SELAMAT DATANG KE BESIHITAM WEBZINE

Thursday, June 5, 2008

SYMPHONIA-Satria Naga(review)

SYMPHONIA
Satria Naga

Setelah aku melakukan sedikit pengkajian mengenai band yang menggelarkan diri mereka sebagai SYMPHONIA ini, rasanya aku begitu kecil untuk melakukan ulasan dan kritikan terhadap permainan dan lagu-lagu yang dicipta mereka. SYMPHONIA hanya sebuah nama baru yang masih belum dikenali oleh penggemar-penggemar muzik tetapi setelah diselongkar asal usulnya sudah pasti anda semua terkejut kerana mereka bukanlah terdiri daripada pemuzik-pemuzik amatur dan picisan tetapi mereka dikalangan pemuzik professional yang mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam ilmu muzik ini. Siapa yang tak mengenali MELON KING? Sebut sahaja lagu Sayembara Kuasa sudah pasti ramai yang mengangguk tanda setuju dan tahu mengenai lagu tersebut yang mempunyai skala muzik yang amat berlainan dengan zaman muzik pada waktu itu. Tetapi jika disebut nama SYMPHONIA MELONIA sudah pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Tidak kurang juga ada yang menggaru-garu sambil tercengang memikirkan nama band yang pelik tak pernah didenganr. Apa-apa pun, itu merupakan sejarah awal kegemilangan band ini sebelum dinamakan SYMPHONIA. Satria Naga merupakan sebuah album yang diterbitkan mereka sendiri di NEOCLASSICAL STUDIO dan vokalnya telah dirakamkan di SINAR STUDIO milik Mus MAY. Jika dilihat dari segi rekaan kulit album, iainya dihasilkan dengan simple sahaja tetapi nilai estetikanya amat menarik minat aku yang begitu menghargai kesenian ini. Walaupun logo tulisannya direka dengan menggunakan tulisan computer sahaja yang begitu mengecewakan aku tetapi tidak pada lukisan naga dan background kulit album ini, kerana bagi aku ianya suatu perkara yang menarik dan menjadi simbolik kepada nama SYMPHONIA itu sendiri lebih-lebih lagi naga merupakan symbol utama bagi muzik Neoclassical powerspeed metal ini. Nampaknya pengaruh rekaannya masih lagi berkait rapat dengan rekaan-rekaan kulit album band-band seperti RHAPSODY,BLIND GUARDIAN dan band-band yang memperjuangkan irama sebegini. Apa-apa pun symbol naga memang tidak boleh dipisahkan dengan muzik neoclassical sejak dari dulu lagi. Ok. Untuk tidak membuang masa lagi aku akan terus kepada ulasan keseluruhan lagu yang terdiri daripada 11 buah lagu iaitu intro, manusia, saudagar maruah, wira, sembilan pendita, 7 penjuru, dunia syurga, lagenda trilogy(instrumental- tribute to paganini), Kasih(ku sedia menanti), hasutan dan satria naga(instrumental).

Kita terus ke track pertama iaitu

Intro-

Sebuah intro yang menaikkan mood dan perasaan aku yang ketika itu sedang dilanda masaalah peribadi. Ianya seperti membawa aku terawang-awang di udara dan sekali gus memberi nafas kepada pancaindera aku untuk terus mendengarnya sampai habis. Alunan keyboardnya mempunyai ton turun naik yang sekata dan bermelodi. Membawa aku ke satu destinasi seperti ke sebuah medan peperangan.

Track 2- MANUSIA

Wow!!! Sebuah lagu yang begitu mengejutkan aku dari lamunan. Aku bertanya sendirian adakah lagi muzik seperti ini pada zaman ini? Kenapa mereka begitu berani memperjuangkan muzik sebegini? Kenapa dengan keadaan pasaran muzik sekarang ni mereka mencipta lagu seperti ini? Aku rasa persoalan ini tak perlu aku persoalkan kerana jawapannya mereka sendiri sahaja yang tahu. Perkara inilah yang selalu aku cungkilkan didalam setiap bicara aku bersama pemuzik underground. Inilah yang dikatakan kejujuran dan keikhlasan hati didalam berkarya. Duit bukanlah menjadi tujuan album ini dicipta kerana jika dilihat dengan pasaran semasa lagu ini mungkin tidak di terima masyarakat Malaysia khususnya penggila muzik irama seberang yang begitu rakus membolot duit . lagu ini merupakan sebuah lagu yang begitu membangkitkan semangat aku untuk terus memperjuangkan maruah muzik underground ini. Di awal Permulaan lagu lagi telah kedengaran kesepaduan gabungan muzik SYMPHONIA yang begitu tight!! Aman bijak menyusun lagu ini dengan melodinya yang ada turun naik, kelajuannya tidak pernah perlahan malahan terus laju dan laju seperti mempunyai plot yang mempunyai awalan, klimaks dan akhiran. Vocalisnya patut diberi pujian kerana suaranya memang sesuai dengan melodi lagu sebegini, jeritan dan pekikan Zul amat membantu permainan keyboard, gitar, bass dan drum membuatkan melodinya sekata dan menarik. Kualiti bunyinya juga patut diberikan pujian. SYABAS!! Lirik lagu ini lebih berkisarkan mengenai kejahatan manusia terhadap manusia. Aku tujukan lagu ini kepada bangsa Israel ataupun Yahudi yang merupakan bangsa dilakhnat Allah. Bangsa inilah yang menjadi musuh islam sejak dari kelahiran Nabi Muhammad lagi. Mari kita sama-sama membenci bangsa yang dilakhnat ini!!!

track-3.Saudagar maruah- hahaha… Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lagu ini. Sangat bagus!!! Dari segi penyusunan, penciptaan dan liriknya membuatkan aku terus menerus untuk memberi pujian kepada SYMPHONIA. Lagu ini telah membuktikan Aman seorang gitaris yang berwibawa. Nampaknya Man Kidal jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan gaya, mutu dan kemahiran yang ada pada Aman Cuma pengalaman sahaja menjadi batas antara mereka. Aman telah membuktikan yang dirinya setanding dengan idolanya iaitu Ygwie J.Malmsteen. pemain bass iaitu saudara Z9 betul-betul memberi saingan sengit buat Aman didalam lagu yang berskala laju ini. Nampaknya Z9 juga mula menunjukkan kehebatannya didalam lagu ini, irama bass yang dimainkan membuatkan lagu ini semakin laju dan bersih. Alunan keyboard terus menghidupkan lagi suasana lagu ini dengan diiringi ketukan padu dari Zaly yang semakin hebat memainkan peranan.vokal bagi lagu ini begitu kejam, Zul seperti meneran suaranya membuatkan lagu ini diselubungi rasa marah yang dihadapinya. Vokalnya masih lagi belum dilontarkan habis dan jeritannya tidak lagi kedengaran didalam lagu ini. Lagu ini betul-betul mencabar!!!

track 4.Wira- sebuah lagu yang bermelodi!! Yearghh!! Lagu ini cuba memperlahankan sedikit rentak yang tadinya laju dan kejam. ‘Wira’ membuatkan aku menggelek-gelekkan punggung aku yang tadinya keras membatu diatas kerusi plastik ni. Unsur-unsur kemelayuan mula meresapi diri aku melalui lagu ini, tetapi melodinya asyik diulang-ulang dari awal sampai akhir membuatkan lagu ini seperti tidak mempunyai awal dan akhirnya. Tetapi itu tidak menjadikan muzik ini kaku kerana Aman bijak melancarkan solo-solo mautnya membuatkan lagu ini lebih bervariasi. Yeahh.. akhirnya kedengaran juga suara-suara mereka semua digandingkan. Menarik!! Lenggoknya membuatkan lagu ini tidak terlalu kosong dan menjadikan SYMPHONIA sebuah band yang ahlinya serba boleh! Kali ini Zul betul-betul menggunakan sepenuh tenaga untuk membuat jeritan. Teringat pulak aku vocal zaman rock 80an dulu seperti kumpulan ROCKERS yang banyak membuat jeritan high pitch.Tempo drum dan bassnya tetap dijaga dari awal lagu sampai akhir. Bersih dan menarik! Aku suka lagu ini. Liriknya nampak simple tapi penuh makna.

Track 5- sembilan pendita- lagu ini telah menarik diri aku untuk terus terjerumus bersama-sama SYMPHONIA ke dalam satu pengembaraan yang penuh liku-liku. Sebuah lagu instrumental yang penuh teknikal dan memerlukan kemahiran dalam permainan. Bassist iaitu saudara Z9 banyak melakukan improvisasi dari segi corak permainannya. Lagu ini lebih banyak pengaruh Malmsteen dari segi solonya, nampaknya Aman masih lagi tak dapat membuangkan bayang-bayang Malmsteen dalam dirinya. Lagu ini juga mengingatkan aku kepada sebuah kumpulan rock Malaysia iaitu Lefthanded melalui album Qabul. Apa yang hendak aku nyatakan disini, lagu-lagu yang diciptakan mereka betul-betul membuatkan aku teruja. Lihat saja lagu ini. Aku seperti mati hidup semula kerana seakan-akan tidak percaya masih ada band yang mampu menghasilkan produk sebagus ini yang tidak mengharapkan muzik sebagai sumber mata pencarian. Aman, Z9, Zaly, Tina dan Zul betul-betul menyedarkan aku bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan dunia luar didalam penghasilan muzik yang bermutu dan berkaliber.lagu ini penuh dengan corak improvisasi muzik Malaysia. SALUTE!!

Track 6. 7 penjuru- lagu ini membuatkan aku untuk terus-menerus memberi pujian kepada SYMPHONIA tanpa henti. Ternyata lagu ini terus memberi semangat kepadaku untuk terus meminati SYMPHONIA. Elemen kemelayuan terus dikekalkan walaupun lagu ini telah meningkatkan kelajuan permainan. Zaly terus menerus memberi gasakan dengan ketukan padunya, zul pula cuba menunjukkan taring dan rupa dirinya sebenar. Pekikan dan lolongannya betul-betul menghidupkan lagi SYMPHONIA selain gandingan Aman dan Z9 yang sudah sememangnya hebat mengendalikan instrument masing-masing. Tina merupakan pemain keyboard yang dijemput khas dari UiTM telah berjaya mencorakkan muzik SYMPHONIA ke tahap yang paling bagus. Sebenarnya aku terkejut apabila melihat wajah beliau membarisi line-up SYMPHONIA kerana tidak menyangka pelajar satu UITM dengan aku ini berbakat didalam genre muzik seperti ini. Sebelum ini aku kenal beliau dengan persembahan lagu yang slow tapi kini keadaan itu telah pun berubah. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mengharumkan nama UiTM.hehehe..

Track 7.Dunia Syurga- wah!! Intro saja dah menggambarkan lagu ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan. Feel lagu ini amat berlainan dengan lagu-lagu sebelumnya membuatkan aku terus tidak berganjak untuk terus mengulangi track ini sebanyak mungkin. Intro sahaja sudah cukup menaikkan semangat aku untuk terus setia bersama SYMPHONIA. Muzik dan melodi kali ini lebih dinamik dengan serangan bertalu-talu oleh Aman dan rakan-rakannya. Lagu ini betul-betul menguji kehebatan permainan drum kerana flow turun naiknya kadang-kala amat susah di jangka di beberapa bahagian. Aman banyak menggunakan teknik apregios membuatkan lagu ini nampak cantik lebih-lebih lagi gabungan keyboard yang tanpa henti melancarkan serangan membuatkan ritma lagu ini lebih dinamik dan bervariasi. Apa-apa pun mereka sudah bijak menarik hati pendengar membuatkan kita sendiri tidak bosan tatkala mendengarnya.

Track 8.Lagenda Trilogy- arghhhh.. aku mula dah tak tau nak berkata apa, lagu ini betul-betul mengingatkan aku kepada niccolo Paganini yang sememangnya pengasas muzik sebegini. Aku menjadi semakin tidak keruan apabila mendengar lenggok lagu ini yang berunsurkan irama metal melayu. Jika thrash kita ada Cromok maka neoclassical pula kita ada SYMPHONIA. Mungkin Ritchie Blackmore juga boleh dimasukkan sekali namanya sebagai penghargaan. Hahaha..(suka-suka aku jer). Lagu ini sebenarnya merupakan lagu penghargaan buat Paganini yang merupakan pelopor besar music Classical ini. Joseph haydn dan Beethoven juga merupakan pelopor muzik sebegini. Mungkin diorang tak berapa terkenal kerana gayanya berlainan. Apa-apa pun lagu ini amat sesuai bagi mereka yang baru sahaja bangkit dari tidur kerana elemen-elemen semangat banyak diserapkan didalam lagu ini. Syabas Aman!! Solo anda betul-betul menterujakan aku.

Track 9. Kasih (ku sedia menanti)- aku suka susunan lagu ini. Sebuah lagu ber‘mood’ slow dan bermelodi melankolik. Di permulaan lagu jelas kedengaran elemen gitar klasik membuatkan lagu ini lebih bervariasi dan tonnya kedengaran lebih padat dan pedasss!! Kenapa agaknya lagu ini diselitkan sekali dalam album ini? Padahal purata keseluruhan lagu didalam ini semuanya boleh diklasifikasikan sebagai powerspeed. Yeahh!! Inilah yang dikatakan kolaborasi didalam penghasilan lagu. Nampaknya SYMPHONIA semakin bijak mengatur strateginya. Mengikut pandangan intuisi aku lagu ini diselitkan bertujuan untuk tidak memberi impak kebosanan kepada si pendengar. Lagu ini cuba menurunkan semula niat kita untuk memusingkan kepala sampai muntah kerana ianya seperti menyuruh kita rehatkan semula minda kita dan menghayati irama lagu syahdu ini. Lagu ini banyak berunsurkan rentak ritma 80-an. Kali ini vokalisnya memegang peranan besar bagi menghidupkan mood sedih lagu ini disamping alunan gitar klasik Aman yang kedengaran di beberapa part. Vokalnya ala-ala Mus MAY ketika membuat jeritan membuatkan aku tiba-tiba bertepuk tangan tanda mengagumi kehebatan suara zul. Lagu ini lebih radio friendly dan mudah diterima oleh pendengar mainstream yang menggilakan irama sebegini. Lagu ini betul-betul tidak mengecewakan. Syabas kesemua anggota SYMPHONIA!!

track 10. Hasutan- idea yang sangat menarik! Hahaha.aku dah kata tadi pada track 9 SYMPHONIA memang bijak memerangkap halwa pendengaran kita semua lagi-lagi gegendang telinga aku yang seperti melekat di speaker headphone. Aku ulang 3 kali lagu ini untuk mencari kesalahan permainan mereka. Huh!! Nampak gayanya telinga aku masih belum cukup sempurna untuk mencari kesalahan mereka.hahaha.. mereka sekali lagi membuat improvisasi yang berdinamik. Gandingan mereka semua amat menjadi didalam menyempurnakan lagu ini, bermula dengan intro sehinggalah ke akhir lagu ini ianya disusun dengan sempurna sekali. huh..aku sudah tidak berdaya lagi untuk memuji mereka. Pengalaman mereka didalam arena muzik betul-betul mereka gunakan didalam penciptaan album ini. Bassistnya iaitu saudara Zulkarnain mula menunjukkan kehebatannya mencorakkan lagu ini membuatkan lagu ini semakin tight dan bertenaga. Elemen progresif terus digarap oleh Aman membuatkan lagu ini mencapai ke satu tahap melodi bermaksimum! Vocal dan koir menambahkan lagi seri lagu ini. Soundnya ketat dan berat sarat dengan riff-riff yang progresif.

track 11.Satria Naga- Berat!!! Kelajuan cuba dipertingkatkan didalam lagu ini. Aman mula bertindak lebih ganas melancarkan riff-riffnya. Kepala aku tiba-tiba terangguk-angguk sendiri tanpa perlu disuruh.hahaha.. ini merupakan lagu yang benar-benar mencabar keupayaan permainan mereka. Aku suka alunan keyboardnya, bunyinya seakan-akan bunyi burung wak-wak yang bersuara digital.hahaha.. menarik!! Aku nak cakap apa lagi? Diorang semua ni memang betul-betul hebat. Tajuk Satria Naga amat bertepatan dengan lagu ini kerana elemen-elemen semangat jelas kedengaran di keseluruhan lagu ini. Lagu ini amat sesuai kepada mereka yang baru lepas putus cinta. Lepas ni sudah pasti anda semua tak dirundung kesedihan.heheheh..

Keseluruhan lagu didalam album ini betul-betul memeranjatkan aku. Album ini betul-betul mengembalikan semangat aku untuk terus berjuang didalam arena muzik metal underground ini. Aku seperti terpaku dan terus membeku tatkala mendengar keseluruhan lagu ini buat kali pertamanya. Sebelum ini aku dikejutkan dengan kumpulan Metalasia tetapi baranya tidak tahan lama kerana hanya setakat satu album sahaja mereka dapat bertahan. SYMPHONIA memberikan harapan baru kepada industri muzik Malaysia walaupun mereka dibarisi oleh mereka-mereka yang bekerjaya ini bukan bermakna mereka tidak mempunyai masa untuk menghasilkan produk bermutu ini. Ini merupakan sebuah produksi yang menarik dan baik. Kualiti rakaman pun tinggi, semua instrument jelas kedengaran dan bersih. Aku amat mengesyorkan kepada mereka yang menginginkan suatu kelainan didalam memilih muzik. SYMPHONIA telah melakukan satu kolaborasi didalam penghasilan muzikal mereka. Tahniah buat SYMPHONIA!!! Syabas aku ucapkan kepada usaha kalian semua yang telah mengembalikan maruah muzik Malaysia. HAIL!!!

Reviewed by,

Abu huzaifah(besihitam magazine)

1 comment:

:)bennylitanasution said...

'Jika dilihat dari segi rekaan kulit album, iainya dihasilkan dengan simple sahaja tetapi nilai estetikanya amat menarik minat aku yang begitu menghargai kesenian ini. Walaupun logo tulisannya direka dengan menggunakan tulisan computer sahaja yang begitu mengecewakan aku tetapi tidak pada lukisan naga dan background kulit album ini, kerana bagi aku ianya suatu perkara yang menarik dan menjadi simbolik kepada nama SYMPHONIA itu sendiri lebih-lebih lagi naga merupakan symbol utama bagi muzik Neoclassical powerspeed metal ini. Nampaknya pengaruh rekaannya masih lagi berkait rapat dengan rekaan-rekaan kulit album band-band seperti RHAPSODY,BLIND GUARDIAN dan band-band yang memperjuangkan irama sebegini. Apa-apa pun symbol naga memang tidak boleh dipisahkan dengan muzik neoclassical sejak dari dulu lagi. '

pemerhatian yang menarik..
segala-galanya telah dirancang...
dan bukan disengajakan...

tidak perlu kecewa jika ia tidak mencapai apa yang dicita.


:)bennylitanasution
www.myspace.com/bennylitanasuty
www.myspace.com/pekanmayarecords