SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Wednesday, April 30, 2008

REBELLION meledak!!

Rebellion telah ditubuhkan di Sibu pada sekitar tahun 2001 yang mana tampil dengan konsep Rock / Metal. Diasaskan oleh Nasth Sheir dan Rithman (yakni 2 orang daripada ahli anggota kumpulan Death Metal – Kremation) selain turut di bantu oleh beberapa orang rakan sebagai pemuzik undangan.

Selepas setahun ditubuhkan, Rebellion telah menerbitkan Promo / Demo Tape pertama mereka yang berjudul "Merah". Selain itu, Rebellion juga terlibat dalam beberapa buah rakaman album kompilasi yang mana turut disertai oleh band-band underground tanahair.

Pada awal tahun 2007, mereka telah menerbitkan sebuah lagi Promo Cd yang berjudul "Premonition". Selang beberapa bulan kemudian, Rebellion telah masuk ke studio semula dan menjalankan sesi rakaman bagi album sulung mereka yang mana telahpun siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun lepas. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:

Email: kitapunyainfo@gmail.com / mohanny@live.com

HP: 017 – 8067897


BLUEZYMOODY blues yang berperasaan


JIKA KITA LIHAT INDUSTRI MUZIK UNDERGROUND SEKARANG NI SUDAH BERKEMBANG PESAT DAN SUDAH MAJU SETAPAK KEHADAPAN DENGAN KEBANJIRAN BAND-BAND INDIE,METAL,HARDCORE,ROCK DAN SEBAGAINYA. UPACARA-UPACARA GIG JUGA SUDAH BERKEMBANG MAJU BOLEH DIKATAKAN SETIAP MINGGU PASTI ADA BAND YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN. KALI INI KAMI TELAH BERPELUANG MENEMURAMAH SEBUAH BAND YANG BOLEH DIKATAKAN BARU INGIN BERNAFAS DALAM ARENA UNDERGROUND DENGAN MENJADIKAN ELEMEN BLUES ROCK 70an YANG AGAK UNIK JIKA KITA AMATI. BLUEZYMOODY YANG TERDIRI DARIPADA PEMUZIK KELAB MALAM DAN PEMUZIK KENDURI KAHWIN INI AKAN MENGGEMPUR ARENA UNDERGROUND DENGAN MUZIK KLASIK GALASAN MEREKA. BERIKUT MERUPAKAN TEMURAMAH ANTARA ABU BESIHITAM BERSAMA TAM BLUEZYMOODY. DIHARAP SEMUA TERHIBUR!


-assalamualaikum dan apa khabar semua anggota bluezymoody?
Bluezy Moody: wa alaikum musalam warahmatullah besihitam zine

- blehkah kiranya anda memberi sedikit ucapan kepada peminat dan pembaca yang berada diluar sana
Bluezy Moody: ya kepada peminat2 Bluezymoody atau lebih sedap didengari lagi kepada peminat rock 70ties tanah air kami mengucapkan selamat dan terima kaseh kerne sudi menerima kami dalam arena UNDERGROUND semoga anda berhibur dengan lagu2 kami ini.terime kaseh.

-bluezymoody merupakan sebuah band yg masih baru didalam arena uground ni bgaimanakah anda semua terfikir untuk menubuhkan sebuah kumpulan ini adakah ianya untuk suka2 ataupun memang ada misi yang tersembunyi disebalik penubuhan band ini?
Bluezy Moody
: ya mmg betol kami BLUEZYMOODY mmg masih baru di area ini. bermula nye kami dengan nama ROCKSTAR dan bertukar menjadi BLUEZYMOODY dan kami mmg masih baru tentang penubuhan ini dimana Paktam seorang ahlimuzik kelab malam majlis kawin dan majlis makan malam, dengan efion PAKTAM telah join bersama band BLUES yang dinamakan REALITY BLUESBAND start dari itu kami menubuhkan band k asal kami dengan nama ROCKSTAR band iaitu khairul - penanyi/drum joe - bass,Paktam - guitar/nanyi perjalanan kami sebenarnyer sudah lama cuma tak mencipta lagu sendiri je just normal jammers so PAKTAM masuk arena underground ni bersama satu band iaitu The flaming Lunatics sebagi DRUMMER tapi setelah seminggu, Paktam ditukarkan ke posisi gitar utama kumpulan itu ini kerne smua line up band tersebut mempunyai masalah dan Paktam terpaksa membawa basist Rockstar masuk ke T.f.l. khairul juga Paktam telah bawa audition untuk band t.f.l sebagai drummer tapi malang nyer tak dapat nak beri komitment dan tak mencapai pencapaian yg baik selaku drummer so kami berdua bersama band TFL tu dalam arena UNDERGROUND lebih kurang setahun setengah perjalanan kami bersama band tersebut dan telah banyak menyiapkan demo2 untuk band tersebut tetapi akhirnyer Paktam bersama Joe sekali lagi membuat keputusan nekad KELUAR DARI BAND TU. ya baru la ROCKSTAR kembali lagi dengan new attitude untuk ke medan underground dengan lagu pertama kami yang berjudul WE ARE ROCKSTAR . Dari situ la permulaan kami

jika dilihat band ini byak dipengaruhi elemen2 muzik blues agak2 sape influence korang
BluezyMoody: dari segi influence kami nak tahu dari setiap ahli band kami ke? Atau dari setiap dari kami?yang ni part amat penting pasal kalau dari sorang2 dari kami mmg amat berlainan minatnyer

maksud saya dari setiap ahlinya..
BluezyMoody: kalau dari segi lagu kami mmg amat menitikberatkan elemen classicrock dan blues soul dimana kami memainkan style 70s rock seperti deep purple, Hendrix dan sweet charity manakala blues pula dtg nyer dari soul guitar yg memerlukan etika blues dalam solonyer, dalam vocalnyer ,dalam stroke drumnyer dan juga dalam bass nyer itu maksud kami. kalau ikut influence kami mmg tak tetap banyak sangat suka.

-biasanya lagu ape yang selalu dicover oleh anda?
Bluezy Moody: kalau lagu cover banyak dalam Malaysia seperti sweet charity kadang-kadang lagu 60an, inang, keroncong, modern, pop. kalau lagu mat salleh kami banyak main classic rock, country, latin, reggae, juga blues dari hendrix.

-jika aku perhatikan lagu seperti rockstar dan kontroversi jelas kedengaran seperti lagu zaman2 rock kapak dulu2. adakah sound seperti ini yg anda khendaki?
Bluezy Moody: ya, mmg btol sound rock kapak kalau boleh bukan sound rock kapak tapi sound tahun 70an nyer rock dan sound blues geng mmg kami main raw tanpa sebarang effect

-betol tu, bukan mudah nak mencari sound seperti ini lagi2 zaman ni yang byak menggunakan elemen elektronik
Bluezy Moody: pada kami takde masalah pasal elemen tu Cuma kalau nak lebih sedap boleh pakai effect, kalau nak RAW kene la buang segala effect dan control by hand je yang seperti zaman lapok pakai

-kira kita dah nampak la originality disitu kan?knapa pilih arena uground? padahal mainstream memerlukan band seperti ini memandangkan pasaran sekarang ni?
Bluezy Moody: soalan yang menarik untuk pertikaian, kalau jika betul mainstream boleh tarik kami sebagai artis sudah tentu lama dan banyak band tumbuh dalam malaysia ni kan.. kenapa pilih underground? underground kepuasan nyer maximum! buat sendiri, dengar sendiri, jual sendiridan layan pun sendiri. yang ini la kami cari sejak zaman kecil lagi kalau gi studio mmg kene marah pasal JGN MAIN KUAT2 KALAU PECAH kORANG BAYAR hahahah kene paksa manjang, asyik kene paksa sampai ke besar pun nak di paksa! main music untuk kami untuk kepuasan dan salah satu sumber untuk mesej dalam pemberitahuan jangan ada paksaan dalam music tu yang paling penting

-band ini ditubuhkan untuk suka2 ataupun sbagai sumber rezeki?
Bluezy Moody: kalau btol la band kami boleh mendatangkan rezeki alhamdullilah tapi kami blom konsetrat ke situ buat masa ni band kami dalam misi untuk salam perkenalan dalan dunia UNDERGROUND TANAH MELAYU, kami ni mmg agak dah berumur sedikit tapi kami tetap nak memperjuangkan music kami dan lagu2 kami seperti biasa. misi kami untuk ke underground adalah sebagai platform untuk perkenalkan nama band yg agak baru ini untuk menuju ke destinasi seterusnye

-bagaimana sambutan crowd thdap Bluezymoody?
Bluezy Moody :hahaha part ni nak gelak sket nak trus trang ke hehehe..ok untuk pengetahuan BESIHITAM ZINE kami mmg takde crowd dan reaksi crowd bila kami perform agak luar biasa kerne mereke smua akan tercengang dan dari berdiri akan bertukar jadi duduk dan tengok sahaja sampai abis kami perform baru la mereka tepuk tangan seakan-akan show rock zaman lama yg tidak mudah di fahami oleh budak2 zaman sekarang ini itu la reality kami dalam underground ini

-ermmm..tu bukan penghalang untuk kita terus berkarya btol tak? mgkin kita tak sampai ke satu tahap lagi iaitu diminati org tetapi kita cuba nak menarik orang btol tak?
Bluezy Moody: ya mmg btol BESIHITAM ZINE dan terime kaseh kepada BESIZINE kerne bagi kami harapan yang mengunung kami tetap akan berkarya

-kenapa nama rockstar dibubar? dan digantikan dengan bluezy moody
Bluezy Moody: kenapa rockstar?kerne sejak kami zaman jamming lagi telah mengelarkan diri kami rockstar kerne kami bercita cita untuk terkenal walaupun zaman tu hanya suka-suka sampai melekat ke nama band pula hahaha..lama gak la pakai nama tu sampai ke satu tahap bila kami da buat lagu dan kluakan lagu untuk ke gig kami mula tawar hati bila ada segelintir manusia cuba komplen tentang nama rockstar tu dari hari ke hari kami kene komplen dari segi permainan dan mutu persembahan dan juga dari segi music kami dan sejak dari itu kami pun mula resah dan takotkan starting kami ini akan hancur dan berderai dengan itu cepat2 kami memikirkan nama baru yg agak berkarisma dan menukarnyer lalu baru la kami dapat nama ini BLUEZYMOODY

-sapa yg mencipta nama ini dan ade pe2 maksud tersirat disebalik nama ni?
Bluezy Moody: nama band ni kami yg cipta takde makne yg tersirat pun Cuma org bila nampak mesti org akan ingat band blues tapi kene ingat belakang tu ada perkataan moody bermakna sentuhan blues mengikut perasaan, kan touching tu la maknanya.

-asal semua aggota dari mana?satu tempat yg sama ker?
Bluezy Moody: asal kami smua dari satu tempat iaitu cheras sri melaka flat

-selalu lirik berkisarkan tentang ape? sape yang mencipta lirik dan lagu
Bluezy Moody: buat masa ni kami dah pun mencipta sebanyak 4 buah lagu yg berkisarkan tentang kehidupan masyarakat dan ke agamaan tu la style lagu2 kami tentang pencipta plak dari segi melodi serta susun kata: banyak pada Paktam lirik pun by paktam di olah kembali dari kawan2 dalam band dan arrangement setiap lagu kebanyakan paktam dan kawan2 dalam band yg buat

-kira paktam ni leader band ni la
Bluezy Moody: tak nak pun mengaku leader hehe..bagi kami smua sama tapi banyak keputusan paktam yg buat sebab yang paling pengalaman hanya paktam dalam industri music tapi still dalam perbincangan, kepuasan untuk semua

-jika diberi peluang untuk rakamkan album adkah Bluezymoody sgup tgalkan uground untuk mengejar populariti mainstream?
Bluezy Moody: astargfirullah al hazem.. mana ade pemuzik yg tak suka nak popularity sebut pasal popularity kalau btol UNDERGROUNd mmg tak nak bende tu tapi kalau da rezeki kami tu ketentuan ilahi KAMI TERIMA SAHAJA ape kehendaknyer btol tak? sekali se umur hidup merasa di tempat tinggi untuk kami tak salah rasanyer bila da mati smua dah takde.

-pernah mghantar material ke syarikat2 rakaman
Bluezy Moody: macam kami katakan kami ni smua dari band2 majlis kawen ada yang band dari kelab malam dan banyak nyer normal jammer blom pernah kami menghantar demo kami ke syarikat memana tapi kami cuba untuk ke underground untuk kepuasan diri kami dan para peminat underground dalam versi Bluezymoody on Underground stage

-anda rase anda dah cukup berjaya sekarang ni?kire bleh dibanggakan tak?
Bluezy Moody: masih blom tahap boleh di bangga kan kerne kami ni tiada sapa yang kenal dan mmg berharap zine ini dapat perkenalkan kami di medan underground dan masih lagi tak berjaya dalam konteks seorang pemuzik dalam segi underground ni kami baru dikenali sebagai org baru sahaj
-insyaalah janji ada usaha tu dah ckup bagus
Bluezy Moody: ya kami mmg sedang berusaha untuk mengeluarkan e.p sulong kamiyang berjudul ORANG LAMO hahahaha..maybe kami akan riliskan dalam tahun ini

-bleh ceritakan serba sedikit pasal ep tu?
Bluezy Moody: pasal e.p tu kami baru merangcang kerne kami dah pun tight dengat line up blakang cuma skang kami sedang mencari keyboadist yg ala JOHN LORD (deep purple)untuk join kami baru la siap material kami sepenuhnyer e.p kami juga memuatkan 4 lagu yang berjudul we are rockstar, perjanjian ramai orang mencari ketenangan (r.o.c.k) dan juga KONTROVERSI yang memuatkan line up kami
dari Paktam - guitarist
joe basist
eddy drummer
dan juga kecik/khai - vocalist

-setakat ni dah berapa byak join gig?
BluezyMoody: kalau setakat ni kami da join gig sebanyak 4kali anjuran anakhantucrew dan kami bakal gig kat heritage club pada jun atau julai ini di kuala lumpur iaiti open stage gigs anjuran ZAM-O dan juga pada bulan 8 ni ROCK PARTY UNITE anjuran RessongCluB yang melibat kan 3 hari strait set Rock day pada bulan tersebut juga insya allah kami nak mengeluarkan e.p kami kalau berkesempatan

-bukan senang untuk sebuah band baru tu nak dapat tawaran seperti ini jika diikutkan band ini mempunyai satu daya tarikan dari segi muziknya kami cadangkan anda kontek dgn majalah besar seperti ROTTW dan KONSERT untuk promosi. bagaimana perancangan masa hadapan untuk band ini?
Bluezy Moody: buat masa ni kami pernah cuba untuk ke rottw atau pun konsert tapi blom lagi di pangil dan kami berkemungkinan kami ni just band baru dan kami terima buat masa ni cara pendekatan kami untuk memperkuat kan show2 kami dengan anjuran Ressongclub dan anakhantucrew sahaja mereke yang membawa kami naik di persada gigs ini terime kaseh juga pada Ressongclub - Anakhantucrew mereke banyak membantu

-kita nak cerita pasal pendapat plak ini mengenai band uground yang sudah popular dan mpunyai pengikut sendiri cuba terjun ke mainstream dan kemuadiannya tinggalkan underground dan mencari publisiti umum plak apa pendapat anda?
Bluezy Moody: yang penting skali kena kenal ape itu music nama pun FREDOM kebebasan dalam music ada salah ker nak ke mainstream atau ke underground kalau saya dari pemuzik club malam boleh terjun ke underground kenapa pemuzik lain tidak ada juga pemuzik yg mainstream tapi coverline main kat underground kenapa? GIAN NAK PERFORM?ya kene tanye selera beb kalau selera nak show off mesti la nak kene buat sesuatu kan kenapa? bila da show off mmg pengikut mengila dan di ikuti lama2 keadaan akan dapat perhatian bila da ada perhatian tak kan la nak tutup pakai selimut plak si perhatian tu pasal yang main music pemuzik yang dengar muzik pemuzik dan pencinta muzik kenapa nak dengar music kalau saja2 atau suka dah tentu nak layan perasaan tak kira perasaan cinta mahupun perasaan frust. pendapat kami tentang underground nak ke mainstream tak salah kerne BAKAT DAN SENI nyer dah mula nampak di serata pelusuk orgmaka org ini juga yg membawa dia naik lagi sampai ke satu puncak yang penuh dengan lighting yg best bukan ke ORG TU MENCARI KETENGANGAN ( dan ORG TU ADALAH PEMUZIK DAN PECINTA MUZIK tepuk dada tanye selera jgn jeles dengan periuk nasi org, jgn kondem pasal hak cipta dan terpelihara org dan tolong jgn lakukan sebegini pada bakat2 baru dari segi underground dan mainstream bende tetap sama a minor, b, c sharp ianya tetap sebuah KORD dalam erti kata ianya muzik! ada salah ke MAIN MUZIK? pendapat kami mungkin berbeza tapi cuba prihatikan yang mainsteam bila da tua kat mana mereke nak main music da tentu ke kelab2 malam atau majlis kawen sama gak ngan underground start dengan gempak dah tentu ending hancur start dengan susah dah tentu ending dengan senang tak ke betol BESIHITAM ZINE so, tu la pendapat kami tak salah kalau nak perjuangan kan muzik tanah air ini kalau bertol dan kene pada cara dan kami bangga jadi pemuzik underground tanah air mmg berbakat abis cuma ramai yang tak nampak

-satu pndapat yg bernas! maknanyer minda kita harus terbuka dan menerima semua itu sebagai salah satu peluang mereka untuk mengembangkan bakat?
BluezyMoody: yerp! kesian kan bila kite kene paksa jangan main ingat tak kita nak bebas bila kiter bebas baru la muzik tanah air berkembang mana tau ada gitarist dalam underground lebih hebat dari omputeh sapa tau kan mana tau bakat mereka klua ke tv kene ingat tv punya fungsi untuk iklan kalau takde tv susah sikit nak terkenal.jgn cipta azam tu just main kat jamming je sampai tua puas takde sapa nengok bila ada mata nampak walaupun dalam studio mereka akan Tanya nak ke try recording dengan company kami jadi itu salah satu sejarah kami semasa berkecimpung dalam dunia music banyak offers kami tolak tak brani takut tak terkenal.

-anda takut terkenal?
Bluezy Moody: takot juga terkenal ni perlu satu disiplin yang mantap dari segi permainan dan peradaban

-band ape yg anda rasa sekarang ni yg mempunyai attitudenya yg tersendiri dan mempunyai originality muzik.?
Bluezy Moody: kami rasa smua band ada atitude nyer tersendiri bagus dan mantap tapi kalau mengikut originality muzik yang agak bagus banyak juga seperti meet uncle hussain dia membawa elemen yg agak baru dalam dunia music skang dengan vocal yg agak padat dan mantap

-jika band otai uground pula?
Bluezy Moody: band otai underground? wah!soalan cepu emas ni..heheh.. kami ni membesar dengan cromok,subculture,curberator dung, o.a.g, a.c.a.b, The Pilgrims dan sil khannaz. zaman tu kami ni cuma ada kaset tapi tak tau mana dating hahahaha yg kami tau album yg kami bawa gi jamming tu takde dalam pasaran dan kami rasa band2 tersebut mmg kami patut bangga kan mereka da berjalan terlampau lama sama cam kami hehehe.. band2 ni mmg kami angap otai walaupun masih ramai yg tak kenal but kami da kenal sejak ting 2 zaman baru nak belajar gitar

-jika diluar sana pula bagaimana?
Bluezy Moody: luar sana?luar negara ke? kalau luar negara kami tak pasti kerne kami belajar banyak dalam negara punye hal kalau tentang underground luar kami tak berapa tahu.

-apa harapan anda terhadap Bluezymoody ni?
Bluezy Moody: aku selaku guitarist dalam bluezymoody ni berharap agar korang di luar sana cuba dengarkan lelagu kami yg agak unik dari style zaman skang nyer style agak retro dan agak rockin with blues mood takde pe yg kami nak cuma dengar je la lelagu kami kalau dulu kami dengar lelagu cromok, o.a.g, curberator dung, subculture dan sebagainyer dan trus bawak gi jamming dengan lirik hentam kami harap korang pun begitu demi kepuasan beb. bila ko main lagu org dan bila satuhari nanti org main lagu kita perghhh..rasa macam seperti dihargai la..tu je dari kami support la industri malaysia walaupun ke titisan darah yg terakhir

-muzik bluezy moody ni boleh diklasifikasikan sebagai ape ek?
BluezyMoody: 70s rock+blues mood more to 70srock dalam 70s rock mesti ada satu lagu blues song, hard song, cool song, very cool song dan banyak ke solo yg agak panjang serta arangements yg agak Arabic hehehe sama ada ko larat tak larat je la nak layan

-apa perancangan masa pendek dan masa panjang bluzymoody?
Bluezy Moody: perangcangan masa pendek bluezymoody masih lagi dalam harapan untuk ke e.p dan perancangan panjang Bluezymoody adalah jeng jeng jeng nak naik stage rock the world kalau boleh atau side by side dengan sweet charity hahaha

-apa kata2 perangsang untuk peminat2 band anda untuk terus menyokong kemunculan Bluezymoody ni?
Bluezy Moody: tak tau la nak cakap pe da cuma kami ingin mengucapkan ribuan trimekaseh kepada besihitam zine kerne sudi menemuramah kami dan kepada para2 undergrounders kami ni band baru dengarkan la lagu kami yang agak classic ini majula music untuk malaysia dan tanah air

-bleh bagi kata2 penutup untuk pembaca besihitam zine?
Bluezy Moody: kepada smua pembaca besihitam zine teruslah membaca dari laporan besihitam dimana banyak band2 terkini dan info2 terkini ada disini bukan lahir pada hati untuk menjadi insan yang bernama seni itulah reality dari kami Bluezymoody terima kaseh besihitam zine kerne sudi menerumah kami pada kali ini.


Monday, April 28, 2008

SUFFERCATION-Day of Darkness T-Shirt OUT NOW!!

SUFFERCATION akan mengeluarkan T-Shirt exclusive iaitu T-shirt album Day Of Darkness untuk gig pada 4 MAY ini. so kepada sesapa yang pernah menyatakan dirinya sebagai fan SUFFERCATION jangan lepaskan peluang keemasan ini. kepada yang berminat sama-samalah kita memborongnya nanti.

HYDREA MENCARI LEAD GITARIS

HYDREA sebuah band baru yang memperjuangkan irama MELODIC DEATH METAL sebagai senjata utama irama mereka kini sedang giat berlatih untuk menghasilkan demo pertamanya. HYDREA yang juga disertai oleh Fidaiyin FARASU sebagai pemain drum kini mencari lead gitaris bagi memperkuatkan lagi lantunan irama melodic death metal dambaan mereka..

kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai HYDREA sms/call-012 3849411 (Ajai) untuk maklumat lanjut.

Tuesday, April 22, 2008

KARL KEMBALI KE PANGKUAN CROMOK?

AKU TAK TAU SAMA ADA PERKABARAN INI BETUL ATAU TIDAK. JIKA BETUL KARL DAH KEMBALI KE PANGKUAN CROMOK INI BERMAKNA PEMINAT-PEMINAT CROMOK ERA " FOREVER IN TIME" TAK PAYAH LA NAK MEMBEBEL KAT HILLARY PASAL SOUND CROMOK YANG DAH BERUBAH. JIKA PERKHABARAN INI BENAR, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENUNGGU KEMUNCULANNYA DENGAN RASMI.
SELAMAT KEMBALI KARL!!!

PERJANJIAN SYAITAN!!

OLEH KERANA RAMAI PEMINAT YANG BERTANYAKAN MENGENAI LIRIK PERJANJIAN SYAITAN DENDANGAN DARK NIRRAJIM INI, KAMI DENGAN SENGAJA MAHU BERKONGSI DENGAN ANDA UNTUK BERSAMA-SAMA MENYELAMI MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK LIRIKAL HITAM INI.
JANGAN LUPA DENGAR BERSAMA LAGUNYA BARU DAPAT MERASAI KEHITAMAN LAGU INI!!

LAGU:Perjanjian syaitan
BAND: DARK NIRRAJIM (MALAYSIA)

Lembaga hitam melebur habuan diri
Semangat hitam mencencang nikmat kehidupan
Di tangan kau lupa asal akan dirimu kelak
Bila seakan dirimu akan berakhir

Seru - serulah bisik - bisik terusan angin bayu
Bersama janji bersama kalimah mantera
Titisan darah penarik persembahan putri
Kemenyan syaitan pewangi suasana

Ikatan air tak akan mati

(guitar solo)

Bila diri diselimuti dendam nyawa korban

Syaitan diseru ku minta darah kehidupan insan sebenar

Seru - serulah bisik - bisik terusan angin bayu
Bersama janji bersama kalimah mantera
Titisan darah penyeri persembahan putri
Kemenyan syaitan pewangi suasana

Ikatan air tak akan mati

Lembaga hitam melebur habuan diri
Semangat hitam mencencang kalimah kehidupan
Di tangan kau lupa asal akan dirimu kelak
Bila seakan dirimu akan berakhir

Seru - serulah bisik - bisik terusan angin bayu
Bersama janji bersama kalimah mantera
Sehingga diri lena benar bersama janji
Dikota mati perjanjian syaitan yang diikuti

Tiada jalan seindah

Bila diri diselimuti dendam nyawa korban

syaitan seru ku minta darah kehidupan insan sebenar

BLACKFIRE DICETAK ROMPAK??


berita ini dipetik dari forum metal terus community

untuk maklumat lanjut:

http://www.metalterus.com.my/


Ini adalah kenyataan rasmi oleh kumpulan Blackfire yg diminta oleh mereka agar disiarkan disini.

They has ripped BLACKFIRE off !!!

BLACKFIRE ingin menyatakan rasa kesal ke atas beberapa band tempatan yang telah menggunakan atau lebih tepat dinyatakan disini memanipulasikan karya asli Blackfire dalam merealisasikan karya mereka sendiri. Ianya berlaku berulang-ulang, bagaikan satu trend...Sikap menggunakan karya orang lain tanpa persetujuan karyawan asalnya amat dipandang jijik oleh kami, Blackfire. Kami tidak boleh bertolak ansur lagi, jika semakin hari semakin banyak kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka menghormati Blackfire, menjadikan Blackfire idola mereka, menjadikan karya kami sebagai inspirasi mereka, padahal merekalah orang yang tidak langsung menghargai karya orang lain. Sanggup meniru, menggunakan hasil penulisan Blackfire walaupun kami tidak benarkannya dari awal lagi.Perlukah memohon kebenaran kami untuk mengambil karya-karya kami, jika pada akhirnya walau tidak kami benarkan, penggunaannya masih diteruskan? Adakah itu yang dinamakan 'hormat'? Kumpulan seperti ini hanya, ingin dikaitkan dengan sesuatu yang dianggap 'lagenda' demi merelealisasikan impian mereka. Mereka sanggup mengambil kesempatan dalam apa cara sekali pun untuk mempergunakan sebuah nama yang mereka anggap besar.Blackfire bukanlah sebuah band yang besar, Blackfire pula tidak memerlukan sebarang penghargaan. Blackfire hanya memperjuangkan muzik yang kami minat dan tidak berminat untuk menjadi band 'pujaan' anda.Kepada band yang masih berharap pengantungan dan penggunaan nama orang lain dapat mengubah perspeksi org ramai terhadap bandnya. Lupakanlah!! usaha lebih, buat muzik gunakan hati, perasaan, kreativiti, jangan hanya pandai mengikut sahaja.

We, BLACKFIRE finally getting pissed off by some bands that ripped us off by using our works without our permission. This problem has encountered us since the early 90's. And we already tired of it. Why, they said we inspired them in putting a band, but they disrepect us in someway?! Just recently, we got more and more band ripped our songs without even saying at least a credits.That's why we don't wanna publish our lyrics on Cd sleeves at the first place. First, we afraid of some idiots will never understand the message we are telling them in our songs. The second one, is this. Some narrow-minded people will use it disrespectly even they know nothing about it....We are dissapointed with these bands.

Azmi, Hadi & Rammy of Blackfire.

Monday, April 21, 2008

SOILWORK MENYERANG!!!


Setelah NAPALM DEATH menyerang Malaysia pada tahun lepas, kini giliran SOILWORK pula cuba menunjuk belangnya. kepada death metallers!!! tunggu apa lagi? inilah giliran anda untuk mengangguk-anggukkan kepala sampai muntah!!! hahaha...
konsert ini juga akan diserikan dengan band-band tempatan seperti:
  1. DAMOKIS
  2. CASSANDRA
  3. LOVE ME BUTCH
  4. INCARNATION



aku pegi ke tak? ermmm...kita jumpa disana nanti... yearghhh!!

Kepada anda yang ingin menempah tiket, segeralah menempahnya kepada:


1.JEPUN : 013 -660 0392 (Nationwide)

2.AZIM : 012 - 497 5481 (Nationwide)

3.NAJMI : 012 - 313 8426 (Nationwide)

4.AJIE : 012 - 357 4775 (Singapore and JB)

5.CIPUI : 012 - 505 8352 (KL and Selangor)


cepat geng!!! satu tiket berharga RM55 saje. sangat murah dan berbaloi!! jika dibandingkan harga asalnya adalah RM75.

Promosi ni berakhir sampai 3 MAY 2008.


buat apa ternganga lagi? tempahlah sekaranggggggg!!!!!!

Sunday, April 20, 2008

PERPECAHAN SYJ TERJADI LAGI!!













SYJ SOFEA


S.Y.J08 dalam kenangan






Setelah berita pengunduran beberapa orang ahli SYJ08 tersebar meluas beberapa hari yang lalu. kami telah menerima banyak rintihan dan komen dari peminat-peminat muzik rock lagi-lagi peminat band ini sendiri. salah satunya yang menarik perhatian kami adalah komen daripada seorang saksi yang menyaksikan pengunduran ahli SYJ08. Apa kata beliau?




"percaya atau tidak? gua adalah saksi yg berada di studio SYJ pada malam kejadian itu.. betul! SYJ-08 sudah dibubarkan...tapi dan kali ini ianya akan digantikan dengan SYJ di Tribute to Rock Kangkang 2 nanti...




antara yang menarik di tribute to Rock Kangkang nanti ialah


- Video SYJ Dewan Indera Mulia 1985


- Pengisytiharan rasmi penyerahan mandat SYJ


- Salasilah SYJ






apa komen anda? jika anda mempunyai berita atau apa sahaja mengenai muzik rock dan metal bolehlah salurkan kepada kami.

Monday, April 14, 2008

SYJ08 BUBAR?

GIG ROCK KANGKANG 2



BERITA SEDIH KEPADA PEMINAT BAND ROCK 80AN IAITU SYJ YANG PERNAH MENJADI KONTROVERSI SEKITAR TAHUN 80AN YANG PERNAH POPULAR DENGAN LAGU MATA SEPET DAN HATI SYAITAN. BAND YANG SEANGKATAN DENGAN MAY,SEARCH,WINGS INI BARU-BARU INI TELAH MENYATAKAN PENGUNDURAN BEBERAPA ANGGOTA ASALNYA OLEH BEBERAPA SEBAB YANG AMAT2 DIKESALI. BAND YANG DIPENGURUSI OLEH SYED YUSUF JAMALULLAIL INI TELAH MEMBUAT COME BACK PADA TAHUN 2008 INI TELAH MEMBERI NAFAS KEPADA NAMA BAND SYJ DENGAN NAMA SYJ08 NAMUN PENGGABUNGAN ITU TIDAK LAMA KERANA..KERANA APA? MARI KITA DENGAR RINTIHAN INI.

"akum..pengumuman sedih.3 org line up syj08 telah mengundurkan diri dan tidak dapat meneruskan kesinambungan syj08 atas sebab2 dan halangan yg tak dapat di elakkan.kini hanya tinggal alang.hery,noar dan yus sudah mengundurkan diri walaupun sebenarnya berat hati dan sayangkan syj08.apa punca jadi begitu?hanya tuan2 yang tahu mengapa SYJ dahulu telah bertukar menjadi SOFEA.begitulah yang terjadi pada syj08.kami dah dianiaya,buang masa,tenaga dan keringat...tuhan saja yg tahu.untuk show rock kangkang di c.m syj08 mohon maaf kerana tak dapat perform.alang dgn pak syed dh train budak2 ingusan yg masih bersekolah dan tak pernah pun on stage untuk show d rock kangkang nanti...alang dan pak syed dah tak hiraukan kualiti.kami pemuzik yg dah bertahun2 berpengalaman pun dibuang begitu saja..nuar,hery dan yus mohon maaf kepada semua.kami dah bawa diri masing dan takkan jejakkan kaki distudio SYJ yg penuh konflik.diulangi lagi..FIKIR2KANLAH MENGAPA SYJ ASAL DAHULU BERTUKAR MENJADI SOFEA...(sikap tamak haloba manusia mengatasi segala-galanya)-saddaqallahulazim...amin"

Friday, April 11, 2008

SEMANGAT FARASU TAK AKAN HILANG!!!



KEBANGKITAN SEMANGAT BARU FARASU!!
Interview ABU BESIHITAM bersama Mus FARASU



from left Nahaq,Arm,Fidaiyyin,Faizal
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEATAS SEMUA ANGGOTA FARASU SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KALIAN SEMUA..

Sebelum kita memulakan temubual pada hari ini, ada apa2 yang ingin disampaikan kpd pembaca dan peminat diluar sana?
-Salam pertemuan buat semua pembaca BesiHitam Fanzine dan peminat2 Farasu...Terima kasih kerana menyokong fanzine ini dan mengikuti perkembangan Farasu.

kita mulakan dengan soalan pertama. apa perkembangan terbaru farasu buat masa ini? dengar cerita sibuk berkurung dalam studio?
-Buat masa ini kami belum lagi masuk studio kerana masih merancang masa dan hari yang sesuai untuk melaksanakannya.Ketika ini kami sedang giat berlatih lagu-lagu yang bakal dirakam.Kemungkinan rancangan merakam lagu-lagu baru ini akan bermula dalam bulan puasa.Selewat-lewatnya ia akan dimulakan selepas raya.Kami mengambil iktibar daripada pengalaman rakaman sebelum ini yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa ada ruang masa perbincangan yang teliti.Kali ini,kami mahukan rakaman yang benar-benar berkualiti dan selesa tanpa dipaksa dan dikerah oleh individu-individu yang hanya pandai bercakap dan merosakkan nilai muzik Farasu.

siapakah tunjang utama yang mendalangi konsep utama muzik farasu dari mula ditubuhkan hingga kini?
-Pada permulaan era penubuhan sehingga tahun 2004,aku bersama Nahaq dan Bul yang mencipta,menyusun dan mengubah lagu termasuk lirik.Selepas Nahaq dan Bul mengundur diri dari Farasu,tanggungjawab itu berpindah tangan sepenuhnya pada aku.Kemasukan Faizal Fauzi sebagai lead gitaris Farasu telah mengubah keadaan.Aku dan beliau telah berpadu tenaga dan berkongsi idea dalam membentuk muzik Farasu sehingga kini.Bersama anggota terkini,perkongsian idea mencipta,menyusun dan mengubah lagu telah dibuka kepada semua anggota kerana aku menyakini kepada kreativiti barisan anggota kali ini.
FARASU the TRULY


adakah farasu sendiri yang mengklasifikasikan muzik yang dimainkan?
-Secara logiknya, memang sukar untuk pemuzik itu mengklasifikasikan muzik yang mereka mainkan. Jika mengikut penilaian kami, muzik Farasu adalah eastern melodic death thrash metal.Penerapan unsur eastern seperti arabic,melayu dan jawa banyak kami masukkan dalam lagu-lagu Farasu.Terpulang pada pendengar untuk menilai klasifikasi muzik Farasu berdasarkan pengetahuan muzik mereka.

boleh cerita sedikit tak elemen2 muzik yang diserapkan didalam muzikal farasu serta instrument yang digunakan setiap ahli farasu bagi melengkapkan pakej eastern death metal dambaan farasu?
-Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami telah menerapkan elemen ketimuran seperti arabic,melayu,jawa,jepun dalam lagu-lagu Farasu.Walaupun penerapan elemen timur ini tidak menyeluruh tetapi ia tetap menjadi imej dan wajah pada muzik Farasu.Kami gabungkan elemen-elemen timur ini dengan rock n roll,blues dan new wave bersama elemen tradisi metal keseluruhannya untuk membentuk sebuah muzik yang cacthy,segar dan headbanging.Jadi semua kumpulan pendengar metal(black,death,thrash,doom,heavy) dapat menghayati muzik Farasu.Kreativiti yang tinggi dan kesabaran dengan ilmu/pengetahuan tentang muzik diperlukan untuk menggarap gabungan muzik sebegini.Kalau tidak lagu akan menjadi statik,tidak berkembang dan akan membosankan.Kami mahu lagu Farasu menjadi lagu sepanjang zaman.Bukan lagu yang trendy dan bertahan/didengari untuk sesuatu masa sahaja.
Insyallah,kemungkinan akan ada penggunaan instrument tradisional dalam lagu-lagu kami seperti rebab,gamelan dan sebagainya.Kami masih mempelajari tentang penggunaan dan kemahiran instrumens-instrumens tradisional ini.

baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengunduran beberapa orang ahli FARASU, apakah motif pengunduran tersebut? adakah mereka tidak lagi serasi bersama farasu ataupun sebaliknya?
-Aku merasakan individu-individu yang berundur dari keanggotaan Farasu ini tidak serasi dan tidak ada persefahaman dengan suasana dan muzik Farasu.Mereka telah melangkah keluar secara sukarela tanpa dipaksa dan aku sendiri tidak membuang mereka.Hanya bekas PR/manager Farasu,Ahmad Farid Ghazalie yang aku pecat.Ada beberapa tindakannya yang telah menjejaskan kepercayaan aku secara peribadi dan beberapa perancangan yang telah diaturkan tanpa pengetahuan aku.Perancangan2 tersebut hampir merosakkan imej dan arah muzik Farasu.Hak aku sebagai penubuh Farasu dinafikan.Kita fikirkan sendiri jika orang luar yang diberi peluang duduk dirumah kita,kemudian bertindak melebihi tuan rumah itu sendiri...pasti akan menjejaskan kredibiliti hak tuan rumah itu.


siapakah farasu sebenarnya?
-Farasu yang sebenarnya ADALAH aku,Nahaq dan Bul.Kami bertiga yang telah merancang dan merealitikan penubuhan Farasu dengan bantuan saudara Shazlan(ex-vocal Arsonveil) yang telah mempertemukan kami bertiga.Penubuhan Farasu adalah atas rasa persahabatan yang kuat untuk memeriahkan scene metal Malaysia dan memperkembangkan kreativiti muzik kami...bukan sebab mencari glamour yang kosong dan memikirkan keuntungan duit semata2....



nahaq kembali ke pangkuan farasu???kemana menghilangnyabeliau selama ini?
-Sebelum ini beliau berdepan dengan masalah peribadi yang meruncing dan telah mengganggu komitmen dalam Farasu...tapi kini beliau telah berjaya dalam hidup dan telah pun berumah tangga dan bakal menimang cahaya mata....hehehhe..dah stabil lah maknanya...so dpt bg komitmen pada Farasu....


populariti farasu sudah setanding dengan band2 metal tanahair seperti Negation (grindcore)dan sil khannaz sehinggakan diberikan penghormatan untuk mengadakan gig bersama-sama mereka. apa hubungan farasu dengan band2 otai ini sedangkan farasu adalah sebuah band yang masih baru di arena ini?
-Kami amat berterima kasih kepada Negation dan Sil Khannaz yang telah memberi peluang dan membuka jalan kepada Farasu melalui persembahan bersama mereka.Persefahaman hubungan dan kerjasama yang membawa ke arah itu....otai-otai kita ni pun manusia juga,ada timbang rasa dan sikap ingin membantu...jika kita ikhlas menyatakan hasrat serta menjaga komunikasi...insyallah...mereka pun membantu...

bagaimana sambutan mcd album blackmoon eclips?berapa unit berjaya dijual?
-Mcd ini dikeluarkan secara terhad hanya seribu unit.Berdasarkan keadaan jualan,sudah melebihi 60% terjual dan selebihnya digunakan untuk promosi di luar negara...

adakah masih merancang untuk merekodkan material baru?
-Insyallah...kemungkinan kami akan mengeluarkan material terbaru pada hujung tahun ini.....

bagaimana FARASU mula mencipta nama dari awal penubuhannya hinggalah dikenali seperti ke hari ini?
-Kesabaran menjadi tunjang perjuangan Farasu...kalau takde kesabaran dan perancangan...mungkin susah untuk bergerak.Kerjasama sesama anggota juga banyak membantu perjalanan Farasu sehingga kini...walaupun ada yang terjadi...kena juga bertahan supaya survival sesbuah band itu berterusan...

bagaimana nasib nilai loudblast sekarang ni selepas pengunduran farid didalam menguruskan farasu?
-Untuk pengetahuan semua, NILAI LOUDBLAST SCENE sebenarnya adalah "indipendent team" yang menganjurkan gig semata-mata.Aku bersama sahabat-sahabat karib aku telah menubuhkan Nilai Loudblast atas tujuan untuk menganjurkan gig metal di Nilai pada tahun 2003 dulu.Kami ingin memeriahkan scene metal malaysia dan ingin mewujudkan scene metal negeri sembilan yang happening..cuma pada dua gig terakhir Nilai Loudblast pada 2005 lepas aku kurang berperanan menguruskan perjalanan gig..Nilai Loudblast ini bukanlah sebuah label.Sebarang pengeluaran material seperti vcd gig menggunakan nama Nilai Loudblast sebenarnya bukan usaha aku tapi adalah usaha peribadi Farid...Serbuan polis Seremban pada gig terakhir kami pada 2005 lalu telah membuka jalan kebenaran pada aku....kejadian itu telah memperlihatkan SIAPA SEBENAR SAHABAT dalam kesusahan begitu..yang tak masuk lokap,berlagak macam dilokap 30 hari....

dunia hari ini semakin kejam!!!umat islam mula terancam dengan dakyah2 kotor yahudi untuk meruntuhkan umat islam dengan pelbagai cara sekalipun..bagaimanakah tindakan farasu bagi bersama-sama mengekang permasalahan ini?adakah dengan muzikal serta lirikal farasu dapat menghembus semangat umat islam (mat2 metal khususnya) bersama2 menegakkan panji2 kebenaran.(seperti yang dilakukan ASSAHAR didalam album intifada)
-Sebagai seorang Muslim,seharusnya kita sudah faham dan mengetahui dakyah-dakyah Yahudi ini...telah banyak hadis,penulisan dan ayat-ayat Quran yang menyatakan sikap-sikap bangsa Yahudi...kekuatan itu harus wujud pada umat Islam..sedangkan dalam bangsa kita sendiri pun ada yang bersikap macam Yahudi...hak orang nak kau rampas jadi macam kau punya!!!
Untuk info semua, cari dan baca penulisan Henry Ford-"INTERNATIONAL JEWS" yg menceritakan strategi-strategi yahudi menguasai USA dan dunia sejak awal abad ke 20 dulu...
Mungkin anda semua akan mendapat informasi berguna dan perkaitan kejadian2 yang berlaku dalam dunia kita sekarang.
Secara peribadinya,kita sebagai umat Islam kena kuat dari segi akidah,iman,perlakuan dan amalan....kalau sekadar jadi golongan yang mengikut sahaja tanpa mengetahui apa2...maka disitulah kelemahan kita sebagai Muslim..


Konsep n etika muzik adalah perkara yang paling susah dikekalkan dalam organisasi muzik. Bagaimanakah caranya korang mengekalkan originality,imej serta ilham didalam setiap karya farasu. Adakah seorang sahaja cukup untuk mengekalkan attitude sesebuah kumpulan itu?
-Dalam sesebuah band mesti ada seorang yang kuat untuk mengawal arah muzik band itu supaya tidak lari dari imej dan hala tuju....keaslian lagu dan idea itu bergantung kepada ilmu muzik yang dimiliki oleh sesorang itu...ada juga metaller yang tahu banyak/luas pasal band2 termasuk sejarah dan lagu tapi dari segi permainan hancur...makna ilmu muziknya terbatas...up down stroke pun tak tau...jadi capaian keaslian ideanya terbatas dan akan mengikut idea/cedokan dari band2 idolanya...riff lagu dicedok atau "copy-paste" dari band lain jadi lagu sendiri....
Untuk mencari keaslian idea,seseorang itu perlu kreatif,faham dan menguasai ilmu/kemahiran muzik tak kira apa jenis muzik dan mendengar pelbagai muzik baik moden atau tradisional..barulah perspektif ideanya meluas...dan tidak terbatas pada satu muzik sahaja....
Memang tak dinafikan idola band penting tapi bukan bermaksud kita meniru segala2nya dari idola band...kita jadi idola band itu sebagai platform atau garis panduan idea...kita kena ada suatu semangat atau perasaan "aku kena buat lagi best dan cachty dari band idola aku ni"...baru terhasil sesuatu originaliti secara berkesan....BUKAN berperasaan "aku nak buat lagu macam band idola aku"...itu kurang berkesan.....



Falsafah farasu yang dipegang sehingga ke hari ini?
-Berkarya secara kreatif dan yakin pada rezeki Allah...setiap insan ada peluang dan rezeki mereka...jangan lupa diri...kalau KAU KAYA BERDUIT PUN tapi tak kreatif...tak kemana pun....

Adakah line up kali ini akan dikekalkan ataupun berubah2 mengikut keperluan?
-Insyallah...aku menyakini lineup kali ini...sahabat-sahabat farasu ini lebih kreatif,sabar,ada nilai persahabatan yang tinggi dan rajin....


band Malaysia yang mempunyai originality sendiri pilihan farasu
-SIL KHANNAZ LANGSUYR CROMOK AMUK KEMBARA WINGS SEARCH MAY

Farasu banyak contact dengan sape wat masa ini?
-Banyak jugak tapi yang betul2 aktif dalam negara je...ada juga sahabat2 band di surabaya,jogjakarta dan bberapa dr negara eropah seperti Italy,Poland dan Greece.....kakakakka....dengan Besi Hitam....

Selalunya farasu jamming kat mane?.
-Studio Eruption Seri serdang Selangor...dah masuk 5 tahun kami jadi pelanggan tetap sudio ni....

Berapa banyakkah wang yang diperuntukkan untuk menjalani latihan muzik untuk memantapkan permainan farasu ke tahap maksima?
-Ini bergantung pada kreativiti dan kerajinan...kalau dulu setiap minggu kami jam 2 kali.satu sesi jamming dalam 2 jam...letih dan membosankan sebab ada lineup dulu yang masih tak pickup lagu walaupun dah berkali2 diajar dalam setiap jam....
Untuk lineup kini...kami hanya jamming seminggu sekali dalam 2jam saja.sebulan hanya 4 kali.Lineup kali ini lebih kreatif dan mudah dapat dengan lagu-lagu Farasu...jadi kami dapat menjimatkan belanja berbanding dulu.....

Bilakah anda mengenali muzik metal dan siapakah yang mempengaruhi anda untuk mendengar muzik ini?
-Kenal metal sejak tahun 1993...mula2 dengar cromok-forever in time....dah tentulah kawan2 sekolah dulu....



siapa zyllyn?adakah ianya ada kena mengena dengan anda?
-Band black death metal dari gombak...aku jadi drummer band ni kakakaka....


adakah muzik farasu boleh pergi jauh dan adakah farasu akan mengekalkan lirikal dalam bahasa ibunda untuk rilisan seterusnya?
-Insyallah aku yakin muzik Farasu mampu pergi jauh...aku meyakini kreativiti tiap2 anggota Farasu kerana semua itu adalah pemberian Allah swt bukan sebab faktor duit....Kami akan kekal menggunakan bahasa Melayu dalam lirik kami disamping bbrp lagu yg ditulis dalam bahasa Inggeris....BAHASA JIWA BANGSA...Dimmu Borgir dan Old Mans Child pun ada lirik dalam bahasa Norway...inikan pulak kita....secara ikhlasnya,nahu english aku pun kurang bagus cuma Faizal dan Nahaq yg bagus dalam english...

kata-kata terakhir anda untuk melengkapkan temuramah pada kali ini?
-Teruskan menyokong Farasu dan Besi Hitam Fanzine....inilah teras informasi metal untuk akar umbi metal Malaysia....

pesanan kepada pembaca2 besihitam fanzine
-Hayati sesuatu informasi dengan imbangan akal yang sempurna yakni ada pro dan kontra...jangan condong atau bulat2 menyokong fakta kena fikirkan baik dan buruknya....kalau teruk atau merosakkan baru ditolak sepenuhnya....

Tuesday, April 8, 2008

MORTUARY ANCESTOR-legion of death MENYERANG!!

MORTUARY ANCESTOR



Band yang berasal dari Sabah MORTUARY ANCESTOR kini kembali lagi dengan buah tangan terbaru daripada mereka. baru-baru ini BESIHITAM sempat bertanyakan khabar mereka. ini dia serba sedikit tentang perkembangan band death metal ini mengenai rilisan terbaru mereka yang sudah lama kita tidak mendengar kabar.




MORTUARY ANCESTOR-legion of death

"Legion of Death" ni memang plan nak kuar pada awal tahun 2008 lagi tapi tak di heboh2 dulu atas permintaan Bad Creature Records. Formatnya CD-R jak tapi in pro-print black & white cover. Ada 9 lagu & semuanya dirakam semasa show M.A sekitar 2004 & 2007. Kalau tak silap ianya untuk 400 copy jak. harga cuma RM5.00 termasuk belanja pos.Lepas ni Evil Dead Production pulak akan keluarkan balik "The Reincarnation" CD dalam format pro-release CD utk overseas press. rasanya awal Mei ni kot. Ada 4 buah lagu + bonus live unreleased tracks. Cuma limited 200 copy jak. so, kepada anda yang pernah mengikuti MORTUARY ANCESTOR pada ketika dahulu jangan lupa mengikuti perkembangan merekadi laman myspace. apa mereka kata? " Check it out bro!!! Kalau nak follow news kitorang, check blog kolum kitorang, memang selalu update". mahatir





The current members are:

MAHATIR-VOCALS(ex-DISTRUST)
ROMI-GUITARS(DESPERATE CONTRACIEVE/ex-PERPETUAL)
MAN DEWA-DRUMS

The sessionist are:
DIN-BASS(BLOODY SICK)
JON-BASS(ex-KILATUS)

The ex-members are:
JOBY-BASS(CARNAGE)REEVE-GUITAR(DISTRUST/NESTAPA)
SAMMY-GUITAR(MAYHEMIC DESTRUCTION)
HARRY-BASS(DEMONYU)DIO-GUITARMAJESTIC LENS-GUITARLAN PUAKA-GUITAR/BASS(PUAKA)

Tuesday, April 1, 2008

NIGHTSHADERS akan beraksi di THAILAND!!

NIGHTSHADERS BANGKIT!!!

percaya atau tidak?inilah berita yang terbaru dari kumpulan ini kami terima setelah menanyakan perkembangan terbarunya

"sekarang kami tengah praktis nak perform di Bangkok 14th April 2008 di Water War Festival. Harap semua berjalan lancar...
bulan lepas, 9hth March 2008, kitaorg main gig di JB support HELLGHAST punya mini tour.

Sekarang kami sedang praktis lagu2 untuk dirakam bagi melahirkan full length album kami tahun ini....semoga ia berjalan dengan lancar hendaknya.

Buat masa ini, kami tinggal berempat aje kerana salah seorang guitarist kami (Ed) sedang melanjutkan pelajaran di UK. Beliau akan pulang untuk latihan & rakaman album....

Namun, untuk persembahan di gig/pentas, kami tetap meneruskannya walau tanpa beliau kerana perjalanan ini harus diteruskan......dan hakikatnya, kami masih berlima.

yearghhh!!!itu dia serba sedikit tentang perkhabaran terbaru dari NIGHTSHADERS.. untuk maklumat lanjut anda bolehlah melayari laman myspace mereka
www.myspace.com/nightshaders