Friday, October 24, 2008
SAMAD LEFTHANDED KEMBALI KE RAHMATULLAH
sebelum aku memulakan proses menaip ayat didalam blog ini marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Abdul Samad Mian atau dikenali dengan nama Samad Lefthanded.
Sama ada secara kebetulan ataupun tidak kebetulan pada petang semalam aku merayau-rayau mencari VCD guitar Jamming Samad sekitar Shah Alam yang membuatkan aku menjadi resah secara tiba-tiba apabila ingin mendapatkannya. perasaan aku seperti tidak tenteram ketika menyatakan hasrat untuk mencarinya juga walaupun stok disekitar Shah Alam tiada. kesungguhan aku untuk mendapatkan VCD ini amat berlainan sekali. apabila terlihat poster beliau yang begitu gah memegang gitarnya membuatkan hati aku begitu sayu.. aku pun tak tahu itu semua merupakan satu petanda Samad akan meninggalkan kita..
sampai dirumah aku terus membuka sarung VCD dan tidak pula terus memasangnya sebaliknya aku membaca ucapan penghargaan terhadap orang yang menjayakan projek gitar jammingnya itu
"terima kasih untuk keluarga tercinta(Liza)dan anak-anak tersayang.(syafiq,syaqim,Alis Suhayana,Ahmad Fikri) yang memahami perjalanan insan seni seperti ayah".
Ermmm..bagus Samad ni, keluarga tidak pernah dilupakan. aku pun terus memasangnya tanpa banyak bicara. dari track pertama sampailah ke track yang terakhir. Dahsyat Samad ni!! patutlah beliau diberi penghormatan oleh Paul Gilbert(MR BIG) sebagai gitaris terhebat Malaysia.
selang beberapa jam kemudian aku menerima mesej dari sahabatku Kamal
"satu berita yang mengejutkan kita rockers seluruh dunia, SAMAD LEFTHANDED telahpun kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengahari tadi.Al Fatihah"
Aku terkesima seketika. Adakah betul perkabaran buruk ini?Atau ianya hanya pergolakan minda aku?tanpa banyak bercakap aku terus mendapatkan laptop dan terus mencari info mengenai perkhabaran tersebut. Akhirnya kebenaran itu terjawab apabila membaca berita ini
"KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.
Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang. Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.
Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. - Bernama"
KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.
Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.
“Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.
“Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit,” kata Norliza.
Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.
Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).
Arwah turut menerbitkan album Syurga dan Neraka untuk kumpulan itu.
Bagaimanapun, selepas Lefthanded tidak lagi aktif, arwah meneruskan kerjaya solo dan menghasilkan beberapa album termasuk terbaru, Guitar Jamming yang dipasarkan Jun lalu. Album Samad pernah memenangi kategori Album Solo Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.
Nama Samad juga popular peringkat antarabangsa apabila bekerjasama menghasilkan album kompilasi membabitkan pemuzik seperti Allan Hordsworth, Marc Bonila, Paul Gilbert dan Akira Tagasaki yang diterbitkan di Jepun pada 1997.
Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu."-berita harian
KUALA LUMPUR, 23 OKT 2008: Berpuluh-puluh pemuzik berkumpul di perkarangan Hospital Ampang di Pandan Mewah, sebaik sahaja mendapat berita tentang tentang kematian mengejut 'Hero Gitar Malaysia', Allahyarham Samad Lefthanded, sekitar jam 1.30 petang tadi.
Samad atau nama sebenarnya, Abdul Samad Mian, 45, meninggal dunia akibat sesak nafas yang menyerangnya secara tiba-tiba sewaktu berada di pejabat abangnya di Hulu Langat kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Gitaris utama Lefthanded ini dilaporkan terus rebah serta tidak mampu bergerak selepas diserang penyakit tersebut. Keadaan tambah kronik apabila mulutnya turut berbuih.
Salah seorang rakan baiknya, Awang BPR, berkata pelbagai cara dilakukan untuk memastikan beliau mampu bernafas semula termasuklah menggunakan teknik mengepam nadinya.
"Malangnya keadaan arwah masih dalam situasi yang sama. Keadaan ini memaksa abangnya menelefon ambulans. Kerana ambulans lambat tiba, mereka terus menghantar sendiri ke Hospital Ampang.
"Keluarganya mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke hospital disebabkan kesesakan lalu lintas. Sebaik saja tiba kira-kira jam 1.30 petang, arwah telah disahkan oleh doktor sudah meninggal dunia," katanya.
Selepas bedah siasat, jenazah arwah telah dibawa ke Masjid Jami' huda Ampang untuk dimandi serta dikapankan. Jenazahnya kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Hulu Langat yang berhampiran dengan kediamannya.
Arwah yang berasal dari Johor Bahru, meninggalkan seorang balu, Norliza Sumairi serta 4 cahayamata, Alif Ashraf Syafiq, 18; Ahmad Ayunda Syaqim, 17; Alis Suhayana, 14, serta Ahmad Syafiq, 6.
Selain diiktiraf sebagai antara gitaris legenda Malaysia, Samad juga pernah memenangi anugerah Album Solo Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 1995.
Antara karyawan, pemuzik serta artis yang kelihatan serta memberikan penghormatan terakhir kepada beliau adalah Ramli MS, Rahim Othman, Nash, Man Keedal serta Yazid Lefthanded, Kid & Yazid Search, Awie, Joe dan Black Wings, Joey & Awang BPR, Tam & Tony Spider serta Jemboo Def-Gab-C.
Turut kelihatan ialah komposer Arab, Aidit Alfian, Zul Mahat, Salman, Neves Pretty Ugly, Man Bangla, Aris Ariwatan, Saleem Iklim, Firdaus, Tom Revolvers, Jay Jay serta Royce Saayan.-MURAI.com.mySama ada secara kebetulan ataupun tidak kebetulan pada petang semalam aku merayau-rayau mencari VCD guitar Jamming Samad sekitar Shah Alam yang membuatkan aku menjadi resah secara tiba-tiba apabila ingin mendapatkannya. perasaan aku seperti tidak tenteram ketika menyatakan hasrat untuk mencarinya juga walaupun stok disekitar Shah Alam tiada. kesungguhan aku untuk mendapatkan VCD ini amat berlainan sekali. apabila terlihat poster beliau yang begitu gah memegang gitarnya membuatkan hati aku begitu sayu.. aku pun tak tahu itu semua merupakan satu petanda Samad akan meninggalkan kita..
sampai dirumah aku terus membuka sarung VCD dan tidak pula terus memasangnya sebaliknya aku membaca ucapan penghargaan terhadap orang yang menjayakan projek gitar jammingnya itu
"terima kasih untuk keluarga tercinta(Liza)dan anak-anak tersayang.(syafiq,syaqim,Alis Suhayana,Ahmad Fikri) yang memahami perjalanan insan seni seperti ayah".
Ermmm..bagus Samad ni, keluarga tidak pernah dilupakan. aku pun terus memasangnya tanpa banyak bicara. dari track pertama sampailah ke track yang terakhir. Dahsyat Samad ni!! patutlah beliau diberi penghormatan oleh Paul Gilbert(MR BIG) sebagai gitaris terhebat Malaysia.
selang beberapa jam kemudian aku menerima mesej dari sahabatku Kamal
"satu berita yang mengejutkan kita rockers seluruh dunia, SAMAD LEFTHANDED telahpun kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengahari tadi.Al Fatihah"
Aku terkesima seketika. Adakah betul perkabaran buruk ini?Atau ianya hanya pergolakan minda aku?tanpa banyak bercakap aku terus mendapatkan laptop dan terus mencari info mengenai perkhabaran tersebut. Akhirnya kebenaran itu terjawab apabila membaca berita ini
"KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.
Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang. Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.
Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. - Bernama"
KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.
Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.
“Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.
“Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit,” kata Norliza.
Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.
Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).
Arwah turut menerbitkan album Syurga dan Neraka untuk kumpulan itu.
Bagaimanapun, selepas Lefthanded tidak lagi aktif, arwah meneruskan kerjaya solo dan menghasilkan beberapa album termasuk terbaru, Guitar Jamming yang dipasarkan Jun lalu. Album Samad pernah memenangi kategori Album Solo Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.
Nama Samad juga popular peringkat antarabangsa apabila bekerjasama menghasilkan album kompilasi membabitkan pemuzik seperti Allan Hordsworth, Marc Bonila, Paul Gilbert dan Akira Tagasaki yang diterbitkan di Jepun pada 1997.
Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu."-berita harian
KUALA LUMPUR, 23 OKT 2008: Berpuluh-puluh pemuzik berkumpul di perkarangan Hospital Ampang di Pandan Mewah, sebaik sahaja mendapat berita tentang tentang kematian mengejut 'Hero Gitar Malaysia', Allahyarham Samad Lefthanded, sekitar jam 1.30 petang tadi.
Samad atau nama sebenarnya, Abdul Samad Mian, 45, meninggal dunia akibat sesak nafas yang menyerangnya secara tiba-tiba sewaktu berada di pejabat abangnya di Hulu Langat kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Gitaris utama Lefthanded ini dilaporkan terus rebah serta tidak mampu bergerak selepas diserang penyakit tersebut. Keadaan tambah kronik apabila mulutnya turut berbuih.
Salah seorang rakan baiknya, Awang BPR, berkata pelbagai cara dilakukan untuk memastikan beliau mampu bernafas semula termasuklah menggunakan teknik mengepam nadinya.
"Malangnya keadaan arwah masih dalam situasi yang sama. Keadaan ini memaksa abangnya menelefon ambulans. Kerana ambulans lambat tiba, mereka terus menghantar sendiri ke Hospital Ampang.
"Keluarganya mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke hospital disebabkan kesesakan lalu lintas. Sebaik saja tiba kira-kira jam 1.30 petang, arwah telah disahkan oleh doktor sudah meninggal dunia," katanya.
Selepas bedah siasat, jenazah arwah telah dibawa ke Masjid Jami' huda Ampang untuk dimandi serta dikapankan. Jenazahnya kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Hulu Langat yang berhampiran dengan kediamannya.
Arwah yang berasal dari Johor Bahru, meninggalkan seorang balu, Norliza Sumairi serta 4 cahayamata, Alif Ashraf Syafiq, 18; Ahmad Ayunda Syaqim, 17; Alis Suhayana, 14, serta Ahmad Syafiq, 6.
Selain diiktiraf sebagai antara gitaris legenda Malaysia, Samad juga pernah memenangi anugerah Album Solo Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 1995.
Antara karyawan, pemuzik serta artis yang kelihatan serta memberikan penghormatan terakhir kepada beliau adalah Ramli MS, Rahim Othman, Nash, Man Keedal serta Yazid Lefthanded, Kid & Yazid Search, Awie, Joe dan Black Wings, Joey & Awang BPR, Tam & Tony Spider serta Jemboo Def-Gab-C.
Kesedihan mula menyelubungi aku apabila kenangan bersama2 beliau mula berlegar2 dalam kotak fikiranku..Tak guna tangisi orang yang sudah pergi..
aku sebagai peminat Samad mian dari zaman Lefthanded baru nak menempa nama hinggalah zaman solonya akan tetap menyanjungi jasa2 beliau terhadap industri rock Tanah air..
pemergian beliau telah meninggalkan kesan hebat terhadap lefthanded. Tanpa Samad Lefthanded tidak berfungsi dan tanpa Samad zaman rock sepi..
sebelum perginya Samad ke rahmatullah beliau telah sempat menyumbangkan ilmu beliau kepada gitaris2 yang bakal menggantikannya. pemergiannya bukan sia2. tapi penuh makna..
Al fatihah kepada ALLAHYARHAM ABDUL SAMAD MIAN
Subscribe to:
Posts (Atom)