaskan isu mengenai kaitan rambut dengan mat2 rock n metal nih.kenapa perlu rambut panjang ek? kenapa yer? ok ni serba sedikit jawapan yang mampu aku beri.

1. Senang nak menghangguk-hanggukkan kepala(headbanging) ketika melayan konsert Metal n rock sambil pusing2 macam helikopter

2.nak nampak ganas macam undertaker.

3.nampak lagi macho bila berjalan lebih2 lagi ketika angin sepoi-sepoi bahasa jawa bertiup lembut menggerbangkan rambut yang panjang dan bersinar(kalah pompuan)

4. menyorokkan muka ketika melakukan kesalahan cntohnya teraba makcik ketika dlam bas.

5. tiru band2 pujaan contohnya METALLICA tak kurang pula yg meniru band ALLEYCAT

6.Trend mase tu je kot.orang lain rambut panjang aku pun rambut panjang laa..

7. ikut jenis muzik laa..kalau rock rambut kene krinting skit kalau metal kasi lurus skit kalo grunge kasi serabut skit kalo reggae kasi dreadlock.hahaha

8. tak boleh rambut pendek nanti pening kepala

9.nak nampak kiut skidari org lain. rambut pendek tak sesuai bila rambut panjang lak nampak segak begaya.

10.malas potong rambut sebab takde masa.huh!! teruk nih.

11.rambut panjang identiti seorang lelaki dan kejantanan.


ni la serba sedikit komen aku mengenai rambut panjang nih. korang pulak ape cerita? kenapa rambut panjang? dulu pernah ade kes pasal rockers yang berambut panjang ni. diorang tak dibenarkan keluar TV kalau berambut panjang. stesen RTM la.. masa tu kumpulan SEARCH dan WINGS tak salah aku telah digunting secara live kat TV yang mendapat liputan luas oleh media brunei dan Singapore. siap menteri yang tolong guntingkan.huhu..hebat kan isu rambut nih.heheh..


*pade sapa2 yang baca entri ni, anda telah di tag!!!
tak kira laki ke pompuan

6 comments:

Geng Metal said...

yahhhhhhhhhhhh ... mesti rambut panjang, tp masa naik keje kene potong rambutt broooo ... thehehehe tu yg maleh bela rambut panjang tu, tp skang ni wa dah keje sendiri so tgh bela rambut panjang tp belakang je ler .. takut kejap lagi melompat mak mentua gua tgk menantu dia dah transpom jadi hantu pulakk .. tkekeke

GUA said...

huiii..mesti kene rambut pnjg punyer..kalo tak x sah la nak jadi rockstar tol tak?kekekek..topik bernas nih..

speedrider said...

adoi.. rambut aku dah membotak mcm Zinedine Zidane ni... kan dah tak rock.. Takper, rock sampai tua. hahahah

Anonymous said...

aku nye alasan dulu2:

potong rambut kat kedai mahal

rambut pendek nanti orang ingat budak sekolah

dah yang paling kontroversi...sunnah..hehe ni aku x tau betul ke x.main ikut je

-mat-

sgns said...

Rambut gua masih panjang...
Hi...hi...hi...

Anonymous said...

jom panjangkan rambot :`(