Aku tengah tunggu mane2 jiran aku yg nak marah aku buat bising. mai la marah aku wei!! aku dah lame tak kene marah ni. aku tau aku patut dimaki hamun ketika ni. aku buat bising, aku kaco lu org semua nak tido, aku ganggu ketenteraman korang semua..hakhakhak..peduli ape aku!! aku punye rumah aku punye suke la.pastu barang tu pun aku yang beli. berhak kah lu org nak marah aku??hakhak..aku tau korang semua marah sebenarnya pd aku ni..ye la aku ni kan tak guna macam korang..kan kan?. mai la wei marah aku..aku tunggu ni. yang aku paling ternanti2 si budak pendek macam bagus tu.ingat ketua kat tempat ni lu bleh pijak pale gua?lu ingat lu bagus ka?hakhak..sekali gua tunjal pale lu kompem tenggelam ke dasar tanah.ataupun ketinggian lu makin merendah..hakhak..weii!!! marah arr..aku kan buat bising ni!! marah la!!
woi pendek!! mai la sini.. wat muke gengster yg dulu ko penah wat kat aku dulu..macam best jer!! dah la pendekk..chaitt!!
adoi adoiiiii..sory la weii..gua tetekan sangat ni..tu sebab jadi cenggini..hakhak..
sebenarnya gua baru saje bawak gitar karen gua balik rumah bujang ni..pastu member2 lak kasi balun itu gitar kuat2..hakhak..meletup2 bunyiknyer..aku suke aku suke..takpe2 lu kasi letup2 geng kite tgok sape yg brani kaco kite..kalo dia kaco kite,kite kaco sama dia semula!!! hekhek.. pade sape2 yg nak men gitar kat umah tu, jgn risau kalo ade org nak marah men je ikut suke. kalo bleh men lagu black metal sekali ngan suare growl pun lagi bagus.hahahah..peduli r depa nak kate ape..kite punyer cara kite punyer suke la tol tak?
okehh!! gua mintak maaf kalo gua telah menyalahgunakan entri ni..BESIHITAM WEBZINE ni khusus untuk metal jer tapi gua dah salah guna..arghh..sape brani marah? aku nak marah aku? aku pun takut pade diri aku..mintak maaf ye kawan2 gua lepas kemarahan kat sini..assalamualaikum..
Friday, October 31, 2008
Friday, October 24, 2008
SAMAD LEFTHANDED KEMBALI KE RAHMATULLAH
sebelum aku memulakan proses menaip ayat didalam blog ini marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Abdul Samad Mian atau dikenali dengan nama Samad Lefthanded.
Sama ada secara kebetulan ataupun tidak kebetulan pada petang semalam aku merayau-rayau mencari VCD guitar Jamming Samad sekitar Shah Alam yang membuatkan aku menjadi resah secara tiba-tiba apabila ingin mendapatkannya. perasaan aku seperti tidak tenteram ketika menyatakan hasrat untuk mencarinya juga walaupun stok disekitar Shah Alam tiada. kesungguhan aku untuk mendapatkan VCD ini amat berlainan sekali. apabila terlihat poster beliau yang begitu gah memegang gitarnya membuatkan hati aku begitu sayu.. aku pun tak tahu itu semua merupakan satu petanda Samad akan meninggalkan kita..
sampai dirumah aku terus membuka sarung VCD dan tidak pula terus memasangnya sebaliknya aku membaca ucapan penghargaan terhadap orang yang menjayakan projek gitar jammingnya itu
"terima kasih untuk keluarga tercinta(Liza)dan anak-anak tersayang.(syafiq,syaqim,Alis Suhayana,Ahmad Fikri) yang memahami perjalanan insan seni seperti ayah".
Ermmm..bagus Samad ni, keluarga tidak pernah dilupakan. aku pun terus memasangnya tanpa banyak bicara. dari track pertama sampailah ke track yang terakhir. Dahsyat Samad ni!! patutlah beliau diberi penghormatan oleh Paul Gilbert(MR BIG) sebagai gitaris terhebat Malaysia.
selang beberapa jam kemudian aku menerima mesej dari sahabatku Kamal
"satu berita yang mengejutkan kita rockers seluruh dunia, SAMAD LEFTHANDED telahpun kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengahari tadi.Al Fatihah"
Aku terkesima seketika. Adakah betul perkabaran buruk ini?Atau ianya hanya pergolakan minda aku?tanpa banyak bercakap aku terus mendapatkan laptop dan terus mencari info mengenai perkhabaran tersebut. Akhirnya kebenaran itu terjawab apabila membaca berita ini
"KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.
Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang. Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.
Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. - Bernama"
KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.
Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.
“Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.
“Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit,” kata Norliza.
Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.
Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).
Arwah turut menerbitkan album Syurga dan Neraka untuk kumpulan itu.
Bagaimanapun, selepas Lefthanded tidak lagi aktif, arwah meneruskan kerjaya solo dan menghasilkan beberapa album termasuk terbaru, Guitar Jamming yang dipasarkan Jun lalu. Album Samad pernah memenangi kategori Album Solo Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.
Nama Samad juga popular peringkat antarabangsa apabila bekerjasama menghasilkan album kompilasi membabitkan pemuzik seperti Allan Hordsworth, Marc Bonila, Paul Gilbert dan Akira Tagasaki yang diterbitkan di Jepun pada 1997.
Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu."-berita harian
KUALA LUMPUR, 23 OKT 2008: Berpuluh-puluh pemuzik berkumpul di perkarangan Hospital Ampang di Pandan Mewah, sebaik sahaja mendapat berita tentang tentang kematian mengejut 'Hero Gitar Malaysia', Allahyarham Samad Lefthanded, sekitar jam 1.30 petang tadi.
Samad atau nama sebenarnya, Abdul Samad Mian, 45, meninggal dunia akibat sesak nafas yang menyerangnya secara tiba-tiba sewaktu berada di pejabat abangnya di Hulu Langat kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Gitaris utama Lefthanded ini dilaporkan terus rebah serta tidak mampu bergerak selepas diserang penyakit tersebut. Keadaan tambah kronik apabila mulutnya turut berbuih.
Salah seorang rakan baiknya, Awang BPR, berkata pelbagai cara dilakukan untuk memastikan beliau mampu bernafas semula termasuklah menggunakan teknik mengepam nadinya.
"Malangnya keadaan arwah masih dalam situasi yang sama. Keadaan ini memaksa abangnya menelefon ambulans. Kerana ambulans lambat tiba, mereka terus menghantar sendiri ke Hospital Ampang.
"Keluarganya mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke hospital disebabkan kesesakan lalu lintas. Sebaik saja tiba kira-kira jam 1.30 petang, arwah telah disahkan oleh doktor sudah meninggal dunia," katanya.
Selepas bedah siasat, jenazah arwah telah dibawa ke Masjid Jami' huda Ampang untuk dimandi serta dikapankan. Jenazahnya kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Hulu Langat yang berhampiran dengan kediamannya.
Arwah yang berasal dari Johor Bahru, meninggalkan seorang balu, Norliza Sumairi serta 4 cahayamata, Alif Ashraf Syafiq, 18; Ahmad Ayunda Syaqim, 17; Alis Suhayana, 14, serta Ahmad Syafiq, 6.
Selain diiktiraf sebagai antara gitaris legenda Malaysia, Samad juga pernah memenangi anugerah Album Solo Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 1995.
Antara karyawan, pemuzik serta artis yang kelihatan serta memberikan penghormatan terakhir kepada beliau adalah Ramli MS, Rahim Othman, Nash, Man Keedal serta Yazid Lefthanded, Kid & Yazid Search, Awie, Joe dan Black Wings, Joey & Awang BPR, Tam & Tony Spider serta Jemboo Def-Gab-C.
Turut kelihatan ialah komposer Arab, Aidit Alfian, Zul Mahat, Salman, Neves Pretty Ugly, Man Bangla, Aris Ariwatan, Saleem Iklim, Firdaus, Tom Revolvers, Jay Jay serta Royce Saayan.-MURAI.com.mySama ada secara kebetulan ataupun tidak kebetulan pada petang semalam aku merayau-rayau mencari VCD guitar Jamming Samad sekitar Shah Alam yang membuatkan aku menjadi resah secara tiba-tiba apabila ingin mendapatkannya. perasaan aku seperti tidak tenteram ketika menyatakan hasrat untuk mencarinya juga walaupun stok disekitar Shah Alam tiada. kesungguhan aku untuk mendapatkan VCD ini amat berlainan sekali. apabila terlihat poster beliau yang begitu gah memegang gitarnya membuatkan hati aku begitu sayu.. aku pun tak tahu itu semua merupakan satu petanda Samad akan meninggalkan kita..
sampai dirumah aku terus membuka sarung VCD dan tidak pula terus memasangnya sebaliknya aku membaca ucapan penghargaan terhadap orang yang menjayakan projek gitar jammingnya itu
"terima kasih untuk keluarga tercinta(Liza)dan anak-anak tersayang.(syafiq,syaqim,Alis Suhayana,Ahmad Fikri) yang memahami perjalanan insan seni seperti ayah".
Ermmm..bagus Samad ni, keluarga tidak pernah dilupakan. aku pun terus memasangnya tanpa banyak bicara. dari track pertama sampailah ke track yang terakhir. Dahsyat Samad ni!! patutlah beliau diberi penghormatan oleh Paul Gilbert(MR BIG) sebagai gitaris terhebat Malaysia.
selang beberapa jam kemudian aku menerima mesej dari sahabatku Kamal
"satu berita yang mengejutkan kita rockers seluruh dunia, SAMAD LEFTHANDED telahpun kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengahari tadi.Al Fatihah"
Aku terkesima seketika. Adakah betul perkabaran buruk ini?Atau ianya hanya pergolakan minda aku?tanpa banyak bercakap aku terus mendapatkan laptop dan terus mencari info mengenai perkhabaran tersebut. Akhirnya kebenaran itu terjawab apabila membaca berita ini
"KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.
Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang. Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.
Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. - Bernama"
KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.
Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.
“Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.
“Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit,” kata Norliza.
Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.
Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).
Arwah turut menerbitkan album Syurga dan Neraka untuk kumpulan itu.
Bagaimanapun, selepas Lefthanded tidak lagi aktif, arwah meneruskan kerjaya solo dan menghasilkan beberapa album termasuk terbaru, Guitar Jamming yang dipasarkan Jun lalu. Album Samad pernah memenangi kategori Album Solo Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.
Nama Samad juga popular peringkat antarabangsa apabila bekerjasama menghasilkan album kompilasi membabitkan pemuzik seperti Allan Hordsworth, Marc Bonila, Paul Gilbert dan Akira Tagasaki yang diterbitkan di Jepun pada 1997.
Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu."-berita harian
KUALA LUMPUR, 23 OKT 2008: Berpuluh-puluh pemuzik berkumpul di perkarangan Hospital Ampang di Pandan Mewah, sebaik sahaja mendapat berita tentang tentang kematian mengejut 'Hero Gitar Malaysia', Allahyarham Samad Lefthanded, sekitar jam 1.30 petang tadi.
Samad atau nama sebenarnya, Abdul Samad Mian, 45, meninggal dunia akibat sesak nafas yang menyerangnya secara tiba-tiba sewaktu berada di pejabat abangnya di Hulu Langat kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Gitaris utama Lefthanded ini dilaporkan terus rebah serta tidak mampu bergerak selepas diserang penyakit tersebut. Keadaan tambah kronik apabila mulutnya turut berbuih.
Salah seorang rakan baiknya, Awang BPR, berkata pelbagai cara dilakukan untuk memastikan beliau mampu bernafas semula termasuklah menggunakan teknik mengepam nadinya.
"Malangnya keadaan arwah masih dalam situasi yang sama. Keadaan ini memaksa abangnya menelefon ambulans. Kerana ambulans lambat tiba, mereka terus menghantar sendiri ke Hospital Ampang.
"Keluarganya mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke hospital disebabkan kesesakan lalu lintas. Sebaik saja tiba kira-kira jam 1.30 petang, arwah telah disahkan oleh doktor sudah meninggal dunia," katanya.
Selepas bedah siasat, jenazah arwah telah dibawa ke Masjid Jami' huda Ampang untuk dimandi serta dikapankan. Jenazahnya kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Hulu Langat yang berhampiran dengan kediamannya.
Arwah yang berasal dari Johor Bahru, meninggalkan seorang balu, Norliza Sumairi serta 4 cahayamata, Alif Ashraf Syafiq, 18; Ahmad Ayunda Syaqim, 17; Alis Suhayana, 14, serta Ahmad Syafiq, 6.
Selain diiktiraf sebagai antara gitaris legenda Malaysia, Samad juga pernah memenangi anugerah Album Solo Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 1995.
Antara karyawan, pemuzik serta artis yang kelihatan serta memberikan penghormatan terakhir kepada beliau adalah Ramli MS, Rahim Othman, Nash, Man Keedal serta Yazid Lefthanded, Kid & Yazid Search, Awie, Joe dan Black Wings, Joey & Awang BPR, Tam & Tony Spider serta Jemboo Def-Gab-C.
Kesedihan mula menyelubungi aku apabila kenangan bersama2 beliau mula berlegar2 dalam kotak fikiranku..Tak guna tangisi orang yang sudah pergi..
aku sebagai peminat Samad mian dari zaman Lefthanded baru nak menempa nama hinggalah zaman solonya akan tetap menyanjungi jasa2 beliau terhadap industri rock Tanah air..
pemergian beliau telah meninggalkan kesan hebat terhadap lefthanded. Tanpa Samad Lefthanded tidak berfungsi dan tanpa Samad zaman rock sepi..
sebelum perginya Samad ke rahmatullah beliau telah sempat menyumbangkan ilmu beliau kepada gitaris2 yang bakal menggantikannya. pemergiannya bukan sia2. tapi penuh makna..
Al fatihah kepada ALLAHYARHAM ABDUL SAMAD MIAN
Thursday, October 23, 2008
ZURIARTS bakal merilis material terbaru
ZURIARTS
ZURIARTS bukanlah satu nama baru! bermula denganPengunduran Shah Disaster daripada kumpulan VIOLATOR bukan bererti beliau menghentikan minatnya dalam bidang muzik tetapi beliau menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk beliau terus mengabadikan diri dalam muzik metal ini, maka lahirlah ZURIARTS. Telah pada bulan April 2004 di Seremban negeri sembilan dengan menggalasi genre Melodic Black/Death Metal..
ZURIARTS telahpun mengeluarkan Promo Reh VCD live in May 2004 & sebuah EP pada tahun 2006 yg bertajuk ZURIARTS- arrival of the dark descent..
Zuriarts juga telah beraksi di beberapa buah gigs...
Dan juga telah menyertai beberapa buah album kompilasi tempatan dan luar negara.....
Line up ZURIARTS:-
(Shah Disaster - Lead Guitar / Voc)
(Ely - 2nd Guitar)
(Fizi - Drummer)
(Epit - Bass)...
NANTIKAN EP kedua mereka yang bakal keluar tidak lama lagi!!!

Saturday, October 18, 2008
PERSOALAN MENGENAI ASSAHAR TERJAWAB
ASSAHAR pada tahun 1992
TEMUBUAL BERSAMA ONE BARCHIEL of ASSAHAR
memandangkan BESIHITAM mendapat maklumbalas positif daripada peminat, aku dengan sedaya upaya berusaha untuk memantapkan lagi isi kandungan BESIHITAM WEBZINE dengan bahan2 ilmiah mengenai dunia muzik metal Malaysia. forum 5 soalan untuk band kesayangan anda begitu mendapat sokongan ramai peminat muzik Underground membuatkan aku begitu teruja. tak sangka masih ramai lagi peminat2 tegar muzik sebegini. jika sebelum ini kumpulan PUTERA iaitu kumpulan rock era 80-90an menjadi band pertama menjawab persoalan ini maka hari ini ASSAHAR pula menjadi mangsa seterusnya..apa2 pun teruskan menyokong kumpulan kesayangan anda ini agar mereka terus mengorak langkah lebih jauh membatasi sempadan usia..HAIL ASSAHAR!!!!
5 SOALAN UNTUK ASSAHAR
1. sebelum menggunakan nama ASSAHAR, apakah nama yg digunakan?kenapa ianya tak digunakan?
ONE: Band ini guna mcm2 nama dulu. Nama terawal ialah ASYLUM, kemudian kami gunakan nama SPEDETRA utk show kat skola aku. Namun nama2 nih bukan nama permanent stakat kalo org tanya kami bole sebutkan satu nama... 1992, kami mencuba rakam demo dan rilis demo tu dibawah nama ETHOS. Dengan nama ini kami melayari u/g scene, mencari contacts dan pelajari selok-belok network yg ada utk mempromosikan sesebuah band itu. Dengan nama2 awal tu, kami bermain Thrash Metal. 1993 kami decided yg band ini berkonsepkan Black Metal(muzikal dan image) sedikit sebanyak terpengaruh dgn Burzum dan Darkthrone. Kami gunakan nama AS-SAHAR dan tak pernah tukar nama band ini lagi semenjak tu. Kenapa nama2 lama tu tak kekal, sampai sekarang pon kami sendiri tak tau jawapannya.
2.berikan sebab kenapa album baku karama dihasilkan sehingga menimbulkan kontroversi?(ramai nak tau nih)
ONE: Byk sebab... Rock itu roots kami,sebagai anak watan Johor - Headquarters of Rock Melayu! Pertukaran konsep juga kami gunakan utk menguji,melihat siapa 'kawan2' dlm u/g scene itu yang sebenarnya kawan... Ternyata ramai yg hanya berkawan dgn Black Metal kami dan bukannya KAMI dan ianya menguatkan motto kami dalam friendship - TRUST NO ONE! Ianya juga menonjolkan kekolotan yg ketara antara u/g muzik fan yg tak tau apa erti underground yg sebenar... u/g muzik tiada undang2,kita buat apa yg kita suka dan rasa nak buat. "Baku Karama" tidak rilis sebagai komersil item...ianya tetap dibawah label u/g. Dlm genre lain mcm rave,rap,hiphop,punk-rock pon wujud benda u/g nih..Orang kolot,dorang tak nampoak semua tu..atau mungkin dalam perot mak dorang lagi dorang dah dengar lagu Darkthrone...tu yg jadik camtu, takpon masa keluar dari perot telinga dorang bapak dorang 'azan' dengan muzik Rotting Christ.
3.ape perasaan bila mula2 muncul di gig pertama assahar?apa reaksi crowd masa tu?
ONE: Biasa ajer...gig pertama kami 1994 di Singapura yang memang terkenal dgn crowd yg sedikit dtg ke gigs. So, kami pon tak reti nak cakap reaksinya camner. Sudahnya jadi seperti jam session, crowd yg datang pon macam menonton wayang..anyway 2 baris je crowd yg ada depan stage.
4.selain anda berdua yg mendalangi ASSAHAR adakah adik beradik yg lain cuba mengikut jejak langkah?atau anda memang hanya dua beradik?
ONE: Kami hanya dua beradik ajer
5. penghasilan lirik assahar sangat puitis. adakah ASSAHAR terdiri drpd pelajar2 cmerlang di kolej?bgaimana terjerumus ke lembah muzik metal ni?
ONE: Muzik Metal nih, back-in mid 80's Malik Hanael diperkenalkan oleh kawan2 skola dia yg mendapatkan stuffs dari oversea,beli kat sana ketika skool holiday. Lepas tu, dia rekomen kat aku... Ki dita pick-up dari sana,sentiasa mencari stuffs2 baru sehinggalah ada kedai2 yg mula menjual stuffs begitu. Tentang liriks As-Sahar... ada yg puitis, ada yg tidak...Aku minat puisi semenjak kecik dan menjadi ahli satu persatuan puisi kat Singapore. Aku meminati lagu2 puisi seperti apa yang Ebiet G Ade, Kopratasa, Nuradee, Rausyakfikir, M.Nasir, buat... Sayangnya aku tak main muzik komersil mcm dorang2 nih, so aku aplikasikan dalam Metal.
6.terakhir, ucapan kepada peminat tegar AS-SAHAR yang begitu mencintai sejak dulu.
ONE: Album baru kami "Tir" bakal rilis pada November 2008... So, check-it-out! Bagi anda yg meminati album dan EP terawal As-Sahar, "Tir" adalah pengubat rindu... Ianya akan memulakan semula cycle baru dalam As-Sahar..who to trust, who are friends and who got the knowledge.
**semua gambar adalah koleksi ASSAHAR
5 SOALAN UNTUK PUTRA
SEJENAK BERSAMA KUMPULAN PUTRA
5 SOALAN UNTUK PUTRA
1. kenapa PUTRA di 'reunion' semula?
-sebab music, business dan aweks!!
2. siapa yang mencetuskan idea penubuhan PUTRA?
- bro kis dan bro man
3. di konsert manakah PUTRA betul2 rasa teruja dgn sambutan peminat dan paling enjoy?
- semua concert (lebih kurang 400++)
4.adakah anggota PUTRA akan serius selepas ini dalam bidang muzik?
- semua PUTRA sentiasa serious dlm music
5. adakah semua anggota PUTRA sudah berkahwin?sape yg paling ramai anak?
- 2 berkahwin, 2 duda, sorang bujang. bro man yg paling ramai..4 org
terakhir sekali harapan kump PUTRA terhadap peminat setelah muncul kembali di persada muzik rock malaysia setelah beberapa tahun merehatkan diri
PUTRA takde mengharapkan apa2...ROCK SELAGI BOLEH bro! tunggu road tour dan album baru awal 2009
Friday, October 17, 2008
5 SOALAN UNTUK BAND KESAYANGAN ANDA
gua akan mengutarakan 5 soalan utk band kegilaan lu orang dalam ruangan ni nanti. ape yg lu harus lakukan ialah
lu pilih band kegilaan lu. janji band tu band rock n metal Malaysia(bukan indon or oversea k)
lu harus siapkan 5 soalan untuk band tu. tak kira la ape jenis soalan tapi haruslah soalan yg berakademik dan mencabar kekaliberan beliau
last sekali lu send kat gua soalan2 tu.nanti gua tapis n gua akan meng'interviu diorang dgn soalan lu..
macamane? ade paham? hakhak..
kalo tak paham gak lu pandai2 la mesej gua k..
ade bran ke tak ni?macam tak bran jer..hahaha..

Sunday, October 12, 2008
AKU BERSAMA SATRIA NAGA
gua dok lupa nak taruk gambar ni..dah lama dah aku tangkap, saje jer nak posing dengan album SYMPHONIA ni..album ni merupakan album paling sempoi penah aku layan.kualiti sangat membanggakan walaupun pada hakikatnya proses pengeluarannya tak lah begitu mahal dan memeranjatkan..so,dengan gambar ini aku memaklumkan yang aku SUPPORT SYMPHONIA dari belakang!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)