SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Saturday, October 18, 2008

PERSOALAN MENGENAI ASSAHAR TERJAWAB

























ASSAHAR pada tahun 1992




TEMUBUAL BERSAMA ONE BARCHIEL of ASSAHAR


memandangkan BESIHITAM mendapat maklumbalas positif daripad
a peminat, aku dengan sedaya upaya berusaha untuk memantapkan lagi isi kandungan BESIHITAM WEBZINE dengan bahan2 ilmiah mengenai dunia muzik metal Malaysia. forum 5 soalan untuk band kesayangan anda begitu mendapat sokongan ramai peminat muzik Underground membuatkan aku begitu teruja. tak sangka masih ramai lagi peminat2 tegar muzik sebegini. jika sebelum ini kumpulan PUTERA iaitu kumpulan rock era 80-90an menjadi band pertama menjawab persoalan ini maka hari ini ASSAHAR pula menjadi mangsa seterusnya..apa2 pun teruskan menyokong kumpulan kesayangan anda ini agar mereka terus mengorak langkah lebih jauh membatasi sempadan usia..HAIL ASSAHAR!!!!

5 SOALAN UNTUK ASSAHAR




1. sebelum menggunakan nama ASSAHAR, apakah nama
yg digunakan?kenapa ianya tak digunakan?
ONE: Band ini guna mcm2 nama dulu. Nama terawal ialah ASYLUM, kemudian kami gunakan nama SPEDETRA utk show kat skola aku. Namun nama2 nih bukan nama permanent stakat kalo org tanya kami bole sebutkan satu nama... 1992, kami mencuba rakam demo dan rilis demo tu dibawah nama ETHOS. Dengan nama ini kami melayari u/g scene, mencari contacts dan pelajari selok-belok network yg ada utk mempromosikan sesebuah band itu. Dengan nama2 awal tu, kami bermain Thrash Metal. 1993 kami decided yg band ini berkonsepkan Black Metal(muzikal dan image) sedikit sebanyak terpengaruh dgn Burzum dan Darkthrone. Kami gunakan nama AS-SAHAR dan tak pernah tukar nama band ini lagi semenjak tu. Kenapa nama2 lama tu tak kekal, sampai sekarang pon kami sendiri tak tau jawapannya.

2.berikan sebab kenapa a
lbum baku karama dihasilkan sehingga menimbulkan kontroversi?(ramai nak tau nih)
ONE: Byk sebab... Rock itu roots kami,sebagai anak watan Johor - Headquarters of Rock Melayu! Pertukaran konsep juga kami gunakan utk menguji,melihat siapa 'kawan2' dlm u/g scene itu yang sebenarnya kawan... Ternyata ramai yg hanya berkawan dgn Black Metal kami dan bukannya KAMI dan ianya menguatkan motto kami dalam friendship - TRUST NO ONE! Ianya juga menonjolkan kekolotan yg ketara antara u/g muzik fan yg tak tau apa erti underground yg sebenar... u/g muzik tiada undang2,kita buat apa yg kita suka dan rasa nak buat. "Baku Karama" tidak rilis sebagai komersil item...ianya tetap dibawah label u/g. Dlm genre lain mcm rave,rap,hiphop,punk-rock pon wujud benda u/g nih..Orang kolot,dorang tak nampoak semua tu..atau mungkin dalam perot mak dorang lagi dorang dah dengar lagu Darkthrone...tu yg jadik camtu, takpon masa keluar dari perot telinga dorang bapak dorang 'azan' dengan muzik Rotting Christ.
3.ape perasaan bila mula2 muncul di gig pertama assahar?apa reaksi crowd masa tu?
ONE: Biasa ajer...gig pertama kami 1994 di Singapura yang memang terkenal dgn crowd yg sedikit dtg ke gigs. So, kami pon tak reti nak cakap reaksinya camner. Sudahnya jadi seperti jam session, crowd yg datang pon macam menonton wayang..anyway 2 baris je crowd yg ada depan stage.
4.selain anda berdua yg mendalangi ASSAHAR adakah adik beradik yg lain cuba mengikut jejak langkah?atau anda memang hanya dua beradik?
ONE: Kami hanya dua beradik ajer



5. penghasilan lirik assahar sangat puitis. adakah ASSAHAR terdiri drpd pelajar2 cmerlang di kolej?bgaimana terjerumus ke lembah m
uzik metal ni?
ONE: Muzik Metal nih, back-in mid 80's Malik Hanael diperkenalkan oleh kawan2 skola dia yg mendapatkan stuffs dari oversea,beli kat sana ketika skool holiday. Lepas tu, dia rekomen kat aku... Ki dita pick-up dari sana,sentiasa mencari stuffs2 baru sehinggalah ada kedai2 yg mula menjual stuffs begitu. Tentang liriks As-Sahar... ada yg puitis, ada yg tidak...Aku minat puisi semenjak kecik dan menjadi ahli satu persatuan puisi kat Singapore. Aku meminati lagu2 puisi seperti apa yang Ebiet G Ade, Kopratasa, Nuradee, Rausyakfikir, M.Nasir, buat... Sayangnya aku tak main muzik komersil mcm dorang2 nih, so aku aplikasikan dalam Metal.

6.terakhir, ucapan kepada peminat tegar AS-SAHAR yang begitu mencintai sejak dulu.
ONE: Album baru kami "Tir" bakal rilis pada November 2008... So, check-it-out! Bagi anda yg meminati album dan EP terawal As-Sahar, "Tir" adalah pengubat rindu... Ianya akan memulakan semula cycle baru dalam As-Sahar..who to trust, who are friends and who got the knowledge.

**semua gambar adalah koleksi ASSAHAR

5 SOALAN UNTUK PUTRA







SEJENAK BERSAMA KUMPULAN PUTRA

5
SOALAN UNTUK PUTRA


1. kenapa PUTRA di 'reunion' semula?
-sebab music, business dan aweks!!
2. siapa yang mencetuskan idea penubuhan PUTRA?
- bro kis dan bro man
3. di konsert manakah PUTRA betul2 rasa teruja dgn sambutan peminat dan paling enjoy?
- semua concert (lebih kurang 400++)
4.adakah anggota PUTRA akan serius selepas ini dalam bidang muzik?
- semua PUTRA sentiasa serious dlm music
5. adakah semua anggota PUTRA sudah berkahwin?sape yg paling ramai anak?
- 2 berkahwin, 2 duda, sorang bujang. bro man yg paling ramai..4 org
terakhir sekali harapan kump PUTRA terhadap peminat setelah muncul kembali di persada muzik rock malaysia setelah beberapa tahun merehatkan diri
PUTRA takde mengharapkan apa2...ROCK SELAGI BOLEH bro! tunggu road tour dan album baru awal 2009