SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Wednesday, April 30, 2008

REBELLION meledak!!

Rebellion telah ditubuhkan di Sibu pada sekitar tahun 2001 yang mana tampil dengan konsep Rock / Metal. Diasaskan oleh Nasth Sheir dan Rithman (yakni 2 orang daripada ahli anggota kumpulan Death Metal – Kremation) selain turut di bantu oleh beberapa orang rakan sebagai pemuzik undangan.

Selepas setahun ditubuhkan, Rebellion telah menerbitkan Promo / Demo Tape pertama mereka yang berjudul "Merah". Selain itu, Rebellion juga terlibat dalam beberapa buah rakaman album kompilasi yang mana turut disertai oleh band-band underground tanahair.

Pada awal tahun 2007, mereka telah menerbitkan sebuah lagi Promo Cd yang berjudul "Premonition". Selang beberapa bulan kemudian, Rebellion telah masuk ke studio semula dan menjalankan sesi rakaman bagi album sulung mereka yang mana telahpun siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun lepas. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:

Email: kitapunyainfo@gmail.com / mohanny@live.com

HP: 017 – 8067897


No comments: