SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Monday, October 15, 2012

Interview: DIMAN metal dari Kelate!!

Ini adalah sebuah Temuramah lama saya bersama Kumpulan DIMAN kira-kira tahun 2007 lalu..
Ikuti temuramah saya bersama Matler DIMAN yang belum pernah keluar dimana-mana media cetak mahupun media elektronik..EDITOR

DIMAN adalah band metal dari KELANTAN yg boleh dikatakan baru dlm scene underground di kelantan, dgn berkonsepkan melo thrash/black metal ala-ala AS-SAHAR, DARKTHRONE dan DIMMUBORGIR. telah bermula pada lewat 1999 apabila matler, seorang gitaris mula berjinak-jinak dgn riff2 metal berat yg bermelodi setelah agak boring dgn alternative dan grunge yg dimainkan sebelum ni.

DIMAN membawa maksud berlian atau "diamond" . bermulalah perjalanan sebutir berlian dari pantai timur ini mencari arah yg hilang sebelum ni.

berkat semangat yang kental dari matler dan sokongan kuat dari adiknya sendiri, maka tertubuhlah DIMAN dengan tujuan memeriahkan lg scene metal di kelantan pada masa itu.









 Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh besihitam zine. Aku harap pihak anda dapat menjawabnya sebaik mungkin dengan perasaan enjoy tanpa ada pengaruh hal-hal peribadi yang merunsingkan. Ok aku start dengan soalan2nya k.
- No problem bro Abu,kami pun ingin turut mengucapkan terima kasih kepada bro kerana sudi untuk menemuramah saya(Matler) bagi pihak DIMAN ni bro..thanx a lot..

 Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas semua anggota DiMAN. Apa khabar korang semua? Ada baik ka? Macamana dengan kehidupan, adakah ianya menyeronokkan ataupun sebaliknya?
- Waalaikumussalam bro Abu..kitaorang berdua baik-baik sahaja ni..enjoy aje dgn kehidupan kitaorang ni mcm biasa..cuma sekarang ni kitaorang berdua agak sibuk sedikit dengan kerja hakiki masing-masing..namun begitu kami masih lagi fokus dalam pembikinan lagu-lagu terbaru DIMAN untuk next recording ni (insyaAllah jika diizinkan)

DIMAN merupakan satu nama baru yang muncul secara tiba-tiba didalam arena bawah tanah, bolehkah kiranya menceritakan serba sedikit rentetan sejarah tertubuhnya DIMAN kepada warga pembaca yang masih ragu-ragu akan kemunculan DIMAN ni?
- Ok bro..actually permulaan untuk DiMaN ini(tp masa tu belum ada nama band lagi) ialah sekitar tahun 1999 di mana saya(Matler) mula memainkan lagu-lagu metal yang berat..sebelum ini (sekitar tahun 1996-1998),saya hanya memainkan lagu-lagu alternative dan grunge sahaja..selepas itu saya dapat melihat adik saya Affare
turut mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dalam mendengar muzik metal ni dan dia pun slow-slowlah mula belajar bermain drum..selepas itu kami berdua pun start untuk "jamming" bersama di sekitar Kota Bharu (kebanyakannya di Gahagi Studio-Kapilla). Bermula pada tahun 2002, saya mula create lagu2 sendiri setelah merasa agak bosan utk memainkan lagu-lagu
cover sahaja dalam jamming kami.. Pada Mei 2006 kitaorang pun mula merekodkan lagu-lagu kami(3 lagu yang pertama) di Analogic Studio, Kota Bharu(di bawah kendalian Abe Man), dan selepas itu kitaorang sekali lagi merekodkan lagu-lagu kitaorang buat kali kedua(3 lagu lagi) di studio yang sama pada 31 Disember 2006..setelah itu berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh kami berdua maka pada February 2007 kitaorang dapat me"release"kan material pertama kami yang kami namakan "Preposterous Promo 2007" ni.

Apakah tujuan sebenar DIMAN ditubuhkan? Adakah untuk suka-suka ataupun sekadar untuk memeriahkan lagi scene bawah tanah?
- Ha..ha..best soalan ni bro Abu..ok sebenarnya dalam kepala kami ni asalnya memang tak pernah terfikir pun untuk menubuhkan band DIMAN dengan line-up hanya dua orang ni..kira pada asalnya kami hanya nak jamming suka-suka aje..namun setelah saya mula mencipta lagu-lagu sendiri maka tergerak pula pintu hati kami ini untuk merekodkannya kerana tidak mahu lagu-lagu kami ini berkubur begitu sahaja tanpa sebarang kenangan setelah kitaorang tua kelak hehehe..setelah itu barulah sedikit demi sedikit rasa untuk menubuhkan band DIMAN ini mula wujud..tapi nama DIMAN ni sebenarnya baru aje 5 bulan dipilih hehehe..DIMAN ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan muzik yang kami create ini kepada semua metalfans di Malaysia mahupun
di luar negara..kami sebenarnya ingin memberikan lebih warna-warni dalam scene metal tempatan dan juga untuk memberi option kepada pendengar utk mendengar lagu-lagu yang kami create ini di samping mendengar lagu-lagu dari band-band metal yang sudah sedia ada di muka bumi Malaysia ini..

Boleh cerita sedikit tentang rilisan yang kamu keluarkan baru-baru ini?
- Ok setelah segala urusan merekod dan mixing selesai untuk ke enam-enam lagu kami maka pada Februari 2007 kami pun berjaya untuk meriliskan material pertama kami yang kami namakan Preposterous Promo 2007..asalnya kami tak mahu lagi meriliskannya kerana part vokal belum siap..tetapi ramai pulak rakan dan kenalan kami yang begitu mendesak ingin mendapatkan stuff kami ini dalam kadar yang segera..so mahu tak mahu kami terpaksalah meriliskan jugak promo ni kerana tak mahu mengecewakan mereka semua(tap-lagu promo ini kami produce terhad je 50 pcs)..ni kira macam test market jgklah ni walaupun semua lagu-lagu kami belum mempunyai vokal..Promo kami ini mengandungi 6 lagu asal (5 lagu sendiri dan 1 lagu cover(Dimmu Borgir-Kings Of The Carnival Creation) dan juga 4 lagu bonus(lagu-lagu yang sama tetapi dalam sound yang berbeza).. harganya pulak ialah RM10 aje dan cuma ada dalam beberapa keping aje lagi ni (kalau nak kena order cepat-cepat nih hehehe,lebih afdal contact myspace kami dahulu di www.myspace.com/wwwmyspacecomdemanzcom)

Jika diamati corak permainan muzikal DIMAN muziknya lebih kearah easternblackthrash yang menggabungkan elemen-elemen metal melayu nusantara yang mempunyai attitude sendiri. Siapakah yang mencernakan idea dan konsep sedemikian? Bagaimana tercetusnya idea sebegini?
- Kami sebenarnya tak mahu mengklasifikasikan secara detail tentang aliran muzik kami ni..cukuplah kalau kami katakan bahawa kitaorang punya muzik ni lebih kepada "THRASHBLACK" secara generalnya..tetapi ada juga elemen "rock kapak" yang saya taruk dalam lagu-lagu saya ini..namun yang paling penting sekali bagi kami ialah biarlah orang tahu bahawa lagu-lagu kitaorang ni ada unsur kemelayuan kerana kitaorang tak akan mengabaikan jati diri kitaorang sebagai seorang melayu..walau apapun corak lagu yang kitaorang mainkan biarlah orang tahu bahawa ini memang lagu yang dibawakan oleh orang melayu(MELAYU BOLEH!!! - ni macam nasionalis skit ni)..entahlah mcmna boleh tercetusnya idea untuk buat konsep lagu macam ni,mungkin hasil campur aduk lagu-lagu yang banyak beri influence pada kami kot??

Apa tanggapan anda Sebelum anda mengenali muzik metal ni? Adakah anda terfikir yang muzik metal ni mempunyai ramai peminat? (Bagi sikit alasan aku nak dengar!! Hahaha-ed)
- Sebelum saya mengenali muzik metal ni,saya hanya banyak melayan lagu-lagu grunge dan alternatif sahaja semasa di sekolah..jadi pada masa itu saya dapat melihat hanya beberapa kerat sahaja member-member sekolah saya yang melayan lagu-lagu metal ini..jadi dalam kotak fikiran saya pada masa itu mungkin aliran muzik metal ini hanya mempunyai peminat yang sedikit..namun akibat sikap ingin tahu yang mendalam saya telah cuba
untuk menyelami lagu2 bercorak metal ni maka saya telah meminta kaset lagu2 metal dari mereka(Metallica,DEATH,Morbid Angel) dan wow!!
saya dapati bahawa aliran muzik ini memang best dan kickass!!..namun begitu Dimmu Borgir merupakan band metal pertama yang telah berjaya menarik dan mengalihkan minat dan jiwa saya kepada muzik metal berat ini..

Adakah anda yakin dapat bersaing dengan band-band metal lain yang berlambak kat malaysia ni? band-band metal Malaysia yang mempengaruhi anda semua?
- Ish niat kami bukan untuk bersaing dengan mana-mana band pun bro Abu,kitaorang cuma nak memperkenalkan muzik kami ni aje..namun begitu kitaorang mmg banyak mendengar dan mengkaji lagu-lagu dari band2 metal tempatan ini dan kitaorang selalu setkan dalam kepala kitaorang agar pada suatu hari nanti kitaorang juga dapat bermain sebaik mereka InsyaAllah..antara band-band metal tempatan yang menjadi influence kepada kami
adalah Sil-Khannaz,Hayagriva,Cromok,Metalasia,Melon King dan banyak lagilah bro(tak larat nak sebut ni..)

DIMAN terdiri daripada Matler dan Affare dan merupakan kombinasi dua beradik yang begitu serasi mencorakkan muzik DIMAN, mengapa kamu memilih untuk bermain bersama-sama tanpa ada bantuan orang lain?
- Ye DIMAN ini hanya terdiri daripada dua orang line up adik beradik sahaja iaitu saya Matler(Gitarist/Bassist) dan juga Affare(Drummer/Bassist)..buat masa ini band ini cuma band eksperimental sahaja dan kami merasa amat selesa dengan keadaan kami sekarang ini...selain itu kami merasa lebih mudah untuk berbincang dan merancang dalam meng"construct" lagu2 kami secara berdua sahaja kerana entahlah sy rasa mcm ada chemistry pulak antara kami ini(maklumlah adik beradik dan dah lama hidup bersama hehe)..bukan kami tak mahu merekrut org lain,tetapi kami sedar bahawa band ini cuma band eksperimental mengenai minat kami terhadap muzik metal ini..namun untuk masa hadapan siapa yang tahu kan?

boleh bagi nama sebenar ahli kumpulan DIMAN.
- Nama sebenar Matler adalah Mohd Dahlan dan Affare ialah Af'fan Farizi..

mengapa agaknya ahli-ahli band bagi sesebuah kumpulan itu menukarkan nama mereka (daripada sopan kepada ganas) apabila mereka melibatkan diri dengan kumpulan metal? Boleh dikatakan semua band di malaysia begitu termasuklah band DIMAN sendiri, boleh tak anda berikan sedikit penjelasan terhadap isu ini?
- Nampak ganas ke nama-nama yang kami gunakan ini??confiuslah saya ni bro Abu..mmg kat rumah pun mak bapak dan adik beradik kitaorang panggil kitaorang dgn nama mcm tu tau..bagi saya biasalah nama-nama samaran yang ganas dalam menubuhkan band metal ini bro Abu, mungkin juga penggunaan nama-nama samaran sebegini boleh juga menarik perhatian daripada para pendengar dan peminat kot?..ia juga boleh dijadikan suatu gimik
yang secara tak langsung dapat mempromosikan band metal itu sendiri..namun bagi saya terpulanglah kepada seseorang itu untuk menggunakan apapun nama samaran mereka..namun begitu masih ada batas-batas dalam pemilihan nama ini kerana sebagai seorang muslim kita tidak elok untuk menggunakan nama-nama yang bermaksud tidak baik dan hina di sisi Allah s.w.t..itu sahaja pendapat ringkas saya bro Abu..

agak-agak mak bapak tak marah ke kita ubah nama yang mereka berikan pada kita? (hahahaha.. cuba ko tanya mak bapak ko, dia marah tak? Ahaks! Jawab dengan jujur tau)
- Sebagai contoh kalau nama asal kita Atan dan bila dan tubuh band metal di tukarkan kepada Syaitan,
ibubapa mana yang tak marah??haha..bagi ibubapa kami diorang mmg tak akan marah dgn nama-nama yang kitaorang pilih ni kerana memang nama panggilan kitaorang kat rumah pun mcm tu bro Abu..cuma adalah kitaorang ubah sikit-sikit macam Matler tu asalnya dari Matle dan Affare tu asalnya dari Afe..ubah huruf aje tetapi bunyinya
sama aje bro Abu..tetapi entahlah kepada ibubapa pemuzik-pemuzik metal yang lain tak tahulah pulak saya ni bro Abu..

Berbalik pada DIMAN semula, aku rasa pembaca tertanya-tanya apakah maknanya DIMAN tu? Boleh beri sedikit keterangan lanjut?
- Haha..soalan ni memang popular jugak pada kami nih..ok pernahkah anda bermain game daun terup "7 Diamond"? ..jadi kad Diamond dalam permainan terup ini di panggil DIMAN dalam slang Kelantan..ejaan asal dalam slang Kelantan adalah "DIME" tapi kami ubah sedikit supaya lebih sedap di eja dan didengar..jadi kitaorang pun tukarlah ejaannya kepada DIMAN..
kitaorang mmg hantu dalam main game 7 Diamond ni. hehe.jadi dalam tengah2 pening dok cari nama yang sesuai untuk di jadikan nama band ni tiba-tiba sahaja nama DIMAN ni muncul dalam kepala saya ,kira mudah dan ringkaskan??..mudah sikit orang nak ingat kot??..tp kami ni bukan jenis demand tau hehehe..

Agak-agak muzik DIMAN ni boleh pergi jauh ke?
- Sejauh mana tu bro Abu?macam nak ke bulan aje ni hehe(sori sy gurau aje ni hehe)..seperti yang telah saya katakan awal-awal tadi DIMAN ni merupakan band eksperimental sahaja..jadi saya tak adalah target jauh-jauh sangat dengan band DIMAN ni..cukuplah sekadar orang tahu bahawa ada sebuah band dari Kelantan yang bernama DIMAN itu pun sudah cukup menggembirakan hati kami ini..apatah lagi jika ada orang yang sudi mendengar dan membeli stuff-stuff yang kami keluarkan ini lagilah kami merasa dihargai..bagi saya nak target tinggi-tinggi tu tak adalah tetapi kami lebih mengutamakan untuk meningkatkan mutu permainan muzik kitaorang ini terlebih dahulu kerana masih terlalu banyak kelemahan yang ada dalam diri kami ini... Mengenai masa depan DIMAN ni biarlah masa dan waktu yang menentukannya..

Apakah matlamat jangka panjang serta jangka pendek DIMAN buat masa sekarang ni? berminat nak main gig?
- Cita-cita saya ialah untuk merakamkan album dengan DiMAN ni jika di izinkan,ini kira target jangka panjang lah ni..buat masa sekarang ni kami sedang menyiapkan lagu2 terbaru kami untuk demo yang terbaru dari kami,tunggulah ye......main gig??nak main camno gig dgn dua orang line up aje nih hehe..minat tu minat juga pasal kitaorang akan lebih exposure dalam metal scene ni..ttp dalam masa sekarang ni biarlah kami belajar dahulu selok belok rekoding ini dahulu..
tetapi untuk masa depan siapa yang tahu ye..

perkembangan terbaru DIMAN dan harapan kepada pembaca BESIHITAM fanzine terhadap DIMAN.
- Jika diizinkan kami ingin merekodkan lagu2 terbaru kami ini dalam jangkamasa 1 atau 2 bulan lagi..3 lagu baru dah 90% siap dan 1 lagu cover akan kami rekodkan InsyaAllah..harapan saya terhadap semua pembaca BESIHITAM agar terus menyokong DIMAN dan berilah nasihat dan panduan kepada kami kerana sesungguhnya kami ini masih baru belajar...selain itu berilah sokongan padu pada band2 metal tempatan yang lain juga kerana siapa lagi yang nak support scene kita jika bukan orang kita sendiri??..selain itu saya amat berharap kepada semua metalfans agar lebih bersatu dan tolong menolong sesama kita jika ingin menaikkan scene muzik metal kita ini, jgnlah berpuak-puak dan berpecah-belah serta menanam sifat2 negatif dalam diri seperti hasad dengki, khianat dan dendam kerana ini merupakan salah satu sebab mengapa orang Melayu susah untuk memajukan diri..oopps satu lagi
bagi saya dgr dan layan lagu metal ni tak salah tetapi berpada2lah, jgn sesekali digadaikan maruah agama Islam kita yang tercinta ini..sentiasalah ingat akan hukum hakam agama sebagai panduan hidup kita yang cukup singkat di muka bumi Allah ini..

hahaha.. aku rasa setakat ni sajalah soalan yang ingin aku ajukan buat DIMAN buat masa ni. aku mintak maaf jika soalan diatas menyinggung perasaan anda semua dan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh besihitam fanzine!! Hail n kill!!
- Dah abis ke ni bro Abu??..aduh kejapnya rasa..tak puas rasanya berborak dgn bro ni..tapi tak apelah mungkin di lain masa kita boleh berjumpa lagi kan??..ish tak ada apa yang perlu bro mintak maaf pun ni..semua soalan ok aje bagi kami ni..kami sepatutnya yang lebih banyak mengucapkan terima kasih kepada bro Abu kerana sudi menemuramah band DIMAN yang masih terlalu "hijau" dan tidak seadanya ini..last word dari kami.."Be Yourself
and Keep In Black"..thanks byk2 bro Abu..hail..

No comments: