SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, November 13, 2008

METAL GLOBAL sebuah dokumentary metal unik!





Tak sah rasanya sebagai peminat metal hanya layan lagu dan kumpulan kegemaran tanpa mengikuti asal usul band tersebut serta mengetahui cabang-cabang muzik metal itu sendiri. Hari ini aku akan membawa anda semua menyingkap sebuah dokumentari mengenai metal yang diberi tajuk GLOBAL METAL.





GLOBAL METAL ni telah dihasilkan oleh seorang penggila muzik metal iaitu SAM DANN yang berasal dari kanada. Beliau merupakan pengarah filem dokumentari ini bersama sahabatnya SCOT MCFAYDEN.. sebelum ni SAM DANN telah menghasilkan dokumentari Metal: A Headbangers pada tahun 2005 yang telah memenangi anugerah Bergen International Film Festival pada October 17th 2007..
pada asalnya aku nak cerita mengenai dokumentari Metal: A Headbangers tapi oleh kerana GLOBAL METAL ni paling baru dan yang paling menarik minat aku so, aku akan ceritakan mengenai dokumentari ni dulu Metal: A Headbangers akan muncul kemudian.harap sabar ye kawan2..

aku lihat saje pada tagline 7 countries 3 continents 1 trib
e sudah cukup untuk memerangkap aku untuk terus menyingkap dokumentari ini dari awal samapilah akhir..
si Sam Dann ni seorang ahli anthropologist yang begitu meminati muzik metal dari kecik sampai la besar, boleh dikatakan dirinya membesar dengan muzik ini sepanjang masa dimana jua beliau berada sehingga tergerak nak membuat dokumentari metal ni. pada aslnya beliau ingin mengetahui budaya manusia didunia ni tapi oleh kerana kepintaran beliau,beliau telah memanipulasikan ideanya kepada mencari band-band metal serata dunia..

Lokasi pertamanya ialah Brazil. memandangkan Beliau ama
t meminati SEPULTURA so, Brazil menjadi sasaran utamanya.

Brazil
Rio De Janeiro, and Sao Paulo

sudah pasti band yang paling berpengaruh disana adalah band SEPULTURA yang berjaya ditemuramah olehnya ialah Max Cavalera..Fuhh!! cayalah Max..
MAX CAVALERA, SEPULTURA/SOULFLY












OLD SEPULTURA gambar masa album Morbid Vision tak salah aku



"sepultura is our big triumph, our flag of brazilian heavy metal"


Antara band lain yang ditemuramah ialah:


Rafael Bittencourt(ANGRA)
Carlos Lopes(Dorsal Atlantica)
Adrian Smith n Dave Murray (Iron Maiden)


seterusnya mereka mengorak langkah ke benua Asia kali ni Jepun jadi mangsa mereka hahah..mari kita lihat scene metal Jepun nih..
aku amat tertarik dengan kostum Metal mereka lagi-lagi band X-Japan..fuhh!! kalau bab mekap-mekap nih serahkan la pada diorang nih..diorang ni banyak pengaruh dengan band KISS sebab KISS dianggap sebagai salah satu hiburan mereka ala2 kabuki..hehehe..
mari lihat gambar2 nih..

KISS yang menjadi kegilaan remaja Jepun.



Marty Friedman Ex-MEGADETH tanpa disedari terus menetap di Jepun sampai sekarang


X-JAPAN lambang kemegahan scene metal Jepun(band ala2 Motley Crue/Twisted Sister)

KISS= teater KABUKI
LARS ULRICH(METALLICA) memberi sedikit ulasan

jauh beza orang putih dgn org asia nih..

antara band yang ditemuramah:

Tom Araya Slayer
Kerry King Slayer
Lars Ulrich Metallica
Marty Friedman Megadeth/Cacophony
Yoshiki X-Japan
Mirai Kawashima Sigh


Kita beralih pula kenegara seterusnya iaitu INDIA


Tak banyak yang dapat diceritakan mengenai scene metal negara ini..dengan negara yang begitu miskin dan populasi penduduk yang padat India juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan band2 metal.




Atul Sharma pengendali Metalindia.net

Sam Dann dapat cenderamata istimewa dari india metal fan..tasbih tuu..hahah




Kita terbang pula ke Jakarta Indonesia.

pada mulanya aku terkejut bila negara jiran kita ni menjadi salah satu lokasi mereka untuk mencari budaya-budaya mat metal nih..cemburu mesti ada..ye la Malaysia pun apa kurangnya..banyak jugak band-band yang berpengaruh..tapi apa2 pun mengikut populasi penduduk dan fan metal, Malaysia jauh ketinggalan.. Pada sesi temuramah ni hari itu merupakan hari Jumaat dan juga merupakan bulan Ramadhan dimana umat Islam berpuasa..untuk si Sam ni dapat pakai kain pelikat..hahah..yang pakai Bandana tu Arian 13 daripada kumpulan SERINGAI..dan yang sorang lagi tu peminat metal jer..


babak yang paling aku suka dimana Sam diajar untuk mengambil wuduk.hahah..kaki jer basuh muka tak basuh..chaiitt..."cejuknyer air kolah ni..waaa.."

aku betul2 tak sangka yang metallica pernah buat tour kat indon..fuhhh..tahun 1993 diorang dah pun didedahkan dengan Metallica..malaysia?XPDC kan ade..hahah..Konsert Metallica paling rare!!

Jangan terkejut Sepultura pun turut beraksi kat indon..Max Cavalera terkejut dengan sambutan umat islam terhadap Sepultura




SIKSAKUBUR bukan SIKSABUR


selepas konsert Metallica kerajaan Indonesia telah mengharamkan konsert2 Metal terutama artis luar negara kerana banyak mengakibatkan kerosakan dan mewujudkan Budaya pemberontakan dikalangan rakyat indonesia..


satu temuramah yang membangkitkan semangat aku..terutama menegakkan panji2 islam!!haill!!


Seterusnya kita terbang ke negara CHINA..

tak banyak cerita mengenai scene metal China..band yang ada hanya Tang Dynasty dan Ritual Day..sekali tengok diorang main muzik metal, memang mengagumkan..bayangkan alat muzik tradisional mereka boleh digabungkan dgan muzik metal..cayalahh!!






ni sekolah muzik yang mengajar muzik Metal di China..cikgu dia memang sempoi.


band yang ditemuramah

Kaiser Kuo Tang Dynasty
Nong Yong Ritual Day



lokasi seterusnya ialah di Jurusalem ISRAEL

seuah negara yang amat meminati band SLAYER..kira Slayer ni pengaruh utama diorang laa..
walaupun macam tu metal-metal diorang pun tetap ada gambus..hahah.x percaya?beli la sendiri dan tengok diorang macamane..
bangga Kerry King ila tgok logo Slayer ada di merata-rata tempat..hahaha






Terakhir skali kita diabawa ke DUBAI..

banyak jugak band2 yang ditemuramah..mungkin bagi kita tak terkenal tapi kat sana diorang la menjadi pujaan dan penggerak pengaruh scene disana..
pak arab ni amat meminati IRON MAIDEN..hahaha..bukan pakcik maidin k..



keseluruhan documentary ini betul-betul memuaskan hati aku..banyak sumber yang aku dapat melalui documentary seperti ini..bukan sahaja mengenai budaya malahan mengenai cara hidup dan agama diorang.berapa jauhkah mereka terpengaruh dengan muzik metal ini?adakah ianya menjadi cara hidup mereka ataupun sebagai pegangan mereka..kita mempunyai Iman untuk mentafsirkan perkara seegini.Jadikan Metal sebagai salah satu medan untuk luahkan tekanan dan elakkan ianya menjadi pegangan..HAILL!!

**kepada sesiapa yang teringin untuk memiliki DVD ni sila kontek aku..

Saturday, November 8, 2008

RAMBUT PANJANG BARU ROCK!!

Hari ni aku nak ketengahkan isu rambut panjang dikalangan mat2 rock kita dan mat2 metal kita.kenapa imej berambut panjang ni penting? dan kenapa digilai mat2 rock n metal tak terkecuali mat2 bunga dan segala jenis mat laa termasuk la mat ganja nih..huh!!banyak tol yang melibatkan diri dengan rambut panjang nih..
NI MASE RAMBUT AKU TENGAH SUBUR MELATA


Sudah jadi kemestian bagi peminat2 muzik metal n rock menggayakan diri dengan rambut panjang nih. kalo rambut tak panjang toksah nak belagak rock la, kata seorang rocker yang amat menggilai ustaz Akhil Hayy..Eh! rock ke mamat tu?hahaha..lantak dia la janji dia rambut panjang.

Huii!! panjang betul rambut mamat tu! mane? tu hah yang dok mencangkung kat bawah jambatan tu..mesti dia rocker kan bang. Erkk..tu mat gian laa.abis la rosak imej aku sebagai seorang rocker.huhu.. tu la serba sedikit mengenai penggunaan rambut panjang nih..hehe..

kalo nak cerita pasal rambut ni mase skolah dulu dah menjadi isu ni. lagi2 aku yg gila muzik metal nih, tak metal la kalo rambut pendek semua rocker rambut panjang takkan aku rambut pendek lak, tak lengkap la pakej seorang rocker sejati. akibat degil punyer pasal tak semena-mena kepala aku kene toreh dengan pengetua, langsung botak licin..huhuhu..aku dendam kalo ade org men rambut aku nih untuk melampiaskan nafsu amarah aku ni siap la aku lekat gula2 hack kat cermin kereta ko!!hahahah!! Pelajar hendaklah sentiasa berambut KEMAS dan RAPI.

Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan RAMBUT PANJANG (mencecah kolar baju, menutupi telinga dan menceca
h kening) dan BEREKOR. Semua pelajar (lelaki dan perempuan adalah dilarang BERFESYEN RAMBUT YANG KETERLALUAN dan MEWARNAKAN RAMBUT. PELAJAR YANG DIDAPATI INGKAR, BOLEH DIKENAKAN AMARAN ATAU DENDA TIDAK MELEBIHI RM50.00 (KESALAHAN PERTAMA) ATAU DIHADAPKAN KEPADA PIHAK BERKUASA TATATERTIB PELAJAR BAGI KESALAHAN BERULANG

sampai habis sekolah baru la aku bebas. mak ayah dah bagi lesen so, aku pe lagi kasi baja itu kepala la bagi rambut tumbuh subur..mase tu aku mula la cari2 geng2 yang sekepala dan ajak bela rambut buat band rock. ehh..mak aku marah la simpan rambut panjang..okeh!! kalo macam tu ko blah!!takyah join band ni-kata aku pade rakan yg tak nak bela rambut.hahaha..senang jer aku..sampai la aku dewasa n terpaksa potong pendek cos nak sambung belajar kat iTM. DAMN!!! aku terpaksa akur perintah kerajaan..huhuhu..
aku masih menyimpan lagi sekarang tapi dah tak nak panjang dah..merajuk kot?tak tau la pulak rambut pandai merajuk.ermm..tu la serba sedikit kisah rambut aku yang mendapat tentangan hebat oleh orang2 sekeliling.tak tau la depa ni dengki ka cemburu dengan kehebatan aku menternak rambut.hehehe..

Erkk..sebenarnya aku nak kupaskan isu mengenai kaitan rambut dengan mat2 rock n metal nih.kenapa perlu rambut panjang ek? kenapa yer? ok ni serba sedikit jawapan yang mampu aku beri.

1. Senang nak menghangguk-hanggukkan kepala(headbanging) ketika melayan konsert Metal n rock sambil pusing2 macam helikopter

2.nak nampak ganas macam undertaker.

3.nampak lagi macho bila berjalan lebih2 lagi ketika angin sepoi-sepoi bahasa jawa bertiup lembut menggerbangkan rambut yang panjang dan bersinar(kalah pompuan)

4. menyorokkan muka ketika melakukan kesalahan cntohnya teraba makcik ketika dlam bas.

5. tiru band2 pujaan contohnya METALLICA tak kurang pula yg meniru band ALLEYCAT

6.Trend mase tu je kot.orang lain rambut panjang aku pun rambut panjang laa..

7. ikut jenis muzik laa..kalau rock rambut kene krinting skit kalau metal kasi lurus skit kalo grunge kasi serabut skit kalo reggae kasi dreadlock.hahaha

8. tak boleh rambut pendek nanti pening kepala

9.nak nampak kiut skidari org lain. rambut pendek tak sesuai bila rambut panjang lak nampak segak begaya.

10.malas potong rambut sebab takde masa.huh!! teruk nih.

11.rambut panjang identiti seorang lelaki dan kejantanan.


ni la serba sedikit komen aku mengenai rambut panjang nih. korang pulak ape cerita? kenapa rambut panjang? dulu pernah ade kes pasal rockers yang berambut panjang ni. diorang tak dibenarkan keluar TV kalau berambut panjang. stesen RTM la.. masa tu kumpulan SEARCH dan WINGS tak salah aku telah digunting secara live kat TV yang mendapat liputan luas oleh media brunei dan Singapore. siap menteri yang tolong guntingkan.huhu..hebat kan isu rambut nih.heheh..


*pade sapa2 yang baca entri ni, anda telah di tag!!!
tak kira laki ke pompuan

Thursday, November 6, 2008

MARI BERKUNJUNG KE HARD N HEAVY STUDIO(new material list)

HARDnHEAVY MUSIC STUDIO-HELLIST NOV/DEC 08

1.VASTATOR'hell only knows"cd-rm45
album ketiga dari chilean heavymetal hero!!11lagu+1bonus video!!

2.NASTY SAVAGE"cleveland 87"cd-rm60

16 lagu dari american thrashmetal legend!!

3.GUILLOTINE"metal in the vein"cd-rm55

10lagu khas utk para headbangers!!jaket lineup sarat dgn oldskull patches arghh dijamin thrash habisss!!!

4.SACRIFICE"torment in fire"cd rm 70

2cd mengandungi 22lagu dari album"torment in fire"86 serta demo"the exorcism"85 dan beberapa live mereka sekitar 1986.kanada thrash metal KING!!!

5.IRON ANGEL"the tape-brazilian edition"cd rm60

13lagu live 85 dgn killer sound+2unrilis trax!!german speed metal MASTER!!

6.AGGRESSION"forgotten skeleton"1986 unrilis album.cd-rm60

15lagu penuh dgn rapid thrash metal+bonus demo tracks!!lagenda thrash kanada yg harus ada dlm playlist,jika anda bergelar THRASHER!!

7.WITCHBURNER"blasphemic assault"cd rm55

10trax dari german thrashing WAR!!

8.WITCHBURNER"final detonation"cd rm55

12lagu dari rilisan yg tak perlu di pertikaikan kadar THRASHINGnya!!

9.WITCHBURNER"blood of witches"cd rm55

10lagu yg penuh dgn headbanging!!tiada apa yg boleh dikata pada band yg wujud sejak 1992 ini,melainkan bang your head!!

10.CONSPIRATOR"exorcism"cd rm55

11trax yg penuh dgn kegilaan thrashmetal!!

11.NECROPSIA"die fucking bastard"cd rm40

chilean black/deathmetal holocaust!!10trax brutal n dark habisss!!

12.CUTTHROAT"rape!rape!rape!

band project thrash metal liar dari band lama jepun-SIGH dan ABIGAIL!!

13.HAVOHEJ"dethrone the son of god"CD rm40

blackmetal menakutkan dari amerika!total hellish!!rilisan dari hellsheadbangers(usa)

14.NECROHOLOCAUST/DEIPHAGO'gods of holocaust"split cd rm40

split dari band black/deathmetal buas!!kebuasannya seperti SARCOFAGO INRI

15.VEXED"endless armageddon"cd RM40

italian thrashmetal madness!!killer!!

16.PYOVELI/WOUNDS"storming thrash vengeance"split CD rm40

split dari 2band finnish thrash metal yg penuh dendam dan kemarahan THRASH!!power!!

17.BESTIAL MOCKERY"the unholy trinity"cd rm40

swedish deathmetal chainsaw!!mereka bukan seperti kebiasaan band2 metal sweden lain,Yg utamakan melodik!!bestial mockery adalah deathmetal chainsaw massacre haha

18.TONDRA/NORDIC MIST-split cd RM45

project dari anggota nunslaughter,crucified mortals dan beberapa band dahsyat lain!!8Trax+1cover dari hellhammer!!split ni khas utk pengemar HELLHAMMER/FROST.

19.NUSLAUGHTER'hex"cd rm60

tak perlu di perkenalkan merereka adalah lagenda deathmetal amerika yg wujud sejak 1987!!masih kekal dgn imej/sound yg brutal n satanik!!

20.EVIL INCARNATE"waiting for his return"cd rm45

8trax+2cover dari destruction n slayer yg dipersembahkan dlm versi deathmetal!!semestinya evil death metal!!

21.VICTIMIZER"the final assault"cd RM60

canadian speedthrashmetal yg penuh dgn headbanging n rockin mad!!fuh tu dia bangingnya!!

22.HELLWITCH"final approach"1984-2003 CD RM55

florida deathrash legend!!petikan rilisan2 mereka dari 1984 hingga 2003!!cd ini di rilis oleh label milik bekas gitaris deicide!!free hellwitch patches!!cargas sebelum habiss!!

23.METAL ON METAL vol2 Cd rm45

kompilasi dari band2 metal finland!!17trax dari band2 heavy,thrash,black,death yg WILD!!

harga termasuk kos penghantaran berdaftar!!jika beli by hand anda akan jimat rm5!!semua cd adalah baru,di impot terus dari label pengeluar!!

BAYANG-BAYANG HAYAGRIVA MEMBAYANGI MUZIKAL TEMPATAN


1. sebelum penggunaan nama HAYAGRIVA, adakah nama lain yang digunakan sehingga ahli sebulat suara menggunakan nama tersebut? siapakah yang mencetuskan idea penggunaan nama HAYAGRIVA?

Kugiran Hayagriva bermula pada tahun pertengahan..1993. Pada mulanya kami berlatih setiap minggu tanpa mengira atau menamakan kugiran kami. Nama hayagriva ini telah mulai kami pilih pada tahun 1994. Dan hanya pada tahun 1995 ianya digunakan secara rasmi dalam demo pertama kami yang berjudul Thy Lord of Never-Ending Wrath". En. Aria Sidharta lah yang menjadi konsultan imej dan hala tuju hayagriva di peringkat awal, dengan ertikata lain, dialah yang mencadangkan nama Hayagriva kepada kami.

2.HAYAGRIVA dikenali dengan imej muka berconteng di setiap gig yang disertai HAYAGRIVA. bilakah agaknya HAYAGRIVA akan menghentikan pencontengan muka disetiap acara gig disertai? atau anda akan terus mengekalkan imej tersebut?

Imej dan karekter kugiran Hayagriva yang dikatakan "shadow Metal" memerlukan ianya diconteng pada kerektornya. Ia bagi menghidupkan kerektor-kerektor yang dipentaskan.. sesuai dengan acaranya. Setakat ini Hayagriva masih menconteng muka, tetapi, bergantung kepada pihak penganjur gig. Sekali-sekala kami tidak dibenarkan menconteng muka, kami difahamkan pihak penganjur hendak 'cover line" gig tersebut. Dan kami akur lalu tidak menconteng muka. Diharap pihak penganjur terus membenarkan Hayagriva menconteng muka. Kerana tidak ada kesalahan menconteng muka dan ianya tidak salah menconteng muka untuk acara pementasan, barangkali!

3. sudah berapa negara HAYAGRIVA takluki setakat ini?sambutan paling luar biasa?

Pengembaraan Hayagriva setakat ini hanyalah sekangkang kera sahaja. Dari Thailand malaysia hingga ke Indonesia sahaja. Pengembaraan akan diperluaskan dari masa kesemasa berganjung kepada budjet pengurusan Hayagriva.

4. sepanjang 15 tahun mendominasikan diri dalam genre Shadow metal ini adakah kalangan anda yang ingin cuba mengubah haluan muzik HAYAGRIVA?

Muzik Hayagriva selalu berubah mengikut masa, mood dan macam-macam lagi faktor-faktor semasa dan berkaitan. Komposisi dan penyusunan lagu lebih kepada kemampuan kugiran ini. Hayagriva pasti akan terus mendokong 'Shadow Metal' tetapi muziknya pasti berubah sesuka hati kami.

5. pernahkah band HAYAGRIVA diserbu oleh pihak berkuasa kerana imej yang begitu menggerunkan? band2 yang menjadi pilihan HAYAGRIVA dari dulu sampai sekarang.
Tidak pernah kami diserbu. mungkin kerana kami bukan penjenayah. Kami hanyalah pemuzik yang tidak bisa menggugat atau mengganggu pihak berkuasa. Disini kami ingin menegaskan bahawa kami tidak melakukan kesalahan kecuali bermain muzik!. Kugiran pilihan kami terlalu banyak dan mungkin kamu juga seakan-akan tahu apakah dia... tak perlu kami senaraikan.. kerana ianya adalah terlalu sukar untuk disenaraikan...


ucapan penghargaan kepada peminat HAYAGRIVA serta ceritakan sedikit mengenai rilisan terbaru dari HAYAGRIVA.

Kepada peminat metal, lama dan baru, khususnya Hayagriva, teruskan mendengar muzik metal. Sokonglah kugiran tempatan! Pakailah baju-baju band tempatan, Janganlah takut muzik metal seperti yang digembar-gemburkan, buktikan scene ini tidak seperti yang di perkatakan.

Dapatkan kolektiv item Hayagriva digipack CD 'NEXUS LUNACY' dan Album "RED HEAVEN' selagi stok masih ada!!!!

Hayagriva Anniversary digipack "Nexus Lunacy (15 Years of Shadow)" mengandunggi 20 lagu. Termasuk lagu-lagu yang di remaster kan semula dari rilsan-rilisan sebelum Red Heaven. Mengandunggi lagu-lagu daripada demo 1995, EP 1997, EP 1998, Single 2007 dan live 2008.

Album Hayagriva RED HEAVEN masih dalam pasaran, namun bilangan didalam simpanan kami tidak sampai 200 unit lagi yang perlu didapati oleh peminat muzik metal tempatan khususnya. Menggandungi 12 lagu baru dan 1 lagu lama yang direkod semula.

maklumat lanjut dan sample boleh dicapai melalui laman web Hayagriva!

Layari website hayagriva di www. hayagriva. us atau myspace. com/hayagriva

Support Hayagriva - Support Musical Freedom!

Tuesday, November 4, 2008

LEFTHANDED dalam kenangan..

Muzik Latar : Semangat Lamina-lefthanded



aku rasa dah tak payah nak perkenalkan lagi nama LEFTHANDED ni pada korang. sebut jer lagu ku dihalaman rindu tanpa segan silu korang terus uuuuu..uuuuu..uuuu.. hahaha..

hari ni aku nak citer skit asal usul band ni pada sape2 yang belum penah mengetahui secara psychology nye..

sebelum nama LEFTHANDED ni digunakan mereka telah memakai nama THE LEFTHANDED sekitar tahun 1983.

Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. lepas tu mereka sebulat suara telah menukar nama daripada THE LEFTHANDED kpd Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil bersempena dengan nama pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan gigi..eh silap.. guna tangan kidal.hehehe..

Sebelum mereka merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip(SWEET CHARITY) dan Rahim Maarof(THE WHITESTEEL).

Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.

Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.

Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.

Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.

Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telah meninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.

Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.

pada tahun 2003 LEFTHANDED telah bersatu kembali dengan aggota asalnya sehinggalah kini..biarpun mereka jarang mengadakan konsert tetapi mereka masih lagi aktif dlm bidang muzik dengan kerjaya masing2..HAILL!! lefthanded!!



ahli kumpulan yg pernah menyertai LEFTHANDED:


  1. Man Kidal dari kumpulan Search @ Abdul Rahman Mahmood
  2. Samad @ Abdul Samad Mean
  3. (Nash) @ Nashrudin Elias
  4. Yan dari kumpulan Search @ Amran Marsiman
  5. Man Dayak @ Rahman Othman
  6. Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
  7. Ramli Sarip satu album 'Fanatisme'
  8. Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar satu album 'Nafas'


KOLEKSI GAMBAR LEFTHANDED sekitar 80an dan 90an









*semua gambar adalah koleksi besihitamwebzine