SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Showing posts with label PROMOSI. Show all posts
Showing posts with label PROMOSI. Show all posts

Thursday, November 6, 2008

MARI BERKUNJUNG KE HARD N HEAVY STUDIO(new material list)

HARDnHEAVY MUSIC STUDIO-HELLIST NOV/DEC 08

1.VASTATOR'hell only knows"cd-rm45
album ketiga dari chilean heavymetal hero!!11lagu+1bonus video!!

2.NASTY SAVAGE"cleveland 87"cd-rm60

16 lagu dari american thrashmetal legend!!

3.GUILLOTINE"metal in the vein"cd-rm55

10lagu khas utk para headbangers!!jaket lineup sarat dgn oldskull patches arghh dijamin thrash habisss!!!

4.SACRIFICE"torment in fire"cd rm 70

2cd mengandungi 22lagu dari album"torment in fire"86 serta demo"the exorcism"85 dan beberapa live mereka sekitar 1986.kanada thrash metal KING!!!

5.IRON ANGEL"the tape-brazilian edition"cd rm60

13lagu live 85 dgn killer sound+2unrilis trax!!german speed metal MASTER!!

6.AGGRESSION"forgotten skeleton"1986 unrilis album.cd-rm60

15lagu penuh dgn rapid thrash metal+bonus demo tracks!!lagenda thrash kanada yg harus ada dlm playlist,jika anda bergelar THRASHER!!

7.WITCHBURNER"blasphemic assault"cd rm55

10trax dari german thrashing WAR!!

8.WITCHBURNER"final detonation"cd rm55

12lagu dari rilisan yg tak perlu di pertikaikan kadar THRASHINGnya!!

9.WITCHBURNER"blood of witches"cd rm55

10lagu yg penuh dgn headbanging!!tiada apa yg boleh dikata pada band yg wujud sejak 1992 ini,melainkan bang your head!!

10.CONSPIRATOR"exorcism"cd rm55

11trax yg penuh dgn kegilaan thrashmetal!!

11.NECROPSIA"die fucking bastard"cd rm40

chilean black/deathmetal holocaust!!10trax brutal n dark habisss!!

12.CUTTHROAT"rape!rape!rape!

band project thrash metal liar dari band lama jepun-SIGH dan ABIGAIL!!

13.HAVOHEJ"dethrone the son of god"CD rm40

blackmetal menakutkan dari amerika!total hellish!!rilisan dari hellsheadbangers(usa)

14.NECROHOLOCAUST/DEIPHAGO'gods of holocaust"split cd rm40

split dari band black/deathmetal buas!!kebuasannya seperti SARCOFAGO INRI

15.VEXED"endless armageddon"cd RM40

italian thrashmetal madness!!killer!!

16.PYOVELI/WOUNDS"storming thrash vengeance"split CD rm40

split dari 2band finnish thrash metal yg penuh dendam dan kemarahan THRASH!!power!!

17.BESTIAL MOCKERY"the unholy trinity"cd rm40

swedish deathmetal chainsaw!!mereka bukan seperti kebiasaan band2 metal sweden lain,Yg utamakan melodik!!bestial mockery adalah deathmetal chainsaw massacre haha

18.TONDRA/NORDIC MIST-split cd RM45

project dari anggota nunslaughter,crucified mortals dan beberapa band dahsyat lain!!8Trax+1cover dari hellhammer!!split ni khas utk pengemar HELLHAMMER/FROST.

19.NUSLAUGHTER'hex"cd rm60

tak perlu di perkenalkan merereka adalah lagenda deathmetal amerika yg wujud sejak 1987!!masih kekal dgn imej/sound yg brutal n satanik!!

20.EVIL INCARNATE"waiting for his return"cd rm45

8trax+2cover dari destruction n slayer yg dipersembahkan dlm versi deathmetal!!semestinya evil death metal!!

21.VICTIMIZER"the final assault"cd RM60

canadian speedthrashmetal yg penuh dgn headbanging n rockin mad!!fuh tu dia bangingnya!!

22.HELLWITCH"final approach"1984-2003 CD RM55

florida deathrash legend!!petikan rilisan2 mereka dari 1984 hingga 2003!!cd ini di rilis oleh label milik bekas gitaris deicide!!free hellwitch patches!!cargas sebelum habiss!!

23.METAL ON METAL vol2 Cd rm45

kompilasi dari band2 metal finland!!17trax dari band2 heavy,thrash,black,death yg WILD!!

harga termasuk kos penghantaran berdaftar!!jika beli by hand anda akan jimat rm5!!semua cd adalah baru,di impot terus dari label pengeluar!!

Sunday, October 12, 2008

AKU BERSAMA SATRIA NAGA


gua dok lupa nak taruk gambar ni..dah lama dah aku tangkap, saje jer nak posing dengan album SYMPHONIA ni..album ni merupakan album paling sempoi penah aku layan.kualiti sangat membanggakan walaupun pada hakikatnya proses pengeluarannya tak lah begitu mahal dan memeranjatkan..so,dengan gambar ini aku memaklumkan yang aku SUPPORT SYMPHONIA dari belakang!!!

Monday, August 25, 2008

HARD N HEAVY STUDIO mengajak anda!!


TOKO HARD N HEAVY



Anda ingin melampiaskan nafsu anda dengan bermain muzik? pening mencari studio jamming? atau tidak mngetahui dimanakah tempat untuk mencari metal merchandize?

yeahh!! toko muzik HARD N HEAVY STUDIO mengajak anda bersama-sama menganggukkan kepala di studio muzik mereka kerana HARD N HEAVY bukan hanya sekadar studio biasa kerana di toko ini ada menjual barangan seperti t'shirt import/lokal, cd, dvd, kaset, patches, majalah dan macam-macam lagi yang bisa membuatkan mata anda menjadi juling itik.

kami disini amat menyeru orang-orang kedah khususnya datang beramai-ramai memeriahkan lagi toko muzik HARD N HEAVY ni dengan menghadirkan diri ke alamat:

no 34 stesen bas lama bangunan hbr jln langar alor setar

so, apa tunggu lagi tak metal la kalau tak singgah!!

untuk keterangan lanjut sila hubungi 0195486035 (khairul)

Tuesday, July 29, 2008

NROCINU-menegakkan panji-panji keamanan dalam album terbarunya







NROCINU kini tampil dengan album penuh yang pertamanya 'KEAMANAN' sepertimana yang telah dijanjikan dari tahun 2002 lagi.Sesi rakaman yang bermula pada Jan 2007 terhenti pada April 2007. Ini kerana setelah berbincang dengan producer (MusMay), kepelbagaian dalam lagu mesti ditambah untuk menghasilkan album pertama yang 'pukul keliling' tetapi masih lagi Heavy. Ditambah pula dengan Sinar Studio penuh dengan rakaman artis, maka tertangguh rakaman album ini. Sehinggalah Jan 2008, Nrocinu meneruskan rakaman album 'KEAMANAN' dan tamat rakaman pada Mei 2008.


NROCINU



Kali ini sesi rakaman berjalan amatlancar dan mudah.Target, dengan adanya album penuh ini, kami dapat berkongsi minat dengan semua pendengar di luar sana. Konsep album 'KEAMANAN' lebih kepada patrioritik yang membawa mesej 'KEAMANAN' dan 'KEMERDEKAAN'. Masih lagi HEAVY, namun sedikit berbeza dari demo 'GEMPITA 2002' dan EP 'LANGKAH MULAAN 2005' dahulu di mana album 'KEAMANAN' ini lebih kepadda percambahan idea satu kumpulan dan khidmat MusMay sebagai producer digunakan. Kualiti bunyi amat memuaskan dan pelbagai elemen diletakkan seperti kompang dll.Album boleh didapati di kedai2 muzik edaran Universal Music atau terus saha menghubungi Roll. Digital Download juga boleh di dapati. Rasakan lagu2 dari Nrocinu di dalam album 'KEAMANAN' yang pastinya MENGGEGARKAN !!!

Thursday, May 1, 2008

SHADOWLAND-Extreme Symphonic Metal dari Utara


Band yang berasal dari Penang iaitu SHADOWLAND yang merupakan one man band projek ciptaan wolf@heart ini baru saja meriliskan demo pertamanya iaitu disobedience yang telah memuatkan 4 buah lagu berteraskan Extreme Symphonic Metal.

kepada sesiapa yang berminat label atau zine anda akan diberikan copy percuma sebagai promosi, kepada band-band yang berminat trade amat-amat dialukan dan kepada sesiapa yang ingin memilikinya atau membelinya harganya hanya RM7. untuk makluman lanjut bolehlah menghubungi mereka di alamat ini:


http://www.myspace.com/crypticshadowland

Wednesday, April 30, 2008

REBELLION meledak!!

Rebellion telah ditubuhkan di Sibu pada sekitar tahun 2001 yang mana tampil dengan konsep Rock / Metal. Diasaskan oleh Nasth Sheir dan Rithman (yakni 2 orang daripada ahli anggota kumpulan Death Metal – Kremation) selain turut di bantu oleh beberapa orang rakan sebagai pemuzik undangan.

Selepas setahun ditubuhkan, Rebellion telah menerbitkan Promo / Demo Tape pertama mereka yang berjudul "Merah". Selain itu, Rebellion juga terlibat dalam beberapa buah rakaman album kompilasi yang mana turut disertai oleh band-band underground tanahair.

Pada awal tahun 2007, mereka telah menerbitkan sebuah lagi Promo Cd yang berjudul "Premonition". Selang beberapa bulan kemudian, Rebellion telah masuk ke studio semula dan menjalankan sesi rakaman bagi album sulung mereka yang mana telahpun siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun lepas. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:

Email: kitapunyainfo@gmail.com / mohanny@live.com

HP: 017 – 8067897


Monday, April 28, 2008

SUFFERCATION-Day of Darkness T-Shirt OUT NOW!!

SUFFERCATION akan mengeluarkan T-Shirt exclusive iaitu T-shirt album Day Of Darkness untuk gig pada 4 MAY ini. so kepada sesapa yang pernah menyatakan dirinya sebagai fan SUFFERCATION jangan lepaskan peluang keemasan ini. kepada yang berminat sama-samalah kita memborongnya nanti.

HYDREA MENCARI LEAD GITARIS

HYDREA sebuah band baru yang memperjuangkan irama MELODIC DEATH METAL sebagai senjata utama irama mereka kini sedang giat berlatih untuk menghasilkan demo pertamanya. HYDREA yang juga disertai oleh Fidaiyin FARASU sebagai pemain drum kini mencari lead gitaris bagi memperkuatkan lagi lantunan irama melodic death metal dambaan mereka..

kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai HYDREA sms/call-012 3849411 (Ajai) untuk maklumat lanjut.

Thursday, March 20, 2008

DEBUT ISSUE IS OUT NOW!!!


SETELAH SEKIAN LAMA BERTAPA, AKHIRNYA BESIHITAM FANZINE YANG BERASAL DARI BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG BERJAYA DILAHIRKAN PADA 11 DISEMBER 2005 LEPAS. ISU PERTAMA BAGI TAHUN 2006-2007 INI TELAH MENAMPILKAN WIRA-WIRA METAL DARI BAWAH TANAH DENGAN PEJUANG PELBAGAI IRAMA MUZIK METAL NUSANTARA. BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA BESIHITAM TELAH MENAMPILKAN SAMARTARY DARI UTARA SEMENANJUNG NEGERI KEDAH SEBAGAI PENGHIAS KULIT DEPAN BESIHITAM FANZINE. TEMURAMAH BERSAMA VOKALISNYA CS (KHAIRUL ANUAR) IAITU SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI EDITOR SARANG MAUT ZINE YANG BERCERITA MENGENAI PERJALANAN KEHIDUPANNYA YANG PENUH JURANG DAN RANJAU BERDURI. SELAIN ITU BESIHITAM TELAH MENAMPILKAN MENTALLY MURDERED (LAGENDA THRASH DARI SARAWAK), BAZZAH (JAGUH BLACK METAL PAHANG YANG MASIH BERTAHAN HINGGA SEKARANG), DARKREGIME (KEBANGKITAN WAR METAL KELANTAN!), NROCINU (THRASH ALA CROMOK DARI SELANGOR),PARASITE (LAGENDA GRINDCORE DARI PAHANG YANG LENYAP TANPA KHABAR BERITA), MUZIKBOX PRODUCTION (TEMURAMAH BERSAMA FADZIL YANG MENCERITAKAN SEJARAH PENUBUHAN MUZIKBOX PRODUCTION YANG BERTAPAK DI JOHOR), ORION (SATU-SATUNYA BAND YANG MEMEGANG GENRE POWER SPEED METAL ALA RHAPSODY DAN METALASIA BAND YANG BERASAL DARI KUALA LUMPUR INI MEMPUNYAI KUASA YANG SUKAR DIJANGKA) SERTA FARASU(BAND YANG BERASAL DARI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN INI MULA MENJADI BUAH MULUT PENGGEMAR IRAMA MUZIK ESTERN METAL). DIDATANGKAN DENGAN FORMAT A4, DENGAN PENAMPILAN LAYOUT YANG AGAK KEMAS DAN TERATUR. MEMPERTARUHKAN BERITA, ULASAN, ARTIKEL, TEMURAMAH DAN PELBAGAI LAGI YANG PASTI MENARIK MINAT ANDA UNTUK MEMILIKINYA. ISU PALING YANG DICARI DAN YANG DINANTI IALAH PEMBONGKARAN SEMULA KHAZANAH ROCK MALAYSIA TAHUN 80an DENGAN PENGGALIAN SEMULA KARYA-KARYA KUMPULAN ROCK LAMA SEPERTI SAXO,BLOODSHED,BELANTARA, BABYLON,JUSTICE, AROMA, FEBIANS DAN BANYAK LAGI. MANAKALA SEGMEN SEKOLAH LAMA MENAMPILKAN KARYA DARI KUMPULAN SUFFERCATION-DAY OF DARKNESS DAN RATOR-EVIL SYMPHONY. PALING MENARIK IALAH SEBUAH ARTIKEL YANG MENDEDAHKAN PERISTIWA SEBENAR YANG BERLAKU DI SEBUAH VENUE GIG YANG TELAH MENIMBULKAN BERIBU SPEKULASI MEDIA. KEPADA ANDA YANG MASIH TERGILA-GILAKAN GAMBAR BAND-BAND ROCK LAMA BESIHITAM FANZINE TELAH MENAMPILKAN GAMBAR BAND-BAND ROCK LAMA YANG TIDAK PERNAH ANDA TATAPI DIMANA-MANA FANZINE SEBELUM INI. YEARGHHH.. APA LAGI YANG DI TUNGGU? DAPATKANNYA SEKARANG SEBELUM KEHABISAN..CETAKAN ADALAH TERHAD. JADIKAN BESIHITAM SALAH SATU KOLEKSI FANZINE ANDA.METAL TERUS METAL!!!


untuk maklumat lanjut layari



email

1st FANZINE CONVENTION


METAL FANZINE CONVENTION!!!!
No Festival or Concert would ever survive without the legandary fanzines or magazines.
For several years now you could have read about our festival in various fanzines and magazines. Not only the "big ones" have written about the Metal Forces Festivals, but also the "small and cult gazettes" (fanzines) have made their utmost to present us. With most of them we are in contactand we do really like their style and do appreciate their effort in making it special and unique. That is why we decided to set up a FANZINE CONVENTION at METAL FORCES FESTIVAL this year.

Every style of fanzine, magazine or "paper" - no matter if in hand-writing ;), copied or just drawn is welcomed at our festival. We do appreciate fanzines from Germany, Switzerland, France and the rest of Europe (or even oversea?). If you are not able to be at our festival in person, you could also send us your stuff by mail. Please get in touch with us beforehand.
We think that everyone who is collecting this type of paper or everyone who is a lover of reading this type of fanzine would get their money worth at this Fanzine Convention.Most of those fanzine are still very famous in the Metal scene underground and we do think that they should not die off or not to be forgotten. Soon you will see online which fanzine will be shown at the festival.

Tuesday, March 18, 2008

serlahkan bakat anda

kepada anda yang berbakat didalam dunia penulisan mengenai muzik anda amat dialu-alukan untuk menyumbang sebarang berita atau artikel didalam blog bebas ini.. ruangan ini amat dialu-alukan kepada band-band yang baru menapak sehinggalah kepada band yang dah lama menapak kat Malaysia ini. Band yang bergenre METAL amat dialu-alukan sama sekali. serlahkan bakat anda sekarang.
hantarkan sebarang artikel,puisi,ulasan,temuramah dan apa sahaja yang berkaitan di alamat email ini:
suddendethz@yahoo.com.my