SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Showing posts with label SALUTE. Show all posts
Showing posts with label SALUTE. Show all posts

Friday, March 22, 2013

KORD/CHORD GITAR: RIMBA BARA: TIKA (Filem ROCK OO)


KORD GITAR
TIKA
RIMBA BARA KEMBALI
RIMBA BARA


Am G Am G
Cahaya didalam cermin

Am G Am G
Memukau hingga memaksa

Dm C#m Dm C#m
Ku cari kedasar diri

Dm C#m C  G
Cintaku yang hilang

Am G Am G
Rupanya ku salah sangka

Am G Am G
Kasihmu tak pernah sepi

Dm C#m Dm C#m
Kerana terlalu hampir

Dm C#m C G
Ku leka hadirmu


Chorus:

F          G
Sentiasa disisi ku
F          G
Merestui ambisi ku
F             Em
Lantas ku takkan berubah
F          G
Berganjak di jalan ini

Am G Am G
Selagi bumi berputar

Am G Am G
Tekadku terus berjuang

* ulang chorus

Am G Am G
Tangisan Harum tertumpah..

Monday, October 8, 2012

SAXO - WIRA THRASH MALAYSIA

Sebenarnya tak ramai dikalangan rocker yang tahu kemunculan kumpulan SAXO ni..kumpulan yang boleh dikatakan berani menampilkan imej rambut mengerbang seluar rabak dan tidak memakai seluar dalam (bahaya ayat nih)..
  SAXO yang tidak diketahui apakah maksud disebalik namanya, dan apakah motif kemunculan kumpulan ini ketika  industri rock Malaysia tengah sarat dengan kumpulan-kumpulan muzik bernadikan heavy rock seperti Search dan Wings..
Kemunculan SAXO yang luar biasa betul-betul memberi tamparan hebat terhadap scene muzik ketika itu

SAXO yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1984 di Batu Gajah Perak telah dianggotai empat orang anak muda nakal iaitu


PENYANYI Wan
GITAR Jamal
BASS Jagger
DRAM Adi


SAXO mula mengorak langkah sebagai Thrasher dengan menyertai Gagasan War Rock dan terbabit dalam album Hikayat Rok 88 pada tahun 1988 dan album pancakara di Cakerawala..

Pada tahun 1990 mereka muncul dengan album pertama yang diberi tajuk SATU PERJUANGAN..ternyata arah muzik mereka amat berlainan ketika itu..tidak ramai yang menggemari style dan gaya muzik sebegini ketika itu kerana dianggap terlalu berat..ini tidak mematahkan semangat mereka apabila SAXO telah diberi penghormatan untuk menggegarkan Stadium Negara bersama-sama SLAPDEATH, NEMESIS dan PUNISHER pada tahun 1988. Ini menambahkan lagi kuasa Thrash yang disanjung mereka dan dapat meletuskan irama thrash seantero Malaysia ketika itu..ketika itu muncullah band-band seperti CROMOK FTG dan lain-lain bagi mewarnakan lagi muzikal metal..

Ternyata bukan mudah untuk menggalas muzikal yang tidak dapat diterima halwa telinga pendengar ketika itu  akhirnya SAXO tidak menemui kata sepakat apabila terdapat ahlinya yang tidak bersetuju dengan perjuangan muzik SAXO yang berentak keras.. kesudahannya SAXO telah terkubur pada tahun 1991 dan sebahagian mereka telah menubuhkan kumpulan slow rock LEO..





PENYANYI Wan
GITAR Jamal
BASS Jagger
DRAM Adi
SUARA LATAR Saxo

PENERBIT Lord
PENERBIT BERSAMA Saxo
PENERBIT EKSEKUTIF Ali Bakar
SUSUNAN MUZIK Saxo

STUDIO Booty Boys, FGM, Kings, Scat & Channel 11
JURURAKAM Kesuma, Zaidi, Buck, Iskandar, Dot, Goh, Jackie, Alvin, Snake & Mail
JURUADUN David & Saxo
REKABENTUK LOGO Amerscreint
FOTOGRAFI Jalil Ngah
PENGURUS PROMOSI Mas Omar
URUSAN PROMOSI Ritta, Hamid & Azhar

TERBITAN Platinum Records (M) Sdn Bhd
EDARAN BMG Pacific Sdn Bhd



Begitulah serba sedikit rentetan sejarah kumpulan SAXO yang hanya muncul seketika sahaja dipersada muzik THRAH malaysia..Akibat dari tidak persefahaman dan perjuangan yang berlainan kumpulan ini langsung tidak diberi pengiktirafan ketika itu.. setelah berpuluh2 tahun berkubur nama mereka mula disebut kembali.. Adakah SAXO mampu bersaing diera muzik kini? sejarah lama tak akan berulang lagi..ROCK MESTI TERUS!!

kredit kepada pemunya gambar2 diatas..
http://arieprockerz.multiply.com/photos/album/41/KASET-ARTIKEL-KUMPULAN-SAXO?&show_interstitial=1&u=%2Fphotos%2Falbum#photo=1

Friday, May 16, 2008

SIL KHANNAZ LAGENDA METAL MALAYSIA

Setelah selama sebulan kami membuka undian para pembaca tentang band metal pujaan yang dianggap sebagai lagenda dan band metal yang selalu dinantikan kemunculannya setelah lama berkubur akhirnya kami telah berjaya mendapat undian para pelawat blog BESIHITAM yang selama ini tak jemu-jemu berkunjung ke blog rasmi BESIHITAM ini. kami dengan sukacita memaklumkan keputusan undian adalah seperti berikut:

BAND METAL YANG LAYAK DIGELAR RAJA METAL MALAYSIA IALAH SIL KHANNAZ DENGAN JUMLAH UNDIAN SEBANYAK 64%, DAN DIIKUTI DENGAN BAND BLACKFIRE SERTA RATOR DENGAN UNDIAN YANG SAMA IAITU 17%. KEPADA BAND SIL KHANNAZ KAMI UCAPKAN TAHNIAH DENGAN USAHA KALIAN YANG SELAMA INI TAK HENTI-HENTI MENCERIAKAN ARENA UNDERGROUND DARI TAHUN 1987 SAMPAILAH SEKARANG NI. WALAUBAGAIMANAPUN, KAMI UCAPKAN TAHNIAH SEKALI KEPADA SIL KHANNAZ.

BERIKUT MERUPAKAN KEPUTUSAN UNDIAN:

BAND YANG LAYAK DIGELAR LAGENDA METAL MALAYSIA

1.SIL KHANNAZ (64%)
2.RATOR DAN BLACKFIRE (17%)





NAME: Sil Khannaz
Genre(s): Melodic Thrash/Death Metal
ORIGIN:Malaysia (Perlis Indera Khayangan) since 1987-till now
LABEL: Nebiula Productions
STATUS: Active
Current line-up
Jaie Jokhannaz - Vocals (Mesmerized (Mys), Damien (Mys))
Dark E - Guitar (Vociferation Eternity, Damien (Mys))
Joe Slaughter - Guitar (Blackfire)
Neer Hashirim - Bass
Ajiz - Drums

Former/past member(s)
Che Mat - Drums
Din - Bass
Hashim Pestilence - Bass (Brain Dead (Mys), Damien (Mys))
Lan Bye - Drums (Infectious Maggots)
Tom - Bass
CD-Khanzab - Guitar (Metalasia)

Discography

Doctrine to Hell Demo, 1990
Assassin Led By Blasphemy Demo, 1992
Conception of Madness Full-length, 1993
Pendita Gila EP, 1995
Stronger Than Before Live album, 1997
Gerbang Kayangan Full-length, 1997
Purnama 13 Best of/Compilation, 1999
Bara Pawaka Full-length, 2000
Darah Muda Full-length, 2003
Berdiri Antara Panji-Panji Full-length, 2006 [1

Links
www.myspace.com/kissofwhisper