-assalamualaikum dan apa khabar semua anggota bluezymoody?
Bluezy Moody: wa alaikum musalam warahmatullah besihitam zine
Bluezy Moody: ya kepada peminat2 Bluezymoody atau lebih sedap didengari lagi kepada peminat rock 70ties tanah air kami mengucapkan selamat dan terima kaseh kerne sudi menerima kami dalam arena UNDERGROUND semoga anda berhibur dengan lagu2 kami ini.terime kaseh.
-bluezymoody merupakan sebuah band yg masih baru didalam arena uground ni bgaimanakah anda semua terfikir untuk menubuhkan sebuah kumpulan ini adakah ianya untuk suka2 ataupun memang ada misi yang tersembunyi disebalik penubuhan band ini?
Bluezy Moody: ya mmg betol kami BLUEZYMOODY mmg masih baru di area ini. bermula nye kami dengan nama ROCKSTAR dan bertukar menjadi BLUEZYMOODY dan kami mmg masih baru tentang penubuhan ini dimana Paktam seorang ahlimuzik kelab malam majlis kawin dan majlis makan malam, dengan efion PAKTAM telah join bersama band BLUES yang dinamakan REALITY BLUESBAND start dari itu kami menubuhkan band k asal kami dengan nama ROCKSTAR band iaitu khairul - penanyi/drum joe - bass,Paktam - guitar/nanyi perjalanan kami sebenarnyer sudah lama cuma tak mencipta lagu sendiri je just normal jammers so PAKTAM masuk arena underground ni bersama satu band iaitu The flaming Lunatics sebagi DRUMMER tapi setelah seminggu, Paktam ditukarkan ke posisi gitar utama kumpulan itu ini kerne smua line up band tersebut mempunyai masalah dan Paktam terpaksa membawa basist Rockstar masuk ke T.f.l. khairul juga Paktam telah bawa audition untuk band t.f.l sebagai drummer tapi malang nyer tak dapat nak beri komitment dan tak mencapai pencapaian yg baik selaku drummer so kami berdua bersama band TFL tu dalam arena UNDERGROUND lebih kurang setahun setengah perjalanan kami bersama band tersebut dan telah banyak menyiapkan demo2 untuk band tersebut tetapi akhirnyer Paktam bersama Joe sekali lagi membuat keputusan nekad KELUAR DARI BAND TU. ya baru la ROCKSTAR kembali lagi dengan new attitude untuk ke medan underground dengan lagu pertama kami yang berjudul WE ARE ROCKSTAR . Dari situ la permulaan kami
BluezyMoody: dari segi influence kami nak tahu dari setiap ahli band kami ke? Atau dari setiap dari kami?yang ni part amat penting pasal kalau dari sorang2 dari kami mmg amat berlainan minatnyer
BluezyMoody: kalau dari segi lagu kami mmg amat menitikberatkan elemen classicrock dan blues soul dimana kami memainkan style 70s rock seperti deep purple, Hendrix dan sweet charity manakala blues pula dtg nyer dari soul guitar yg memerlukan etika blues dalam solonyer, dalam vocalnyer ,dalam stroke drumnyer dan juga dalam bass nyer itu maksud kami. kalau ikut influence kami mmg tak tetap banyak sangat suka.
Bluezy Moody: kalau lagu cover banyak dalam
Bluezy Moody: ya, mmg btol sound rock kapak kalau boleh bukan sound rock kapak tapi sound tahun 70an nyer rock dan sound blues geng mmg kami main raw tanpa sebarang effect
Bluezy Moody: pada kami takde masalah pasal elemen tu Cuma kalau nak lebih sedap boleh pakai effect, kalau nak RAW kene la buang segala effect dan control by hand je yang seperti zaman lapok pakai
Bluezy Moody: soalan yang menarik untuk pertikaian, kalau jika betul mainstream boleh tarik kami sebagai artis sudah tentu lama dan banyak band tumbuh dalam
-band ini ditubuhkan untuk suka2 ataupun sbagai sumber rezeki?
Bluezy Moody: kalau btol la band kami boleh mendatangkan rezeki alhamdullilah tapi kami blom konsetrat ke situ buat masa ni band kami dalam misi untuk salam perkenalan dalan dunia UNDERGROUND TANAH MELAYU, kami ni mmg agak dah berumur sedikit tapi kami tetap nak memperjuangkan music kami dan lagu2 kami seperti biasa. misi kami untuk ke underground adalah sebagai platform untuk perkenalkan nama band yg agak baru ini untuk menuju ke destinasi seterusnye
-bagaimana sambutan crowd thdap Bluezymoody?
Bluezy Moody :hahaha part ni nak gelak sket nak trus trang ke hehehe..ok untuk pengetahuan BESIHITAM ZINE kami mmg takde crowd dan reaksi crowd bila kami perform agak luar biasa kerne mereke smua akan tercengang dan dari berdiri akan bertukar jadi duduk dan tengok sahaja sampai abis kami perform baru la mereka tepuk tangan seakan-akan show rock zaman lama yg tidak mudah di fahami oleh budak2 zaman sekarang ini itu la reality kami dalam underground ini
-ermmm..tu bukan penghalang untuk kita terus berkarya btol tak? mgkin kita tak sampai ke satu tahap lagi iaitu diminati org tetapi kita
Bluezy Moody: ya mmg btol BESIHITAM ZINE dan terime kaseh kepada BESIZINE kerne bagi kami harapan yang mengunung kami tetap akan berkarya
Bluezy Moody: kenapa rockstar?kerne sejak kami zaman jamming lagi telah mengelarkan diri kami rockstar kerne kami bercita cita untuk terkenal walaupun zaman tu hanya suka-suka sampai melekat ke nama band pula hahaha..lama gak la pakai nama tu sampai ke satu tahap bila kami da buat lagu dan kluakan lagu untuk ke gig kami mula tawar hati bila ada segelintir manusia cuba komplen tentang nama rockstar tu dari hari ke hari kami kene komplen dari segi permainan dan mutu persembahan dan juga dari segi music kami dan sejak dari itu kami pun mula resah dan takotkan starting kami ini akan hancur dan berderai dengan itu cepat2 kami memikirkan nama baru yg agak berkarisma dan menukarnyer lalu baru la kami dapat nama ini BLUEZYMOODY
Bluezy Moody: nama band ni kami yg cipta takde makne yg tersirat pun Cuma org bila nampak mesti org akan ingat band blues tapi kene ingat belakang tu ada perkataan moody bermakna sentuhan blues mengikut perasaan,
-asal semua aggota dari mana?satu tempat yg sama ker?
Bluezy Moody: asal kami smua dari satu tempat iaitu cheras sri melaka flat
Bluezy Moody: buat masa ni kami dah pun mencipta sebanyak 4 buah lagu yg berkisarkan tentang kehidupan masyarakat dan ke agamaan tu la style lagu2 kami tentang pencipta plak dari segi melodi serta susun kata: banyak pada Paktam lirik pun by paktam di olah kembali dari kawan2 dalam band dan arrangement setiap lagu kebanyakan paktam dan kawan2 dalam band yg buat
Bluezy Moody: tak nak pun mengaku leader hehe..bagi kami smua sama tapi banyak keputusan paktam yg buat sebab yang paling pengalaman hanya paktam dalam industri music tapi still dalam perbincangan, kepuasan untuk semua
Bluezy Moody: astargfirullah al hazem.. mana ade pemuzik yg tak suka nak popularity sebut pasal popularity kalau btol UNDERGROUNd mmg tak nak bende tu tapi kalau da rezeki kami tu ketentuan ilahi KAMI TERIMA SAHAJA ape kehendaknyer btol tak? sekali se umur hidup merasa di tempat tinggi untuk kami tak salah rasanyer bila da mati smua dah takde.
Bluezy Moody: macam kami katakan kami ni smua dari band2 majlis kawen ada yang band dari kelab malam dan banyak nyer normal jammer blom pernah kami menghantar demo kami ke syarikat memana tapi kami cuba untuk ke underground untuk kepuasan diri kami dan para peminat underground dalam versi Bluezymoody on Underground stage
Bluezy Moody: masih blom tahap boleh di bangga
-insyaalah janji ada usaha tu dah ckup bagus
Bluezy Moody: ya kami mmg sedang berusaha untuk mengeluarkan e.p sulong kamiyang berjudul ORANG LAMO hahahaha..maybe kami akan riliskan dalam tahun ini
Bluezy Moody: pasal e.p tu kami baru merangcang kerne kami dah pun tight dengat line up blakang cuma skang kami sedang mencari keyboadist yg ala JOHN LORD (deep purple)untuk join kami baru la siap material kami sepenuhnyer e.p kami juga memuatkan 4 lagu yang berjudul we are rockstar, perjanjian ramai orang mencari ketenangan (r.o.c.k) dan juga KONTROVERSI yang memuatkan line up kami
dari Paktam - guitarist
joe basist
eddy drummer
dan juga kecik/khai - vocalist
-setakat ni dah berapa byak join gig?
BluezyMoody: kalau setakat ni kami da join gig sebanyak 4kali anjuran anakhantucrew dan kami bakal gig kat heritage club pada jun atau julai ini di kuala lumpur iaiti open stage gigs anjuran ZAM-O dan juga pada bulan 8 ni ROCK PARTY UNITE anjuran RessongCluB yang melibat kan 3 hari strait set Rock day pada bulan tersebut juga insya allah kami nak mengeluarkan e.p kami kalau berkesempatan
Bluezy Moody: buat masa ni kami pernah
Bluezy Moody: yang penting skali kena kenal ape itu music nama pun FREDOM kebebasan dalam music ada salah ker nak ke mainstream atau ke underground kalau saya dari pemuzik club malam boleh terjun ke underground kenapa pemuzik lain tidak ada juga pemuzik yg mainstream tapi coverline main kat underground kenapa? GIAN NAK PERFORM?ya kene tanye selera beb kalau selera nak show off mesti la nak kene buat sesuatu
-satu pndapat yg bernas! maknanyer minda kita harus terbuka dan menerima semua itu sebagai salah satu peluang mereka untuk mengembangkan bakat?
BluezyMoody: yerp! kesian kan bila kite kene paksa jangan main ingat tak kita nak bebas bila kiter bebas baru la muzik tanah air berkembang mana tau ada gitarist dalam underground lebih hebat dari omputeh sapa tau kan mana tau bakat mereka klua ke tv kene ingat tv punya fungsi untuk iklan kalau takde tv susah sikit nak terkenal.jgn cipta azam tu just main kat jamming je sampai tua puas takde sapa nengok bila ada mata nampak walaupun dalam studio mereka akan Tanya nak ke try recording dengan company kami jadi itu salah satu sejarah kami semasa berkecimpung dalam dunia music banyak offers kami tolak tak brani takut tak terkenal.
Bluezy Moody: takot juga terkenal ni perlu satu disiplin yang mantap dari segi permainan dan peradaban
-band ape yg anda rasa sekarang ni yg mempunyai attitudenya yg tersendiri dan mempunyai originality muzik.?
Bluezy Moody: kami rasa smua band ada atitude nyer tersendiri bagus dan mantap tapi kalau mengikut originality muzik yang agak bagus banyak juga seperti meet uncle hussain dia membawa elemen yg agak baru dalam dunia music skang dengan vocal yg agak padat dan mantap
-jika band otai uground pula?
Bluezy Moody: band otai underground? wah!soalan cepu emas ni..heheh.. kami ni membesar dengan cromok,subculture,curberator dung, o.a.g, a.c.a.b, The Pilgrims dan sil khannaz. zaman tu kami ni cuma ada kaset tapi tak tau mana dating hahahaha yg kami tau album yg kami bawa gi jamming tu takde dalam pasaran dan kami rasa band2 tersebut mmg kami patut bangga kan mereka da berjalan terlampau lama sama cam kami hehehe.. band2 ni mmg kami angap otai walaupun masih ramai yg tak kenal but kami da kenal sejak ting 2 zaman baru nak belajar gitar
Bluezy Moody: luar
Bluezy Moody: aku selaku guitarist dalam bluezymoody ni berharap agar korang di luar sana cuba dengarkan lelagu kami yg agak unik dari style zaman skang nyer style agak retro dan agak rockin with blues mood takde pe yg kami nak cuma dengar je la lelagu kami kalau dulu kami dengar lelagu cromok, o.a.g, curberator dung, subculture dan sebagainyer dan trus bawak gi jamming dengan lirik hentam kami harap korang pun begitu demi kepuasan beb. bila ko main lagu org dan bila satuhari nanti org main lagu kita perghhh..rasa macam seperti dihargai la..tu je dari kami support la industri
-muzik bluezy moody ni boleh diklasifikasikan sebagai ape ek?
BluezyMoody: 70s rock+blues mood more to 70srock dalam 70s rock mesti ada satu lagu blues song, hard song, cool song, very cool song dan banyak ke solo yg agak panjang serta arangements yg agak Arabic hehehe sama ada ko larat tak larat je la nak layan
Bluezy Moody: perangcangan masa pendek bluezymoody masih lagi dalam harapan untuk ke e.p dan perancangan panjang Bluezymoody adalah jeng jeng jeng nak naik stage rock the world kalau boleh atau side by side dengan sweet charity hahaha
Bluezy Moody: tak tau la nak cakap pe da cuma kami ingin mengucapkan ribuan trimekaseh kepada besihitam zine kerne sudi menemuramah kami dan kepada para2 undergrounders kami ni band baru dengarkan la lagu kami yang agak classic ini majula music untuk
Bluezy Moody: kepada smua pembaca besihitam zine teruslah membaca dari laporan besihitam dimana banyak band2 terkini dan info2 terkini ada disini bukan lahir pada hati untuk menjadi insan yang bernama seni itulah reality dari kami Bluezymoody terima kaseh besihitam zine kerne sudi menerumah kami pada kali ini.
No comments:
Post a Comment