SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, March 20, 2008

DEBUT ISSUE IS OUT NOW!!!


SETELAH SEKIAN LAMA BERTAPA, AKHIRNYA BESIHITAM FANZINE YANG BERASAL DARI BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG BERJAYA DILAHIRKAN PADA 11 DISEMBER 2005 LEPAS. ISU PERTAMA BAGI TAHUN 2006-2007 INI TELAH MENAMPILKAN WIRA-WIRA METAL DARI BAWAH TANAH DENGAN PEJUANG PELBAGAI IRAMA MUZIK METAL NUSANTARA. BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA BESIHITAM TELAH MENAMPILKAN SAMARTARY DARI UTARA SEMENANJUNG NEGERI KEDAH SEBAGAI PENGHIAS KULIT DEPAN BESIHITAM FANZINE. TEMURAMAH BERSAMA VOKALISNYA CS (KHAIRUL ANUAR) IAITU SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI EDITOR SARANG MAUT ZINE YANG BERCERITA MENGENAI PERJALANAN KEHIDUPANNYA YANG PENUH JURANG DAN RANJAU BERDURI. SELAIN ITU BESIHITAM TELAH MENAMPILKAN MENTALLY MURDERED (LAGENDA THRASH DARI SARAWAK), BAZZAH (JAGUH BLACK METAL PAHANG YANG MASIH BERTAHAN HINGGA SEKARANG), DARKREGIME (KEBANGKITAN WAR METAL KELANTAN!), NROCINU (THRASH ALA CROMOK DARI SELANGOR),PARASITE (LAGENDA GRINDCORE DARI PAHANG YANG LENYAP TANPA KHABAR BERITA), MUZIKBOX PRODUCTION (TEMURAMAH BERSAMA FADZIL YANG MENCERITAKAN SEJARAH PENUBUHAN MUZIKBOX PRODUCTION YANG BERTAPAK DI JOHOR), ORION (SATU-SATUNYA BAND YANG MEMEGANG GENRE POWER SPEED METAL ALA RHAPSODY DAN METALASIA BAND YANG BERASAL DARI KUALA LUMPUR INI MEMPUNYAI KUASA YANG SUKAR DIJANGKA) SERTA FARASU(BAND YANG BERASAL DARI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN INI MULA MENJADI BUAH MULUT PENGGEMAR IRAMA MUZIK ESTERN METAL). DIDATANGKAN DENGAN FORMAT A4, DENGAN PENAMPILAN LAYOUT YANG AGAK KEMAS DAN TERATUR. MEMPERTARUHKAN BERITA, ULASAN, ARTIKEL, TEMURAMAH DAN PELBAGAI LAGI YANG PASTI MENARIK MINAT ANDA UNTUK MEMILIKINYA. ISU PALING YANG DICARI DAN YANG DINANTI IALAH PEMBONGKARAN SEMULA KHAZANAH ROCK MALAYSIA TAHUN 80an DENGAN PENGGALIAN SEMULA KARYA-KARYA KUMPULAN ROCK LAMA SEPERTI SAXO,BLOODSHED,BELANTARA, BABYLON,JUSTICE, AROMA, FEBIANS DAN BANYAK LAGI. MANAKALA SEGMEN SEKOLAH LAMA MENAMPILKAN KARYA DARI KUMPULAN SUFFERCATION-DAY OF DARKNESS DAN RATOR-EVIL SYMPHONY. PALING MENARIK IALAH SEBUAH ARTIKEL YANG MENDEDAHKAN PERISTIWA SEBENAR YANG BERLAKU DI SEBUAH VENUE GIG YANG TELAH MENIMBULKAN BERIBU SPEKULASI MEDIA. KEPADA ANDA YANG MASIH TERGILA-GILAKAN GAMBAR BAND-BAND ROCK LAMA BESIHITAM FANZINE TELAH MENAMPILKAN GAMBAR BAND-BAND ROCK LAMA YANG TIDAK PERNAH ANDA TATAPI DIMANA-MANA FANZINE SEBELUM INI. YEARGHHH.. APA LAGI YANG DI TUNGGU? DAPATKANNYA SEKARANG SEBELUM KEHABISAN..CETAKAN ADALAH TERHAD. JADIKAN BESIHITAM SALAH SATU KOLEKSI FANZINE ANDA.METAL TERUS METAL!!!


untuk maklumat lanjut layari



email

1 comment:

AzizulHafiz said...

TAHNIAH BESI HITAM!!