SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

SEKEMBALINYA BESI BERWARNA HITAM

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tak buat karangan kat blog ni..bak kata orang hidup segan mati x mau..agaknya apalah alasah aku kali ini yer..agaknya apa sebab aku x aktif lagi berkarya kat blog besihitam webzine ni yer?..susah jugak aku nak menafsirkan diri ni..kejap ada kejap takde..

buat pengetahuan semua,aku dah lebih setahun kawin,tapi langsung x ajak member2 metal semua..kekadang tu rase macam sombong pun ada..hehehe..tapi sape yang kenal aku xde pun kate aku sombong bak kate orang x kenal maka tak cinta la kan?..hahaha..

cakap banyak pun tak guna..aku nak tanya sikit..skang ni scene METAL MALAYSIA apa crita? masih macam dulu ka? gig sape anjur?..huhu..sedih woo..aku skang betul-betul ketinggalan zaman..lama aku menyepi nih..rasa2 ada orang yang boleh terima aku lagi tak??hahahah..

ok lah kawan-kawan..sesapa yang masih kenal aku tu mai la kongsi2 pendapat..aku ni bukan apa...dah lama sangat tak baca kitab muzik nih..heheheh..ok semua jumpa lagik..Assalamualaikum..

Tuesday, January 31, 2012

Perkembangan Terkini: FILEM ROCK OO (Rock 2)


SALAM..
apa khabar semua?? diharap semua sihat sejahtera..perkabaran terbaru dari MAMAT KHALID mengenai filem ROCK OO ialah mereka sedang sibuk dalam urusan post produksi filem ini.. sesekali terserempak dengan beliau di ofis APV Asia Pacific Videolab sambil sibuk membuat sedikit kalering keatas karya garapan beliau..

alhamdulillah sempat gak aku tengok filem ni sampai habis walaupun baru 50% siap..hehehe..

ape yg bleh aku katakan pada filem ni ialah..filem ni bakal menjadi fenomena baru kepada anak muda..lagi2 yg pernah melalui zaman rock 80-90an..

aku yakin dialog yg dibuat mamat khalid dalam filem ni bakal ditiru oleh anak muda kita..hahaha..dialog seperti

"An an ann.."JIJOE-khir Rahman
"Bagi aku Eeeeeee--Amy Mat Piah-Q haidar
"Hah ini la dia Chinggeiii.."-JIJOE
"Abang Main taik dikk.." Kamarul


Lgu plak bleh tahan gak..

MAY,BLOODSHED,WINGS,SEARCH,SWEET CHARITY,FLYBAITS,RIMBA BARA,SYJ,LEFTHANDED dan banyak lagi laa...


heheheh..banyak lagi la...pepe punn..Tungguuuuuu..
"

Tuesday, July 27, 2010

GUITAR WAR 2...luka lama berdarah kembali

24 julai 2010 betul2 membuatkan aku terpaku seketika tatkala kawan2 seperjuangan aku sudah mula menunjukkan taring keberanian untuk menyahut cabaran aku supaya keluar daripada kepompong Jengka untuk terus merealitikan segala fantasi di ibu kota Kuala Lumpur..Misi mereka yg terpendam sejak dulu lagi kini telah tercapai iaitu ingin beraksi di pentas bersama2 kumpulan pujaan mereka..

Harus aku perkenalkan mereka iaitu X CITY kumpulan yg berasal dr bandar pusat jengka ini sudah sememangnya terkenal disana... konsert GUITAR WAR yg menampilkan JOE BURNMARK dan MUS MAY sememangnya menggamatkan suasana di ONE CAFE KL.

XCITY sebagai band pembukaan..band yg harus di beri perhatian yg mendalam..vokalis seakan2 MUS MAY dr segi gerak geri dan mutu persembahan mereka sedikit sebanyak terpengaruh dgn kumpulan MAY..kumpulan yg x putus2 mendendangkan lagu kegemaran aku..hehehe

band kedua pd hari itu YAKAMASHI..band yg berasal dr Singapura tetapi line up hari tu banyak menggunakan khidmat artis profesional seperti Ah Tong dan Yantoi..sudah semestinya sebuah persembahan yg baik..band seterusnya DARK KNIGHT..masih mentah jika dibandingkan band2 yg tersenarai..persembahan yg bertali arus mereka betul2 membuatkan aku tidak henti2 menganguk2 kan kepala aku pada hari tersebut..band rock yg bermelodik ini betul2 ghairah mempersembahkan skill masing2..yearghhhh..

nampaknya persembahan diberhentikan seketika dan aku mula masuk ke dalam dewan tersebut setelah 2 band yg aku sendiri tidak tahu apakah namanya..hahaha.. tu diaaaa..kelibat otai rock kita iaitu ABG RAMLi..walaupun sudah berkerusi roda,,beliau tetap setia dgn kegilaannya..ROCK SAMPAI MAMPUSS!! yeahh..aku ingat 1 hari nanti aku nak g temuramah dia la..hehehe..

sudah tiba masa yg ditunggu2.. JOEEEEEE...BURNMARKKKKKKKKK.. hahaha..Joe yg aggresif memainkan intro solo beliau telah menarik semua penonton2 yg dibelakang untuk ke hadapan stage untuk melihat lebih dekat lagi kemahiran yg beliau ada..sudah semestinya Malmsteen menjadi guru beliau..ape yg aku mampu lakukan waktu itu hanya mengangakan mulut sahaja..ye la..aku mane la tau skill2 macam tu..hehehe..serangan tanpa henti yang dilakukan Joe telah mengundang kemarahan Mus MAY..inilah saat2 yg ditunggu2 oleh crowd..aku x pasti adakah cowd tunggu Mus ataupun Joe?? ahhhh..peduli ape aku..hahaha..janji aku terhibur dengan persembahan mereka..konsert tersebut berakhir dgan kepuasan yg amat sgt..hahaha..walaupun ade rase sedikit kekecewaan terhadap penonton yg dtg..hurmm..pihak organizer kene bertindak segera..

ape2 pun aku mengharapkan konsert seperti ini diteruskan lagi dgan segala persediaan dan persiapan yg sempurna..HAILLLL!!!

Thursday, November 13, 2008

METAL GLOBAL sebuah dokumentary metal unik!





Tak sah rasanya sebagai peminat metal hanya layan lagu dan kumpulan kegemaran tanpa mengikuti asal usul band tersebut serta mengetahui cabang-cabang muzik metal itu sendiri. Hari ini aku akan membawa anda semua menyingkap sebuah dokumentari mengenai metal yang diberi tajuk GLOBAL METAL.





GLOBAL METAL ni telah dihasilkan oleh seorang penggila muzik metal iaitu SAM DANN yang berasal dari kanada. Beliau merupakan pengarah filem dokumentari ini bersama sahabatnya SCOT MCFAYDEN.. sebelum ni SAM DANN telah menghasilkan dokumentari Metal: A Headbangers pada tahun 2005 yang telah memenangi anugerah Bergen International Film Festival pada October 17th 2007..
pada asalnya aku nak cerita mengenai dokumentari Metal: A Headbangers tapi oleh kerana GLOBAL METAL ni paling baru dan yang paling menarik minat aku so, aku akan ceritakan mengenai dokumentari ni dulu Metal: A Headbangers akan muncul kemudian.harap sabar ye kawan2..

aku lihat saje pada tagline 7 countries 3 continents 1 trib
e sudah cukup untuk memerangkap aku untuk terus menyingkap dokumentari ini dari awal samapilah akhir..
si Sam Dann ni seorang ahli anthropologist yang begitu meminati muzik metal dari kecik sampai la besar, boleh dikatakan dirinya membesar dengan muzik ini sepanjang masa dimana jua beliau berada sehingga tergerak nak membuat dokumentari metal ni. pada aslnya beliau ingin mengetahui budaya manusia didunia ni tapi oleh kerana kepintaran beliau,beliau telah memanipulasikan ideanya kepada mencari band-band metal serata dunia..

Lokasi pertamanya ialah Brazil. memandangkan Beliau ama
t meminati SEPULTURA so, Brazil menjadi sasaran utamanya.

Brazil
Rio De Janeiro, and Sao Paulo

sudah pasti band yang paling berpengaruh disana adalah band SEPULTURA yang berjaya ditemuramah olehnya ialah Max Cavalera..Fuhh!! cayalah Max..
MAX CAVALERA, SEPULTURA/SOULFLY












OLD SEPULTURA gambar masa album Morbid Vision tak salah aku



"sepultura is our big triumph, our flag of brazilian heavy metal"


Antara band lain yang ditemuramah ialah:


Rafael Bittencourt(ANGRA)
Carlos Lopes(Dorsal Atlantica)
Adrian Smith n Dave Murray (Iron Maiden)


seterusnya mereka mengorak langkah ke benua Asia kali ni Jepun jadi mangsa mereka hahah..mari kita lihat scene metal Jepun nih..
aku amat tertarik dengan kostum Metal mereka lagi-lagi band X-Japan..fuhh!! kalau bab mekap-mekap nih serahkan la pada diorang nih..diorang ni banyak pengaruh dengan band KISS sebab KISS dianggap sebagai salah satu hiburan mereka ala2 kabuki..hehehe..
mari lihat gambar2 nih..

KISS yang menjadi kegilaan remaja Jepun.



Marty Friedman Ex-MEGADETH tanpa disedari terus menetap di Jepun sampai sekarang


X-JAPAN lambang kemegahan scene metal Jepun(band ala2 Motley Crue/Twisted Sister)

KISS= teater KABUKI
LARS ULRICH(METALLICA) memberi sedikit ulasan

jauh beza orang putih dgn org asia nih..

antara band yang ditemuramah:

Tom Araya Slayer
Kerry King Slayer
Lars Ulrich Metallica
Marty Friedman Megadeth/Cacophony
Yoshiki X-Japan
Mirai Kawashima Sigh


Kita beralih pula kenegara seterusnya iaitu INDIA


Tak banyak yang dapat diceritakan mengenai scene metal negara ini..dengan negara yang begitu miskin dan populasi penduduk yang padat India juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan band2 metal.




Atul Sharma pengendali Metalindia.net

Sam Dann dapat cenderamata istimewa dari india metal fan..tasbih tuu..hahah




Kita terbang pula ke Jakarta Indonesia.

pada mulanya aku terkejut bila negara jiran kita ni menjadi salah satu lokasi mereka untuk mencari budaya-budaya mat metal nih..cemburu mesti ada..ye la Malaysia pun apa kurangnya..banyak jugak band-band yang berpengaruh..tapi apa2 pun mengikut populasi penduduk dan fan metal, Malaysia jauh ketinggalan.. Pada sesi temuramah ni hari itu merupakan hari Jumaat dan juga merupakan bulan Ramadhan dimana umat Islam berpuasa..untuk si Sam ni dapat pakai kain pelikat..hahah..yang pakai Bandana tu Arian 13 daripada kumpulan SERINGAI..dan yang sorang lagi tu peminat metal jer..


babak yang paling aku suka dimana Sam diajar untuk mengambil wuduk.hahah..kaki jer basuh muka tak basuh..chaiitt..."cejuknyer air kolah ni..waaa.."

aku betul2 tak sangka yang metallica pernah buat tour kat indon..fuhhh..tahun 1993 diorang dah pun didedahkan dengan Metallica..malaysia?XPDC kan ade..hahah..Konsert Metallica paling rare!!

Jangan terkejut Sepultura pun turut beraksi kat indon..Max Cavalera terkejut dengan sambutan umat islam terhadap Sepultura




SIKSAKUBUR bukan SIKSABUR


selepas konsert Metallica kerajaan Indonesia telah mengharamkan konsert2 Metal terutama artis luar negara kerana banyak mengakibatkan kerosakan dan mewujudkan Budaya pemberontakan dikalangan rakyat indonesia..


satu temuramah yang membangkitkan semangat aku..terutama menegakkan panji2 islam!!haill!!


Seterusnya kita terbang ke negara CHINA..

tak banyak cerita mengenai scene metal China..band yang ada hanya Tang Dynasty dan Ritual Day..sekali tengok diorang main muzik metal, memang mengagumkan..bayangkan alat muzik tradisional mereka boleh digabungkan dgan muzik metal..cayalahh!!






ni sekolah muzik yang mengajar muzik Metal di China..cikgu dia memang sempoi.


band yang ditemuramah

Kaiser Kuo Tang Dynasty
Nong Yong Ritual Day



lokasi seterusnya ialah di Jurusalem ISRAEL

seuah negara yang amat meminati band SLAYER..kira Slayer ni pengaruh utama diorang laa..
walaupun macam tu metal-metal diorang pun tetap ada gambus..hahah.x percaya?beli la sendiri dan tengok diorang macamane..
bangga Kerry King ila tgok logo Slayer ada di merata-rata tempat..hahaha






Terakhir skali kita diabawa ke DUBAI..

banyak jugak band2 yang ditemuramah..mungkin bagi kita tak terkenal tapi kat sana diorang la menjadi pujaan dan penggerak pengaruh scene disana..
pak arab ni amat meminati IRON MAIDEN..hahaha..bukan pakcik maidin k..



keseluruhan documentary ini betul-betul memuaskan hati aku..banyak sumber yang aku dapat melalui documentary seperti ini..bukan sahaja mengenai budaya malahan mengenai cara hidup dan agama diorang.berapa jauhkah mereka terpengaruh dengan muzik metal ini?adakah ianya menjadi cara hidup mereka ataupun sebagai pegangan mereka..kita mempunyai Iman untuk mentafsirkan perkara seegini.Jadikan Metal sebagai salah satu medan untuk luahkan tekanan dan elakkan ianya menjadi pegangan..HAILL!!

**kepada sesiapa yang teringin untuk memiliki DVD ni sila kontek aku..

Thursday, June 5, 2008

SYMPHONIA-Satria Naga(review)

SYMPHONIA
Satria Naga

Setelah aku melakukan sedikit pengkajian mengenai band yang menggelarkan diri mereka sebagai SYMPHONIA ini, rasanya aku begitu kecil untuk melakukan ulasan dan kritikan terhadap permainan dan lagu-lagu yang dicipta mereka. SYMPHONIA hanya sebuah nama baru yang masih belum dikenali oleh penggemar-penggemar muzik tetapi setelah diselongkar asal usulnya sudah pasti anda semua terkejut kerana mereka bukanlah terdiri daripada pemuzik-pemuzik amatur dan picisan tetapi mereka dikalangan pemuzik professional yang mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam ilmu muzik ini. Siapa yang tak mengenali MELON KING? Sebut sahaja lagu Sayembara Kuasa sudah pasti ramai yang mengangguk tanda setuju dan tahu mengenai lagu tersebut yang mempunyai skala muzik yang amat berlainan dengan zaman muzik pada waktu itu. Tetapi jika disebut nama SYMPHONIA MELONIA sudah pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Tidak kurang juga ada yang menggaru-garu sambil tercengang memikirkan nama band yang pelik tak pernah didenganr. Apa-apa pun, itu merupakan sejarah awal kegemilangan band ini sebelum dinamakan SYMPHONIA. Satria Naga merupakan sebuah album yang diterbitkan mereka sendiri di NEOCLASSICAL STUDIO dan vokalnya telah dirakamkan di SINAR STUDIO milik Mus MAY. Jika dilihat dari segi rekaan kulit album, iainya dihasilkan dengan simple sahaja tetapi nilai estetikanya amat menarik minat aku yang begitu menghargai kesenian ini. Walaupun logo tulisannya direka dengan menggunakan tulisan computer sahaja yang begitu mengecewakan aku tetapi tidak pada lukisan naga dan background kulit album ini, kerana bagi aku ianya suatu perkara yang menarik dan menjadi simbolik kepada nama SYMPHONIA itu sendiri lebih-lebih lagi naga merupakan symbol utama bagi muzik Neoclassical powerspeed metal ini. Nampaknya pengaruh rekaannya masih lagi berkait rapat dengan rekaan-rekaan kulit album band-band seperti RHAPSODY,BLIND GUARDIAN dan band-band yang memperjuangkan irama sebegini. Apa-apa pun symbol naga memang tidak boleh dipisahkan dengan muzik neoclassical sejak dari dulu lagi. Ok. Untuk tidak membuang masa lagi aku akan terus kepada ulasan keseluruhan lagu yang terdiri daripada 11 buah lagu iaitu intro, manusia, saudagar maruah, wira, sembilan pendita, 7 penjuru, dunia syurga, lagenda trilogy(instrumental- tribute to paganini), Kasih(ku sedia menanti), hasutan dan satria naga(instrumental).

Kita terus ke track pertama iaitu

Intro-

Sebuah intro yang menaikkan mood dan perasaan aku yang ketika itu sedang dilanda masaalah peribadi. Ianya seperti membawa aku terawang-awang di udara dan sekali gus memberi nafas kepada pancaindera aku untuk terus mendengarnya sampai habis. Alunan keyboardnya mempunyai ton turun naik yang sekata dan bermelodi. Membawa aku ke satu destinasi seperti ke sebuah medan peperangan.

Track 2- MANUSIA

Wow!!! Sebuah lagu yang begitu mengejutkan aku dari lamunan. Aku bertanya sendirian adakah lagi muzik seperti ini pada zaman ini? Kenapa mereka begitu berani memperjuangkan muzik sebegini? Kenapa dengan keadaan pasaran muzik sekarang ni mereka mencipta lagu seperti ini? Aku rasa persoalan ini tak perlu aku persoalkan kerana jawapannya mereka sendiri sahaja yang tahu. Perkara inilah yang selalu aku cungkilkan didalam setiap bicara aku bersama pemuzik underground. Inilah yang dikatakan kejujuran dan keikhlasan hati didalam berkarya. Duit bukanlah menjadi tujuan album ini dicipta kerana jika dilihat dengan pasaran semasa lagu ini mungkin tidak di terima masyarakat Malaysia khususnya penggila muzik irama seberang yang begitu rakus membolot duit . lagu ini merupakan sebuah lagu yang begitu membangkitkan semangat aku untuk terus memperjuangkan maruah muzik underground ini. Di awal Permulaan lagu lagi telah kedengaran kesepaduan gabungan muzik SYMPHONIA yang begitu tight!! Aman bijak menyusun lagu ini dengan melodinya yang ada turun naik, kelajuannya tidak pernah perlahan malahan terus laju dan laju seperti mempunyai plot yang mempunyai awalan, klimaks dan akhiran. Vocalisnya patut diberi pujian kerana suaranya memang sesuai dengan melodi lagu sebegini, jeritan dan pekikan Zul amat membantu permainan keyboard, gitar, bass dan drum membuatkan melodinya sekata dan menarik. Kualiti bunyinya juga patut diberikan pujian. SYABAS!! Lirik lagu ini lebih berkisarkan mengenai kejahatan manusia terhadap manusia. Aku tujukan lagu ini kepada bangsa Israel ataupun Yahudi yang merupakan bangsa dilakhnat Allah. Bangsa inilah yang menjadi musuh islam sejak dari kelahiran Nabi Muhammad lagi. Mari kita sama-sama membenci bangsa yang dilakhnat ini!!!

track-3.Saudagar maruah- hahaha… Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lagu ini. Sangat bagus!!! Dari segi penyusunan, penciptaan dan liriknya membuatkan aku terus menerus untuk memberi pujian kepada SYMPHONIA. Lagu ini telah membuktikan Aman seorang gitaris yang berwibawa. Nampaknya Man Kidal jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan gaya, mutu dan kemahiran yang ada pada Aman Cuma pengalaman sahaja menjadi batas antara mereka. Aman telah membuktikan yang dirinya setanding dengan idolanya iaitu Ygwie J.Malmsteen. pemain bass iaitu saudara Z9 betul-betul memberi saingan sengit buat Aman didalam lagu yang berskala laju ini. Nampaknya Z9 juga mula menunjukkan kehebatannya didalam lagu ini, irama bass yang dimainkan membuatkan lagu ini semakin laju dan bersih. Alunan keyboard terus menghidupkan lagi suasana lagu ini dengan diiringi ketukan padu dari Zaly yang semakin hebat memainkan peranan.vokal bagi lagu ini begitu kejam, Zul seperti meneran suaranya membuatkan lagu ini diselubungi rasa marah yang dihadapinya. Vokalnya masih lagi belum dilontarkan habis dan jeritannya tidak lagi kedengaran didalam lagu ini. Lagu ini betul-betul mencabar!!!

track 4.Wira- sebuah lagu yang bermelodi!! Yearghh!! Lagu ini cuba memperlahankan sedikit rentak yang tadinya laju dan kejam. ‘Wira’ membuatkan aku menggelek-gelekkan punggung aku yang tadinya keras membatu diatas kerusi plastik ni. Unsur-unsur kemelayuan mula meresapi diri aku melalui lagu ini, tetapi melodinya asyik diulang-ulang dari awal sampai akhir membuatkan lagu ini seperti tidak mempunyai awal dan akhirnya. Tetapi itu tidak menjadikan muzik ini kaku kerana Aman bijak melancarkan solo-solo mautnya membuatkan lagu ini lebih bervariasi. Yeahh.. akhirnya kedengaran juga suara-suara mereka semua digandingkan. Menarik!! Lenggoknya membuatkan lagu ini tidak terlalu kosong dan menjadikan SYMPHONIA sebuah band yang ahlinya serba boleh! Kali ini Zul betul-betul menggunakan sepenuh tenaga untuk membuat jeritan. Teringat pulak aku vocal zaman rock 80an dulu seperti kumpulan ROCKERS yang banyak membuat jeritan high pitch.Tempo drum dan bassnya tetap dijaga dari awal lagu sampai akhir. Bersih dan menarik! Aku suka lagu ini. Liriknya nampak simple tapi penuh makna.

Track 5- sembilan pendita- lagu ini telah menarik diri aku untuk terus terjerumus bersama-sama SYMPHONIA ke dalam satu pengembaraan yang penuh liku-liku. Sebuah lagu instrumental yang penuh teknikal dan memerlukan kemahiran dalam permainan. Bassist iaitu saudara Z9 banyak melakukan improvisasi dari segi corak permainannya. Lagu ini lebih banyak pengaruh Malmsteen dari segi solonya, nampaknya Aman masih lagi tak dapat membuangkan bayang-bayang Malmsteen dalam dirinya. Lagu ini juga mengingatkan aku kepada sebuah kumpulan rock Malaysia iaitu Lefthanded melalui album Qabul. Apa yang hendak aku nyatakan disini, lagu-lagu yang diciptakan mereka betul-betul membuatkan aku teruja. Lihat saja lagu ini. Aku seperti mati hidup semula kerana seakan-akan tidak percaya masih ada band yang mampu menghasilkan produk sebagus ini yang tidak mengharapkan muzik sebagai sumber mata pencarian. Aman, Z9, Zaly, Tina dan Zul betul-betul menyedarkan aku bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan dunia luar didalam penghasilan muzik yang bermutu dan berkaliber.lagu ini penuh dengan corak improvisasi muzik Malaysia. SALUTE!!

Track 6. 7 penjuru- lagu ini membuatkan aku untuk terus-menerus memberi pujian kepada SYMPHONIA tanpa henti. Ternyata lagu ini terus memberi semangat kepadaku untuk terus meminati SYMPHONIA. Elemen kemelayuan terus dikekalkan walaupun lagu ini telah meningkatkan kelajuan permainan. Zaly terus menerus memberi gasakan dengan ketukan padunya, zul pula cuba menunjukkan taring dan rupa dirinya sebenar. Pekikan dan lolongannya betul-betul menghidupkan lagi SYMPHONIA selain gandingan Aman dan Z9 yang sudah sememangnya hebat mengendalikan instrument masing-masing. Tina merupakan pemain keyboard yang dijemput khas dari UiTM telah berjaya mencorakkan muzik SYMPHONIA ke tahap yang paling bagus. Sebenarnya aku terkejut apabila melihat wajah beliau membarisi line-up SYMPHONIA kerana tidak menyangka pelajar satu UITM dengan aku ini berbakat didalam genre muzik seperti ini. Sebelum ini aku kenal beliau dengan persembahan lagu yang slow tapi kini keadaan itu telah pun berubah. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mengharumkan nama UiTM.hehehe..

Track 7.Dunia Syurga- wah!! Intro saja dah menggambarkan lagu ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan. Feel lagu ini amat berlainan dengan lagu-lagu sebelumnya membuatkan aku terus tidak berganjak untuk terus mengulangi track ini sebanyak mungkin. Intro sahaja sudah cukup menaikkan semangat aku untuk terus setia bersama SYMPHONIA. Muzik dan melodi kali ini lebih dinamik dengan serangan bertalu-talu oleh Aman dan rakan-rakannya. Lagu ini betul-betul menguji kehebatan permainan drum kerana flow turun naiknya kadang-kala amat susah di jangka di beberapa bahagian. Aman banyak menggunakan teknik apregios membuatkan lagu ini nampak cantik lebih-lebih lagi gabungan keyboard yang tanpa henti melancarkan serangan membuatkan ritma lagu ini lebih dinamik dan bervariasi. Apa-apa pun mereka sudah bijak menarik hati pendengar membuatkan kita sendiri tidak bosan tatkala mendengarnya.

Track 8.Lagenda Trilogy- arghhhh.. aku mula dah tak tau nak berkata apa, lagu ini betul-betul mengingatkan aku kepada niccolo Paganini yang sememangnya pengasas muzik sebegini. Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lenggok lagu ini yang berunsurkan irama metal melayu. Jika thrash kita ada Cromok maka neoclassical pula kita ada SYMPHONIA. Mungkin Ritchie Blackmore juga boleh dimasukkan sekali namanya sebagai penghargaan. Hahaha..(suka-suka aku jer). Lagu ini sebenarnya merupakan lagu penghargaan buat Paganini yang merupakan pelopor besar music Classical ini. Joseph haydn dan Beethoven juga merupakan pelopor muzik sebegini. Mungkin diorang tak berapa terkenal kerana gayanya berlainan. Apa-apa pun lagu ini amat sesuai bagi mereka yang baru sahaja bangkit dari tidur kerana elemen-elemen semangat banyak diserapkan didalam lagu ini. Syabas Aman!! Solo anda betul-betul menterujakan aku.

Track 9. Kasih (ku sedia menanti)- aku suka susunan lagu ini. Sebuah lagu ber‘mood’ slow dan bermelodi melankolik. Di permulaan lagu jelas kedengaran elemen gitar klasik membuatkan lagu ini lebih bervariasi dan tonnya kedengaran lebih padat dan pedasss!! Kenapa agaknya lagu ini diselitkan sekali dalam album ini? Padahal purata keseluruhan lagu didalam ini semuanya boleh diklasifikasikan sebagai powerspeed. Yeahh!! Inilah yang dikatakan kolaborasi didalam penghasilan lagu. Nampaknya SYMPHONIA semakin bijak mengatur strateginya. Mengikut pandangan intuisi aku lagu ini diselitkan bertujuan untuk tidak memberi impak kebosanan kepada si pendengar. Lagu ini cuba menurunkan semula niat kita untuk memusingkan kepala sampai muntah kerana ianya seperti menyuruh kita rehatkan semula minda kita dan menghayati irama lagu syahdu ini. Lagu ini banyak berunsurkan rentak ritma 80-an. Kali ini vokalisnya memegang peranan besar bagi menghidupkan mood sedih lagu ini disamping alunan gitar klasik Aman yang kedengaran di beberapa part. Vokalnya ala-ala Mus MAY ketika membuat jeritan membuatkan aku tiba-tiba bertepuk tangan tanda mengagumi kehebatan suara zul. Lagu ini lebih radio friendly dan mudah diterima oleh pendengar mainstream yang menggilakan irama sebegini. Lagu ini betul-betul tidak mengecewakan. Syabas kesemua anggota SYMPHONIA!!

track 10. Hasutan- idea yang sangat menarik! Hahaha.aku dah kata tadi pada track 9 SYMPHONIA memang bijak memerangkap halwa pendengaran kita semua lagi-lagi gegendang telinga aku yang seperti melekat di speaker headphone. Aku ulang 3 kali lagu ini untuk mencari kesalahan permainan mereka. Huh!! Nampak gayanya telinga aku masih belum cukup sempurna untuk mencari kesalahan mereka.hahaha.. mereka sekali lagi membuat improvisasi yang berdinamik. Gandingan mereka semua amat menjadi didalam menyempurnakan lagu ini, bermula dengan intro sehinggalah ke akhir lagu ini ianya disusun dengan sempurna sekali. huh..aku sudah tidak berdaya lagi untuk memuji mereka. Pengalaman mereka didalam arena muzik betul-betul mereka gunakan didalam penciptaan album ini. Bassistnya iaitu saudara Zulkarnain mula menunjukkan kehebatannya mencorakkan lagu ini membuatkan lagu ini semakin tight dan bertenaga. Elemen progresif terus digarap oleh Aman membuatkan lagu ini mencapai ke satu tahap melodi bermaksimum! Vocal dan koir menambahkan lagi seri lagu ini. Soundnya ketat dan berat sarat dengan riff-riff yang progresif.

track 11.Satria Naga- Berat!!! Kelajuan cuba dipertingkatkan didalam lagu ini. Aman mula bertindak lebih ganas melancarkan riff-riffnya. Kepala aku tiba-tiba terangguk-angguk sendiri tanpa perlu disuruh.hahaha.. ini merupakan lagu yang benar-benar mencabar keupayaan permainan mereka. Aku suka alunan keyboardnya, bunyinya seakan-akan bunyi burung wak-wak yang bersuara digital.hahaha.. menarik!! Aku nak cakap apa lagi? Diorang semua ni memang betul-betul hebat. Tajuk Satria Naga amat bertepatan dengan lagu ini kerana elemen-elemen semangat jelas kedengaran di keseluruhan lagu ini. Lagu ini amat sesuai kepada mereka yang baru lepas putus cinta. Lepas ni sudah pasti anda semua tak dirundung kesedihan.heheheh..

Keseluruhan lagu didalam album ini betul-betul memeranjatkan aku. Album ini betul-betul mengembalikan semangat aku untuk terus berjuang didalam arena muzik metal underground ini. Aku seperti terpaku dan terus membeku tatkala mendengar keseluruhan lagu ini buat kali pertamanya. Sebelum ini aku dikejutkan dengan kumpulan Metalasia tetapi baranya tidak tahan lama kerana hanya setakat satu album sahaja mereka dapat bertahan. SYMPHONIA memberikan harapan baru kepada industri muzik Malaysia walaupun mereka dibarisi oleh mereka-mereka yang bekerjaya ini bukan bermakna mereka tidak mempunyai masa untuk menghasilkan produk bermutu ini. Ini merupakan sebuah produksi yang menarik dan baik. Kualiti rakaman pun tinggi, semua instrument jelas kedengaran dan bersih. Aku amat mengesyorkan kepada mereka yang menginginkan suatu kelainan didalam memilih muzik. SYMPHONIA telah melakukan satu kolaborasi didalam penghasilan muzikal mereka. Tahniah buat SYMPHONIA!!! Syabas aku ucapkan kepada usaha kalian semua yang telah mengembalikan maruah muzik Malaysia. HAIL!!!

Reviewed by,

Abu huzaifah(besihitam magazine)