Friday, October 17, 2008
5 SOALAN UNTUK BAND KESAYANGAN ANDA
lu pilih band kegilaan lu. janji band tu band rock n metal Malaysia(bukan indon or oversea k)
lu harus siapkan 5 soalan untuk band tu. tak kira la ape jenis soalan tapi haruslah soalan yg berakademik dan mencabar kekaliberan beliau
last sekali lu send kat gua soalan2 tu.nanti gua tapis n gua akan meng'interviu diorang dgn soalan lu..
macamane? ade paham? hakhak..
kalo tak paham gak lu pandai2 la mesej gua k..
ade bran ke tak ni?macam tak bran jer..hahaha..
Sunday, October 12, 2008
AKU BERSAMA SATRIA NAGA

gua dok lupa nak taruk gambar ni..dah lama dah aku tangkap, saje jer nak posing dengan album SYMPHONIA ni..album ni merupakan album paling sempoi penah aku layan.kualiti sangat membanggakan walaupun pada hakikatnya proses pengeluarannya tak lah begitu mahal dan memeranjatkan..so,dengan gambar ini aku memaklumkan yang aku SUPPORT SYMPHONIA dari belakang!!!
Monday, September 22, 2008
"TIR" tajuk album terbaru ASSAHAR!! NANTIKAN KEMUNCULANNYA
yearghhh!!! ASSAHAR bakal mengganas semula. pasni aku kene la simpan duit untuk beli album diorang nih..
ESTERN BESTIALLITY: A SALUTE TO ASSAHAR
Friday, September 19, 2008
CARTA KERAS BESIHITAM!!!
suddendethz@yahoo.com.my.
sebarang maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi aku atau menghantar mesej di shoutbox aku tu.
MARI KITA LIHAT SAPE YANG PALING KERASSSSSSSS!!!!
PEJUANG_PEJUANG METAL 80-90an(mereka masih segar dalam ingatan)
mereka berjuang bukan suka2.. Misi meremukkan gegendang telinga sudah pasti tercapai dengan penghasilan beberapa buah lagu..
ini baru sebahagian pejuang metal 80-90-an.mana yang lain??
aku tak dapat menyumbang apa-apa, tapi aku dapat menyumbangkan kenangan mereka yang dah penat lelah berjuang pada anda semua.ape2 pun bongkarlah kembali kaset2 lama atau piring2 hitam yang dah lama melapuk dibawah katil korang semua,tak kurang juga ada yang dah membakar dan menjual kat apek beli surat kabar lama..
hahahaha..
macamana rasa sekarang?rugi tak geng?hakhak..nasihat aku, barang yang tak berharga tak semestinya tak boleh dikenang..
PEJUANG METAL 80-90an




Thursday, September 18, 2008
kebangkitan STORMING STEELS
'Dengan samartary aku gagal dgn arah tuju yg di tanam dlm hati dan minda sebab muzik samartary tidak menjurus kepada sesuatu yg agresif ia hnya mengikut telunjuk blackfire saje.aku respek blackfire yg di era 80an saja!!! samartary dh lari dari apa yg aku nak" Mr.CS
STORMING STEELS dianggotai oleh :
NIXHARM AKA WITCH HUNTER ON ALL GUITAR,
MR CS WILD AKA DEATHRASH ON VOCAL
AND TIMI DRUMMER
Bagi menengahkan aksi sulung mereka, ANGER OF METAL RECS yang berasal dari German telah berminat untuk mengeluarkan LP mereka. nantikan kemunculan mereka!!!!
Wednesday, September 17, 2008
OZZYMAY (DARKREGIME)-menjalani rawatan hari ini!
"akibat kecederaan yang teruk dibahagian jari kaki berpunca daripada kemalangan semalam, Ozzymay DARKREGIME bakal kehilangan jari kaki".
berita ini amat memeranjatkan aku yang ketika itu sedang berbuka puasa bersama keluarga, hanya doa saja yang dapat aku hadiahkan kepada Ozzymay kerana tak berkesempatan untuk melawatnya di hospital. dikhabarkan lagi bahawa hari ini beliau akan menjalani pembedahan dibahagian jari kaki yang remuk akibat dihentam objek keras.
sama-samalah kita berdoa demi kesejahteraan rakan kita semoga beliau selamat menjalani rawatan pada hari ini.. Amin yarabbalalamin..
TIADA OZZYMAY TIADA DARKREGIME!!!!
Tuesday, September 16, 2008
BERITA GEMPAR!!!!- rakan kita kemalangan!
selang beberapa bulan kemudian, seorang lagi rakan metal kita iaitu Ozzymay DARKREGIME telah ditimpa kemalangan Jalan raya di Kota Bharu pada tarikh 15.9.2008 ketika sedang menunggang motosikal beliau telah dirempuh oleh sebuah kereta menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk di kaki.
Alhamdulillah, keadaan kedua-duanya stabil dan Allah masih lagi menyayangi mereka.
Kita sebagai umat Islam, marilah kita berdoa agar mereka berdua cepat sembuh seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupanseperti biasa serta melakukan ibadah dengan sempurna di bulan ramadahan al-mubarak ini. Amin yarabbal alaminn...
Monday, September 1, 2008
LIRIK SYMPHONIA-satria naga (ISTIMEWA UNTUK ANDA)
Hadiran beribu makna....
sejuta penipuan....
dusta dan durjana....
kata musibah....
....
cerita bermula ....
tentang manusia....
menjadi korban kata dusta....
ini ....
....
c/o ....
manusia....yeah....
....
manusia....yeah....
....
manusia ....
....
manusia....
yeah..yeah........
....
mengenggam kata kata....
taburkan dosa....
tifa kehidupan ....
melambai dusta....
c/o - solo - c/o
WIRA
gagah dan perkasa ....
menentang apa saja....
kekuatan tak lekang di uji....
lawan dikecam dan di kuasai semua....
hingga segala dapat kau patahkan....
....
kau wira.... wira.......
....
musuh semua....
kau cabar cabar, kebencian membara di dada....
tiada lagi perasaan sabar menanti ....
tiada lagi gementar ... di jiwa....
kau ""wira"" ...wira...!!....
wira....wira...yeah yeah....!!!..
..
solo ....
kau wira sanubari ... ....
berjuang demi negara....
malangnya hati mu hakikat berbeda....
....
kau wira..kau wira........
kau wira..wira........
yeahhh..!!
7 PENJURU
terbit mentari di tujuh penjuru....
terpancar cahaya di seluruh maya....
.. ..apalah guna sayap pada si buta ....
menuju pintu tak tertuju....
....
sonsang bangsa hanya kerna kuasa..........
membunuh segala gala....
sonsang bangsa sonsanglah dunia....
jahanamlah manusia dunia........
yeahhhh......
....
bersamalah mencari....
tujuh pintu jalan kesyurga....
bersamalah menjadi manusia ....
insan berguna...
SAUDAGAR MARUAH
....dunia telah di jadikan pentas lakunan....
kita sering mengabai dan leka....
bersaksikan sandiwara manusia....
mengecap ke alam khayalan....
....
insan gila..gila kuasa....
mengabaikan kebenaran dunia....
insan gila..gila harta....
mengadaikan maruah bangsa kita....
....
c/o ini lah bangsa kita ....
menjadi saudagar maruah....
....
pusaka dunia di teroka ....
hanya yang tinggal sejarah dan nama....
sanggup mengadai segala nya....
hutan hijau dirobek robek....
....
insan gila..gila kuasa....
mengabaikan kebenaran dunia....
insan gila..gila harta....
mengadaikan maruah bangsa kita....
....
c/o inilah bangsa kita ....
menjadi saudagar maruah....
....
solo....
....
insan gila..gila kuasa....
mengabaikan kebenaran dunia....
insan gila..gila harta....
mengadaikan maruah bangsa kita....
....
c/o inilah bangsa kita ....
menjadi saudagar maruah...!!
DUNIA SYURGA
hidulah engkau...., hidulah semua....
apa yang terbau....
hingga menjadi...., satu tanda baru....
....
bukalah mata...., bukalah hati....
hati naluri....
untuk mencari ...., cahya pintu syurga....
....
dunia bukanlah syurga....
hanya tempat kita berdoa....
PADANYA....
....
bangsa kamu.......bangsa kita....
semuanya sama....
hanya bahasa...yang berbeza beza....
usahlah kalut.......usahlah gentar ....
jika kau berdosa....
tuhan mengetahui...segala gala....
....
indah dunia berbeza....
indah lagi.......indah lagi ....
syurga di ....sana...........
....
solo....
....
indah dunia berbeza....
indah lagi.......indah lagi ....
syurga disana...
KASIH
titisan hujan bagaikan rindu....
pada angin lalu ....
membawa erti pada ku..
..
pulang lah engkau ke singgah ....sana........
yakinkan dihati kau tetap mengharum..
..
c/o..
..
mewangi cinta ........
ku pasti ....kan.... menanti ....
derita tiada bahgia ....kan.... menjelma....
demi kasih demi cinta ku........ ..
pulanglah kau kesinggah ....sana........
yakinkan di hati kau tetap mengharum....
mewangi kau lah segalanya....
cinta yang di cita inderaloka....
....
c/o....
....
intan dan permata tiada nilainya....
hanya kau dijiwa ku ....
kasih......oooohh....
hanya kau dewi..........cinta.........
solo repeat c/o
HASUTAN
titisan hujan bagaikan rindu....
pada angin lalu ....
membawa erti pada ku..
..
pulang lah engkau ke singgah ....sana........
yakinkan dihati kau tetap mengharum..
..
c/o..
..
mewangi cinta ........
ku pasti ....kan.... menanti ....
derita tiada bahgia ....kan.... menjelma....
demi kasih demi cinta ku........ ..
pulanglah kau kesinggah ....sana........
yakinkan di hati kau tetap mengharum....
mewangi kau lah segalanya....
cinta yang di cita inderaloka....
....
c/o....
....
intan dan permata tiada nilainya....
hanya kau dijiwa ku ....
kasih......oooohh....
hanya kau dewi..........cinta.........
solo repeat c/o
Monday, August 25, 2008
HARD N HEAVY STUDIO mengajak anda!!

Anda ingin melampiaskan nafsu anda dengan bermain muzik? pening mencari studio jamming? atau tidak mngetahui dimanakah tempat untuk mencari metal merchandize?
yeahh!! toko muzik HARD N HEAVY STUDIO mengajak anda bersama-sama menganggukkan kepala di studio muzik mereka kerana HARD N HEAVY bukan hanya sekadar studio biasa kerana di toko ini ada menjual barangan seperti t'shirt import/lokal, cd, dvd, kaset, patches, majalah dan macam-macam lagi yang bisa membuatkan mata anda menjadi juling itik.
kami disini amat menyeru orang-orang kedah khususnya datang beramai-ramai memeriahkan lagi toko muzik HARD N HEAVY ni dengan menghadirkan diri ke alamat:
no 34 stesen bas lama bangunan hbr jln langar alor setar
so, apa tunggu lagi tak metal la kalau tak singgah!!
untuk keterangan lanjut sila hubungi 0195486035 (khairul)
Friday, August 15, 2008
Friday, August 8, 2008
BINGIT bulan ini!!
huii..melalut pulak aku. aku sebenarnya nak bagi tau korang semua yang aku bizi buat masa ni. kat bawah ni aku senaraikan jadual aku k.
10 ogos 2008- shooting video clip Damian-VE (boyband) wakakaka
21/22 ogos 2008-shooting iklan PSA (berjimat cermat)
29/30/31- shooting filem pendek (dinding)
argghhh..dah naik biru mata hitam aku ni. ape-ape pun aku kena terima ini semua sebagai cabaran aku. harap-harap mealerz semua dapat menyokong aku dari belakang. jasa kalian semua amat aku hargai. haillllllll!!!
Thursday, August 7, 2008
MARI KITA BONGKAR KHAZANAH ROCK MELAYU!!!
hahaha..semalam tengah aku syok-syok mengemas folder komputer aku, aku terbukak la folder galeri rock aku yang dah agak lama aku tak bukak. mula-mula aku rasa gambar ni takde la nampak kelakar sangat tapi bila aku cube ingat wajah mereka sekarang dibandingkan dengan gambar ini begitu jauh berbeza.hahaha.. mase ni diorang ngah layan lagu-lagu jiwang kot?hakhak..ape-ape pun MAY memang rock giler. aku banyak lagi gambar-gambar diorang yang agak rawk dalam simpanan aku ni, ermm..mungkin nanti akan aku masukkan dalam ruangan ni lagi untuk tatapan rockers malaya yang dahagakan info tentang band-band rock 80-90an. so, ape pendapat korang tentang empat orang mamat kat atas ni? jambu tak?hahaha..Thursday, July 31, 2008
AKU NGAH LAYAN KONSERT HAMMERFALL(one crimson night)

1."Lore of the Arcane"
2."Riders of the Storm"
3."Heeding The Call"
4."Stone Cold"
5."Hero's Return"
6."Legacy of Kings"
7."Bass Solo: Magnus Rosén"
8."At the End of the Rainbow"
9."The Way of the Warrior"
10."The Unforgiving Blade"
11."Glory to the Brave"
12."Guitar Solo: Stefan Elmgren"
13."Let the Hammer Fall
1."Renegade"
2."Steel Meets Steel"
3."Crimson Thunder"
4."Templars of Steel"
5."Hearts On Fire"
6."HammerFall"
7."The Dragon Lies Bleeding" (Bonus Track)
8."Stronger Than All" (Bonus Track)
9."A Legend Reborn" (Bonus Track)
Oscar Dronjak - Guitars, Backing Vocals
Stefan Elmgren - Guitars, Backing Vocals
Magnus Rosén - Bass Guitar
Anders Johansson - Drums
Tuesday, July 29, 2008
NROCINU-menegakkan panji-panji keamanan dalam album terbarunya



NROCINU
Kali ini sesi rakaman berjalan amatlancar dan mudah.Target, dengan adanya album penuh ini, kami dapat berkongsi minat dengan semua pendengar di luar sana. Konsep album 'KEAMANAN' lebih kepada patrioritik yang membawa mesej 'KEAMANAN' dan 'KEMERDEKAAN'. Masih lagi HEAVY, namun sedikit berbeza dari demo 'GEMPITA 2002' dan EP 'LANGKAH MULAAN 2005' dahulu di mana album 'KEAMANAN' ini lebih kepadda percambahan idea satu kumpulan dan khidmat MusMay sebagai producer digunakan. Kualiti bunyi amat memuaskan dan pelbagai elemen diletakkan seperti kompang dll.Album boleh didapati di kedai2 muzik edaran Universal Music atau terus saha menghubungi Roll. Digital Download juga boleh di dapati. Rasakan lagu2 dari Nrocinu di dalam album 'KEAMANAN' yang pastinya MENGGEGARKAN !!!

Wednesday, July 23, 2008
perkhabaran terbaru V

SABRINA-jangan perkecilkan nama kami!!

ni serba sedikit latar belakang mengenai band SABRINA.
Tuesday, July 22, 2008
khabar terbaru VORMIT.(bila mau muntah?)

Aku pernah menjadi follower band ni satu ketika dulu. Kira band ni pernah la memikat hati aku dengan keganasan grindernya.hahaha..setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita tentang VORMIT aku berkesempatan untuk bertanyakan khabar tentang mereka. so, apa cerita kawan?
aku kabar baik sekarang. Vormit sekarang okay. tengah prepare untuk 2nd material..ntuk tahun depan.heheh perkembangan terbaru? ermm..Vormit kini ada 2 anggota baru menggantikan 2 comrade lama yang terpaksa mengundurkan dri atas komitmen keja dan rumahtangga. kita amat faham dengan masalah begini. hoping that there will be a reunion in the future for us :). the new position filled was in the vox and the 2nd guitar..:)
Friday, July 18, 2008
aku nak teruskan projek dokumentari!!!
wassalam
(abu besihitam)
Tuesday, July 8, 2008
BESIHITAM kembali aktif!!
salam sejahtera kepada anda yang masih kekal bersama-sama besihitam didalam memartabatkan muzik metal malaysia ke satu tahap globalisasi. pengumuman untuk semua iaitu satu pengumuman penting dari aku sebagai editor besihitam ini ingin memaklumkan bahawa besihitam akan terus kembali aktif tetapi tidak sedia kala kerana masih lagi banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki untuk nama besihitam sendiri. kepada penggemar zine2 metal Malaysia aku ucapkan selamat datang dan selamat menerima kembali besihitam didalam merancakkan lagi agenda muzik metal malaysia. kepada band2 yang berminat untuk berkolaborasi bersama-sama kami, kerjasama anda amat kami nantikan. so, jangan kalah dan beralah dengan situasi semasa, yang hidup perlu teruskan kehidupan yang metal teruskan kemetalan. salam awallulkalam dari aku BESIHITAM..
Thursday, June 5, 2008
SYMPHONIA-Satria Naga(review)
Satria Naga


Setelah aku melakukan sedikit pengkajian mengenai band yang menggelarkan diri mereka sebagai SYMPHONIA ini, rasanya aku begitu kecil untuk melakukan ulasan dan kritikan terhadap permainan dan lagu-lagu yang dicipta mereka. SYMPHONIA hanya sebuah nama baru yang masih belum dikenali oleh penggemar-penggemar muzik tetapi setelah diselongkar asal usulnya sudah pasti anda semua terkejut kerana mereka bukanlah terdiri daripada pemuzik-pemuzik amatur dan picisan tetapi mereka dikalangan pemuzik professional yang mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam ilmu muzik ini. Siapa yang tak mengenali MELON KING? Sebut sahaja lagu Sayembara Kuasa sudah pasti ramai yang mengangguk tanda setuju dan tahu mengenai lagu tersebut yang mempunyai skala muzik yang amat berlainan dengan zaman muzik pada waktu itu. Tetapi jika disebut nama SYMPHONIA MELONIA sudah pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Tidak kurang juga ada yang menggaru-garu sambil tercengang memikirkan nama band yang pelik tak pernah didenganr. Apa-apa pun, itu merupakan sejarah awal kegemilangan band ini sebelum dinamakan SYMPHONIA. Satria Naga merupakan sebuah album yang diterbitkan mereka sendiri di NEOCLASSICAL STUDIO dan vokalnya telah dirakamkan di SINAR STUDIO milik Mus MAY. Jika dilihat dari segi rekaan kulit album, iainya dihasilkan dengan simple sahaja tetapi nilai estetikanya amat menarik minat aku yang begitu menghargai kesenian ini. Walaupun logo tulisannya direka dengan menggunakan tulisan computer sahaja yang begitu mengecewakan aku tetapi tidak pada lukisan naga dan background kulit album ini, kerana bagi aku ianya suatu perkara yang menarik dan menjadi simbolik kepada nama SYMPHONIA itu sendiri lebih-lebih lagi naga merupakan symbol utama bagi muzik Neoclassical powerspeed metal ini. Nampaknya pengaruh rekaannya masih lagi berkait rapat dengan rekaan-rekaan kulit album band-band seperti RHAPSODY,BLIND GUARDIAN dan band-band yang memperjuangkan irama sebegini. Apa-apa pun symbol naga memang tidak boleh dipisahkan dengan muzik neoclassical sejak dari dulu lagi. Ok. Untuk tidak membuang masa lagi aku akan terus kepada ulasan keseluruhan lagu yang terdiri daripada 11 buah lagu iaitu intro, manusia, saudagar maruah, wira, sembilan pendita, 7 penjuru, dunia syurga, lagenda trilogy(instrumental- tribute to paganini), Kasih(ku sedia menanti), hasutan dan satria naga(instrumental).
Kita terus ke track pertama iaitu
Intro-
Sebuah intro yang menaikkan mood dan perasaan aku yang ketika itu sedang dilanda masaalah peribadi. Ianya seperti membawa aku terawang-awang di udara dan sekali gus memberi nafas kepada pancaindera aku untuk terus mendengarnya sampai habis. Alunan keyboardnya mempunyai ton turun naik yang sekata dan bermelodi. Membawa aku ke satu destinasi seperti ke sebuah
Track 2- MANUSIA
track-3.Saudagar maruah- hahaha… Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lagu ini. Sangat bagus!!! Dari segi penyusunan, penciptaan dan liriknya membuatkan aku terus menerus untuk memberi pujian kepada SYMPHONIA. Lagu ini telah membuktikan Aman seorang gitaris yang berwibawa. Nampaknya Man Kidal jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan
track 4.Wira- sebuah lagu yang bermelodi!! Yearghh!! Lagu ini
Track 5- sembilan pendita- lagu ini telah menarik diri aku untuk terus terjerumus bersama-sama SYMPHONIA ke dalam satu pengembaraan yang penuh liku-liku. Sebuah lagu instrumental yang penuh teknikal dan memerlukan kemahiran dalam permainan. Bassist iaitu saudara Z9 banyak melakukan improvisasi dari segi corak permainannya. Lagu ini lebih banyak pengaruh Malmsteen dari segi solonya, nampaknya Aman masih lagi tak dapat membuangkan bayang-bayang Malmsteen dalam dirinya. Lagu ini juga mengingatkan aku kepada sebuah kumpulan rock
Track 6. 7 penjuru- lagu ini membuatkan aku untuk terus-menerus memberi pujian kepada SYMPHONIA tanpa henti. Ternyata lagu ini terus memberi semangat kepadaku untuk terus meminati SYMPHONIA. Elemen kemelayuan terus dikekalkan walaupun lagu ini telah meningkatkan kelajuan permainan. Zaly terus menerus memberi gasakan dengan ketukan padunya, zul pula
Track 7.Dunia Syurga- wah!! Intro saja dah menggambarkan lagu ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan. Feel lagu ini amat berlainan dengan lagu-lagu sebelumnya membuatkan aku terus tidak berganjak untuk terus mengulangi track ini sebanyak mungkin. Intro sahaja sudah cukup menaikkan semangat aku untuk terus setia bersama SYMPHONIA. Muzik dan melodi kali ini lebih dinamik dengan serangan bertalu-talu oleh Aman dan rakan-rakannya. Lagu ini betul-betul menguji kehebatan permainan drum kerana flow turun naiknya kadang-kala amat susah di jangka di beberapa bahagian. Aman banyak menggunakan teknik apregios membuatkan lagu ini nampak cantik lebih-lebih lagi gabungan keyboard yang tanpa henti melancarkan serangan membuatkan ritma lagu ini lebih dinamik dan bervariasi. Apa-apa pun mereka sudah bijak menarik hati pendengar membuatkan kita sendiri tidak bosan tatkala mendengarnya.
Track 8.Lagenda Trilogy- arghhhh.. aku mula dah tak tau nak berkata apa, lagu ini betul-betul mengingatkan aku kepada niccolo Paganini yang sememangnya pengasas muzik sebegini. Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lenggok lagu ini yang berunsurkan irama metal melayu. Jika thrash kita ada Cromok maka neoclassical pula kita ada SYMPHONIA. Mungkin Ritchie Blackmore juga boleh dimasukkan sekali namanya sebagai penghargaan. Hahaha..(suka-suka aku jer). Lagu ini sebenarnya merupakan lagu penghargaan buat Paganini yang merupakan pelopor besar music Classical ini. Joseph haydn dan Beethoven juga merupakan pelopor muzik sebegini. Mungkin diorang tak berapa terkenal kerana gayanya berlainan. Apa-apa pun lagu ini amat sesuai bagi mereka yang baru sahaja bangkit dari tidur kerana elemen-elemen semangat banyak diserapkan didalam lagu ini. Syabas Aman!! Solo anda betul-betul menterujakan aku.
Track 9. Kasih (ku sedia menanti)- aku suka susunan lagu ini. Sebuah lagu ber‘mood’ slow dan bermelodi melankolik. Di permulaan lagu jelas kedengaran elemen gitar klasik membuatkan lagu ini lebih bervariasi dan tonnya kedengaran lebih padat dan pedasss!! Kenapa agaknya lagu ini diselitkan sekali dalam album ini? Padahal purata keseluruhan lagu didalam ini semuanya boleh diklasifikasikan sebagai powerspeed. Yeahh!! Inilah yang dikatakan kolaborasi didalam penghasilan lagu. Nampaknya SYMPHONIA semakin bijak mengatur strateginya. Mengikut pandangan intuisi aku lagu ini diselitkan bertujuan untuk tidak memberi impak kebosanan kepada si pendengar. Lagu ini
track 10. Hasutan- idea yang sangat menarik! Hahaha.aku dah kata tadi pada track 9 SYMPHONIA memang bijak memerangkap halwa pendengaran kita semua lagi-lagi gegendang telinga aku yang seperti melekat di speaker headphone. Aku ulang 3 kali lagu ini untuk mencari kesalahan permainan mereka. Huh!! Nampak gayanya telinga aku masih belum cukup sempurna untuk mencari kesalahan mereka.hahaha.. mereka sekali lagi membuat improvisasi yang berdinamik. Gandingan mereka semua amat menjadi didalam menyempurnakan lagu ini, bermula dengan intro sehinggalah ke akhir lagu ini ianya disusun dengan sempurna sekali. huh..aku sudah tidak berdaya lagi untuk memuji mereka. Pengalaman mereka didalam arena muzik betul-betul mereka gunakan didalam penciptaan album ini. Bassistnya iaitu saudara Zulkarnain mula menunjukkan kehebatannya mencorakkan lagu ini membuatkan lagu ini semakin tight dan bertenaga. Elemen progresif terus digarap oleh Aman membuatkan lagu ini mencapai ke satu tahap melodi bermaksimum! Vocal dan koir menambahkan lagi seri lagu ini. Soundnya ketat dan berat sarat dengan riff-riff yang progresif.
track 11.Satria Naga- Berat!!! Kelajuan
Keseluruhan lagu didalam album ini betul-betul memeranjatkan aku. Album ini betul-betul mengembalikan semangat aku untuk terus berjuang didalam arena muzik metal underground ini. Aku seperti terpaku dan terus membeku tatkala mendengar keseluruhan lagu ini buat kali pertamanya. Sebelum ini aku dikejutkan dengan kumpulan Metalasia tetapi baranya tidak tahan lama kerana hanya setakat satu album sahaja mereka dapat bertahan. SYMPHONIA memberikan harapan baru kepada industri muzik
Reviewed by,
Abu huzaifah(besihitam magazine)
Friday, May 16, 2008
SIL KHANNAZ LAGENDA METAL MALAYSIA
BAND METAL YANG LAYAK DIGELAR RAJA METAL MALAYSIA IALAH SIL KHANNAZ DENGAN JUMLAH UNDIAN SEBANYAK 64%, DAN DIIKUTI DENGAN BAND BLACKFIRE SERTA RATOR DENGAN UNDIAN YANG SAMA IAITU 17%. KEPADA BAND SIL KHANNAZ KAMI UCAPKAN TAHNIAH DENGAN USAHA KALIAN YANG SELAMA INI TAK HENTI-HENTI MENCERIAKAN ARENA UNDERGROUND DARI TAHUN 1987 SAMPAILAH SEKARANG NI. WALAUBAGAIMANAPUN, KAMI UCAPKAN TAHNIAH SEKALI KEPADA SIL KHANNAZ.
BERIKUT MERUPAKAN KEPUTUSAN UNDIAN:
BAND YANG LAYAK DIGELAR LAGENDA METAL MALAYSIA
1.SIL KHANNAZ (64%)
2.RATOR DAN BLACKFIRE (17%)



NAME: Sil Khannaz
Genre(s): Melodic Thrash/Death Metal
ORIGIN:Malaysia (Perlis Indera Khayangan) since 1987-till now
LABEL: Nebiula Productions
STATUS: Active
Current line-up
Jaie Jokhannaz - Vocals (Mesmerized (Mys), Damien (Mys))
Dark E - Guitar (Vociferation Eternity, Damien (Mys))
Joe Slaughter - Guitar (Blackfire)
Neer Hashirim - Bass
Ajiz - Drums
Former/past member(s)
Che Mat - Drums
Din - Bass
Hashim Pestilence - Bass (Brain Dead (Mys), Damien (Mys))
Lan Bye - Drums (Infectious Maggots)
Tom - Bass
CD-Khanzab - Guitar (Metalasia)
Discography
Doctrine to Hell Demo, 1990
Assassin Led By Blasphemy Demo, 1992
Conception of Madness Full-length, 1993
Pendita Gila EP, 1995
Stronger Than Before Live album, 1997
Gerbang Kayangan Full-length, 1997
Purnama 13 Best of/Compilation, 1999
Bara Pawaka Full-length, 2000
Darah Muda Full-length, 2003
Berdiri Antara Panji-Panji Full-length, 2006 [1
Links
www.myspace.com/kissofwhisper
Thursday, May 8, 2008
CINTA TIGA SEGI lagu banduan??
so, apa yang aku dapat simpulkan kat sini Hazwan Wafiy Abu Hassan bukan pencipta lagu tersebut. Ada pula yang menceritakan pada aku lagu ini berkisarkan mengenai kekecewaan seorang lelaki yang seminggu sahaja lagi hendak mendirikan rumah tangga tiba-tiba aweknya buat hal dengan memutuskan hubungan dengannya dan aweknya itu tanpa rasa bersalah telah kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya dahulu. Ini telah menimbulkan kemarahan lelaki tersebut, tanpa menghiraukan hukum agama lelaki tersebut telah bertindak untuk membunuh kedua-duanya termasuklah bakal isterinya.
setelah sedar akan kesalahannya membunuh lelaki tersebut telah menyerah diri kepada Polis dan beliau telah dikenakan hukuman gantung sampai mati akibat membunuh. sebelum tiba saat beliau digantung beliau telah membuat permintaan terakhir iaitu untuk merakamkan nyanyian beliau dengan dibantu oleh rakan-rakannya. lagu tersebut diberikan nama CINTA TIGA SEGI dan beliau meminta rakan-rakannya untuk sebarkan lagu ini kepada umum.
Tarikh dan masa lagu ini dicipta tak pula diberitahu. lagu ini pula telah direkod kembali oleh kumpulan STRATEGY dengan versi rock kapak tanpa mengubah originaliti lagu asalnya. Percaya atau tidak terpulang kepada pendapat masing-masing. yang penting bagi aku lagu ini telah mengembalikan ingatan aku pada irama rock 80an yang tak pernah lekang dalam ingatan aku.
lagu ini terdapat dalam dua versi iaitu versi original(rakam live) dan versi yang direkod semula dimasukkan elemen-elemen drum, bass dan gitar elektrik..
Friday, May 2, 2008
Lepak-lepak gelak-gelak jap
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
Thursday, May 1, 2008
SHADOWLAND-Extreme Symphonic Metal dari Utara

kepada sesiapa yang berminat label atau zine anda akan diberikan copy percuma sebagai promosi, kepada band-band yang berminat trade amat-amat dialukan dan kepada sesiapa yang ingin memilikinya atau membelinya harganya hanya RM7. untuk makluman lanjut bolehlah menghubungi mereka di alamat ini:
http://www.myspace.com/crypticshadowland
Wednesday, April 30, 2008
REBELLION meledak!!
Rebellion telah ditubuhkan di Sibu pada sekitar tahun 2001 yang mana tampil dengan konsep Rock / Metal. Diasaskan oleh Nasth Sheir dan Rithman (yakni 2 orang daripada ahli anggota kumpulan Death Metal – Kremation) selain turut di bantu oleh beberapa orang rakan sebagai pemuzik undangan.
Selepas setahun ditubuhkan, Rebellion telah menerbitkan Promo / Demo Tape pertama mereka yang berjudul "Merah". Selain itu, Rebellion juga terlibat dalam beberapa buah rakaman album kompilasi yang mana turut disertai oleh band-band underground tanahair.
Pada awal tahun 2007, mereka telah menerbitkan sebuah lagi Promo Cd yang berjudul "Premonition". Selang beberapa bulan kemudian, Rebellion telah masuk ke studio semula dan menjalankan sesi rakaman bagi album sulung mereka yang mana telahpun siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun lepas. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:
Email: kitapunyainfo@gmail.com / mohanny@live.com
HP: 017 – 8067897





















