SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Tuesday, September 16, 2008

BERITA GEMPAR!!!!- rakan kita kemalangan!

Pada tarikh 28 Mei 2008 kita dikejutkan dengan berita kemalangan Hashim(sil khannaz, brain dead, pilgrim) di Bukit Jelutong Shah Alam yang menyebabkan beliau cedera teruk dibahagian tangan dan kaki yang memaksa beliau untuk terus berehat buat seketika didalam dunia bawah tanah.

selang beberapa bulan kemudian, seorang lagi rakan metal kita iaitu Ozzymay DARKREGIME telah ditimpa kemalangan Jalan raya di Kota Bharu pada tarikh 15.9.2008 ketika sedang menunggang motosikal beliau telah dirempuh oleh sebuah kereta menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk di kaki.

Alhamdulillah, keadaan kedua-duanya stabil dan Allah masih lagi menyayangi mereka.

Kita sebagai umat Islam, marilah kita berdoa agar mereka berdua cepat sembuh seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupanseperti biasa serta melakukan ibadah dengan sempurna di bulan ramadahan al-mubarak ini. Amin yarabbal alaminn...

1 comment:

eddie dewanaga said...

semoga rakan2 seperjuangan yg lain2 sentiasa dibawah lindungan Yg Maha Kuasa...