SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Showing posts with label BERITA GEMPAR. Show all posts
Showing posts with label BERITA GEMPAR. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

LAMB OF GOD DILARANG MASUK MALAYSIA?? KONSERT DIBATALKAN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa supaya konsert kumpulan heavy metal Lamb of God di ibu negara pada 28 September ini dibatalkan.

Gesaan itu memandangkan kumpulan berkenaan pernah membuat persembahan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Jamil Khir menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini  mengeluarkan kenyataan  mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.



Yan: “Saya minta pihak berwajib membatalkan konsert kumpulan ‘Lamb of God’ kerana ia bertentangan dengan moral dan akhlak di negara ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas kumpulan itu yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Jamil Khir berkata, beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert itu.


“Saya minta pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya. Bukan saja JAKIM, malah NGO (badan bukan kerajaan) Islam juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia,” katanya.

MUTAKHIR
Jamil Khir gesa konsert Lamb of God dibatalkan
2013/09/01 - 16:49:44 PM Cetak Emel Kawan
 
YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Katanya, beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
"Saya harap pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya...bukan sahaja Jakim, NGO (badan bukan kerajaan) Muslim juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia," kata Jamil Khir yang ditemui dalam program santai bersama penduduk di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada konsert tersebut sudah mendapat kelulusan tetapi sekiranya sudah dikeluarkan ia hendaklah ditarik balik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha Jakim dalam kenyataan dua hari lalu berkata bantahan itu dibuat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Beliau berkata, bantahan itu juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, program santai di kawasannya itu bertujuan mendekati pemimpin dan masyarakat setempat bagi menyelami masalah mereka untuk diatasi bersama.
Katanya, pertemuan tidak rasmi seumpama itu memberikan kelebihan untuk mendapat maklumat dan keperluan rakyat dengan lebih jelas. - BERNAMA 

Wednesday, September 17, 2008

OZZYMAY (DARKREGIME)-menjalani rawatan hari ini!

berita mengejutkan yang baru aku dapat tadi:


"akibat kecederaan yang teruk dibahagian jari kaki berpunca daripada kemalangan semalam, Ozzymay DARKREGIME bakal kehilangan jari kaki".

berita ini amat memeranjatkan aku yang ketika itu sedang berbuka puasa bersama keluarga, hanya doa saja yang dapat aku hadiahkan kepada Ozzymay kerana tak berkesempatan untuk melawatnya di hospital. dikhabarkan lagi bahawa hari ini beliau akan menjalani pembedahan dibahagian jari kaki yang remuk akibat dihentam objek keras.

sama-samalah kita berdoa demi kesejahteraan rakan kita semoga beliau selamat menjalani rawatan pada hari ini.. Amin yarabbalalamin..

TIADA OZZYMAY TIADA DARKREGIME!!!!

Tuesday, September 16, 2008

BERITA GEMPAR!!!!- rakan kita kemalangan!

Pada tarikh 28 Mei 2008 kita dikejutkan dengan berita kemalangan Hashim(sil khannaz, brain dead, pilgrim) di Bukit Jelutong Shah Alam yang menyebabkan beliau cedera teruk dibahagian tangan dan kaki yang memaksa beliau untuk terus berehat buat seketika didalam dunia bawah tanah.

selang beberapa bulan kemudian, seorang lagi rakan metal kita iaitu Ozzymay DARKREGIME telah ditimpa kemalangan Jalan raya di Kota Bharu pada tarikh 15.9.2008 ketika sedang menunggang motosikal beliau telah dirempuh oleh sebuah kereta menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk di kaki.

Alhamdulillah, keadaan kedua-duanya stabil dan Allah masih lagi menyayangi mereka.

Kita sebagai umat Islam, marilah kita berdoa agar mereka berdua cepat sembuh seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupanseperti biasa serta melakukan ibadah dengan sempurna di bulan ramadahan al-mubarak ini. Amin yarabbal alaminn...

Tuesday, April 22, 2008

BLACKFIRE DICETAK ROMPAK??


berita ini dipetik dari forum metal terus community

untuk maklumat lanjut:

http://www.metalterus.com.my/


Ini adalah kenyataan rasmi oleh kumpulan Blackfire yg diminta oleh mereka agar disiarkan disini.

They has ripped BLACKFIRE off !!!

BLACKFIRE ingin menyatakan rasa kesal ke atas beberapa band tempatan yang telah menggunakan atau lebih tepat dinyatakan disini memanipulasikan karya asli Blackfire dalam merealisasikan karya mereka sendiri. Ianya berlaku berulang-ulang, bagaikan satu trend...Sikap menggunakan karya orang lain tanpa persetujuan karyawan asalnya amat dipandang jijik oleh kami, Blackfire. Kami tidak boleh bertolak ansur lagi, jika semakin hari semakin banyak kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka menghormati Blackfire, menjadikan Blackfire idola mereka, menjadikan karya kami sebagai inspirasi mereka, padahal merekalah orang yang tidak langsung menghargai karya orang lain. Sanggup meniru, menggunakan hasil penulisan Blackfire walaupun kami tidak benarkannya dari awal lagi.Perlukah memohon kebenaran kami untuk mengambil karya-karya kami, jika pada akhirnya walau tidak kami benarkan, penggunaannya masih diteruskan? Adakah itu yang dinamakan 'hormat'? Kumpulan seperti ini hanya, ingin dikaitkan dengan sesuatu yang dianggap 'lagenda' demi merelealisasikan impian mereka. Mereka sanggup mengambil kesempatan dalam apa cara sekali pun untuk mempergunakan sebuah nama yang mereka anggap besar.Blackfire bukanlah sebuah band yang besar, Blackfire pula tidak memerlukan sebarang penghargaan. Blackfire hanya memperjuangkan muzik yang kami minat dan tidak berminat untuk menjadi band 'pujaan' anda.Kepada band yang masih berharap pengantungan dan penggunaan nama orang lain dapat mengubah perspeksi org ramai terhadap bandnya. Lupakanlah!! usaha lebih, buat muzik gunakan hati, perasaan, kreativiti, jangan hanya pandai mengikut sahaja.

We, BLACKFIRE finally getting pissed off by some bands that ripped us off by using our works without our permission. This problem has encountered us since the early 90's. And we already tired of it. Why, they said we inspired them in putting a band, but they disrepect us in someway?! Just recently, we got more and more band ripped our songs without even saying at least a credits.That's why we don't wanna publish our lyrics on Cd sleeves at the first place. First, we afraid of some idiots will never understand the message we are telling them in our songs. The second one, is this. Some narrow-minded people will use it disrespectly even they know nothing about it....We are dissapointed with these bands.

Azmi, Hadi & Rammy of Blackfire.

Sunday, April 20, 2008

PERPECAHAN SYJ TERJADI LAGI!!













SYJ SOFEA


S.Y.J08 dalam kenangan






Setelah berita pengunduran beberapa orang ahli SYJ08 tersebar meluas beberapa hari yang lalu. kami telah menerima banyak rintihan dan komen dari peminat-peminat muzik rock lagi-lagi peminat band ini sendiri. salah satunya yang menarik perhatian kami adalah komen daripada seorang saksi yang menyaksikan pengunduran ahli SYJ08. Apa kata beliau?




"percaya atau tidak? gua adalah saksi yg berada di studio SYJ pada malam kejadian itu.. betul! SYJ-08 sudah dibubarkan...tapi dan kali ini ianya akan digantikan dengan SYJ di Tribute to Rock Kangkang 2 nanti...




antara yang menarik di tribute to Rock Kangkang nanti ialah


- Video SYJ Dewan Indera Mulia 1985


- Pengisytiharan rasmi penyerahan mandat SYJ


- Salasilah SYJ






apa komen anda? jika anda mempunyai berita atau apa sahaja mengenai muzik rock dan metal bolehlah salurkan kepada kami.

Monday, April 14, 2008

SYJ08 BUBAR?

GIG ROCK KANGKANG 2



BERITA SEDIH KEPADA PEMINAT BAND ROCK 80AN IAITU SYJ YANG PERNAH MENJADI KONTROVERSI SEKITAR TAHUN 80AN YANG PERNAH POPULAR DENGAN LAGU MATA SEPET DAN HATI SYAITAN. BAND YANG SEANGKATAN DENGAN MAY,SEARCH,WINGS INI BARU-BARU INI TELAH MENYATAKAN PENGUNDURAN BEBERAPA ANGGOTA ASALNYA OLEH BEBERAPA SEBAB YANG AMAT2 DIKESALI. BAND YANG DIPENGURUSI OLEH SYED YUSUF JAMALULLAIL INI TELAH MEMBUAT COME BACK PADA TAHUN 2008 INI TELAH MEMBERI NAFAS KEPADA NAMA BAND SYJ DENGAN NAMA SYJ08 NAMUN PENGGABUNGAN ITU TIDAK LAMA KERANA..KERANA APA? MARI KITA DENGAR RINTIHAN INI.

"akum..pengumuman sedih.3 org line up syj08 telah mengundurkan diri dan tidak dapat meneruskan kesinambungan syj08 atas sebab2 dan halangan yg tak dapat di elakkan.kini hanya tinggal alang.hery,noar dan yus sudah mengundurkan diri walaupun sebenarnya berat hati dan sayangkan syj08.apa punca jadi begitu?hanya tuan2 yang tahu mengapa SYJ dahulu telah bertukar menjadi SOFEA.begitulah yang terjadi pada syj08.kami dah dianiaya,buang masa,tenaga dan keringat...tuhan saja yg tahu.untuk show rock kangkang di c.m syj08 mohon maaf kerana tak dapat perform.alang dgn pak syed dh train budak2 ingusan yg masih bersekolah dan tak pernah pun on stage untuk show d rock kangkang nanti...alang dan pak syed dah tak hiraukan kualiti.kami pemuzik yg dah bertahun2 berpengalaman pun dibuang begitu saja..nuar,hery dan yus mohon maaf kepada semua.kami dah bawa diri masing dan takkan jejakkan kaki distudio SYJ yg penuh konflik.diulangi lagi..FIKIR2KANLAH MENGAPA SYJ ASAL DAHULU BERTUKAR MENJADI SOFEA...(sikap tamak haloba manusia mengatasi segala-galanya)-saddaqallahulazim...amin"