SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, August 12, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Assalamualaikum...
apa khabar semua? harap2 sihat la hendaknya..macamana puasa hari ini? ada bagus??hahaha..letih tu biasa la, hari pertama la katakan..saya disini dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam didunia ini..saya tahu,bukan sahaja umat islam sahaja yg berpuasa malahan penganut agama lain pun turut sama mengambil kesempatan ini untuk berpuasa sama..ALHAMDULILLAH..

Sudah sedia maklum, bulan puasa adalah bulan yg menjadikan kita betul2 ISLAM..so, penghayatan ISLAM itu sendiri hadir ketika bulan ini menjelma.ini bermakna kita hanya ISLAM hanya sebulan sahaja dalam setahun..harap2 bulan seperti bulan ramadhan ini dapat dipanjangkan lagi kepada bulan2 seterusnya kerana Ramadhan banyak mengajar kita erti kesederhanaan dan rendah diri..bulan ini patinya mengajar kita tentang erti kehidupan sebenar..so,berbelanja biarlah berpada2 k, makan secara sederhana, yg penting ibadah kita perlu diberi keutamaan..

kepada Mat2 metal, hiburan itu perlu tetapi haruslah dikurangkan..beri tumpuan kepada Ibadah pula yer..sebulan sekali jer..hahahaha..kepada yg masih belum beragama ISLAM, semoga bulan ini dapat menambahkan keinginan anda untuk memeluk ISLAM..ternyata sebenarnya ISLAM itu agama INDAH jika anda sendiri yg memperindahkannya..so,renung2kan dan selamat beramal..Assalamualaikum..

No comments: