SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Friday, August 8, 2008

BINGIT bulan ini!!

Arghhhhh...panas! panas! panas!! huh! sungguh panas cuaca sekarang ni kan? kipas kat syiling bukan main laju berputar tapi bahang mentari masih lagi berjaya menusuk kerongga kulit aku yang agak nipis ni. aku sebenarnya nak bagitau kepada pelawat-pelawat besihitam webzine yang aku sejak akhir-akhir ni sibuk sikit dengan kerja praktikal aku. sepanjang bulan ni aku ada dalam 3 projek perlu dibereskan.itu baru bulan ni tak termasuk bulan-bulan seterusnya.huh!! bak kata bonda aku "tak baik mengeluh". ye la bonda anakda dengar kata-kata bonda tu.heheh..baru-baru ni aku dah balik pahang jumpa diorang, sempat gak la aku merasa buah-buahan yang diorang kutip khas untuk aku yang dah lama tak balik ni.haha..sedih plak tinggalkan diorang. tapi nak buat macamana takkan aku nak tinggalkan JIHAD aku ni. betul tak? minggu lepas aku balik, so sempat jugak la aku merasa buah durian,rambutan,manggis,salak dan buah rambai. huh!! sedap pulak buah-buah tu. teringat zaman budak-budak dulu dok keje panjat pokok petik buah pastu jatuh terhumban ke tanah. parut masih lagi berbekas kat lutut aku ni.huhu.. meraung aku masa tu.hahaha..budak-budak la katakan.
huii..melalut pulak aku. aku sebenarnya nak bagi tau korang semua yang aku bizi buat masa ni. kat bawah ni aku senaraikan jadual aku k.

10 ogos 2008- shooting video clip Damian-VE (boyband) wakakaka
21/22 ogos 2008-shooting iklan PSA (berjimat cermat)
29/30/31- shooting filem pendek (dinding)

argghhh..dah naik biru mata hitam aku ni. ape-ape pun aku kena terima ini semua sebagai cabaran aku. harap-harap mealerz semua dapat menyokong aku dari belakang. jasa kalian semua amat aku hargai. haillllllll!!!