KEBANGKITAN SEMANGAT BARU FARASU!!
Interview ABU BESIHITAM bersama Mus FARASU
from left Nahaq,Arm,Fidaiyyin,Faizal
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEATAS SEMUA ANGGOTA FARASU SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KALIAN SEMUA..
Sebelum kita memulakan temubual pada hari ini, ada apa2 yang ingin disampaikan kpd pembaca dan peminat diluar sana?
-Salam pertemuan buat semua pembaca BesiHitam Fanzine dan peminat2 Farasu...Terima kasih kerana menyokong fanzine ini dan mengikuti perkembangan Farasu.
kita mulakan dengan soalan pertama. apa perkembangan terbaru farasu buat masa ini? dengar cerita sibuk berkurung dalam studio?
-Buat masa ini kami belum lagi masuk studio kerana masih merancang masa dan hari yang sesuai untuk melaksanakannya.Ketika ini kami sedang giat berlatih lagu-lagu yang bakal dirakam.Kemungkinan rancangan merakam lagu-lagu baru ini akan bermula dalam bulan puasa.Selewat-lewatnya ia akan dimulakan selepas raya.Kami mengambil iktibar daripada pengalaman rakaman sebelum ini yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa ada ruang masa perbincangan yang teliti.Kali ini,kami mahukan rakaman yang benar-benar berkualiti dan selesa tanpa dipaksa dan dikerah oleh individu-individu yang hanya pandai bercakap dan merosakkan nilai muzik Farasu.
siapakah tunjang utama yang mendalangi konsep utama muzik farasu dari mula ditubuhkan hingga kini?
-Pada permulaan era penubuhan sehingga tahun 2004,aku bersama Nahaq dan Bul yang mencipta,menyusun dan mengubah lagu termasuk lirik.Selepas Nahaq dan Bul mengundur diri dari Farasu,tanggungjawab itu berpindah tangan sepenuhnya pada aku.Kemasukan Faizal Fauzi sebagai lead gitaris Farasu telah mengubah keadaan.Aku dan beliau telah berpadu tenaga dan berkongsi idea dalam membentuk muzik Farasu sehingga kini.Bersama anggota terkini,perkongsian idea mencipta,menyusun dan mengubah lagu telah dibuka kepada semua anggota kerana aku menyakini kepada kreativiti barisan anggota kali ini.
FARASU the TRULYSebelum kita memulakan temubual pada hari ini, ada apa2 yang ingin disampaikan kpd pembaca dan peminat diluar sana?
-Salam pertemuan buat semua pembaca BesiHitam Fanzine dan peminat2 Farasu...Terima kasih kerana menyokong fanzine ini dan mengikuti perkembangan Farasu.
kita mulakan dengan soalan pertama. apa perkembangan terbaru farasu buat masa ini? dengar cerita sibuk berkurung dalam studio?
-Buat masa ini kami belum lagi masuk studio kerana masih merancang masa dan hari yang sesuai untuk melaksanakannya.Ketika ini kami sedang giat berlatih lagu-lagu yang bakal dirakam.Kemungkinan rancangan merakam lagu-lagu baru ini akan bermula dalam bulan puasa.Selewat-lewatnya ia akan dimulakan selepas raya.Kami mengambil iktibar daripada pengalaman rakaman sebelum ini yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa ada ruang masa perbincangan yang teliti.Kali ini,kami mahukan rakaman yang benar-benar berkualiti dan selesa tanpa dipaksa dan dikerah oleh individu-individu yang hanya pandai bercakap dan merosakkan nilai muzik Farasu.
siapakah tunjang utama yang mendalangi konsep utama muzik farasu dari mula ditubuhkan hingga kini?
-Pada permulaan era penubuhan sehingga tahun 2004,aku bersama Nahaq dan Bul yang mencipta,menyusun dan mengubah lagu termasuk lirik.Selepas Nahaq dan Bul mengundur diri dari Farasu,tanggungjawab itu berpindah tangan sepenuhnya pada aku.Kemasukan Faizal Fauzi sebagai lead gitaris Farasu telah mengubah keadaan.Aku dan beliau telah berpadu tenaga dan berkongsi idea dalam membentuk muzik Farasu sehingga kini.Bersama anggota terkini,perkongsian idea mencipta,menyusun dan mengubah lagu telah dibuka kepada semua anggota kerana aku menyakini kepada kreativiti barisan anggota kali ini.
adakah farasu sendiri yang mengklasifikasikan muzik yang dimainkan?
-Secara logiknya, memang sukar untuk pemuzik itu mengklasifikasikan muzik yang mereka mainkan. Jika mengikut penilaian kami, muzik Farasu adalah eastern melodic death thrash metal.Penerapan unsur eastern seperti arabic,melayu dan jawa banyak kami masukkan dalam lagu-lagu Farasu.Terpulang pada pendengar untuk menilai klasifikasi muzik Farasu berdasarkan pengetahuan muzik mereka.
boleh cerita sedikit tak elemen2 muzik yang diserapkan didalam muzikal farasu serta instrument yang digunakan setiap ahli farasu bagi melengkapkan pakej eastern death metal dambaan farasu?
-Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami telah menerapkan elemen ketimuran seperti arabic,melayu,jawa,jepun dalam lagu-lagu Farasu.Walaupun penerapan elemen timur ini tidak menyeluruh tetapi ia tetap menjadi imej dan wajah pada muzik Farasu.Kami gabungkan elemen-elemen timur ini dengan rock n roll,blues dan new wave bersama elemen tradisi metal keseluruhannya untuk membentuk sebuah muzik yang cacthy,segar dan headbanging.Jadi semua kumpulan pendengar metal(black,death,thrash,doom,heavy) dapat menghayati muzik Farasu.Kreativiti yang tinggi dan kesabaran dengan ilmu/pengetahuan tentang muzik diperlukan untuk menggarap gabungan muzik sebegini.Kalau tidak lagu akan menjadi statik,tidak berkembang dan akan membosankan.Kami mahu lagu Farasu menjadi lagu sepanjang zaman.Bukan lagu yang trendy dan bertahan/didengari untuk sesuatu masa sahaja.
Insyallah,kemungkinan akan ada penggunaan instrument tradisional dalam lagu-lagu kami seperti rebab,gamelan dan sebagainya.Kami masih mempelajari tentang penggunaan dan kemahiran instrumens-instrumens tradisional ini.
baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengunduran beberapa orang ahli FARASU, apakah motif pengunduran tersebut? adakah mereka tidak lagi serasi bersama farasu ataupun sebaliknya?
-Aku merasakan individu-individu yang berundur dari keanggotaan Farasu ini tidak serasi dan tidak ada persefahaman dengan suasana dan muzik Farasu.Mereka telah melangkah keluar secara sukarela tanpa dipaksa dan aku sendiri tidak membuang mereka.Hanya bekas PR/manager Farasu,Ahmad Farid Ghazalie yang aku pecat.Ada beberapa tindakannya yang telah menjejaskan kepercayaan aku secara peribadi dan beberapa perancangan yang telah diaturkan tanpa pengetahuan aku.Perancangan2 tersebut hampir merosakkan imej dan arah muzik Farasu.Hak aku sebagai penubuh Farasu dinafikan.Kita fikirkan sendiri jika orang luar yang diberi peluang duduk dirumah kita,kemudian bertindak melebihi tuan rumah itu sendiri...pasti akan menjejaskan kredibiliti hak tuan rumah itu.
siapakah farasu sebenarnya?
-Farasu yang sebenarnya ADALAH aku,Nahaq dan Bul.Kami bertiga yang telah merancang dan merealitikan penubuhan Farasu dengan bantuan saudara Shazlan(ex-vocal Arsonveil) yang telah mempertemukan kami bertiga.Penubuhan Farasu adalah atas rasa persahabatan yang kuat untuk memeriahkan scene metal Malaysia dan memperkembangkan kreativiti muzik kami...bukan sebab mencari glamour yang kosong dan memikirkan keuntungan duit semata2....
nahaq kembali ke pangkuan farasu???kemana menghilangnyabeliau selama ini?
-Sebelum ini beliau berdepan dengan masalah peribadi yang meruncing dan telah mengganggu komitmen dalam Farasu...tapi kini beliau telah berjaya dalam hidup dan telah pun berumah tangga dan bakal menimang cahaya mata....hehehhe..dah stabil lah maknanya...so dpt bg komitmen pada Farasu....
populariti farasu sudah setanding dengan band2 metal tanahair seperti Negation (grindcore)dan sil khannaz sehinggakan diberikan penghormatan untuk mengadakan gig bersama-sama mereka. apa hubungan farasu dengan band2 otai ini sedangkan farasu adalah sebuah band yang masih baru di arena ini?
-Kami amat berterima kasih kepada Negation dan Sil Khannaz yang telah memberi peluang dan membuka jalan kepada Farasu melalui persembahan bersama mereka.Persefahaman hubungan dan kerjasama yang membawa ke arah itu....otai-otai kita ni pun manusia juga,ada timbang rasa dan sikap ingin membantu...jika kita ikhlas menyatakan hasrat serta menjaga komunikasi...insyallah...mereka pun membantu...
bagaimana sambutan mcd album blackmoon eclips?berapa unit berjaya dijual?
-Mcd ini dikeluarkan secara terhad hanya seribu unit.Berdasarkan keadaan jualan,sudah melebihi 60% terjual dan selebihnya digunakan untuk promosi di luar negara...
adakah masih merancang untuk merekodkan material baru?
-Insyallah...kemungkinan kami akan mengeluarkan material terbaru pada hujung tahun ini.....
bagaimana FARASU mula mencipta nama dari awal penubuhannya hinggalah dikenali seperti ke hari ini?
-Kesabaran menjadi tunjang perjuangan Farasu...kalau takde kesabaran dan perancangan...mungkin susah untuk bergerak.Kerjasama sesama anggota juga banyak membantu perjalanan Farasu sehingga kini...walaupun ada yang terjadi...kena juga bertahan supaya survival sesbuah band itu berterusan...
bagaimana nasib nilai loudblast sekarang ni selepas pengunduran farid didalam menguruskan farasu?
-Untuk pengetahuan semua, NILAI LOUDBLAST SCENE sebenarnya adalah "indipendent team" yang menganjurkan gig semata-mata.Aku bersama sahabat-sahabat karib aku telah menubuhkan Nilai Loudblast atas tujuan untuk menganjurkan gig metal di Nilai pada tahun 2003 dulu.Kami ingin memeriahkan scene metal malaysia dan ingin mewujudkan scene metal negeri sembilan yang happening..cuma pada dua gig terakhir Nilai Loudblast pada 2005 lepas aku kurang berperanan menguruskan perjalanan gig..Nilai Loudblast ini bukanlah sebuah label.Sebarang pengeluaran material seperti vcd gig menggunakan nama Nilai Loudblast sebenarnya bukan usaha aku tapi adalah usaha peribadi Farid...Serbuan polis Seremban pada gig terakhir kami pada 2005 lalu telah membuka jalan kebenaran pada aku....kejadian itu telah memperlihatkan SIAPA SEBENAR SAHABAT dalam kesusahan begitu..yang tak masuk lokap,berlagak macam dilokap 30 hari....
dunia hari ini semakin kejam!!!umat islam mula terancam dengan dakyah2 kotor yahudi untuk meruntuhkan umat islam dengan pelbagai cara sekalipun..bagaimanakah tindakan farasu bagi bersama-sama mengekang permasalahan ini?adakah dengan muzikal serta lirikal farasu dapat menghembus semangat umat islam (mat2 metal khususnya) bersama2 menegakkan panji2 kebenaran.(seperti yang dilakukan ASSAHAR didalam album intifada)
-Sebagai seorang Muslim,seharusnya kita sudah faham dan mengetahui dakyah-dakyah Yahudi ini...telah banyak hadis,penulisan dan ayat-ayat Quran yang menyatakan sikap-sikap bangsa Yahudi...kekuatan itu harus wujud pada umat Islam..sedangkan dalam bangsa kita sendiri pun ada yang bersikap macam Yahudi...hak orang nak kau rampas jadi macam kau punya!!!
Untuk info semua, cari dan baca penulisan Henry Ford-"INTERNATIONAL JEWS" yg menceritakan strategi-strategi yahudi menguasai USA dan dunia sejak awal abad ke 20 dulu...
Mungkin anda semua akan mendapat informasi berguna dan perkaitan kejadian2 yang berlaku dalam dunia kita sekarang.
Secara peribadinya,kita sebagai umat Islam kena kuat dari segi akidah,iman,perlakuan dan amalan....kalau sekadar jadi golongan yang mengikut sahaja tanpa mengetahui apa2...maka disitulah kelemahan kita sebagai Muslim..
Konsep n etika muzik adalah perkara yang paling susah dikekalkan dalam organisasi muzik. Bagaimanakah caranya korang mengekalkan originality,imej serta ilham didalam setiap karya farasu. Adakah seorang sahaja cukup untuk mengekalkan attitude sesebuah kumpulan itu?
-Dalam sesebuah band mesti ada seorang yang kuat untuk mengawal arah muzik band itu supaya tidak lari dari imej dan hala tuju....keaslian lagu dan idea itu bergantung kepada ilmu muzik yang dimiliki oleh sesorang itu...ada juga metaller yang tahu banyak/luas pasal band2 termasuk sejarah dan lagu tapi dari segi permainan hancur...makna ilmu muziknya terbatas...up down stroke pun tak tau...jadi capaian keaslian ideanya terbatas dan akan mengikut idea/cedokan dari band2 idolanya...riff lagu dicedok atau "copy-paste" dari band lain jadi lagu sendiri....
Untuk mencari keaslian idea,seseorang itu perlu kreatif,faham dan menguasai ilmu/kemahiran muzik tak kira apa jenis muzik dan mendengar pelbagai muzik baik moden atau tradisional..barulah perspektif ideanya meluas...dan tidak terbatas pada satu muzik sahaja....
Memang tak dinafikan idola band penting tapi bukan bermaksud kita meniru segala2nya dari idola band...kita jadi idola band itu sebagai platform atau garis panduan idea...kita kena ada suatu semangat atau perasaan "aku kena buat lagi best dan cachty dari band idola aku ni"...baru terhasil sesuatu originaliti secara berkesan....BUKAN berperasaan "aku nak buat lagu macam band idola aku"...itu kurang berkesan.....
Falsafah farasu yang dipegang sehingga ke hari ini?
-Berkarya secara kreatif dan yakin pada rezeki Allah...setiap insan ada peluang dan rezeki mereka...jangan lupa diri...kalau KAU KAYA BERDUIT PUN tapi tak kreatif...tak kemana pun....
Adakah line up kali ini akan dikekalkan ataupun berubah2 mengikut keperluan?
-Insyallah...aku menyakini lineup kali ini...sahabat-sahabat farasu ini lebih kreatif,sabar,ada nilai persahabatan yang tinggi dan rajin....
band Malaysia yang mempunyai originality sendiri pilihan farasu
-SIL KHANNAZ LANGSUYR CROMOK AMUK KEMBARA WINGS SEARCH MAY
Farasu banyak contact dengan sape wat masa ini?
-Banyak jugak tapi yang betul2 aktif dalam negara je...ada juga sahabat2 band di surabaya,jogjakarta dan bberapa dr negara eropah seperti Italy,Poland dan Greece.....kakakakka....dengan Besi Hitam....
Selalunya farasu jamming kat mane?.
-Studio Eruption Seri serdang Selangor...dah masuk 5 tahun kami jadi pelanggan tetap sudio ni....
Berapa banyakkah wang yang diperuntukkan untuk menjalani latihan muzik untuk memantapkan permainan farasu ke tahap maksima?
-Ini bergantung pada kreativiti dan kerajinan...kalau dulu setiap minggu kami jam 2 kali.satu sesi jamming dalam 2 jam...letih dan membosankan sebab ada lineup dulu yang masih tak pickup lagu walaupun dah berkali2 diajar dalam setiap jam....
Untuk lineup kini...kami hanya jamming seminggu sekali dalam 2jam saja.sebulan hanya 4 kali.Lineup kali ini lebih kreatif dan mudah dapat dengan lagu-lagu Farasu...jadi kami dapat menjimatkan belanja berbanding dulu.....
Bilakah anda mengenali muzik metal dan siapakah yang mempengaruhi anda untuk mendengar muzik ini?
-Kenal metal sejak tahun 1993...mula2 dengar cromok-forever in time....dah tentulah kawan2 sekolah dulu....
siapa zyllyn?adakah ianya ada kena mengena dengan anda?
-Band black death metal dari gombak...aku jadi drummer band ni kakakaka....
adakah muzik farasu boleh pergi jauh dan adakah farasu akan mengekalkan lirikal dalam bahasa ibunda untuk rilisan seterusnya?
-Insyallah aku yakin muzik Farasu mampu pergi jauh...aku meyakini kreativiti tiap2 anggota Farasu kerana semua itu adalah pemberian Allah swt bukan sebab faktor duit....Kami akan kekal menggunakan bahasa Melayu dalam lirik kami disamping bbrp lagu yg ditulis dalam bahasa Inggeris....BAHASA JIWA BANGSA...Dimmu Borgir dan Old Mans Child pun ada lirik dalam bahasa Norway...inikan pulak kita....secara ikhlasnya,nahu english aku pun kurang bagus cuma Faizal dan Nahaq yg bagus dalam english...
kata-kata terakhir anda untuk melengkapkan temuramah pada kali ini?
-Teruskan menyokong Farasu dan Besi Hitam Fanzine....inilah teras informasi metal untuk akar umbi metal Malaysia....
pesanan kepada pembaca2 besihitam fanzine
-Hayati sesuatu informasi dengan imbangan akal yang sempurna yakni ada pro dan kontra...jangan condong atau bulat2 menyokong fakta kena fikirkan baik dan buruknya....kalau teruk atau merosakkan baru ditolak sepenuhnya....
1 comment:
caterpillar boots
nike air max 270
mbt
nike basketball shoes
michael kors outlet online
supreme outlet
curry 4
ralph lauren uk
lebron 16
golden gooses
Post a Comment