SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Tuesday, November 4, 2008

LEFTHANDED dalam kenangan..

Muzik Latar : Semangat Lamina-lefthanded



aku rasa dah tak payah nak perkenalkan lagi nama LEFTHANDED ni pada korang. sebut jer lagu ku dihalaman rindu tanpa segan silu korang terus uuuuu..uuuuu..uuuu.. hahaha..

hari ni aku nak citer skit asal usul band ni pada sape2 yang belum penah mengetahui secara psychology nye..

sebelum nama LEFTHANDED ni digunakan mereka telah memakai nama THE LEFTHANDED sekitar tahun 1983.

Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. lepas tu mereka sebulat suara telah menukar nama daripada THE LEFTHANDED kpd Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil bersempena dengan nama pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan gigi..eh silap.. guna tangan kidal.hehehe..

Sebelum mereka merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip(SWEET CHARITY) dan Rahim Maarof(THE WHITESTEEL).

Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.

Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.

Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.

Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.

Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telah meninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.

Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.

pada tahun 2003 LEFTHANDED telah bersatu kembali dengan aggota asalnya sehinggalah kini..biarpun mereka jarang mengadakan konsert tetapi mereka masih lagi aktif dlm bidang muzik dengan kerjaya masing2..HAILL!! lefthanded!!



ahli kumpulan yg pernah menyertai LEFTHANDED:


  1. Man Kidal dari kumpulan Search @ Abdul Rahman Mahmood
  2. Samad @ Abdul Samad Mean
  3. (Nash) @ Nashrudin Elias
  4. Yan dari kumpulan Search @ Amran Marsiman
  5. Man Dayak @ Rahman Othman
  6. Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
  7. Ramli Sarip satu album 'Fanatisme'
  8. Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar satu album 'Nafas'


KOLEKSI GAMBAR LEFTHANDED sekitar 80an dan 90an









*semua gambar adalah koleksi besihitamwebzine

18 comments:

Dr. Bentara said...

geram tengok gitar Flying V Samad pegang tu... macam gitar gua!

Aku said...

Thehehe .. depa ni mmg legend ler bro ... wa sedih masa Nash dah tak nyanyi dgn lefthanded, n kalo lu ingat asa isu Nash mcm skit2 aaa bg kenyataan yg kurang selesa pd lefthanded masa tu ...

BESIHITAM said...

BEN-

haah la abg ben..tak sama macam gitar gua la..

geng metal-

betul tu..lagenda masai ni.hahah.
masa arwah samad dulu pun macam tu jugak..ramai yg pertikaikan kblehan samad ngan man kidal.padahal samad lg power..hahaha

eddie dewanaga said...

last skali gua tgk diorang live depan bijik mata ialah reunion kat stadium indoor MBJB, tiket rm35 tapi gua masuk free sebab adik Yan yg keja pos tu member gua...

*intro riff Keadilan cukup meremangkan bulu tengkuk woo...

MEMEE said...

they all mmg TERBAEK....

Sang Hitam said...

They are ralley truely malaysian rock legand-kire Deep Purple or Rising Force Malaysia laaa... gua membesar ngan music diaorg...tp skang nie smua promoter mane nk amik band2x cm nie, biar muke nmpk mcm pecah, jgn suara and bakat yg pecah cm artis2x skang nie...

Anonymous said...

ad x khabar yg diorang nk wt konsert kat jb lagi..

haszirshah said...

APER NI BRO... LEFTHANDED DALAM KENANGAN. PERKATAAN 'DALAM KENANGAN' TU UNTUK YANG DAH MATI.... LEFTHANDED MASIH UJUD BEB.... CUMA TAK BERKESEMPATAN UNTUK ROCK BERSAMA... UBAH TAJUK TU..

BESIHITAM said...

dalam kenangan tu x bermakna band tu dah x wujud..dalam kenangan maksudnya disini kita cuba kenang kembali band lefthanded.. terima kasih

Anonymous said...

(Zek rockerz)Tuk blacksteel,hahahahaha,kita rock terus! Lefthanded gabung buat konsert kat sgpore 1 hari nanti. Xpdc,search,slam,wings,may,exists,amuk sumenye dah buat konsert kat negri wa. Wa tggu lain2 grup;bpr ke atau lain2 grup lah. Pasti penuh tempat dudok! Sekian......

Anonymous said...

hamid di mana sekarang?

kenanganterindah said...

xsilap aku jaafar salah sorg anggota asal..

5689 said...

zzzzz2018.11.5
hermes belt
coach outlet
moncler outlet
coach outlet
james harden shoes
ralph lauren polo
michael kors outlet
louboutin shoes
longchamp
clarks outlet

Anonymous said...

Jaafar mn..jaafar onn ke

Rockersjdt said...

Betul bro...jaafar mmg anggota asal yg main keyboard...

Unknown said...

e5p56v2s51 s4q77e7j95 x2c14v8a34 j1m16s6p19 r5g39t1j89 m4h69y6t07

Unknown said...

u1o12e5g03 l8j48h0a95 f6g73a4v41 z8u59d5f98 q4d00y2m46 f2q21o6u58

Anonymous said...

Jgn lupa.. Hamid penyanyi Lefthanded