aku rasa dah tak payah nak perkenalkan lagi nama LEFTHANDED ni pada korang. sebut jer lagu ku dihalaman rindu tanpa segan silu korang terus uuuuu..uuuuu..uuuu.. hahaha..
hari ni aku nak citer skit asal usul band ni pada sape2 yang belum penah mengetahui secara psychology nye..
sebelum nama LEFTHANDED ni digunakan mereka telah memakai nama THE LEFTHANDED sekitar tahun 1983.
Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. lepas tu mereka sebulat suara telah menukar nama daripada THE LEFTHANDED kpd Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil bersempena dengan nama pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan gigi..eh silap.. guna tangan kidal.hehehe..
Sebelum mereka merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip(SWEET CHARITY) dan Rahim Maarof(THE WHITESTEEL).
Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.
Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.
Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.
Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.
Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telah meninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.
pada tahun 2003 LEFTHANDED telah bersatu kembali dengan aggota asalnya sehinggalah kini..biarpun mereka jarang mengadakan konsert tetapi mereka masih lagi aktif dlm bidang muzik dengan kerjaya masing2..HAILL!! lefthanded!!
ahli kumpulan yg pernah menyertai LEFTHANDED:
- Man Kidal dari kumpulan Search @ Abdul Rahman Mahmood
- Samad @ Abdul Samad Mean
- (Nash) @ Nashrudin Elias
- Yan dari kumpulan Search @ Amran Marsiman
- Man Dayak @ Rahman Othman
- Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
- Ramli Sarip satu album 'Fanatisme'
- Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar satu album 'Nafas'
KOLEKSI GAMBAR LEFTHANDED sekitar 80an dan 90an