Tuesday, March 31, 2009
APRIL FOOLLL!!!! (sedarlah ..)
Assalamualaikum
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. buat teman-teman gua yang selalu meng april fool kan gua ketika gua tak sedar. ini sedikit renungan untuk kita bersama..
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebarat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan
Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di
dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.. Tentera-tentera
Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat
kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Thursday, March 12, 2009
Filem ROCKSTAR!!! tribute to ROCK 80's
Salam kegelapan semua..
gua harap lu orang semua sihat2 jer..dah lama gua tak pos berita kat besihitam nih..bese la sibuk la katakan..gua banyak habiskan masa untuk menonton filem sejak akhir-akhir ni memandangkan gua dah menjadi pemerhati tetap setiap pengeluaran filem kat Malaysia nih..nak kata pandai kritik xde la.bleh la blah.hahah..gua hari ni nak ceritakan la serba sedikit pasal satu filem yang dah berabad tersimpan dalam laptop gua nih..rase2 lu semua penah tgok kot..jom kite selami kisah disebalik filem ni.. ROCKSTAR
so you wanna be a Rockstar??
Filem ini mengisahkan mengenai Chris Cole iaitu seorang rocker yang begitu meminati kumpulan idolanya iaitu STEEL DRAGON. Filem ini berlatar belakangkan tahun 80an dimana masa itu zaman kemasyhuran era rock dunia. Chris Cole yang begitu obses terhadap band STEEL DRAGON sehinggakan dia menubuhkan sebuah band sendiri yang bernama BLOOD POLLUTION sebagai band tribute untuk idolanya.
ni masa konsert Steel Dragon..bleh plak lawan pitching..hahahah
Beliau yang seratus peratus meniru
Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Cole, ahli kumpulannya telah bertindak untuk memecatnya keluar daripada band BLOOD POLLUTION. Sedih tak kepalang menimpa Cole, beliau seterusnya terpaksa membawa haluan sendiri demi mencapai cita-citanya. Sehinggalah pada suatu hari ada seseorang telah menelefonnya untuk menghadirkan diri pada satu uji bakat yang telah dijalankan oleh kumpulan STEEL DRAGON iaitu kumpulan kebanggaannya. Cole telah menjalani ujibakat tersebut sehingga mereka berpuas hati dengan suara Cole yang tinggi menepati citarasa kumpulan tersebut. Cole bagai tak percaya dapat menggantikan vokalis utama kumpulan tersebut, berita itu seterusnya disampaikan kepada ibubapanya serta kawan-kawannya. Ternyata mereka juga turut tumpang gembira. Cole telah mengubah namanya kepada IZZY sebagai nama popular yang baru khas untuk kumpulannya STEEL DRAGON.
konsert pertama yg memalukan.hahah..siap jatuh guling2 tu dari atas stage
Bermulalah episod kehidupan Izzy yang penuh glamour, pelbagai undangan konsert telah dijayakannya sehinggakan beliau sangat terkenal. Perkataan SEX, DRUG &
selamba jer bangun pastu sambung balik lagu tadi..cayalahhhh!!!
tersebut. Akhirnya Izzy telah bertekad untuk mencari penggantinya kerana beliau ingin berundur dari kumpulan tersebut. Beliau akhirnya telah mnjadi seperti biasa semula dan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Cole. Kali ini beliau telah menubuhkan bandnya sendiri ala-ala Nickelback dan telah kembali ke pangkuan kekasihnya Emily(Jennifer Aniston).kepada hangpa yang begitu meminati muzik rock,filem ni mesti kene tgok!! citer ni mengenai kisah sebenar yang dilalui oleh vokalis kumpulan JUDAS PRIEST..
8 bintang untuk ROCKSTAR!!!
Tuesday, March 10, 2009
ROTTING CHRIST DATANG MALAYSIA??? BETUL KE??
adakah perkhabaran ini betul ataupun hanya mainan ilusi penulis sahaja? kumpulan yang terkenal dengan irama metal gelap berat ini dijangkakan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 9 may 2009 ini di Stadium Melawati Shah Alam..hahaha..Nape? x pecaye? ape2 pun diharapkan perkhabaran ini tidak jadi seperti kumpulan MAYHEM dulu.. Nahhhh!!! ini dia buah tangan pada peminat2 mereka yg selama ini menonton mereka di kaca2 televisyen. harga tiket belum diketahui.. maklumat lanjut sila pergi ke laman myspace mereka..HAIL N KILL!!!