SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Monday, October 8, 2012

SAXO - WIRA THRASH MALAYSIA

Sebenarnya tak ramai dikalangan rocker yang tahu kemunculan kumpulan SAXO ni..kumpulan yang boleh dikatakan berani menampilkan imej rambut mengerbang seluar rabak dan tidak memakai seluar dalam (bahaya ayat nih)..
  SAXO yang tidak diketahui apakah maksud disebalik namanya, dan apakah motif kemunculan kumpulan ini ketika  industri rock Malaysia tengah sarat dengan kumpulan-kumpulan muzik bernadikan heavy rock seperti Search dan Wings..
Kemunculan SAXO yang luar biasa betul-betul memberi tamparan hebat terhadap scene muzik ketika itu

SAXO yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1984 di Batu Gajah Perak telah dianggotai empat orang anak muda nakal iaitu


PENYANYI Wan
GITAR Jamal
BASS Jagger
DRAM Adi


SAXO mula mengorak langkah sebagai Thrasher dengan menyertai Gagasan War Rock dan terbabit dalam album Hikayat Rok 88 pada tahun 1988 dan album pancakara di Cakerawala..

Pada tahun 1990 mereka muncul dengan album pertama yang diberi tajuk SATU PERJUANGAN..ternyata arah muzik mereka amat berlainan ketika itu..tidak ramai yang menggemari style dan gaya muzik sebegini ketika itu kerana dianggap terlalu berat..ini tidak mematahkan semangat mereka apabila SAXO telah diberi penghormatan untuk menggegarkan Stadium Negara bersama-sama SLAPDEATH, NEMESIS dan PUNISHER pada tahun 1988. Ini menambahkan lagi kuasa Thrash yang disanjung mereka dan dapat meletuskan irama thrash seantero Malaysia ketika itu..ketika itu muncullah band-band seperti CROMOK FTG dan lain-lain bagi mewarnakan lagi muzikal metal..

Ternyata bukan mudah untuk menggalas muzikal yang tidak dapat diterima halwa telinga pendengar ketika itu  akhirnya SAXO tidak menemui kata sepakat apabila terdapat ahlinya yang tidak bersetuju dengan perjuangan muzik SAXO yang berentak keras.. kesudahannya SAXO telah terkubur pada tahun 1991 dan sebahagian mereka telah menubuhkan kumpulan slow rock LEO..





PENYANYI Wan
GITAR Jamal
BASS Jagger
DRAM Adi
SUARA LATAR Saxo

PENERBIT Lord
PENERBIT BERSAMA Saxo
PENERBIT EKSEKUTIF Ali Bakar
SUSUNAN MUZIK Saxo

STUDIO Booty Boys, FGM, Kings, Scat & Channel 11
JURURAKAM Kesuma, Zaidi, Buck, Iskandar, Dot, Goh, Jackie, Alvin, Snake & Mail
JURUADUN David & Saxo
REKABENTUK LOGO Amerscreint
FOTOGRAFI Jalil Ngah
PENGURUS PROMOSI Mas Omar
URUSAN PROMOSI Ritta, Hamid & Azhar

TERBITAN Platinum Records (M) Sdn Bhd
EDARAN BMG Pacific Sdn Bhd



Begitulah serba sedikit rentetan sejarah kumpulan SAXO yang hanya muncul seketika sahaja dipersada muzik THRAH malaysia..Akibat dari tidak persefahaman dan perjuangan yang berlainan kumpulan ini langsung tidak diberi pengiktirafan ketika itu.. setelah berpuluh2 tahun berkubur nama mereka mula disebut kembali.. Adakah SAXO mampu bersaing diera muzik kini? sejarah lama tak akan berulang lagi..ROCK MESTI TERUS!!

kredit kepada pemunya gambar2 diatas..
http://arieprockerz.multiply.com/photos/album/41/KASET-ARTIKEL-KUMPULAN-SAXO?&show_interstitial=1&u=%2Fphotos%2Falbum#photo=1

11 comments:

Anonymous said...

Bro,ad lg x kaset saxo ni?

Anonymous said...

Saxo -satu perjuangan...terbaik

Anonymous said...

Very underrated thrash metal album!!!

Anonymous said...

tak sangka wan jadi vokalis kumpulan thrash.. dulu kat hostel nyanyi lagu p.ramlee

Anonymous said...

Band thrash pertama malaya..

Man said...

hail

zaidee said...

seingat saya kumpulan ni duduk ditaman beringin jinjang kl masa awl kemunculan mereka, pernah sy lepak kt rumah dia org, sepupu saya yg saya panggil napi pernah buat satu lirik untuk lagu kumpulan ni,

5689 said...

zzzzz2018.11.5
ugg outlet
canada goose clothing
prada shoes
true religion jeans
vibram five fingers
ralph lauren uk
issey miyake
hugo boss
coach factory outlet
ralph lauren uk

Baby Maira said...

Satu perjuangan Album yang mengecewakan bunyi trash nya agak kurang jelas....mungkin sbb itu album mereka kurang laku

Unknown said...

Al-fatihah buat arwah Amran Bin Latif (Jagger bassist saxo) 11 August 2021

peteal said...

navigate herethis hyperlink see it herevisit our website imp sourceblog