Satria Naga
Setelah aku melakukan sedikit pengkajian mengenai band yang menggelarkan diri mereka sebagai SYMPHONIA ini, rasanya aku begitu kecil untuk melakukan ulasan dan kritikan terhadap permainan dan lagu-lagu yang dicipta mereka. SYMPHONIA hanya sebuah nama baru yang masih belum dikenali oleh penggemar-penggemar muzik tetapi setelah diselongkar asal usulnya sudah pasti anda semua terkejut kerana mereka bukanlah terdiri daripada pemuzik-pemuzik amatur dan picisan tetapi mereka dikalangan pemuzik professional yang mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam ilmu muzik ini. Siapa yang tak mengenali MELON KING? Sebut sahaja lagu Sayembara Kuasa sudah pasti ramai yang mengangguk tanda setuju dan tahu mengenai lagu tersebut yang mempunyai skala muzik yang amat berlainan dengan zaman muzik pada waktu itu. Tetapi jika disebut nama SYMPHONIA MELONIA sudah pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Tidak kurang juga ada yang menggaru-garu sambil tercengang memikirkan nama band yang pelik tak pernah didenganr. Apa-apa pun, itu merupakan sejarah awal kegemilangan band ini sebelum dinamakan SYMPHONIA. Satria Naga merupakan sebuah album yang diterbitkan mereka sendiri di NEOCLASSICAL STUDIO dan vokalnya telah dirakamkan di SINAR STUDIO milik Mus MAY. Jika dilihat dari segi rekaan kulit album, iainya dihasilkan dengan simple sahaja tetapi nilai estetikanya amat menarik minat aku yang begitu menghargai kesenian ini. Walaupun logo tulisannya direka dengan menggunakan tulisan computer sahaja yang begitu mengecewakan aku tetapi tidak pada lukisan naga dan background kulit album ini, kerana bagi aku ianya suatu perkara yang menarik dan menjadi simbolik kepada nama SYMPHONIA itu sendiri lebih-lebih lagi naga merupakan symbol utama bagi muzik Neoclassical powerspeed metal ini. Nampaknya pengaruh rekaannya masih lagi berkait rapat dengan rekaan-rekaan kulit album band-band seperti RHAPSODY,BLIND GUARDIAN dan band-band yang memperjuangkan irama sebegini. Apa-apa pun symbol naga memang tidak boleh dipisahkan dengan muzik neoclassical sejak dari dulu lagi. Ok. Untuk tidak membuang masa lagi aku akan terus kepada ulasan keseluruhan lagu yang terdiri daripada 11 buah lagu iaitu intro, manusia, saudagar maruah, wira, sembilan pendita, 7 penjuru, dunia syurga, lagenda trilogy(instrumental- tribute to paganini), Kasih(ku sedia menanti), hasutan dan satria naga(instrumental).
Kita terus ke track pertama iaitu
Intro-
Sebuah intro yang menaikkan mood dan perasaan aku yang ketika itu sedang dilanda masaalah peribadi. Ianya seperti membawa aku terawang-awang di udara dan sekali gus memberi nafas kepada pancaindera aku untuk terus mendengarnya sampai habis. Alunan keyboardnya mempunyai ton turun naik yang sekata dan bermelodi. Membawa aku ke satu destinasi seperti ke sebuah
Track 2- MANUSIA
track-3.Saudagar maruah- hahaha… Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lagu ini. Sangat bagus!!! Dari segi penyusunan, penciptaan dan liriknya membuatkan aku terus menerus untuk memberi pujian kepada SYMPHONIA. Lagu ini telah membuktikan Aman seorang gitaris yang berwibawa. Nampaknya Man Kidal jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan
track 4.Wira- sebuah lagu yang bermelodi!! Yearghh!! Lagu ini
Track 5- sembilan pendita- lagu ini telah menarik diri aku untuk terus terjerumus bersama-sama SYMPHONIA ke dalam satu pengembaraan yang penuh liku-liku. Sebuah lagu instrumental yang penuh teknikal dan memerlukan kemahiran dalam permainan. Bassist iaitu saudara Z9 banyak melakukan improvisasi dari segi corak permainannya. Lagu ini lebih banyak pengaruh Malmsteen dari segi solonya, nampaknya Aman masih lagi tak dapat membuangkan bayang-bayang Malmsteen dalam dirinya. Lagu ini juga mengingatkan aku kepada sebuah kumpulan rock
Track 6. 7 penjuru- lagu ini membuatkan aku untuk terus-menerus memberi pujian kepada SYMPHONIA tanpa henti. Ternyata lagu ini terus memberi semangat kepadaku untuk terus meminati SYMPHONIA. Elemen kemelayuan terus dikekalkan walaupun lagu ini telah meningkatkan kelajuan permainan. Zaly terus menerus memberi gasakan dengan ketukan padunya, zul pula
Track 7.Dunia Syurga- wah!! Intro saja dah menggambarkan lagu ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan. Feel lagu ini amat berlainan dengan lagu-lagu sebelumnya membuatkan aku terus tidak berganjak untuk terus mengulangi track ini sebanyak mungkin. Intro sahaja sudah cukup menaikkan semangat aku untuk terus setia bersama SYMPHONIA. Muzik dan melodi kali ini lebih dinamik dengan serangan bertalu-talu oleh Aman dan rakan-rakannya. Lagu ini betul-betul menguji kehebatan permainan drum kerana flow turun naiknya kadang-kala amat susah di jangka di beberapa bahagian. Aman banyak menggunakan teknik apregios membuatkan lagu ini nampak cantik lebih-lebih lagi gabungan keyboard yang tanpa henti melancarkan serangan membuatkan ritma lagu ini lebih dinamik dan bervariasi. Apa-apa pun mereka sudah bijak menarik hati pendengar membuatkan kita sendiri tidak bosan tatkala mendengarnya.
Track 8.Lagenda Trilogy- arghhhh.. aku mula dah tak tau nak berkata apa, lagu ini betul-betul mengingatkan aku kepada niccolo Paganini yang sememangnya pengasas muzik sebegini. Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lenggok lagu ini yang berunsurkan irama metal melayu. Jika thrash kita ada Cromok maka neoclassical pula kita ada SYMPHONIA. Mungkin Ritchie Blackmore juga boleh dimasukkan sekali namanya sebagai penghargaan. Hahaha..(suka-suka aku jer). Lagu ini sebenarnya merupakan lagu penghargaan buat Paganini yang merupakan pelopor besar music Classical ini. Joseph haydn dan Beethoven juga merupakan pelopor muzik sebegini. Mungkin diorang tak berapa terkenal kerana gayanya berlainan. Apa-apa pun lagu ini amat sesuai bagi mereka yang baru sahaja bangkit dari tidur kerana elemen-elemen semangat banyak diserapkan didalam lagu ini. Syabas Aman!! Solo anda betul-betul menterujakan aku.
Track 9. Kasih (ku sedia menanti)- aku suka susunan lagu ini. Sebuah lagu ber‘mood’ slow dan bermelodi melankolik. Di permulaan lagu jelas kedengaran elemen gitar klasik membuatkan lagu ini lebih bervariasi dan tonnya kedengaran lebih padat dan pedasss!! Kenapa agaknya lagu ini diselitkan sekali dalam album ini? Padahal purata keseluruhan lagu didalam ini semuanya boleh diklasifikasikan sebagai powerspeed. Yeahh!! Inilah yang dikatakan kolaborasi didalam penghasilan lagu. Nampaknya SYMPHONIA semakin bijak mengatur strateginya. Mengikut pandangan intuisi aku lagu ini diselitkan bertujuan untuk tidak memberi impak kebosanan kepada si pendengar. Lagu ini
track 10. Hasutan- idea yang sangat menarik! Hahaha.aku dah kata tadi pada track 9 SYMPHONIA memang bijak memerangkap halwa pendengaran kita semua lagi-lagi gegendang telinga aku yang seperti melekat di speaker headphone. Aku ulang 3 kali lagu ini untuk mencari kesalahan permainan mereka. Huh!! Nampak gayanya telinga aku masih belum cukup sempurna untuk mencari kesalahan mereka.hahaha.. mereka sekali lagi membuat improvisasi yang berdinamik. Gandingan mereka semua amat menjadi didalam menyempurnakan lagu ini, bermula dengan intro sehinggalah ke akhir lagu ini ianya disusun dengan sempurna sekali. huh..aku sudah tidak berdaya lagi untuk memuji mereka. Pengalaman mereka didalam arena muzik betul-betul mereka gunakan didalam penciptaan album ini. Bassistnya iaitu saudara Zulkarnain mula menunjukkan kehebatannya mencorakkan lagu ini membuatkan lagu ini semakin tight dan bertenaga. Elemen progresif terus digarap oleh Aman membuatkan lagu ini mencapai ke satu tahap melodi bermaksimum! Vocal dan koir menambahkan lagi seri lagu ini. Soundnya ketat dan berat sarat dengan riff-riff yang progresif.
track 11.Satria Naga- Berat!!! Kelajuan
Keseluruhan lagu didalam album ini betul-betul memeranjatkan aku. Album ini betul-betul mengembalikan semangat aku untuk terus berjuang didalam arena muzik metal underground ini. Aku seperti terpaku dan terus membeku tatkala mendengar keseluruhan lagu ini buat kali pertamanya. Sebelum ini aku dikejutkan dengan kumpulan Metalasia tetapi baranya tidak tahan lama kerana hanya setakat satu album sahaja mereka dapat bertahan. SYMPHONIA memberikan harapan baru kepada industri muzik
Reviewed by,
Abu huzaifah(besihitam magazine)