SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Tuesday, September 3, 2013

LAMB OF GOD DILARANG MASUK MALAYSIA?? KONSERT DIBATALKAN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa supaya konsert kumpulan heavy metal Lamb of God di ibu negara pada 28 September ini dibatalkan.

Gesaan itu memandangkan kumpulan berkenaan pernah membuat persembahan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Jamil Khir menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini  mengeluarkan kenyataan  mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.



Yan: “Saya minta pihak berwajib membatalkan konsert kumpulan ‘Lamb of God’ kerana ia bertentangan dengan moral dan akhlak di negara ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas kumpulan itu yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Jamil Khir berkata, beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert itu.


“Saya minta pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya. Bukan saja JAKIM, malah NGO (badan bukan kerajaan) Islam juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia,” katanya.

MUTAKHIR
Jamil Khir gesa konsert Lamb of God dibatalkan
2013/09/01 - 16:49:44 PM Cetak Emel Kawan
 
YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Katanya, beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
"Saya harap pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya...bukan sahaja Jakim, NGO (badan bukan kerajaan) Muslim juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia," kata Jamil Khir yang ditemui dalam program santai bersama penduduk di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada konsert tersebut sudah mendapat kelulusan tetapi sekiranya sudah dikeluarkan ia hendaklah ditarik balik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha Jakim dalam kenyataan dua hari lalu berkata bantahan itu dibuat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Beliau berkata, bantahan itu juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, program santai di kawasannya itu bertujuan mendekati pemimpin dan masyarakat setempat bagi menyelami masalah mereka untuk diatasi bersama.
Katanya, pertemuan tidak rasmi seumpama itu memberikan kelebihan untuk mendapat maklumat dan keperluan rakyat dengan lebih jelas. - BERNAMA