SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, March 12, 2009

Filem ROCKSTAR!!! tribute to ROCK 80's




Salam kegelapan semua..

gua harap lu orang semua sihat2 jer..dah lama gua tak pos berita kat besihitam nih..bese la sibuk la katakan..gua banyak habiskan masa untuk menonton filem sejak akhir-akhir ni memandangkan gua dah menjadi pemerhati tetap setiap pengeluaran filem kat Malaysia nih..nak kata pandai kritik xde la.bleh la blah.hahah..gua hari ni nak ceritakan la serba sedikit pasal satu filem yang dah berabad tersimpan dalam laptop gua nih..rase2 lu semua penah tgok kot..jom kite selami kisah disebalik filem ni.. ROCKSTAR

so you wanna be a Rockstar??
ajar budak kecik wat lambang corna..rockkkkk..ooo

Filem ini mengisahkan mengenai Chris Cole iaitu seorang rocker yang begitu meminati kumpulan idolanya iaitu STEEL DRAGON. Filem ini berlatar belakangkan tahun 80an dimana masa itu zaman kemasyhuran era rock dunia. Chris Cole yang begitu obses terhadap band STEEL DRAGON sehinggakan dia menubuhkan sebuah band sendiri yang bernama BLOOD POLLUTION sebagai band tribute untuk idolanya.



ni masa konsert Steel Dragon..bleh plak lawan pitching..hahahah



Beliau yang seratus peratus meniru gaya idolanya itu menyebabkan ahli kumpulan tidak berpuas hati dengan tindakannya itu kerana mereka langsung tidak dapat mencorakkan identity muzik sendiri.


Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Cole, ahli kumpulannya telah bertindak untuk memecatnya keluar daripada band BLOOD POLLUTION. Sedih tak kepalang menimpa Cole, beliau seterusnya terpaksa membawa haluan sendiri demi mencapai cita-citanya. Sehinggalah pada suatu hari ada seseorang telah menelefonnya untuk menghadirkan diri pada satu uji bakat yang telah dijalankan oleh kumpulan STEEL DRAGON iaitu kumpulan kebanggaannya. Cole telah menjalani ujibakat tersebut sehingga mereka berpuas hati dengan suara Cole yang tinggi menepati citarasa kumpulan tersebut. Cole bagai tak percaya dapat menggantikan vokalis utama kumpulan tersebut, berita itu seterusnya disampaikan kepada ibubapanya serta kawan-kawannya. Ternyata mereka juga turut tumpang gembira. Cole telah mengubah namanya kepada IZZY sebagai nama popular yang baru khas untuk kumpulannya STEEL DRAGON.

konsert pertama yg memalukan.hahah..siap jatuh guling2 tu dari atas stage



Bermulalah episod kehidupan Izzy yang penuh glamour, pelbagai undangan konsert telah dijayakannya sehinggakan beliau sangat terkenal. Perkataan SEX, DRUG & ROCK n ROLL tidak dapat dielakkannya kerana kehidupan yang penuh popularity sudah pasti akan melalui saat getir seperti ini. Hari berganti hari kian kelamaan Izzy mula bosan dengan kumpulan tersebut kerana dia tidak dapat berkarya sepenuhnya bahkan beliau hanya perlu menjadi pak turut didalam kumpulan

selamba jer bangun pastu sambung balik lagu tadi..cayalahhhh!!!


tersebut. Akhirnya Izzy telah bertekad untuk mencari penggantinya kerana beliau ingin berundur dari kumpulan tersebut. Beliau akhirnya telah mnjadi seperti biasa semula dan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Cole. Kali ini beliau telah menubuhkan bandnya sendiri ala-ala Nickelback dan telah kembali ke pangkuan kekasihnya Emily(Jennifer Aniston).kepada hangpa yang begitu meminati muzik rock,filem ni mesti kene tgok!! citer ni mengenai kisah sebenar yang dilalui oleh vokalis kumpulan JUDAS PRIEST..

8 bintang untuk ROCKSTAR!!!

6 comments:

eddie dewanaga said...

hehehe... gua suka tgk mark wahlberg bercelak... pastu scene dia semasa tgk steel dragon, dia jerit lebih dari vocalist, pastu bila dia pulak yg jadik vocalist, perkara yg serupa berlaku... selit flyer gig celah wiper... hahaha, been there, done that!!

deaf_angel said...

aku pernah nengok..
ni soundtrack dia yang Steelheart 'she's gone' tu tak salah.

Auk's de Nekrademus said...

yeahhhh
citer ni mmg best
dan citer ni mmg reality bila dah join menstrim
hehehe

abu besihitam said...

hahaha..tul tu..gua dah patploh kali tengok tak boring..hehehe..citer rock pun gempak gak tapi xdpat feel sgat..

geng metal said...

aisey wa kene tgk neh! tq buat ulasan bro ...

berteromber said...

cuma satu tak bleh blah ngan citer ni...ada ker mark wahlberg yg berlakon?..rasa macam lu tengok Yusri KRU berlakon jadi mat rock...iskh..