SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, June 12, 2014

KAU KEMANA ROCKER-ROCKER SEMUA??? SENYAP JER

Assalamualaikum..

Salam sejahtera kepada semua penggemar muzik rock dan metal tanah air. Masihkah lagi diresapi semangat rock? dan masihkah lagi ditemani gaya hidup seorang rocker zaman 80an dulu dulu?hehehe.. Aku saja bertanya demikian kerana aku dah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan.. Jawapan tetap sama seperti 10 tahun lalu.. Rock terus rock beb..rock sampai mampus!!! begitulah jawapannya..

Rocker semua pasti dapat merasai suasana seperti sekarang.. semangat-semangat sudah semakin hari semakin pudar.. jarang sekali kita lihat di dada2 akhbar tentang kemunculan band2 rock baru mahupun band2 rock lama yang bergabung..meskipun bergabung tak lama mesti bubar semula.. sama jer mana2 pun..baik nusantara mahupun rock2 barat sekarang.. anak2 muda dah kurang minat dengan gaya dan penampilan rocker ni..busuk hancing kusut..begitulah apa yang bermain difikiran mereka..

Usaha untuk mengembalikan semangat rock ni dah hampir ke penamat..dah tak menarik minat anak2 muda sekarang..aku takdelah pulak cakap rock tu bagus sangat..cuma aku tersinggung sedikit kerana ini adalah muzik aku membesar..aku dibesarkan dengan muzik2 keras seperti ini..walaupun lagu2 berunsur nasihat dinyanyikan dengan penuh jeritan dan memekikkan telinga bagi aku itulah yang dikatakan keseriusan.. kau kalau betul nak tegur orang..mesti dengan nada serius kan? so,aku boleh terima nasihat secara jeritan bergelora macam tu..takde pulak pecah gegendang telinga aku nih..

Bukanlah aku seorang yang terasa, malah ramai lagi yang namanya besar2 dipersada dunia muzik tanah air..yang dulunya begitu popular disanjung masyarakat dengan alunan suara merdu gemersik mencengkam dada..tapi dulu la brader..sekarang semua dah takde pilihan..nak mengharapkan duit nyanyi? dulu boleh la brader..sekarang ni semua nyanyi kat youtube jer dah boleh cari makan.. habis tu mana rocker2 semua? takkan x pandai cari makan kot? dunia ni luas brader..gunalah inisiatif baru.. cipta lagu2 power..baru la semangat rockers2 seantero malaya semua kembali..bab kata JIJO(khir Rahman dalam cerita rock ooo) ROCKERS BERSATU...pokemon punyer rockers.

Mana pergi AMUK,XPDC,SPIDER? dulu boleh kata setiap tahun ada album baru..setiap album ada 10 lagu..semua lagu meletup plak tu..tak macam sekarang..1 lagu jer dah boleh tapau 3 4 tahun.. mana lagi untung?? budak2 sekarang la brader..lu punya produk dulu macamana? 10 album 100 lagu beb.. yang untung sape? syarikat rakaman la brader..sampai sekarang dapat royalti..Lu apa criter brader?? menangis la dengar suara keluar kat radio..seposen pun tak dapat..

Metallica Beraya

aku ada jugak terpikir nak bikin dokumentari pasal muzik rock kat malaysia ni..kelengkapan baru cukup beb..setelah sekian lama aku merancang..sekarang dah boleh start dah kot..tapi,alamak..otak dah karat la brader..dah lupa dah pasal muzik2 ni..lu tengok sendiri la dah berapa lama gua tak update blog nih..hahaha..tengokk..gua pun dah berubah cara cakap..semangat rock dah meresap kot?hahaha..

Aku nak cerita panjang sangat pun dah malas..cuma aku nak seru mana2 yang berminat nak berkongsi idea untuk bersama2 melaksanakan impian dan hasrat aku ni..nak wat dokumentari pendek pasal dunia muzik rock kat malaysia ni.. tak kira la rock ke metal janji benda ni berjaya..


ok la..nanti aku sambung semula..aku sikit2 akan kumpul dana..harap rocker semua boleh bekerjasama la..kekeke..apa2 pun..hidup mesti diteruskan..rock2 jugak..solat jangan lupa yer brader.. Assalamualaikum


Abu Huzaifah
Penulis pengkaji Hikayat Rok Nusantara

Tuesday, September 3, 2013

LAMB OF GOD DILARANG MASUK MALAYSIA?? KONSERT DIBATALKAN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa supaya konsert kumpulan heavy metal Lamb of God di ibu negara pada 28 September ini dibatalkan.

Gesaan itu memandangkan kumpulan berkenaan pernah membuat persembahan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Jamil Khir menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini  mengeluarkan kenyataan  mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.



Yan: “Saya minta pihak berwajib membatalkan konsert kumpulan ‘Lamb of God’ kerana ia bertentangan dengan moral dan akhlak di negara ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas kumpulan itu yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Jamil Khir berkata, beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert itu.


“Saya minta pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya. Bukan saja JAKIM, malah NGO (badan bukan kerajaan) Islam juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia,” katanya.

MUTAKHIR
Jamil Khir gesa konsert Lamb of God dibatalkan
2013/09/01 - 16:49:44 PM Cetak Emel Kawan
 
YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Katanya, beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
"Saya harap pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya...bukan sahaja Jakim, NGO (badan bukan kerajaan) Muslim juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia," kata Jamil Khir yang ditemui dalam program santai bersama penduduk di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada konsert tersebut sudah mendapat kelulusan tetapi sekiranya sudah dikeluarkan ia hendaklah ditarik balik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha Jakim dalam kenyataan dua hari lalu berkata bantahan itu dibuat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Beliau berkata, bantahan itu juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, program santai di kawasannya itu bertujuan mendekati pemimpin dan masyarakat setempat bagi menyelami masalah mereka untuk diatasi bersama.
Katanya, pertemuan tidak rasmi seumpama itu memberikan kelebihan untuk mendapat maklumat dan keperluan rakyat dengan lebih jelas. - BERNAMA 

Friday, March 22, 2013

KORD/CHORD GITAR: RIMBA BARA: TIKA (Filem ROCK OO)


KORD GITAR
TIKA
RIMBA BARA KEMBALI
RIMBA BARA


Am G Am G
Cahaya didalam cermin

Am G Am G
Memukau hingga memaksa

Dm C#m Dm C#m
Ku cari kedasar diri

Dm C#m C  G
Cintaku yang hilang

Am G Am G
Rupanya ku salah sangka

Am G Am G
Kasihmu tak pernah sepi

Dm C#m Dm C#m
Kerana terlalu hampir

Dm C#m C G
Ku leka hadirmu


Chorus:

F          G
Sentiasa disisi ku
F          G
Merestui ambisi ku
F             Em
Lantas ku takkan berubah
F          G
Berganjak di jalan ini

Am G Am G
Selagi bumi berputar

Am G Am G
Tekadku terus berjuang

* ulang chorus

Am G Am G
Tangisan Harum tertumpah..

Wednesday, February 27, 2013

RIMBA BARA Line Up: AMY MAT PIAH (Temporary Vokalis)

Amy Mat Piah. 

Insan yang tidak pernah berputus asa untuk menyatukan kumpulan Rimba Bara walau apa jua rintangan datang melanda. Masih menyimpan hasrat untuk menjadi vokalis utama Rimba Bara walaupun bakat yang ada tak seberapa.

"Semenjak saya digugurkan dari group Rimba Bara, hati saya membara."

ROCK OO OST - TIKA (Lirik dan MTV)




RIMBA BARA - TIKA
Lagu: Jamil Ahmad dan Mamat Khalid
Lirik: Loloq


Cahaya didalam cermin
 Memukau hingga memaksa
 Ku cari kedasar diri 
Cintaku yang hilang
Rupanya ku salah sangka 
Kasihmu tak pernah sepi 
Kerana terlalu hampir 
Ku leka hadirmu 

Chorus: Sentiasa disisi ku 
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah 
Berganjak dari jalan ku 
Selagi bumi berputar 
Tekadku terus berjuang Wohoo.. 

[Ulang Chorus] x2 [besihitam webzine] Wohoo.. Wohoo.. Wohoo.. 
Disisiku Merestui ambisiku 
Hohohohoho.. 
Takkan berubah 
Berganjak dari jalan ku 
Jalan ku Jalan.. ku..

JANGAN LUPA SUPPORT PADA 28 FEBRUARY 2013..ROCK SAMPAI MAMPUS!!!



RIMBA BARA Line Up: ZUL KAPAN (Vokalis)

Zul Kapan. Seorang bekas vokalis kumpulan Malaikat Maut yang berhijrah ke kumpulan Rimba Bara.
Pengembaraan Rimba Bara bertambah sukar apabila Zul Kapan menyertai semula Malaikat Maut untuk menjadi artis rakaman di bawah Luncai Emas.
Apakah kesudahan Rimba Bara? Nantikan filem Rock Oo! Di pawagam 28 Februari 2013!

RIMBA BARA Line Up: BLACK (Drummer)





Black merupakan seorang drummer dari kumpulan Rimba Bara yang sengau. Beliau masih aktif dalam memperjuangkan minatnya terhadap muzik rock walaupun Rimba Bara mengalami krisis ketiadaan vokalis utama. Bagaimanakah Black menempuhi cabaran untuk menaikkan semula nama Rimba Bara?

RIMBA BARA Line Up: JIJOE (Bassist)

Seorang pemain bass yang berkaliber dan juga merupakan tulang belakang kumpulan Rimba Bara.

Sedutan kata-kata Jijoe di dalam filem Rock Oo:

"Aku boleh gigit lah tali bass ni! Kalau aku nak lah kan..an..an?"

RIMBA BARA LINE UP: SLASH HAJI TAPAH(GITARIS)

Slash Haji Tapah.

Gitaris baru Kumpulan Rimba Bara yang sama namanya seperti salah seorang ahli band rock kapak unggul Guns n Roses. Mempunyai teman wanita tetapi gitar tetap menjadi cinta utama Slash.

ROCK OO..adakah anda semua sudah bersedia??


Monday, October 15, 2012

Interview: DIMAN metal dari Kelate!!

Ini adalah sebuah Temuramah lama saya bersama Kumpulan DIMAN kira-kira tahun 2007 lalu..
Ikuti temuramah saya bersama Matler DIMAN yang belum pernah keluar dimana-mana media cetak mahupun media elektronik..EDITOR

DIMAN adalah band metal dari KELANTAN yg boleh dikatakan baru dlm scene underground di kelantan, dgn berkonsepkan melo thrash/black metal ala-ala AS-SAHAR, DARKTHRONE dan DIMMUBORGIR. telah bermula pada lewat 1999 apabila matler, seorang gitaris mula berjinak-jinak dgn riff2 metal berat yg bermelodi setelah agak boring dgn alternative dan grunge yg dimainkan sebelum ni.

DIMAN membawa maksud berlian atau "diamond" . bermulalah perjalanan sebutir berlian dari pantai timur ini mencari arah yg hilang sebelum ni.

berkat semangat yang kental dari matler dan sokongan kuat dari adiknya sendiri, maka tertubuhlah DIMAN dengan tujuan memeriahkan lg scene metal di kelantan pada masa itu.









 Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh besihitam zine. Aku harap pihak anda dapat menjawabnya sebaik mungkin dengan perasaan enjoy tanpa ada pengaruh hal-hal peribadi yang merunsingkan. Ok aku start dengan soalan2nya k.
- No problem bro Abu,kami pun ingin turut mengucapkan terima kasih kepada bro kerana sudi untuk menemuramah saya(Matler) bagi pihak DIMAN ni bro..thanx a lot..

 Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas semua anggota DiMAN. Apa khabar korang semua? Ada baik ka? Macamana dengan kehidupan, adakah ianya menyeronokkan ataupun sebaliknya?
- Waalaikumussalam bro Abu..kitaorang berdua baik-baik sahaja ni..enjoy aje dgn kehidupan kitaorang ni mcm biasa..cuma sekarang ni kitaorang berdua agak sibuk sedikit dengan kerja hakiki masing-masing..namun begitu kami masih lagi fokus dalam pembikinan lagu-lagu terbaru DIMAN untuk next recording ni (insyaAllah jika diizinkan)

DIMAN merupakan satu nama baru yang muncul secara tiba-tiba didalam arena bawah tanah, bolehkah kiranya menceritakan serba sedikit rentetan sejarah tertubuhnya DIMAN kepada warga pembaca yang masih ragu-ragu akan kemunculan DIMAN ni?
- Ok bro..actually permulaan untuk DiMaN ini(tp masa tu belum ada nama band lagi) ialah sekitar tahun 1999 di mana saya(Matler) mula memainkan lagu-lagu metal yang berat..sebelum ini (sekitar tahun 1996-1998),saya hanya memainkan lagu-lagu alternative dan grunge sahaja..selepas itu saya dapat melihat adik saya Affare
turut mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dalam mendengar muzik metal ni dan dia pun slow-slowlah mula belajar bermain drum..selepas itu kami berdua pun start untuk "jamming" bersama di sekitar Kota Bharu (kebanyakannya di Gahagi Studio-Kapilla). Bermula pada tahun 2002, saya mula create lagu2 sendiri setelah merasa agak bosan utk memainkan lagu-lagu
cover sahaja dalam jamming kami.. Pada Mei 2006 kitaorang pun mula merekodkan lagu-lagu kami(3 lagu yang pertama) di Analogic Studio, Kota Bharu(di bawah kendalian Abe Man), dan selepas itu kitaorang sekali lagi merekodkan lagu-lagu kitaorang buat kali kedua(3 lagu lagi) di studio yang sama pada 31 Disember 2006..setelah itu berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh kami berdua maka pada February 2007 kitaorang dapat me"release"kan material pertama kami yang kami namakan "Preposterous Promo 2007" ni.

Apakah tujuan sebenar DIMAN ditubuhkan? Adakah untuk suka-suka ataupun sekadar untuk memeriahkan lagi scene bawah tanah?
- Ha..ha..best soalan ni bro Abu..ok sebenarnya dalam kepala kami ni asalnya memang tak pernah terfikir pun untuk menubuhkan band DIMAN dengan line-up hanya dua orang ni..kira pada asalnya kami hanya nak jamming suka-suka aje..namun setelah saya mula mencipta lagu-lagu sendiri maka tergerak pula pintu hati kami ini untuk merekodkannya kerana tidak mahu lagu-lagu kami ini berkubur begitu sahaja tanpa sebarang kenangan setelah kitaorang tua kelak hehehe..setelah itu barulah sedikit demi sedikit rasa untuk menubuhkan band DIMAN ini mula wujud..tapi nama DIMAN ni sebenarnya baru aje 5 bulan dipilih hehehe..DIMAN ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan muzik yang kami create ini kepada semua metalfans di Malaysia mahupun
di luar negara..kami sebenarnya ingin memberikan lebih warna-warni dalam scene metal tempatan dan juga untuk memberi option kepada pendengar utk mendengar lagu-lagu yang kami create ini di samping mendengar lagu-lagu dari band-band metal yang sudah sedia ada di muka bumi Malaysia ini..

Boleh cerita sedikit tentang rilisan yang kamu keluarkan baru-baru ini?
- Ok setelah segala urusan merekod dan mixing selesai untuk ke enam-enam lagu kami maka pada Februari 2007 kami pun berjaya untuk meriliskan material pertama kami yang kami namakan Preposterous Promo 2007..asalnya kami tak mahu lagi meriliskannya kerana part vokal belum siap..tetapi ramai pulak rakan dan kenalan kami yang begitu mendesak ingin mendapatkan stuff kami ini dalam kadar yang segera..so mahu tak mahu kami terpaksalah meriliskan jugak promo ni kerana tak mahu mengecewakan mereka semua(tap-lagu promo ini kami produce terhad je 50 pcs)..ni kira macam test market jgklah ni walaupun semua lagu-lagu kami belum mempunyai vokal..Promo kami ini mengandungi 6 lagu asal (5 lagu sendiri dan 1 lagu cover(Dimmu Borgir-Kings Of The Carnival Creation) dan juga 4 lagu bonus(lagu-lagu yang sama tetapi dalam sound yang berbeza).. harganya pulak ialah RM10 aje dan cuma ada dalam beberapa keping aje lagi ni (kalau nak kena order cepat-cepat nih hehehe,lebih afdal contact myspace kami dahulu di www.myspace.com/wwwmyspacecomdemanzcom)

Jika diamati corak permainan muzikal DIMAN muziknya lebih kearah easternblackthrash yang menggabungkan elemen-elemen metal melayu nusantara yang mempunyai attitude sendiri. Siapakah yang mencernakan idea dan konsep sedemikian? Bagaimana tercetusnya idea sebegini?
- Kami sebenarnya tak mahu mengklasifikasikan secara detail tentang aliran muzik kami ni..cukuplah kalau kami katakan bahawa kitaorang punya muzik ni lebih kepada "THRASHBLACK" secara generalnya..tetapi ada juga elemen "rock kapak" yang saya taruk dalam lagu-lagu saya ini..namun yang paling penting sekali bagi kami ialah biarlah orang tahu bahawa lagu-lagu kitaorang ni ada unsur kemelayuan kerana kitaorang tak akan mengabaikan jati diri kitaorang sebagai seorang melayu..walau apapun corak lagu yang kitaorang mainkan biarlah orang tahu bahawa ini memang lagu yang dibawakan oleh orang melayu(MELAYU BOLEH!!! - ni macam nasionalis skit ni)..entahlah mcmna boleh tercetusnya idea untuk buat konsep lagu macam ni,mungkin hasil campur aduk lagu-lagu yang banyak beri influence pada kami kot??

Apa tanggapan anda Sebelum anda mengenali muzik metal ni? Adakah anda terfikir yang muzik metal ni mempunyai ramai peminat? (Bagi sikit alasan aku nak dengar!! Hahaha-ed)
- Sebelum saya mengenali muzik metal ni,saya hanya banyak melayan lagu-lagu grunge dan alternatif sahaja semasa di sekolah..jadi pada masa itu saya dapat melihat hanya beberapa kerat sahaja member-member sekolah saya yang melayan lagu-lagu metal ini..jadi dalam kotak fikiran saya pada masa itu mungkin aliran muzik metal ini hanya mempunyai peminat yang sedikit..namun akibat sikap ingin tahu yang mendalam saya telah cuba
untuk menyelami lagu2 bercorak metal ni maka saya telah meminta kaset lagu2 metal dari mereka(Metallica,DEATH,Morbid Angel) dan wow!!
saya dapati bahawa aliran muzik ini memang best dan kickass!!..namun begitu Dimmu Borgir merupakan band metal pertama yang telah berjaya menarik dan mengalihkan minat dan jiwa saya kepada muzik metal berat ini..

Adakah anda yakin dapat bersaing dengan band-band metal lain yang berlambak kat malaysia ni? band-band metal Malaysia yang mempengaruhi anda semua?
- Ish niat kami bukan untuk bersaing dengan mana-mana band pun bro Abu,kitaorang cuma nak memperkenalkan muzik kami ni aje..namun begitu kitaorang mmg banyak mendengar dan mengkaji lagu-lagu dari band2 metal tempatan ini dan kitaorang selalu setkan dalam kepala kitaorang agar pada suatu hari nanti kitaorang juga dapat bermain sebaik mereka InsyaAllah..antara band-band metal tempatan yang menjadi influence kepada kami
adalah Sil-Khannaz,Hayagriva,Cromok,Metalasia,Melon King dan banyak lagilah bro(tak larat nak sebut ni..)

DIMAN terdiri daripada Matler dan Affare dan merupakan kombinasi dua beradik yang begitu serasi mencorakkan muzik DIMAN, mengapa kamu memilih untuk bermain bersama-sama tanpa ada bantuan orang lain?
- Ye DIMAN ini hanya terdiri daripada dua orang line up adik beradik sahaja iaitu saya Matler(Gitarist/Bassist) dan juga Affare(Drummer/Bassist)..buat masa ini band ini cuma band eksperimental sahaja dan kami merasa amat selesa dengan keadaan kami sekarang ini...selain itu kami merasa lebih mudah untuk berbincang dan merancang dalam meng"construct" lagu2 kami secara berdua sahaja kerana entahlah sy rasa mcm ada chemistry pulak antara kami ini(maklumlah adik beradik dan dah lama hidup bersama hehe)..bukan kami tak mahu merekrut org lain,tetapi kami sedar bahawa band ini cuma band eksperimental mengenai minat kami terhadap muzik metal ini..namun untuk masa hadapan siapa yang tahu kan?

boleh bagi nama sebenar ahli kumpulan DIMAN.
- Nama sebenar Matler adalah Mohd Dahlan dan Affare ialah Af'fan Farizi..

mengapa agaknya ahli-ahli band bagi sesebuah kumpulan itu menukarkan nama mereka (daripada sopan kepada ganas) apabila mereka melibatkan diri dengan kumpulan metal? Boleh dikatakan semua band di malaysia begitu termasuklah band DIMAN sendiri, boleh tak anda berikan sedikit penjelasan terhadap isu ini?
- Nampak ganas ke nama-nama yang kami gunakan ini??confiuslah saya ni bro Abu..mmg kat rumah pun mak bapak dan adik beradik kitaorang panggil kitaorang dgn nama mcm tu tau..bagi saya biasalah nama-nama samaran yang ganas dalam menubuhkan band metal ini bro Abu, mungkin juga penggunaan nama-nama samaran sebegini boleh juga menarik perhatian daripada para pendengar dan peminat kot?..ia juga boleh dijadikan suatu gimik
yang secara tak langsung dapat mempromosikan band metal itu sendiri..namun bagi saya terpulanglah kepada seseorang itu untuk menggunakan apapun nama samaran mereka..namun begitu masih ada batas-batas dalam pemilihan nama ini kerana sebagai seorang muslim kita tidak elok untuk menggunakan nama-nama yang bermaksud tidak baik dan hina di sisi Allah s.w.t..itu sahaja pendapat ringkas saya bro Abu..

agak-agak mak bapak tak marah ke kita ubah nama yang mereka berikan pada kita? (hahahaha.. cuba ko tanya mak bapak ko, dia marah tak? Ahaks! Jawab dengan jujur tau)
- Sebagai contoh kalau nama asal kita Atan dan bila dan tubuh band metal di tukarkan kepada Syaitan,
ibubapa mana yang tak marah??haha..bagi ibubapa kami diorang mmg tak akan marah dgn nama-nama yang kitaorang pilih ni kerana memang nama panggilan kitaorang kat rumah pun mcm tu bro Abu..cuma adalah kitaorang ubah sikit-sikit macam Matler tu asalnya dari Matle dan Affare tu asalnya dari Afe..ubah huruf aje tetapi bunyinya
sama aje bro Abu..tetapi entahlah kepada ibubapa pemuzik-pemuzik metal yang lain tak tahulah pulak saya ni bro Abu..

Berbalik pada DIMAN semula, aku rasa pembaca tertanya-tanya apakah maknanya DIMAN tu? Boleh beri sedikit keterangan lanjut?
- Haha..soalan ni memang popular jugak pada kami nih..ok pernahkah anda bermain game daun terup "7 Diamond"? ..jadi kad Diamond dalam permainan terup ini di panggil DIMAN dalam slang Kelantan..ejaan asal dalam slang Kelantan adalah "DIME" tapi kami ubah sedikit supaya lebih sedap di eja dan didengar..jadi kitaorang pun tukarlah ejaannya kepada DIMAN..
kitaorang mmg hantu dalam main game 7 Diamond ni. hehe.jadi dalam tengah2 pening dok cari nama yang sesuai untuk di jadikan nama band ni tiba-tiba sahaja nama DIMAN ni muncul dalam kepala saya ,kira mudah dan ringkaskan??..mudah sikit orang nak ingat kot??..tp kami ni bukan jenis demand tau hehehe..

Agak-agak muzik DIMAN ni boleh pergi jauh ke?
- Sejauh mana tu bro Abu?macam nak ke bulan aje ni hehe(sori sy gurau aje ni hehe)..seperti yang telah saya katakan awal-awal tadi DIMAN ni merupakan band eksperimental sahaja..jadi saya tak adalah target jauh-jauh sangat dengan band DIMAN ni..cukuplah sekadar orang tahu bahawa ada sebuah band dari Kelantan yang bernama DIMAN itu pun sudah cukup menggembirakan hati kami ini..apatah lagi jika ada orang yang sudi mendengar dan membeli stuff-stuff yang kami keluarkan ini lagilah kami merasa dihargai..bagi saya nak target tinggi-tinggi tu tak adalah tetapi kami lebih mengutamakan untuk meningkatkan mutu permainan muzik kitaorang ini terlebih dahulu kerana masih terlalu banyak kelemahan yang ada dalam diri kami ini... Mengenai masa depan DIMAN ni biarlah masa dan waktu yang menentukannya..

Apakah matlamat jangka panjang serta jangka pendek DIMAN buat masa sekarang ni? berminat nak main gig?
- Cita-cita saya ialah untuk merakamkan album dengan DiMAN ni jika di izinkan,ini kira target jangka panjang lah ni..buat masa sekarang ni kami sedang menyiapkan lagu2 terbaru kami untuk demo yang terbaru dari kami,tunggulah ye......main gig??nak main camno gig dgn dua orang line up aje nih hehe..minat tu minat juga pasal kitaorang akan lebih exposure dalam metal scene ni..ttp dalam masa sekarang ni biarlah kami belajar dahulu selok belok rekoding ini dahulu..
tetapi untuk masa depan siapa yang tahu ye..

perkembangan terbaru DIMAN dan harapan kepada pembaca BESIHITAM fanzine terhadap DIMAN.
- Jika diizinkan kami ingin merekodkan lagu2 terbaru kami ini dalam jangkamasa 1 atau 2 bulan lagi..3 lagu baru dah 90% siap dan 1 lagu cover akan kami rekodkan InsyaAllah..harapan saya terhadap semua pembaca BESIHITAM agar terus menyokong DIMAN dan berilah nasihat dan panduan kepada kami kerana sesungguhnya kami ini masih baru belajar...selain itu berilah sokongan padu pada band2 metal tempatan yang lain juga kerana siapa lagi yang nak support scene kita jika bukan orang kita sendiri??..selain itu saya amat berharap kepada semua metalfans agar lebih bersatu dan tolong menolong sesama kita jika ingin menaikkan scene muzik metal kita ini, jgnlah berpuak-puak dan berpecah-belah serta menanam sifat2 negatif dalam diri seperti hasad dengki, khianat dan dendam kerana ini merupakan salah satu sebab mengapa orang Melayu susah untuk memajukan diri..oopps satu lagi
bagi saya dgr dan layan lagu metal ni tak salah tetapi berpada2lah, jgn sesekali digadaikan maruah agama Islam kita yang tercinta ini..sentiasalah ingat akan hukum hakam agama sebagai panduan hidup kita yang cukup singkat di muka bumi Allah ini..

hahaha.. aku rasa setakat ni sajalah soalan yang ingin aku ajukan buat DIMAN buat masa ni. aku mintak maaf jika soalan diatas menyinggung perasaan anda semua dan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh besihitam fanzine!! Hail n kill!!
- Dah abis ke ni bro Abu??..aduh kejapnya rasa..tak puas rasanya berborak dgn bro ni..tapi tak apelah mungkin di lain masa kita boleh berjumpa lagi kan??..ish tak ada apa yang perlu bro mintak maaf pun ni..semua soalan ok aje bagi kami ni..kami sepatutnya yang lebih banyak mengucapkan terima kasih kepada bro Abu kerana sudi menemuramah band DIMAN yang masih terlalu "hijau" dan tidak seadanya ini..last word dari kami.."Be Yourself
and Keep In Black"..thanks byk2 bro Abu..hail..

Monday, October 8, 2012

SAXO - WIRA THRASH MALAYSIA

Sebenarnya tak ramai dikalangan rocker yang tahu kemunculan kumpulan SAXO ni..kumpulan yang boleh dikatakan berani menampilkan imej rambut mengerbang seluar rabak dan tidak memakai seluar dalam (bahaya ayat nih)..
  SAXO yang tidak diketahui apakah maksud disebalik namanya, dan apakah motif kemunculan kumpulan ini ketika  industri rock Malaysia tengah sarat dengan kumpulan-kumpulan muzik bernadikan heavy rock seperti Search dan Wings..
Kemunculan SAXO yang luar biasa betul-betul memberi tamparan hebat terhadap scene muzik ketika itu

SAXO yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1984 di Batu Gajah Perak telah dianggotai empat orang anak muda nakal iaitu


PENYANYI Wan
GITAR Jamal
BASS Jagger
DRAM Adi


SAXO mula mengorak langkah sebagai Thrasher dengan menyertai Gagasan War Rock dan terbabit dalam album Hikayat Rok 88 pada tahun 1988 dan album pancakara di Cakerawala..

Pada tahun 1990 mereka muncul dengan album pertama yang diberi tajuk SATU PERJUANGAN..ternyata arah muzik mereka amat berlainan ketika itu..tidak ramai yang menggemari style dan gaya muzik sebegini ketika itu kerana dianggap terlalu berat..ini tidak mematahkan semangat mereka apabila SAXO telah diberi penghormatan untuk menggegarkan Stadium Negara bersama-sama SLAPDEATH, NEMESIS dan PUNISHER pada tahun 1988. Ini menambahkan lagi kuasa Thrash yang disanjung mereka dan dapat meletuskan irama thrash seantero Malaysia ketika itu..ketika itu muncullah band-band seperti CROMOK FTG dan lain-lain bagi mewarnakan lagi muzikal metal..

Ternyata bukan mudah untuk menggalas muzikal yang tidak dapat diterima halwa telinga pendengar ketika itu  akhirnya SAXO tidak menemui kata sepakat apabila terdapat ahlinya yang tidak bersetuju dengan perjuangan muzik SAXO yang berentak keras.. kesudahannya SAXO telah terkubur pada tahun 1991 dan sebahagian mereka telah menubuhkan kumpulan slow rock LEO..





PENYANYI Wan
GITAR Jamal
BASS Jagger
DRAM Adi
SUARA LATAR Saxo

PENERBIT Lord
PENERBIT BERSAMA Saxo
PENERBIT EKSEKUTIF Ali Bakar
SUSUNAN MUZIK Saxo

STUDIO Booty Boys, FGM, Kings, Scat & Channel 11
JURURAKAM Kesuma, Zaidi, Buck, Iskandar, Dot, Goh, Jackie, Alvin, Snake & Mail
JURUADUN David & Saxo
REKABENTUK LOGO Amerscreint
FOTOGRAFI Jalil Ngah
PENGURUS PROMOSI Mas Omar
URUSAN PROMOSI Ritta, Hamid & Azhar

TERBITAN Platinum Records (M) Sdn Bhd
EDARAN BMG Pacific Sdn Bhd



Begitulah serba sedikit rentetan sejarah kumpulan SAXO yang hanya muncul seketika sahaja dipersada muzik THRAH malaysia..Akibat dari tidak persefahaman dan perjuangan yang berlainan kumpulan ini langsung tidak diberi pengiktirafan ketika itu.. setelah berpuluh2 tahun berkubur nama mereka mula disebut kembali.. Adakah SAXO mampu bersaing diera muzik kini? sejarah lama tak akan berulang lagi..ROCK MESTI TERUS!!

kredit kepada pemunya gambar2 diatas..
http://arieprockerz.multiply.com/photos/album/41/KASET-ARTIKEL-KUMPULAN-SAXO?&show_interstitial=1&u=%2Fphotos%2Falbum#photo=1

Thursday, October 4, 2012

SEKEMBALINYA BESI BERWARNA HITAM

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tak buat karangan kat blog ni..bak kata orang hidup segan mati x mau..agaknya apalah alasah aku kali ini yer..agaknya apa sebab aku x aktif lagi berkarya kat blog besihitam webzine ni yer?..susah jugak aku nak menafsirkan diri ni..kejap ada kejap takde..

buat pengetahuan semua,aku dah lebih setahun kawin,tapi langsung x ajak member2 metal semua..kekadang tu rase macam sombong pun ada..hehehe..tapi sape yang kenal aku xde pun kate aku sombong bak kate orang x kenal maka tak cinta la kan?..hahaha..

cakap banyak pun tak guna..aku nak tanya sikit..skang ni scene METAL MALAYSIA apa crita? masih macam dulu ka? gig sape anjur?..huhu..sedih woo..aku skang betul-betul ketinggalan zaman..lama aku menyepi nih..rasa2 ada orang yang boleh terima aku lagi tak??hahahah..

ok lah kawan-kawan..sesapa yang masih kenal aku tu mai la kongsi2 pendapat..aku ni bukan apa...dah lama sangat tak baca kitab muzik nih..heheheh..ok semua jumpa lagik..Assalamualaikum..

Sunday, February 5, 2012

LIRIK: AS SAHAR- Anak Anak Palestin

AS SAHAR ANAK-ANAK PALESTIN LYRICS

Bukannya pekikan gila
Meminta hak asasi manusia
Bukannya jerit meracau
Meminta dihenti sengketa
Mereka rela, menjadi benteng manusia
Menjadi senjata perang
Walau bercanggah perjanjian
Protocol Hebron, sekadar dakwat di kertas
Gencatan senjata hanya inti berita
Anak-anak Palestin
Dipupuk semangatnya
Dalam sistem pelajaran, untuk membenci
Anak-anak Palestin
Keluarlah dari selindungmu
Lihat mereka yang luntur
Apakah mereka itu bapamu
Hidup mereka telah berubah selamanya
Anak-anak Palestin akan terus berjuang
Demi merdeka, demi bangsa, demi agama
Anak-anak Palestin - suara intifada

Tuesday, January 31, 2012

Perkembangan Terkini: FILEM ROCK OO (Rock 2)


SALAM..
apa khabar semua?? diharap semua sihat sejahtera..perkabaran terbaru dari MAMAT KHALID mengenai filem ROCK OO ialah mereka sedang sibuk dalam urusan post produksi filem ini.. sesekali terserempak dengan beliau di ofis APV Asia Pacific Videolab sambil sibuk membuat sedikit kalering keatas karya garapan beliau..

alhamdulillah sempat gak aku tengok filem ni sampai habis walaupun baru 50% siap..hehehe..

ape yg bleh aku katakan pada filem ni ialah..filem ni bakal menjadi fenomena baru kepada anak muda..lagi2 yg pernah melalui zaman rock 80-90an..

aku yakin dialog yg dibuat mamat khalid dalam filem ni bakal ditiru oleh anak muda kita..hahaha..dialog seperti

"An an ann.."JIJOE-khir Rahman
"Bagi aku Eeeeeee--Amy Mat Piah-Q haidar
"Hah ini la dia Chinggeiii.."-JIJOE
"Abang Main taik dikk.." Kamarul


Lgu plak bleh tahan gak..

MAY,BLOODSHED,WINGS,SEARCH,SWEET CHARITY,FLYBAITS,RIMBA BARA,SYJ,LEFTHANDED dan banyak lagi laa...


heheheh..banyak lagi la...pepe punn..Tungguuuuuu..
"

Thursday, January 5, 2012

JANGAN HINA ISLAM!!!

Asslamualaikum..
salam sejahtera kepada sahabat2 yg masih lagi meneruskan perjuangan muzikal keras..Agak keras sikit isu yang ingin dibincangkan kita pada hari ini..Aku betul2 terpanggil untuk mengupas serba sedikit berkenaan isu ini memandangkan aku salah seorang peminat muzik berat sebegini.

Beberapa hari lepas aku telah di Tag oleh seorang kawan berkenaan gambar seorang lelaki yg berkelakuan kurang sopan bergambar bersama2 ayat suci AL QURAN..ia betul2 membuatkan darah aku berderau,lantas aku mula siasat siapa mamat ni.siasat punyer siasat mamat ni orang keturunan india duk negara jiran..siasat punyer siasat dia ni ada kaitan dengan muzik berat..

so,bila dah muzik berat,dalam kepala aku,aku pun dok terlibat sama la..aduhhh..sedih dan sebak gak hati aku bila memikirkan balik,,ye la..agama kita dipermainkan sape yg tak sedih dan rasa tercabar kan??

Tujuan aku menaip hari ni adalah untuk memberi sikit nasihat kepada mat-mat Metal yg dah hanyut akibat terlalu taksub dengan mentaliti barat..Aku harap anda semua kembali ke pangkal jalan..ingat balik asal usul kita..kita ni ada agama..agama ISLAM..so,sama2 la kita menjaga kesucian agama kita nih..

ROCK2 jugak Metal pun Metal jugak..tapi semua tu ada batasnya..Jangan terlalu ikutkan nafsu dan terlalu ikutkan falsafah barat yg songsang tuhh..jadilah seorang rockers yg berilmu..yg boleh mengajak anak muda melakukan kebaikan..JANGAN SESEKALI MEMBIARKAN ORANG LAIN MENGHINA AGAMA KITA..JANGAN HINA ISLAM!!!

Insyaallah dengan mendengar muzik berat sebegini tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita selagi kita di laluan yg benar..MUZIK UNTUK MINDA.. minda yg cerdas datangnya dari hati yang Suci..so,Bersamalah kita jadikan muzik metal sebagai wadah mengisi kekosongan hati..tapi perlu ingat mendengar ayat AL QURAN adalah santapan yg paling terbaik..

sekian..

Asslamualaikumm..

ABU BESIHITAM

Thursday, June 23, 2011

ROCK ooOO000...FILEM TERBARU MAMAT KHALID



perkhabaran gembira buat semua peminat rock tanah air..Mamat Khalid akan mengeluarkan buah tangan terbarunya iaitu kesinambungan Filem ROCK yg pernah gah satu ketika dahulu..FILEM ROCK OOO..
difahamkan Filem ROCK OOO ini sedang menjalani pergambaran..apa2 pun pihak kami sempat snap 2 3 gambar untuk tatapan peminat ROCK MALAYSIA!!!
SAKSIKAN KEMUNCULAN ROCK OOOO...!!! Sapot Filem Malaysia..Hidup MAMAT KHALID!!!! KITE BAKOO!!! KITE BAKO!!



Abu Besihitam

Tuesday, June 21, 2011

LOUDNESS LIVE IN MALAYSIA


akhirnya setelah sekian lama menanti LOUDNESS akur dengan kehendak peminat-peminatnya..dengan rasminya LOUDNESS akan menggegarkan bumi MALAYSIA pada 24 July ini..adakah perkabaran ini benar atau hanya imaginasi penganjur??persoalan ini sepatutnya anda bertanyakan kepada pihak penganjur sendiri..

selain itu band2 yg terlibat seperti kumpulan SATIRA , SOFEA, SHE WOLVES dan paling istimewa AMY SEARCH..

ermm..pelik gak nape band2 seperti WINGS, SEARCH, XPDC kenapa x dijemput??sedangkan mereka ikon muzik rock MALAYSIA.. apa2 pun penganjur sudah pasti mempunyai strategi pemasaran mereka sendiri..
so, CHECK IT OUT!!!!

Abu BESIHITAM

Wednesday, May 25, 2011

SALAM DARI EDITOR

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera semua peminat2 muzik Malaysia dan pembaca2 blog besihitam ini..setelah sekian lama aku x dapat buka akaun Blog ini akhirnya aku berjaya jugak..

buat pengetahuan semua, Besihitam telah di hack oleh insan yg x bertanggungjawab..ianya betul2 menyusahkan pihak kami kerana tidak dapat meng Update langsung status Blog ini..harap2 selepas ini besihitam kembali aktif mengupdate berita2 terbaru Metal nusantara..

Semangat kami bersama anda semua..saksikan sekembalinya kami di persada metal malaysia..

Assalamualaikum,

ABU BESIHITAM
(EDITOR)

Sunday, August 15, 2010

PESTA BLACK METAL???FITNAH ATAU REALITI??

PESTA BLACK METAL TERENGGANU??? ASTAGHFIRULLAHHALAZIMM.. aduhaiii..sedih dan sayu gua mendengar berita sebegini..tak habis-habis dengan fitnah dan tohmahan jelik dan kotor dilemparkan kepada pemuzik sebegini..kenapa begitu keji sekali muzik metal dikaitkan dengan ritual bakar Quran??kenapa bila sebut muzik metal je mereka dikaitkan dengan dadah dan seks bebas??Kenapa sebenarnya ini berlaku??

Baru-baru ini aku dapat berita menyedihkan daripada seorang kawan mengenai berita sensasi ini..antara ayat yang membuatkan gua tersentuh ialah

Anda dan Adik-adik anda beserta orang kampung anda dapat menyeru nama-nama syaitan secara ramai-ramai pada hari tersebut sambil menghingguk-hinggukkan kepala.


Black Metal is open society..sex bebas..dadah..arak..gay..memakai salib..semua cara hidup dan gayahidup..hidup dalam black metal..


ape perasaan anda jika anda sebagai penggemar muzik sebegini anda dikatakan sebagai penyembah setan??anda marah x?? gua pasti kalian semua pasti marah jika kalian difitnah sebegini..sepanjang gua mengamati muzik ini bertahun2 tak pernah plak gua terkandas dan terkeluar dari islam..gua layan muzik beb..gua bukan taksub..sama la dengan pemuzik2 kat Malaysia ni..mereka bermuzik dan mencari rezeki halal..

Jangan nak samakan Malaysia dgan negara luar..diorang tu lain..diorang takde agama..gua rasa isu seperti ini tak seharusnya dibangkit lagi semata2 untuk kepentingan sendiri..Gua bukan ape..Gua pun orang politik jugak..tapi biarlah politik secara baik2 k..

FARASU DIKAITKAN DENGAN MUZIK BLACK METAL???

satu lagi..gua nak pesan kepada pembuat poster ataupun organizer..kalau lu orang semua nak selamat buat gig atau nak organize sesuatu acara gig berkaitan metal atau muzik2 berat eloklah ikut panduan yg telah ditetapkan..nak buat poster pun agak2 la..jangan sesekali menggunakan simbol yg sensitif iaitu yg boleh mendatangkan syak wasangka buruk daripada mana2 pihak..cukup sekadar guna font biasa..orang pun tahu sebenarnya..sebab ini boleh mengakibatkan isu ini bangkit kembali..sekarang tak macam dulu..diorang lebih kenal simbol2 pentagram ni..tajuk gig pun sama..ikut contoh2 organizer2 besar yg wat gig..contoh tajuk yg sesuai seperti METAL CAMP, RESURRECTION, dan sebagainya..

Gua harap perkara ini tidak diperbesarkan oleh media-media yg sedang dahagakan berita..Gua tahu diorang semua sedang menantikan sesuatu daripada komuniti gelap nih..

apa-apa pun gua harap tidak berlaku kejadian yg tidak diingini..organizer perlu berhati2 dengan tingkah laku crowd..istilah SEX DRUG N ROCKnROLL da tak bleh pakai dah..kita ade adat..so,biar ganas muziknya tetapi lembut pekertinya...HAILLL!!!!



GAMBAR NI XDE KAITAN LANGSUNG(psss..dgr cite binatang ni yg sebarkan berita ni..heheeh}