SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, August 5, 2010

INILAH KERJAYA SEBAGAI WARTAWAN

Part 1-Fakta Mengenai Wartawan Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui
Labels: Tips/Panduan

fakta ini untuk santapan minda mereka yang berminat untuk mengetahuinya...!!!

1. Tahukah anda, wartawan itu hampir keseluruhan kariernya ,kerjanya menulis dan menaip.

2. Sedarkah anda, bukan semua wartawan kerja mereka keluar mencari berita, tetapi duduk dalam pejabat, menunggu berita.

3. Tahukah anda, jika wartawan jenayah ditugaskan membuat liputan majlis perkahwinan artis, maka majlis perkahwinan itu jadi kecik, tapi keracunan makanan masa majlis tu boleh jadi front page.

4. Tahukah anda, jika wartawan hiburan yang buat liputan majlis perkahwinan artis, jika ada keracunan makanan, kalau boleh ia hanya ditulis kecil dan mungkin tidak disebut langsung, kerana ada antara mereka adalah 'anak emas' artis tersebut.

5. Tahukah anda, jika wartawan meja bisnes tiba-tiba ditugaskan untuk buat follow-up masalah penduduk kerana tangki najis pecah, mereka sanggup ambik mc tak nak pegi buat coverage tu.

6. Tahukah anda, ada wartawan yang dah 'booking' awal-awal, mana-mana tugasan yang kononnya mereka xpert, dan hubungan baik dengan ceo-ceo syarikat itu, hinggakan, takde wartawan lain layak untuk pergi. Kesimpulannya, lepas dia...dia...then dia lagi..then lagi...maka, diaaaaaaaaaaaaaaaaa je lah yang cover...

7. Tahukah anda, ada ketikanya, tugasan wartawan adalah menonton filem, mendengar lagu - iaitu ketika press-preview filem baru atau pra-dengar album baru.

8. Tahukah anda, wartawan senior biasanya pandang lain macam pada wartawan baru yang baru nak mula buat coverage seperti PM, TPM dan beberapa menteri.

9. Tahukah anda, wartawan meja bisness biasanya akan pulang ke pejabat dengan membawa pelbagai cenderahati, beg mengandungi bermacam-macam benda termasuk press-release, dan dengan bangganya meletakkan di atas meja, walhal semua tu boleh disimpan di dalam kereta mereka.

10. Tahukah anda, wartawan meja mahkamahlah satu-satunya yang bila balik ke pejabat setelah membuat liputan, tidak akan membawa apa-apa cenderamata, apatah lagi kalendar tahun baru ataupun diary kerana tiada siapa yang nak bagi mereka.

11. Tahukah anda, wartawan sukan tetap akan pergi buat liputan mengenai latihan skuad bola Malaysia di padang, tetapi bila balik pejabat, rupanya, stori padang bola yang lubang sana-lubang sini, rosak sana, pecah sini yang akan jadi tajuk...!!!

12. Tahukah anda, ada wartawan dari meja lain (seperti bisnes, hiburan, sukan, politik, am) akan menyoal-siasat wartawan jenayah yang baru pulang dari coverage rampasan hp, dvd atau barang tiruan semata-mata untuk mendapatkan bahagian sedangkan wartawan jenayah tak pernahpun dibagi atau minta diary yang mereka dapat...!!!

13. Tahukah anda, ada wartawan lain, tak percaya yang sebenarnya wartawan jenayah tak dapatpun hp yang dirampas kastam itu, atau dvd rampasan KPDN-HEP itu sehinggakan ada yang sanggup buat pemeriksaan dalam kereta wartawan jenayah takut mereka sorok dalam kereta...!!!

14. Pernahkah anda terfikir, kadang-kadang berita yang kita anggap besar dan menarik, tetapi bila dah buat coverage, sampai di pejabat, bos tak pandangpun...!!!

15. Tahukah anda, betapa sakitnya hati wartawan itu, apabila dia dah goreng stori cantik-cantik, sampai 18 para, dengan 3 foto paling bagus, tapi, bila keluar, bos dah cantas, jadi 3 para, tanpa foto...

16. Tahukah anda, dari 98 keping foto yang disnap oleh seorang jurufoto dalam sesuatu tugasan, hanya satu sahaja yang akan disiarkan, 97 foto lain samada akan di delete atau 5 akan akan disimpan sebagai arkib/rujukan.

17. Tahukah anda, ramai jurufoto akhbar akan bengkak jiwa, sakit hati, rendah diri dan bengang apabila dari 125 foto yang mereka snap, bos akhirnya akan guna foto dari Bernama...dan ada juga yang guna foto dari agensi berita luar seperti Reuters...

18. Tahukah anda, ada wartawan yang memenangi anugerah itu ini, sebenarnya adalah tuah mereka kerana mereka sahaja yang buat stori itu...!!!

19. Tahukah anda, ada akhbar tidak diterbitkan pada hari-Hari tertentu seperti sehari selepas Hari Raya, tetapi, bilik berita TV tidak pernah berhenti dari menyiarkan berita sepanjang tahun.

20. Tahukah anda, ada wartawan memandang rendah kepada wartawan lain seperti terhadap wartawan jenayah yang ke lokasi yang sukar, mencabar dan meloyakan, tetapi akhirnya mereka malu sendiri, kerana stori wartawan jenayah itulah yang akan jadi front-page keesokannya.

21. Tahukah anda, ada satu ayat yang membuatkan, semua wartawan akan ternganga apabila balik ke pejabat dan memberi macam-macam alasan akan kegagalan sesuatu tugasan.
Bos akan berkata: Kau jangan cakap banyaklah, aku dah buat semua tu dulu, lebih teruk dari ni. Itupun kau tak boleh buat...




23. Tahukah anda, jika seorang wartawan yang bukan wartawan hiburan, sedang lepak kat kedai mamak ke, terserempak dengan mana-mana artis lelaki pompuan sedang bermanja-manja, bergesek idung, ia bukanlah satu berita. Malah, perlakuan itu menjadikan orangramai dan wartawan tersebut menjadi bertambah menyampah. Tetapi, sebaliknya, bagi wartawan hiburan, ia adalah stori besar yang mesti diperbesarkan...!!!

24. Tahukah anda, begitu juga sebaliknya, jika seorang wartawan hiburan dalam perjalanan ke pejabat, ternampak asap tebal 3 kilometer darinya,yang dipercayai kebakaan rumah, dia akan buat tak tahu je. Sehinggalah, tiga jam kemudian, apabila terserempak rakan wartawan jenayah kat kantin, dengan sardinnya, wartawan hiburan akan berkata:
"Man, aku lupe nak bagitau kau. Tadikan, aku nampak asap teballll sangat. Aku ingat kau dah tau..."

25. Tahukah anda, 5 jam kemudian, wartawan jenayah tu akan bertemu kembali wartawan hiburan tadi di kantin yang sama:
"Sherry, rumah yang terbakar tadi tu, rumah artis XYZ... kawan baik kau..."

26. Tahukah anda, ada wartawan yang akan melenting jika rakan dari media lain dah skop stori, Sumpah berbakul-bakul, padahal pagi tadi baru je minum sama-sama. tapi, dia tak sedar, yang dia skop kawan tu dua hari lepas, member tu tak kisahpun...

27. Sedarkah anda, ada wartawan yang buat muka 5 sen masa pc, macam takde apa-apa berlaku, tapi, esoknya, stori dia keluar frontpage tajuk utama.
Rahsianya? Wartawan itu follow menteri atau ceo sampai pintu lif, pintu kereta, kat tangga, semata-mata nak tanya soalan cepu emas yang kawan lain tak boleh tau...

28. Tahukah anda, apakah sebabnya, jika ramai wartawan di lokasi majlis, kes jenayah atau di kampung-kampung, orangramai akan lebih menyebut TV3 berbanding stesyen TV lain...

29. Pernahkah anda terfikir apakah ayat paling popular di kalangan wartawan setelah selesai sesuatu majlis, pc atau kenyataan?
"Apa intro kau?..."

30. Tahukah anda, bagi wartawan yang malas berfikir, atau takut menanggung risiko dari tulisannya,kehadiran wartawan dari Bernama adalah sesuatu yang amat dinantikan...

31. Tahukah anda, ada wartawan amat pantang, benci dan bengang apabila keesokannya, dia terpaksa membuat follow-up stori wartawan lain, atau stori dari media lain.

32. Tahukah anda, wartawan dan jurukamera TV akan datang ke lokasi biasanya menggunakan kenderaan syarikat mereka bekerja. Tetapi, ada wartawan akhbar, datang dengan hanya menaiki bas, lrt atau teksi...

33. Penah kah anda menumpang kereta wartawan? Keadaan dalam kereta mereka biasanya digelar Alam Flora...

34. Ada wartawan akan melenting jika kisah peribadi mereka disiarkan di dalam media dan akan mengeluarkan pelbagai perkataan kepada wartawan yang membuat berita mengenainya. tetapi, mereka tidak sedar, selama ini, mereka jugalah yang menelanjangi oranglain...

35. Tahukah anda, apakah perasaan wartawan apabila mereka dihalau dari sesuatu majlis, keramaian ataupun situasi? Bagi sesetengah wartawan, kejadian mereka dihalau itulah yang akan menjadi tajuk atau intro stori mereka nanti tanpa susah payah memikirkan apakah intro lain...!!!

36. Tahukah anda, wartawan jenayah biasanya jadi tempat rujukan wartawan meja lain jika ada artis ke, dato ke atau vip ditahan, dibunuh, didakwa.

37. Tahukah anda, bukan sahaja sesama wartawan, malah VIP, pegawai2 kanan , agensi2 berkaitan atau rakan taulan, sahabat handai, sedara mara, akan menelefon wartawan untuk bertanya:
saper artis kena tangkap khalwat tu
saper yang kena cekup tu
saper, siapa, who dan whom...
38. Tahukah anda, byline merupakan penghormatan kepada penulis sesuatu berita. Tetapi, kadang2, ada juga yang sempat menempelkan nama mereka di barisan nama-nama yang buat coverage sesuatu kes besar...sedangkan, mereka tak buat apapun...
39. Tahukah anda, jarang wartawan menjadi kaya-raya kerana kerjaya mereka. Tetapi, ramai yang menjadi kaya-raya kerana berita, tulisan atau rencana yang wartawan tulis.



40. Tahukah anda, mengapa perlu sub editor, editor bagi seorang wartawan?
Jawapan- bukan semua apa yang ditulis wartawan, diterima bulat-bulat, bujur-bujur oleh syarikat mereka. Malah, kesesuaian panjang pendek berita yang ditulis bergantung kepada page, layout, penting-tidak, atau kedudukan berita di dalam akhbar yang diterbitkan. Panjang pendek, penting tidak juga amat perlu terutama membabitkan berita di TV yang mempunyai ruang masa terhad.

Apa jadi, jika stori sebegini tidak diedit oleh editor:

Polis menemui mayat seorang wanita yang telah meninggal dunia di dalam sebuah sungai yang sedang mengalir...

Seorang penjenayah amat dikehendaki, ditahan dalam satu operasi malam tadi. Ketika ditahan, beliau ditemui sedang tidur dalam sebuah kotak...

41. Tahukah anda, bukan semua wartawan tahu bahawa ada dua ejaan untuk gelaran dato'

Dato' dan Datuk

42. Tahukah anda, masih ada wartawan tidak mengetahui, mengapa ada dua perbezaan dalam ejaan untuk gelaran Dato' / Datuk itu...

43. Tahukah anda, apakah perkataan lazim apabila wartawan bercakap sesama mereka yang keluar dari mulut mereka sekurang-kurangnya sekali:

stori
goreng
intro
Bernama
skop
ada kes tak?
berapa mati?
ada mati?
deadline
headline
frontpage
jolok
pc
masyuk
ulor (bukan ular...!!!)

44. Tahukah anda, bila seseorang wartawan tu mengharapkan ada kes pada hari itu, jawabnya, melangok sampai petangla, sebab selalunya takkan ada kes kalau terlalu mengharap.

45. Tahukah anda, apabila dah lewat petang, dah nak tutup kedai, masa tu lah baru ada bas terbalik lah, kapal karamlah, ahli politik letak jawatanlah, bukit runtuhla...

47. Tahukah anda, kadang-kadang, bila dah nak penghujung bulan, kocek dah kering, kena pulak pergi tugasan jauh kat pedalaman ke, kat ulu mana ke, membuatkan pening kepala macamana nak pergi. Dan biasanya, adale mana-mana Hamba Allah tiba-tiba ulor duit minyak...

48. Wartawan media bahasa Malaysia biasanya tidak membuat liputan kes terjun bunuh diri, tetapi jika dah terpergi sebab dah takde stori sangat, biasanya, perkataan bunuh diri jarang digunakan.
"Polis sedang menyiasat samada kejadian mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya..."

49. Tahukah anda, wartawan bukanlah manusia yang dilahirkan zalim dan juga bukanlah kejam.Tetapi, lagi banyak kemalangan jiwa, itulahj berita bagi mereka.

50. Tahukah anda, bukan semua kes-kes contohnya kemalangan maut , wartawan pergi ke lokasi. Ini kerana jika seorang penunggang motosikal yang maut atau pejalan kaki, ia jarang diberikan liputan. Tetapi adalah malang, apabila keesokannya, adala sebuah suratkhabar kecik melaporkan, mangsa pejalan kaki itu adalah anak kepada seorang VVIP, atau bekas ahli sukan negara. macamana nak menjawab dengan bos tu...

51. Terfkirkah anda, bagaimanakah wartawan begitu cepat mendapat berita atau maklumat sesuatu kejadian?
Mereka menggunakan telefon bimbit...


*sumber dari kawan2..

4 comments:

deaf_angel said...

selamat menyambut bulan puasa beb

Anonymous said...

bro, sumber mana bagi info ni???? SB ke?

Contramen said...

aku jaga printing suratkhabar. perkara aku paling meluat pasal editorial ialah berita last minit, gambar yg snap pakai kamera henpon cokia dan cerita pasal isi seluar dalam.

Anonymous said...

CDO?