SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Friday, March 14, 2008

ROCKUGRAFI BESIHITAM


Assalamualaikum..
Salam sejahtera kepada anda yang masih lagi setia bernafas bersama-sama BESIHITAM didalam memperjuangkan maruah muzik bawah tanah yang sudah hampir tenggelam bersama arus kemodenan duniawi yang tanpa segan silunya merenggut maruah muzik bawah tanah dengan lahapnya. BESIHITAM merupakan satu platform dimana semua penggiat muzik bawah tanah khususnya muzik metal untuk bersama-sama bertukar-tukar idea mengenai perjuangan memperjuangkan muzikal sebegini. BESIHITAM baru sahaja melahirkan material sulung diberi nama BESIHITAM FANZINE yang telah menghimpunkan temuramah bersama penggiat muzik metal Melayu yang aktif memperjuangkan muzikal mereka. buat penampilan sekian kalinya BESIHITAM telah menemuramah band seperti SAMARTARY yang berasal dari utara semenanjung yang telah memperdebatkan mengenai isu Black Metal yang telah dibangkitkan media pada pertengahan tahun 2005. isu yang telah melumpuhkan pengkalan kubu Metal ini telah mengejutkan seluruh umat manusia di Malaysia dengan menyatakan bahawa muzik Metal merupakan muzik perosak dan sesat sehinggakan majlis fatwa kebangsaan telah mengharamkan semua jenis muzik yang berkaitan dengan muzik Metal. angin disertai tempias fitnah ini telah menyebabkan semua penggiat seni yang bernaung di bawah payung Underground terkena rembesan tipu daya media sehinggakan aktiviti yang berkenaan muzik metal terhenti dengan begitu sahaja. selain SAMARTARY beberapa kumpulan muzik lain seperti BAZZAH,FARASU,NROCINU,ORION,MUZIKBOX PRODUCTION, PARASITE, DARKREGIME dan MENTALLY MURDERED telah bersatu hati berkerah kudrat untuk menjayakan reformasi BESIHITAM ini.BESIHITAM FANZINE yang telah diasaskan oleh pendita gila Abu Huzaifah pada penghujung tahun 2004 ini telah berjaya menghimpunkan penggiat seni muzik metal didalam satu platform yang diberi nama BESIHITAM teras reformasi muzik anda.pada awal kemunculannya nama BESIHITAM masih lagi belum wujud didalam kamar pemikiran pengasasnya. jika dikenang pada nama asalnya iaitu RAKUS (Rangkaian Kuasa Sakti) telah menimbulkan sedikit salah faham diantara pemilik asal nama tersebut yang telah mengundang sedikit pertelagahan sehinggalah nama BESIHITAM telah terlintas di fikiran pengasasnya. nama yang pada asalnya RAKUS telah dibubarkan dan telah digantikan dengan nama BESIHITAM. nama BESIHITAM mula disebarkan keseluruh medium media underground Malaysia dan nampaknya nama tersebut telah mengundang gelak ketawa rakan-rakan. namun demikian nama BESIHITAM terus dikekalkan sehingga kini tanpa rasa segan silu lagi. selama setahun menghimpunkan bahan-bahan berita,artikel, ulasan dan temuramah pada penghujung tahun 2005 terbitlah isu sulung BESIHITAM dengan temanya Anti Jiwa Karat di persada muzik metal bawah tanah. Dengan lahirnya isu sulung BESIHITAM FANZINE ini maka bertambah lagi koleksi fanzine di Malaysia dan kehadirannya menambah lagi kemeriahan suasana bawah tanah.dengan menggunakan medium internet dan pos risalah-risalah BESIHITAM mula disebarkan keseluruh negara dan mendapat publisiti murahan. semenjak dari situ BESIHITAM mula meniti dari bibir ke bibir peminat muzik nusantara khususnya metal Malaysia dan yang paling membanggakan nama BESIHITAM mula menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia. setelah tiga tahun penglibatan BESIHITAM di arena underground, kini BESIHITAM kembali lagi dengan laungan keramat yang terbaru bersama semangat baru dan wajah baru bagi menggegarkan kembali persada muzik metal bawah tanah. Dengan cogan kata BESIHITAM 'teras reformasi muzik metal anda', BESIHITAM telah menjemput sekalian penggiat muzik metal bersama-sama bergabung memperjuangkan muzik metal bawah tanah didalam sebuah medium yang diberi nama BESIHITAM FANZINE.ketelusan idea dan keihlasan ilmu muzik anda amat kami alu-alukan. kita bebas berkarya didalam platform ini. BESIHITAM untuk anda semua, disinilah tempat anda untuk mencurahkan bakat yang sudah lama terpendam. Bersama-sama kita membongkar khazanah muzik metal melayu. METAL TERUS METAL!!