SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Monday, August 25, 2008

HARD N HEAVY STUDIO mengajak anda!!


TOKO HARD N HEAVY



Anda ingin melampiaskan nafsu anda dengan bermain muzik? pening mencari studio jamming? atau tidak mngetahui dimanakah tempat untuk mencari metal merchandize?

yeahh!! toko muzik HARD N HEAVY STUDIO mengajak anda bersama-sama menganggukkan kepala di studio muzik mereka kerana HARD N HEAVY bukan hanya sekadar studio biasa kerana di toko ini ada menjual barangan seperti t'shirt import/lokal, cd, dvd, kaset, patches, majalah dan macam-macam lagi yang bisa membuatkan mata anda menjadi juling itik.

kami disini amat menyeru orang-orang kedah khususnya datang beramai-ramai memeriahkan lagi toko muzik HARD N HEAVY ni dengan menghadirkan diri ke alamat:

no 34 stesen bas lama bangunan hbr jln langar alor setar

so, apa tunggu lagi tak metal la kalau tak singgah!!

untuk keterangan lanjut sila hubungi 0195486035 (khairul)

Friday, August 8, 2008

BINGIT bulan ini!!

Arghhhhh...panas! panas! panas!! huh! sungguh panas cuaca sekarang ni kan? kipas kat syiling bukan main laju berputar tapi bahang mentari masih lagi berjaya menusuk kerongga kulit aku yang agak nipis ni. aku sebenarnya nak bagitau kepada pelawat-pelawat besihitam webzine yang aku sejak akhir-akhir ni sibuk sikit dengan kerja praktikal aku. sepanjang bulan ni aku ada dalam 3 projek perlu dibereskan.itu baru bulan ni tak termasuk bulan-bulan seterusnya.huh!! bak kata bonda aku "tak baik mengeluh". ye la bonda anakda dengar kata-kata bonda tu.heheh..baru-baru ni aku dah balik pahang jumpa diorang, sempat gak la aku merasa buah-buahan yang diorang kutip khas untuk aku yang dah lama tak balik ni.haha..sedih plak tinggalkan diorang. tapi nak buat macamana takkan aku nak tinggalkan JIHAD aku ni. betul tak? minggu lepas aku balik, so sempat jugak la aku merasa buah durian,rambutan,manggis,salak dan buah rambai. huh!! sedap pulak buah-buah tu. teringat zaman budak-budak dulu dok keje panjat pokok petik buah pastu jatuh terhumban ke tanah. parut masih lagi berbekas kat lutut aku ni.huhu.. meraung aku masa tu.hahaha..budak-budak la katakan.
huii..melalut pulak aku. aku sebenarnya nak bagi tau korang semua yang aku bizi buat masa ni. kat bawah ni aku senaraikan jadual aku k.

10 ogos 2008- shooting video clip Damian-VE (boyband) wakakaka
21/22 ogos 2008-shooting iklan PSA (berjimat cermat)
29/30/31- shooting filem pendek (dinding)

argghhh..dah naik biru mata hitam aku ni. ape-ape pun aku kena terima ini semua sebagai cabaran aku. harap-harap mealerz semua dapat menyokong aku dari belakang. jasa kalian semua amat aku hargai. haillllllll!!!

Thursday, August 7, 2008

MAY KACAK!!

MARI KITA BONGKAR KHAZANAH ROCK MELAYU!!!

KAMILAH JEJAKA ENSEM!!

hahaha..semalam tengah aku syok-syok mengemas folder komputer aku, aku terbukak la folder galeri rock aku yang dah agak lama aku tak bukak. mula-mula aku rasa gambar ni takde la nampak kelakar sangat tapi bila aku cube ingat wajah mereka sekarang dibandingkan dengan gambar ini begitu jauh berbeza.hahaha.. mase ni diorang ngah layan lagu-lagu jiwang kot?hakhak..ape-ape pun MAY memang rock giler. aku banyak lagi gambar-gambar diorang yang agak rawk dalam simpanan aku ni, ermm..mungkin nanti akan aku masukkan dalam ruangan ni lagi untuk tatapan rockers malaya yang dahagakan info tentang band-band rock 80-90an. so, ape pendapat korang tentang empat orang mamat kat atas ni? jambu tak?hahaha..